Wednesday, May 13, 2015

Ketika Ada Beberapa Pimpinan Dan Ahli UMNO Beri Tekanan Mahu Najib Undur, Haji Hadi Sokong Najib Dikekalkan.

Sukar untuk kita membuat tafsiran dengan jelas mengenai POLITIK !

Tidak dinafikan mutakhir ini memang ada segelintir pimpinan dan ahli ahli yang 'menggatal' mahu menyahut seruan dari luar UMNO untuk YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib undur diri dan menyerahkan tampuk kuasa sebagai Orang Nombor Satu Negara.

Agak memeranjatkan pula apabila Presiden PAS Haji Hadi Awang berpendapat semua pihak termasuk rakyat perlu memberi Najib peluang untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara dan pertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Dengan menunggang beberapa isu isu panas seperti GST, 1MDB, penurunan angka undi majoriti di Parlimen Rompin, kegagalan memenangi PRK Permatang Pauh, pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji maka sorakan juak juak dalam UMNO yang menjadi gunting dalam lipatan agak kuat bergema...

Namun begitu sorakan itu sedikit menurun apabila Najib dengan tegas menyatakan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan. Selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri dan selagi rakyat memberi kepercayaan, beliau akan tetap meneruskan perjuangan katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau minggu lepas.

Menurut Hadi, YAB Perdana Menteri tak perlu tunduk dengan tekanan dan kita mesti biarkan Najib selesaikan masalah.

"Kita tengok macam mana dia selesaikan masalah itu dan kalau silap, betulkan kesilapan itu. Jangan kita gali lubang antara satu sama lain." kata Hadi,

Nampak..? Haji Hadi sebagai seorang yang bukan ahli UMNO pun tidak mahu melihat ada lubang yang digali untuk Najib, kenapa ada dikalangan pimpinan dan ahli UMNO tergamak untuk melakukan kerja kerja terkutuk dan kerja jahat ini...?

Baca sepenuhnya kenyataan Haji Hadi di SINI

No comments: