Thursday, May 28, 2015

Adalah Salah Bagi Tun M Bersama Ahli UMNO Yang Bertindak Melemahkan Kepimpinan Najib Semata-mata Kerana Kehendak Peribadi Mereka TAK Dipenuhi.

Benarkah perjuangan mereka yang mahu YAB Datuk Sri Najib undur kerana A Ba Ta ? Kumpulan yang menyertai team Tun Dr M begitu galak di laman sosial masing masing menegaskan mereka sayangkan parti UMNO dan mahu selamatkan parti, maka Najib perlu undur!

Setelah selesai pusingan pertama Najib menjawab DISINI, kini masuk pusingan kedua...  Namun begitu setelah membaca jawapan jawapan Najib kepada semua serangan Tun Dr M terselit ayat sebegini;
Adalah salah bagi Tun dan mana-mana anggota parti yang bertindak melemahkan kepimpinan parti hari ini semata-mata kerana kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi.

Apakah maksudnya ayat "kehendak peribadi mereka tak dipenuhi" ?. Adakah ianya membawa maksud memang ada "permintaan dan kehendak" yang tidak mendapat kelulusan Najib...?


Ini merupakan sambungan kepada 13 Jawapan Najib yang telah diberikan sebelum ini:-

14. Kritikan Terhadap GST

a) Saya faham bahawa terdapat beberapa kebimbangan dinyatakan berkenaan pelaksanaan GST. Walau bagaimanapun, sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membuat keputusan yang tepat untuk semua rakyat Malaysia, walaupun ia kelihatan sukar.

b) Pada masa ini, hanya 1 dalam 10 rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan peribadi, dan ia adalah penting untuk memperluaskan asas cukai kita demi kebaikan jangka panjang ekonomi

c) Selain itu, ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa 23% daripada hasil kerajaan pada masa ini berasal dari minyak dan gas. Seperti yang kita lihat daripada kejatuhan mendadak harga minyak global baru-baru ini, Malaysia tidak boleh mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan dengan pendapatan ini sahaja. Inilah sebabnya mengapa kita mengumumkan pembaharuan sistem cukai, dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

d) Pengenalan GST dapat membantu kita membina ekonomi yang lebih kukuh, lebih mampan dan telus: ia akan membantu mengurangkan defisit kita, membantu kita melabur untuk masa depan kita dan membantu memacu pembangunan negara kita.

e) Malangnya, daripada mencari untuk memahami rasional ekonomi dan faedah jangka panjang kepada rakyat, beberapa ahli politik telah menyerang pelaksanaan GST, menggambarkan ia sebagai langkah luar biasa dan tidak perlu bagi sebuah negara sebesar Malaysia.

f) Walau bagaimanapun, GST bukan satu fenomena baru. Lebih daripada 160 negara telah pun melaksanakan ini dan di ASEAN, kejiranan kita, kita adalah negara ke-8 untuk memperkenalkannya. Kadar 6% Malaysia sebenarnya adalah salah satu yang paling rendah di dunia. Sebaliknya; Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos dan Indonesia semua mempunyai kadar GST sebanyak 10%.

g) Walaupun begitu, saya telah dimaklumkan bahawa terdapat sejumlah peniaga, besar dan kecil, yang tidak bertanggungjawab, cuba untuk mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST bagi menaikkan harga melebihi kadar 6%. Ini sangat tidak boleh diterima.

h) Saya telah mengarahkan jabatan-jabatan berkaitan untuk meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan bahawa sebarang kenaikan yang diperkenalkan oleh pekedai dan pemilik perniagaan adalah selaras dengan kadar GST 6%, dan penyalah gunaan sistem serta tindakan yang membebankan pengguna dihentikan segera.


