Sunday, May 3, 2015

PRK P044 Permatang Pauh - Pengundi Taman Siakap Seberang Jaya Sertai Parti MIUP BN

Tahniah diucapkan buat Presiden Parti Bersatu India Malaysia [Malaysian Indian United Party - MIUP], YB Senator Datuk Seri S Nallakaruppan.

Datuk Seri Nalla kini sedang giat membantu gerak kerja kempen di PRK Permatang Pauh telah berjaya mencetuskan minat hampir 300 pengundi di Taman Siakap yang terletak di DUN Seberang Jaya. Berpunca dari membuat khidmat kerja kempen dengan membuka sebuah Bilik Gerakan MIUP di sini, dan mengadakan pelbagai program mendekati pengundi membuatkan MIUP diminati dan mereka bertambah yakin dengan calon UMNO setelah menerima penerangan dari pimpinan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Nalla.

Disamping itu dalam sesi sidang media beberapa wakil penduduk dan ada diantara mereka ahli PKR telah menyatakan kehampaan kerana tidak ada kepedulian langsung daripada ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang gagal melayan aduan mereka terhadap beberapa perkara asas dan gagal melaksanakan penambah baikan perkhidmatan masyarakat seperti permintaan mereka mengadakan khidmat kelas tiusyen untuk anak anak disini.

Malam tadi berlangsung majlis penyerahan borang ahli ahli baru kepada Presiden MIUP, Datuk Seri S Nallakarupan. Menurut Nalla, beliau yakin semakin ramai rakyat akan hilang kepercayaan terhadap calon PKR yang menggunakan calon bukan orang tempatan dan dibelenggu masalah peribadi menyelesaikan masalah keluarga serta sudah sedia ada tugasnya sebagai ADUN di Kajang.

Sehubungan itu Nalla turut merayu agar pengundi pengundi di Taman Siakap memberikan sokongan dan undi mereka kepada calon UMNO Suhaimi Sabudin seorang anak tempatan yang sudah pastinya mampu memberikan khidmat yang baik untuk mereka disini.



No comments: