Friday, May 22, 2015

JEMUAN Nak Lagakan Najib Muhyiddin Gagal... Sebaran Video Klip Muhyiddin Desak Pecat Lembaga Pengarah Tak Jejas Hubungan PM Dan TPM

Ketika sedang berlangsungnya semalam pembentangan RMK 11yang menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak di Parlimen, diwaktu yang sama ada se ekor spesis JEMUAN tleah menyebar video klip berdurasi 7 minit di laman sosial.

Video klip rakaman secara sulit, petikan ucapan Tan Sri Muhyiddin dalam satu majlis tertutup UMNO di ILMU Janda Baik....

Muhyidin dengan tegas mahukan tindakan memecat Lembaga Pengarah 1MDB yang menjadi isu paling panas sehingga memaksa Najib memikul beban yang sangat besar!

Besar sungguh harapan JEMUAN itu agar akan tercetuslah perang diantara Najib - Muhyiddin setelah tersebar video klip ini, sekaligus JEMUAN itu mahu jahanamkan segala apa yang yang baik hendak disampaikan oleh Najib menerusi RMK 11 bernilai 260 Billion untuk rakyat mencapai matlamat tahun 2020.

Iya! Harapan setinggi gunung nampaknya si JEMUAN itu agar keadaan akan jadi kucar kacir... Namun begitu, kesemua yang dirancangkan oleh si JEMUAN itu tak kesampaian! Muhyidin tetap cool dan menyatakan bahawa apa yang disebutkannya seperti dalam rakaman tersebut adalah pandangan peribadinya.

Secara logik akal sudah pasti setiap apa sahaja program yang berlangsung atas nama parti UMNO seperti yang telah dirakam itu semestinya sebagai Presiden Najib akan tahu apa yang berlaku. Sangat mustahil dan tidak boleh diterima akal jika tujuan sebaran video klip itu mahu dijadikan bahan bukti ada komplot Muhyiddin mahu jatuhkan Najib...

Soalan yang cukup mudah..., apakah kesemua audience didepan Muhyiddin itu bukan 'orang Najib' ? Maka tak timbul isu ada cubaan sabotaj dan menjatuhkan Presiden parti. Malah apa yang disarankan oleh TPM pada rakaman video klip itu adalah satu desakan yang baik demi meringankan beban yang kini ditanggung oleh Najib... Begitulah indahnya sikap ambil berat oleh seorang TPM terhadap PM dan Bossnya!

Janganlah kita pula mahu menjadi batu api! Sudah sudahlah...., pergilah buat kerja lebih berfaedah lagi bagus daripada menambah dosa.

7 comments:

Anonymous said...

xda sapa nk TPM n PM berperang..cuma nk jibby letak jawatan je

Anonymous said...

saya tak terfikir langsung bahawa penyebaran video tersebut boleh menjejaskan hubungan mereka berdua. video tersebut adalah luahan hati TSMY sahaja. mungkin pencacai saperti yang diungkapkan oleh PM sebagai bangang sahaja yang akan menjadikan isu. sayayakin pembaca dan pendengar kepada video tersebut berfikiran waras dan dapat melihat kebenaranya.

Anonymous said...

Jika jamuan tak sebarkan Video itu mungkin rakyat dan penyokong serta ahli UMNO peringkat bawahan tidak tahu bahawa perbuatan najib yang selama ini berdolak dalik dalam isu 1MDB yang disokong oleh pembodek disekelilingnya rupanya ditentang juga dan telah dinasihat oleh TPM. TPM telah menunjukan satu ketelusan yang didahagai dalam perjuangan UMNO. Tindakan Jamuan juga telah membuka mata ahli UMNO dan rakyat untuk menilai semula najib yang selama dianggap seci bersih oleh para pembodek disekelilingnya.

Anonymous said...

ada terdengar suara buang presiden
tolong cari suara siapa ini.parasit ini lah yg patut d hapuskan

Anonymous said...

bbb

Anonymous said...

cccc

Anonymous said...

Bincang sama2 utk mencari jalan penyelesaian, bukan bercakap dibelakang. Mungkin Allah nak tunjuk siapa kawan dan siapa lawan.