15. Dakwaan Tun Mahathir

a) Saya sedia menerima sebarang kritikan dengan hati yang terbuka dan akan meneliti segala kebimbangan dan maklum balas secara berterusan.

b) Kita mesti juga sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita dan telah banyak berjasa kepada Malaysia. Walau bagaimanapun, saya yakin ramai yang percaya bahawa sudah tiba masanya mereka membenarkan generasi yang selepas mereka mentadbir negara, termasuk berusaha sendiri mengatasi masalah dan cabaran yag dihadapi.

c) Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Saya telah dipilih oleh UMNO, dan oleh rakyat negara ini untuk memimpin mereka. Dengan itu, saya mempunyai mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu. Pada pilihan raya dan pemilihan parti yang akan datang, tentu saja parti dan rakyat boleh sekali lagi menggunakan hak demokratik mereka melalui peti undi.

d) Apa lagi jika banyak di antara kritikan Tun adalah tidak adil dan memesongkan:

i. Beliau menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi yang berwibawa percaya tindakan meluaskan asas cukai kita adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Pendapatan yang diperolehi akan digunakan untuk kebajikan rakyat. Malah, idea ini diilhamkan semasa pentadbiran beliau.

ii. Tun mengulangi perkataan pembangkang yang berniat jahat mengenai isteri dan keluarga saya. Sebagai contoh, dalam satu ucapan baru-baru ini di Ipoh, beliau memetik satu kenyataan palsu yang dijaja oleh pembangkang melalui artikel Utusan yang telah direka. Beliau juga mengulangi fitnah yang dimulakan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lepas kononnya isteri saya memiliki cincin berharga RM24 juta. Ini adalah satu pembohongan dan syarikat yang memiliki cincin ini telah menjelaskan secara terperinci bahawa cincin seperti itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah. Amat dikesali apabila seseorang dengan kedudukan yang tinggi seperti Tun telah memanjangkan fitnah kepada rakyat.

iii. Beliau juga mengulangi kata-kata pembangkang apabila membangkitkan mengenai penggantian jet kerajaan, dengan mendakwa bahawa Yang Di-Pertuan Agong tidak menggunakan jet tersebut dan menggelar saya pembohong. Sekali lagi dakwaan ini adalah palsu - Seri Paduka Baginda sebenarnya penumpang VIP pertama yang menggunakan pesawat yang baru diterima ini untuk lawatan ke Langkawi, dan baginda akan terus berbuat demikian.

iv. Tun juga telah memperalatkan cabaran kewangan yang dihadapi oleh 1MDB sebagai sebab untuk menyerang saya. Memang benar bahawa 1MDB menghadapi cabaran, tetapi tidaklah sehingga ke peringkat yang didakwa. Malah, beberapa tuduhan yang telah dibuat ini tidak berasas, misalnya dakwaan Tun bahawa saya bertanggungjawab ke atas kerugian sebanyak RM42 bilion dalam imbangan kira-kira 1MDB. Jelas, ini adalah perbuatan sengaja memutar belitkan fakta kerana 1MDB tidak kerugian sebanyak itu. Itu adalah nilai hutangnya; hutang yang jauh lebih rendah berbanding nilai aset syarikat sebanyak RM51 bilion, yang telah diaudit dan disahkan oleh Deloitte. Kebanyakan syarikat-syarikat besar di seluruh dunia mempunyai nilai hutang yang tinggi, dan tidak ada apa-apa yang luar biasa mengenainya. Beliau juga mendakwa bahawa saya tidak menjawab isu-isu 1MDB, sedangkan saya telah melakukan lebih daripada itu dan telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit 1MDB. Keputusannya nanti akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira yang tidak berpihak. Ini bagi memastikan prosesnya telus, dan semua soalan mengenai syarikat dapat dijawab secara bebas oleh badan-badan yang sah dari segi undang-undang dan bukannya daripada sumber yang bermotifkan politik.

v. Tun sering mendakwa bahawa dia melakukan sesuatu berdasarkan apa yang diberitahu orang kepada beliau apabila mereka berjumpa dengan beliau. Bagaimanapun, beliau perlu menyiasat sama ada khabar angin dan dakwaan tersebut mempunyai bukti dan kebenaran sebelum bercakap mengenainya. Beliau juga tahu bahawa banyak dakwaan yang dibuat mengenai perkara yang berlaku di bawah pentadbiran beliau. Dan selalunya Tun bertanya: "Di manakah buktinya?" Beliau sepatutnya menggunakan cara yang sama terhadap perkara yang beliau dengar.

