Saturday, May 2, 2015

PRK P044 Permatang Pauh - Kak Ijat Tak Kenal Penat Dari Rompin Terus Ke Permatang Pauh Untuk Pastikan Jentera Wanita UMNO Mantap !

Bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai Ketua Sayap parti UMNO apabila mendepani tugas mempersiapkan gerak kerja Pilihanraya Kecil di dua Parlimen iaitu Rompin dan Permatang Pauh...

Apatah lagi jarak diantara kedua-dua kawasan geografikal bukanlah berdekatan. Namun begitu Datuk Seri Panglima Shahrizat Jalil tidak kenal erti penat dan lelah. Gigih sungguh Ketua Wanita UMNO ini bekerja demi mempastikan jentera sayap dibawah pimpinannya berada ditahap mantap.

Tengahari tadi, sebaik sahaja tiba di Command Centre Bilik Gerakan Barisan Nasional PRK P044 Permatang Pauh, Kak Ijat terus mempengerusikan mesyuarat,  menyemak laporan terkini dan maklum balas, menghadiri sidang media bersama pimpinan BN Pulau Pinang.

Seterusnya beliau terus bergerak bersama jenteranya untuk menghadiri beberapa program turun padang menemui pengundi pengundi Permatang Pauh.



No comments: