Sunday, April 26, 2015

PRK P044 Permatang Pauh - Pengundi Diberikan Pilihan Kalau Masih Mahu Pilih Kipas Cap Ikan Sepat Kering Yang Tak Pernah Ada Masa Untuk Permatang Pauh

‎Pagi semalam sudah pun selesai proses penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) P044 Permatang Pauh yang berlangsung di IKBN Bukit Mertajam.

PRK Permatang Pauh kali ini akan menyaksikan pertembungan empat penjuru dimana UMNO mempertaruhkan seorang anak tempatan yang masih muda dan juga seorang graduan. Suhaimi Sabudin berusia 43 tahun lulusan Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia adalah Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Seperti yang dijangka, PKR tidak ada pilihan akan tetap menamakan calon Wan Azizah calon Recyle Kitar Semula semata mata meneruskan legasi famili KETUM.

Ada dua calon Bebas turut sama menyerahkan borang pencalonan demi memeriahkan pesta demokrasi yang akan memakan masa 12 hari berkempen.

Menjelang hari mengundi yang ditetapkan pada 7hb Mei 2015, hampir 71,000 pengundi Permatang Pauh kini berpeluang membuat pilihan. Inilah masa yang terbaik buat mereka "Melakar Sejarah Baru". 

Iya, maksud Melakar Sejarah Baru menghidangkan pengundi di sekitar tiga DUN Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya membuat pilihan untuk memilih seorang wakil rakyat yang 'ada masa' untuk rakyat dan BUKANNYA menjadikan kerusi Parlimen sebagai perkakas tunggangan peribadi !

Semoga kesemua pegundi di Permatang Pauh lebih bijak kali ini.... Sekilas pandang mereka seharusnya tahu yang mana intan yang mana kaca.

Nilaikanlah sendiri dengan bijaksana, apakah mereka mahukan Suhaimi seorang anak tempatan ataupun masih mahu mengulangi keputusan silam yang tidak bijak yakni memberikan undi kepada isteri KETUM yang menetap di Bukit Segambut Kuala Lumpur dan diwaktu yang sama menjadi ADUN Kajang di Selangor.‎..?

‎Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

5 comments:

Anonymous said...

Nenek Kipas ni naik basikal pulak. Anwar Berahim boleh tak naik basikal macam bini dia ni sebab dia kan sakit belakang.....

Anonymous said...

Kena buat Perlembaggan BARU:

1. ADUN & MP tak boleh diwakili oleh orang yang sma BN & PR
2. Jika ADUN & MP letak jawatan secara bodoh, beliau akan DIHARAMKAN bertanding kerana mengkhianati RAKYAT.
3. Tidak dibenarkan MAK, BAPAK adik BERADIK jadi ADUN atau MP dalam sesuatu masa.- majoriti PR
4. Jika menjadi ADUN atau MP disesebuah NEGERI, tidaka boleh jadi anggota kerajaan NEGERI yang LAIN. (Betty)


jika undang2 ini dikuat kuasakan, 20 tahun lagi masyarakat akan mengatakan Parlimen hari ini dianggotai oleh orang2 TAMAK dan diundi oleh rakyat yang pernah jadi bodoh.

Anonymous said...

Nasib baik tak jd MB Selangor..kalau tidak depan belakang atas bawah dia terjah mcm laki dia jugak.

Anonymous said...

Jangan sangat menhina orang..hinaan dan gelaran sedemikan menyebabkan simpati sampai kepada suri rumah suri rumah yang berjiwa lembut..sepat kering ke, nenek jijah ke..kalau dah benci ak yah sebut..Azizah Ismail habis cerita..aku dari dulu tak suka MEM ni tapi kesian pulak bila dicop dengan gelaran gelaran sedemikan..tolonglah dia seorang ibu, isteri yang taat .. tengok satu undi dah lepas pada PKR..hadui

Anonymous said...

semua anak pak nuar patut nasihati ibunya supaya jangan bertanding me malukan habis semua dalam kain nanti akan terbongkar ....kesiankan?