vi. Walaupun banyak yang telah dicapai dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran saya, semua kemajuan yang dicapai oleh negara dan BN tidak diambil peduli kerana lebih memihak kepada dakwaan yang tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan oleh pembangkang. Banyak yang Tun katakan tidak objektif dan salah. Soalan yang wajar ditanya - apakah motivasi Tun memilih masa ini untuk meluahkan fitnah yang dihasilkan oleh pembangkang beliau gelar sebagai pembohong dahulu?

vii. Sepanjang 22 tahun berkuasa, Tun sentiasa berkeras agar anggota parti menyokong kepimpinan, terutama pada masa yang mencabar. Kami telah melakukan peranan tersebut, dan saya menyokongnya ketika senang dan ketika susah. Saya berbuat demikian kerana saya percaya, pada ketika itu, sama seperti yang saya percaya pada hari ini, bahawa perpaduan parti adalah pra-syarat kepada apa sahaja yang ingin kita lakukan untuk negara ini. Sebahagian besar daripada ahli-ahli UMNO masih berpegang kepada hakikat bahawa kesetiaan sebenar bermakna bekerja bersama-sama bagi membina parti demi kebaikan rakyat. Adalah salah bagi Tun dan mana-mana anggota parti yang bertindak melemahkan kepimpinan parti hari ini semata-mata kerana kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi. Kepentingan rakyat dan parti jauh lebih penting daripada mana-mana individu.

viii. Saya telah dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan, memandangkan saya mempunyai mandat itu, saya akan menyempurnakan penggal saya sebagai Presiden dan Perdana Menteri. Keutamaan saya adalah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020 dan transformasi ekonomi, kerajaan dan politik yang pastinya akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.


23 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya Najib menjawab permasalahan 1MDB bukan menunding Jati pada orang lain.

Duit rakyat 42b, banyak tu... Najib masih bertaichi dalam isu 1MDB.

Rakyat dah mula meluat dengan gelagat Najib menangani isu 1MDB.

Anonymous said...

Sudah terlewat untuk najib menjawab semua itu ..kepercayaan rakyat terhadap pm samada ahli umno sendiri dan rakyat biasa sudah makin terhakis. undurlah itulah yang terbaik
demi menyelamatkan umno.

Anonymous said...

admin..duit rm42 bilion tak ada untung..akal admin hilang ke?TUN dedah semua tu nak tunjuk kepincangan pentadbiran PM..seorang menteri sesuka hati bagi loan kepada entiti bukan GLC..open your heart la admin..kalau kena bayar pun jangan hati gelap sangat..

Anonymous said...

Ini bukan soal politik sangat. Kalau Najib turun pun bukan Tun M yang naik. Ramai lagi pemimpin BN yang boleh jadi PM. Najib bukan bagus macam Tun M pun. Tun Razak pun jadi PM 5 tahun saja, Najib dah 6 tahun. Kehidupan rakyat bukan makin baik tetapi makin teruk. Walau apa pun alasannya, tak ada sebab untuk Najib kekal sebagai PM. Banyak keburukan dari kebaikan. Tun M kalau nak berdengki dengan Najib, waktu PRU13 tak mungkin dia nak tolong BN. Banyak pengundi BN dan atas pagar, mengundi BN sebab berbangga dengan Tun M. So, kalau Najib cuba mempertahankan jawatan PM dengan memburukkan Tun M, lagi ramai rakyat Malaysia akan benci dan melarikan diri dari menyokong BN.

Anonymous said...

Blogger ni baru keluar dari hutan di sebuah pulau terpencil di Pasifik kot, sampai tak tau maklumat.

Perjuangan Najib untuk agama, bangsa dan tanah air apa kalau dia melingkupkan harta negara sesuka hatinya?

Tanah di TRX itu harganya berbilion ringgit, tapi dijual dengan begitu begitu murah, beratus kali ganda lebih murah dari harga pasaran hingga menyebabkan negara rugi berbilion ringgit, rakyat kerugian berbilion ringgit peruntukkan pembangunan yang sepatutnya boleh membina ratusan ribu rumah kos rendah, membina berjuta jambatan kampung, membina beribu-ribu jalanraya kategori R5, membina beratus buah hospital, beribu buah sekolah, semuanya lingkup gara-gara penyelewengan Najib dan kuncu-kuncunya. Harapnya pihak Audit Negara menyiasat perkara ini juga.

