Friday, May 29, 2015

Benarkah ROMBAKAN KABINET Ada Kejutan...? Khalid Ibrahim Menteri Kewangan Ke 2 Ganti Husni Hanadzlah....? Hasan Malek Tukar Ke Kementerian Luar Bandar...??

Khabar angin ataupun information from a reliable sources...?

Rombakan Kabinet yang bakal berlaku sedikit masa lagi dijangka akan memperlihatkan kesungguhan YAB Datuk Sri Najib membariskan Winning Team PRU 14. Itulah kata kata yang dibualkan sewaktu sembang coffee house ketika ini...

Najib perlu berani membuat perubahan drastik untuk mengundang kepercayaan rakyat secara total terhadap barisan kabinetnya. Inilah golden opportunity bagi dirinya selaku Kapten untuk menyusun team players bagi mendepani tugas sebagai jemaah menteri sekaligus melahirkan keyakinan rakyat untuk terus mempercayai kerajaan BN.

Sejarah menyaksikan Najib ambil alih tugas sebagai Perdana Menteri dan 'terpaksa kayuh' sehingga PRU 13 bersama barisan kabinet Pak Lah... Namun setelah menerima mandat PRU 13, Najib dilihat masih 'simpan' beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri yang dilabelkan sebagai 'orang orang Pak Lah'.

Kini..., mengambil kira situasi semasa yang dimana rakyat mahukan satu perubahan drastik oleh tangan Najib sendiri sebelum memecut sehingga garisan penamat di hari penentuan PRU 14 termasuklah hingar bingar kekecohan semasa dengan isu isu GST, serangan peribadi Tun Dr M yang mahu Najib undur, kekalutan beberapa Menteri yang menjadi bahan lawak rakyat, maka Rombakan Kabinet boleh menjadi satu 'benchmark' untuk rakyat melihat kekuatan Najib....

Menteri yang selama ini yang tidak berfungsi hanya menjadi 'passenger' dan badut rakyat perlulah diketepikan, begitulah buat mana mana individu yang 'liat' untuk bekerjasama dan menyokong Najib!

Melihatkan aura Tan Sri Khalid mendapat sokongan pengundi bukan melayu sewaktu beliau mentadbir dengan baik kerajaan negeri Selangor, apakah benar mantan MB Selangor ini Najib akan diumumkan sebagai Menteri Kewangan II menggantikan tempat Datuk Seri Husni Hanadzlah...? Jika ianya benar, maka pertama kali dalam sejarah , jawatan penting ini diberikan kepada Ahli Parlimen Bebas...

Nantikan sambungannya !

14 comments:

Anonymous said...

Pusing punya pusing macam mana pun konon nak buat rakyat pening....? Rakyat tak bodoh dan bugis satu nih kepala segala passenger (ikut kata article nih lah) maka kapal sauh bugis nih akan tenggelam di GE14!

Bugis satu nih akan membawa rebah kepada melayu-muslim, itu yang nyata!

kiasfansuri said...

tulisan tuan terbaik!

maae said...

Beri maklumat lagi. Pastikan betul. Kita mahu lihat transformasi ini.

Kita tidak mahu menteri2 tangkap muat. Di lantik menteri di JPM dari luar. Konsultan haram dalam SPA yang menikmati gaya hidup mewah bergaji lumayan !

Anonymous said...

Ramai lagi orng yg setia bersama UMNO, lantiklah dari kalangan orng UMNO sendiri.

Anonymous said...

Tun M dah bgtau dalam UMNO ramai yang bodoh..

Anonymous said...

Dalam UMNO ade lebih kurang 3 juta ahli.
jadi ade 3 juta perangai dan segala macam sifat.
ade bijak, bodoh, bangang..etc...

Apapun diharap PM pilih yg terbaik..

Anonymous said...

Atau Tun M yang dah sgt nyayok.. maka org yg percaya dan jilat setiap butir kata Tun Nyayok itulah bahlol dan bangangan.. xdak kebebasan... spoiled!

Anonymous said...

anon,

Orang Umno setia masa senang je,masa susah mula pusing belakang,bukan setakat pusing belakang penendang pun di berinya.Tengok je le Mdin dan si Pedal tu.

Anonymous said...

Hassan Malek patutnya diberi Menteri Kewangan. Semua isu 1mdb akan selesai dijawab ala raja lawak. Rakyat akan ketawa sampai terlupa isu 1mdb.

Anonymous said...

Bodoh bodoh UMNO pun kau membiak juga, tak ada yang mati kebuluran pun. Yang mati terlebih makan adalah.

Bila dia PM UMNO baik belaka cerdik belaka.

Nak sangat UMNO karam, nanti orang Melayu jangan jadi macam orang Rohinya tu...Allah swt dah tunjukkan apa berlaku bila Sultan dihapuskan. Dulu mereka berdaulat sekarang merempat. Jadi pelarian. Kalau nak tahu belajarlah sejarah mereka untuk ambil IKTIBAR.

Jangan sibuk sangat cari kesalahan UMNO, pihak sana tu sempurna sangat ke?

Hah...Allah swt bayar cash. Main lagi kafir kafirkan UMNO sekarang senjata makan tuan...

Tu lah suka sangat kata orang lain kafir, orang lain bodoh...sekarang? Padan muka.

Anonymous said...

Bukan tak percaya orang dalam UMNO tetapi realitinya dan persepsinya orang UMNO ini tidak berapa nak molek pada pandangan Rakyat, betul tak?

Ted Manoff said...

Melayu -Muslim yg mana tu? Jangan shiok sendiri lagi berader

Anonymous said...

ambik mu la admin yang kuat sangat sokong PM yang gagal..TUN tanya jawab lah dengan yakin..ni duk cari simpati pusing malaysia..kata pahlawan bugis..konon..bapak tubuh UMNO,anak tanam UMNO..bugis bodoh..

Anonymous said...

Bagi aku yang sibok dok hentam UMNO, Melayu, Bugis, Islam, Tun, Najib, adalah juak-juak DAP dari Rejimen RBA yang sedang bergerak menghapuskan orang Melayu.

Siapa sahaja yang menghina Melayu Nusantara ini adalah Rejimen Komunis yang telah dibubarkan tapi masih bergerak dalam RBA. Mereka ini ada dimana sahaja termasuk melaga-lagakan sesama Melayu didalam blog-blog.