Itu baru di TRX, di Sungai Besi pun sama, kerajaan dan rakyat rugi berbilion ringgit wang yang patutnya membuat pembangunan yang saya nyatakan di atas.

Tak cukup dengan itu, menyalahgunakan dana awam seperti Tabung Haji, KWSP, KWAP, serta entah apa lagi yang telah didipergunakan untuk melindungi kegiatan kotor Najib dan kuncu-kuncunya.

Selain itu, usahasama antara 1MDB dengan Petrosaudi, kononnya dapat untung lebih kurang RM 500 juta, untung apa? Di manakah pelaburan 1MDB dengan Petrosaudi di Turkmenistan dan Argentina? Dari mana datangnya wang hampir RM 500 juta itu? Bolehkah 1MDB tunjukkan telaga-telaga petroleum dan gas asli di Turkmenistan dan Argentina di mana 1MDB kata ia melabur bersama Petrosaudi itu?

Selain itu, apakah aset atau unit, tak tahulah yang mana satu yang sebenarnya, kerana Najib kata aset, lepas tu Kementerian Kewangan melalui Menteri Kewangan Kedua kata unit, lepas ni tak tahulah, mungkin spender dengan coli pula kot, apakah aset atau unit yang disimpan di BSI Singapore Limited, sebuah bank di Singapura itu? Berapakah nilainya? Apakah masih ada nilai lagi? Apakah nilainya sekurang-kurangnya USD 1.103 bilion?

Isu-isu ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan, majoriti rakyat Malaysia masih sayangkan Barisan Nasional, tetapi dengan keadaan sebegini, maka rakyat mula berbelah bahagi untuk menyokong Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak.

Mungkin Blok MIK dan Najib sangat suka bila Barisan Nasional kalah dalam PRU 14 kelak kot, sebab itulah makin banyak kerosakkan yang dibuat oleh Najib, makin riang Blogger MIK sokong segala kerosakkan itu.

Sekarang ni rakyat dah memandang hina kepada pihak kerajaan, kepada agensi kerajaan, kepada institusi kerajaan seperti PDRM, Parlimen, SPRM, dan agensi yang patut mengambil tindakan, tetapi membiarkan kerosakkan ini terus berlaku.

Maruah kerajaan, agensi kerajaan, institusi kerajaan telah tercemar kerana perkara ini. Sampai bila penghinaan ini hendak dibiarkan berterusan? Tidakkah malu ketua-ketua jabatan berkenaan yang mana jabatannya, malahan dirinya dianggap lebih hina dari rumah pelacuran dan bapa ayam, bertaraf longkang, penyamun dan sebagainya, di manakah maruah anda semua? Dah jadi macam Speaker Parlimen, kena 'beli' dengan Najib, terus lentok. Najib beri umpan perabot baharu, tandas baharu, ubah suai pejabat ikut suka hati Speaker Parlimen, terus jadi badut sarkas kepada Najib.

Najib samada dia berundur secara terhormat, atau UMNO perlu dan mesti MEMECAT Najib kerana Najib hanyala liabilit dan perosak kepada Barisan Nasional serta menjahanamkan Barisan Nasional dengan macam-macam masalah yang dia bawa.

Ejoi said...

Admin sila buka mata hati jgn dijumudkan kerana dpt duit...Nanti Najib panggil blogger bangang pulak...hehehe...Tgk betapa degilnya 1MDB ni..CEO n ExCEO boleh tak hadir dlm sidang PAC dan bg mcm2 alasan....Tak hormat sebuah badan negara tu...sebab apa? Sebab PM sendiri di belakang mereka maka PM harus bertanggungjawab....Admin jgn jd macai yg bangang tp jd lah macai yg berhemah dan beretika....fikir nasib rakyat bkn gaji kamu....

Anonymous said...

123 = 3 org bodoh di atas yg tak boleh membezakan maksud JUMLAH HUTANG DAN NILAI HUTANG. sudahlah jahil bahasa ekonomi , kemudian nak bercakap mengalahkan gabenor bank negara. yang sorg pulak , bercakap mengalahkan naib presiden UMNO .manakala yg lagi sorg , bercakap mengalahkan peliwat negera , dengan spin ayat duit rakyat, duit rakyat. kepala otak kau org lah . tak payah nak menyibuk pasal ekonomi kalau kau salah seorang rakyat malaysia yg tak membayar cukai seperti yg najib maksudkan di atas !! . Dan tak payah juga beralagak sebagai cerdik pandai politik pro UMNO , kalau kau bukan ahli UMNO pun. hanya segelintir rakayt benak pemuja mahatdhir yg meluat dengan jawapan najib , tetapi beribu , puluh ribu ratusan ribu rakyat lain yg masih normal , dan percaya kepada kepimpinan najib. kalau najib betul2 tak boleh pakai , dia dah tersungkur pru13 dulu. kenapa dia masih kekal selepas pru13 ? jawapannya , majoriti AHLI UMNO ,AHLI BARISAN NASIONAL & RAKYAT MALAYSIA YG WARAS DAN RASIONAL PEMIKIRANNYA , masih percaya kepada najib dan dasar pentadbirannya.

Anonymous said...

Kepala Butoh Hang lah duit Rakyat!!! Itu kan duit pinjaman..dibuat oleh sebuah syarikat sdn bhd BODOH NAK MAMPOS.

Kerajaan beri jaminan pon ciput ajer 5 billion.

Bagilah masa utk 1mdb baiki prestasi..nie tak nak suruh rugi, pie hantam siang malam.

Mak Bapak kau main belakang ker? Yg kau meroyan kat sini...

Rafizi Haramjaddah takut benir kalau dibeti masa katanya 1mdb akan berjaya baiki prestasi syarikat bila pembangunan atad trx & bandar malaysia siap..

Kau bodoh belajar pon bodoh, baca pon bodoh.. memang kategori melayu pembangkang haprak..sial

Anonymous said...

Eek eleh...

Aku ahli umno, rakyat tak terpengaruh sikit pon dgn dakyah putar belit spin 25 jam pembangkang bodoh..

Pembangkang takut, jika diberi masa, pm ds najib akan berjaya mempositifkan isu ...

Tak percaya tunggu ler... Tzk puashati tunggu pru14.

Umno Bn akan tetzp memerintah...dulu kini & selamanya.

Bagi kat PR.. Dap yg kontrol..hampeh, luu ada mata ker luu buta???

Anonymous said...

Admin Blog min nie cerdiklah, bukan macam kau bodoh, emosi,... Buta hati tak leh nak tengok ...

Mahathir mahacelaka tak dapat habuan... Tuuu pasai dia meroyan.

Anonymous said...

Admin ni prepaid ke postpaid , nak jilat bontot agak2 lah , ni jilat sekali dengan taik. Memualkan .

Rizal Zainal said...

Alli bro lu tk ghm bshasa ke yg 1mbd kn sedang d audit dan jawapanyanya nnti tunggu la bl audit tu selesai . Kau ingt tun tu malaikat ke , allo bro klau tun yg mmrnth sekarang ni dia jg kn jawab tentang bailout perwaja , mas , kerugian dlm pernigaan forex , subsidi rm 19 bilion setahun yg petronas kn bayar pd ipp yg hasilnya hrga letrik yg d jual pd tnb ttp mahal . Siapa

Anonymous said...

actually belum terlambat pun Najib menjawab isu-isu negara yang di bangkitkan Tun dan pembangkang. you just can feel it, ada perubahan angin sedang berlaku, jika dulu rakyat kebanyakan agak marah pasal GST, Tabung Haji dan 1MDB... lately rakyat semakin cool down. good job Najib dan penyokong, atas pagar dan rakyat marhaen yang masih percayakan kepimpinannya dan bersama-sama memberi pencerahan ke atas isu-isu ini...

isu Permata / adi Putra juga sedikit sebanyak membuka sejarah di sebalik penglibatan Rosmah dalam menjaga kebajikan ilmu golongan kanak-kanak genius.. aku pun tak pernah tahu sebab kita asyik di momokkan dengan Rosmah yang boros dan rosmah cincin. orang Malaysia mmg suka gosip, wajarlah selamanya hati gelap.

akhir kalam, perancangan Allah jua lah sebaik-sebaik dan teliti perhitungan. kebenaran akan datang, yang benar ikhlas pasti menang.

p/s: Tun tidak sempurna ... Najib juga. tapi nampaknya cara Tun handle situasi sekarang dengan menyerang peribadi isteri PM menyebabkan beliau hilang satu markah.

Anonymous said...

Aku pun nak carut ah,1mdb tu kan milik negara,sama gak dgn tabung aji..klu nak bailout pun lantak ah..bukannye mcm dulu pakai buat bailout company mirzan..mcm bailout tajudin ramli,takkan nak bior company kerajaan yg pecahkan monopoli ipp madey melingkop..blah la wei..bior je la proses keadilan berjalan dgn tertib..dok menyalak pulak bebal2 ni smua..memang bodoh ah..ramai yg da goyang takut kena saman pasni bila bukti2 da kuor..saman je blogger2 yg buat crita dongeng ni smua..brani buat brani tanggung ah..

Anonymous said...

Terbaik la najib! Gaya tun sebiji mcm pembangkang kat parlimen yg senang2 saja dipatahkan hujah oleh BN.. Tun byk baca Malaysiakini kot, tu jd camni skrg

Anonymous said...

Benci najib tak payah bab 1MDB. Bab melantik konsultan bayar billion RM utk bantu dia tadbir negara dah cukup buat meluat tahap gaban. Admin ni dulu bukan main persoal bab konsultan dan beria2 nak tegur Najib kalau dia buat hal. Sekarang pusing 360 darjah pulak. Dpt ratus ribu RM ke?

Ted Manoff said...

Anon tu suka melantak belachan pasti tu cerebrum otak dia di rosakkan oleh garam/sodium chloride berlebihan dan hampas carbon dalam belachan yg membuatkan dia biol meroyan tak hingat donia

Ted Manoff said...

Kedudukan rakyat terok kepala butoh hang..Kat kota2 1 rumah ada 4 bini kereta. .Kat kampong chabok2 1 rush Ada satu kanchil dan 2 biji motor. .Tesco, mydin, giants rakyat berbaris memanjang..henpon satu dorang ..so rakyat mana yang merempat tu? Nak fitnah pun patot2lah wahai berok2. .

Ted Manoff said...

Ini sure lepas minum air ketum ni

Ted Manoff said...

Bontot Marina ka?

Ted Manoff said...

Pasal dia tak perlu jawab lah Madey tu meroyan sakan

Anonymous said...

korang ni tuduh2 Tun M bailout mirzan ni korang ader bukti ker?kalau betul.. dah lama isu ni digunakan pembangkang masa Tun M memerintah dan Tun Sendiri dah suruh siasat jika benar beliau melakukan penyelewengan..Isu sekarang mengenai 1mdb ni jelas satu projek yang barisan kabinet sendiri x tahu.wang negara sebanyak 42 billion masih menjadi tanda tanya..Tun sekadar menaya kan soalan dan jawapan harus diberi dan bukan mendiamkan pengkritik dengan menyuruh menunggu hasil audit..malah audit negara sendiri boleh di pertikai kan kewibawaan nya kerana ianya berada di bawah kementerian kewangan yang mana menterinya sendiri turut dikaitkan kan dengan kes 1mdb ini.

Anonymous said...

Actually, about 5 to 7 years after becoming pm, it will be a very critical year. Same like Mahathir and Pak Lah. If we noticed, Mahathir nearly lost his post in 1987. Pak Lah also the same but he surrendered. If DS Najib managed to pass thru this critical moment, he will continue till PRU16. What BN needs to do is 1) start preparation for pru 14 now, put more emphasize on local politics rather than international. 2) Identify potential candidates now and start going to the ground. 3) Candidates must have personal touch with the rakyat 4) Project development is not significant for urbanisers, personal touch more matter 5) Control social media from bloggers to Youtube. 6) Rosmah should wear tudung 7) No need to show live coverage of UMNO assembly 8) No need need to say speech championing Malays in open media 9) PM should be more friendly with non-bumi businessman. 10) PM should not say during speech like miskin, bottom 40% etc. it will menghiris hati rakyat. Mahathir speech is nice, he doesn't not say things that menghiris hati rakyat especially the poor.