Thursday, May 14, 2015

Semoga Didepan Ka'bah Baitullah Tun Dr Mahathir Mendoakan Yang Baik Baik Untuk Najib... Doakan Najib Terus Kekal Sebagai PM

Berada didepan Baitullah rumah Allah swt Ka'bah yang maha suci, sebagai ummah dan hamba Allah kita mestilah mempunyai hati yang bersih...!

Sebagai mantan pemimpin negara sudah pasti Tun Dr Mahathir mahu negara kita terus aman, harmoni dan tidak kucar kacir dan huru hara. Keharmonian dikalangan ummah moga dipelihara dibawah kepimpinan pimpinan yang sedia ada sekarang ini, dibawah kerajaan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.

Sudah pasti Tun M sayangkan negara ini..., kita semua juga mahukan negara kita aman. Jauhkanlah daripada sebarang sengketa dan perbalahan !

Tujuan pergi mengadap Allah swt yang maha esa semestinya hati kita akan mendoakan perkara yang baik baik sahaja. Tidak ada walau sekelumit di sudut hati rasa benci, rasa iri, rasa dendam.....

Semoga Tun Dr M mendoakan yang baik baik untuk negara ini sekaligus doakan agar negara kita terus aman dibawah pimpinan Najib. Doakanlah Najib diberikan kekuatan untuk terus memimpin negara kita. AMIN...!

Tersebar dilaman sosial foto Tun Dr M kini sedang menjalankan ibadah umrah di tanah suci Mekah setelah selesai menghadiri forum di negara Kuwait. Syukurlah.... semoga Tun Dr M sekeluarga dapat menjalan ibadah ini dengan sempurna.

Kita mendokan agar Tun Dr M mendapat hidayah untuk tidak bersengketa dengan Najib, damailah segera demi kebaikan semua pihak. Insya allah....

11 comments:

Anonymous said...

boleh kah hati nya tenang di depan kaabah sedangkan sejak dari dulu menghina hukum hudud. anak perempuan yang tidak tahu akidahnya dimana. kalau aku, sebelum aku ke mekah aku akan mohon ampun dari sekelian umat islam dimalaysia supaya dipermudah kan urusan umrah ku. supaya aku mudah menangis ketika melaksanakan umrahku. tetapi walau apepun aku tetap mendoakan semoga allah mempermudahkan urusan tun m.
mempermudakan semua urusan

Anonymous said...

Semoga Allah terus beri keamanan dan satukan rakyat Malaysia khususnya umat Islam dan lemahkan kekuatan musuh2 Islam dan gagalkan segala tipu daya mereka.

Anonymous said...

Pokoknya PM yang punya kuasa mutlak perlu berubah sikap dan ketrampilan agar tidak bersikap cakap tak serupa bikin, suruh orang telus, mulus tapi diri sendiri tidak berani berubah dengan bersikap terbuka atas setiap kritikan. Jangan berselindung dengan perbagai cerita kejayaan mentadbir jika setiap masalah yang melanda cuba didivert dan dibisukan sahaja..

Anonymous said...

Moga balik dari Mekah dia menjadi seorang tua yang lebih baik.

Pen Kendi said...

Tun M hanya boleh berdoa', yang penting ialah Najib. Kalau Najib dapat berubah dengar nasihat orang yang berpengalaman macam Tun M inshallah semua akan terus baik2.

Anonymous said...

InsyaAllah Tun akan mendoakan kebaikan dankeselamatan rakyat Malaysia dari penyalah guna kuasa dan penyelewengan dana awam!

Anonymous said...

Ini bukan masalah persengketaan la bodoh! Ini masalah Tun mendedahkan tentang penyangak yang kebas duit negara.Kita tak boleh doakan supaya seorang penyangak terus memegang kuasa dan melesapkan lagi duit rakyat.

Anonymous said...

Setuju dengan Anon yang ke 7!!!

Semoga Melayu Bersatu!!!

Anonymous said...

Tun doakan najib lembut hati dan faham sensitiviti rakyat yang nak kan PM baru yg berwawasan, bijak dan ada pendirian tak guna penasihat asing.

PakKaduk said...

Ini BUKAN masalah PERIBADI antara Tun Dr Mahathir dan DS Mohd Najib.

Ini adalah isu penyelewangan wang dan harta negara.

Isu penyelewengan ini bukan kecil anak tetapi sangat BESAR sehingga boleh menyebabkan negara muflis.

Malangnya, orang bertanggungjawab menjaga kewangan negara iaitu Menteri Kewangan pun tidak mampu untuk menjawab soalan2 mudah yang sepatutnya dijawab apabila ditanya.

Malah Perdana Menteri sendiri tidak tahu (atau tidak mahu) menjawab soalan2 mudah tersebut.

Jangan cuba pusing kata PM sudah jawab kerana lain yang ditanya lain yang dijawab.

Jawab satu per satu soalan Tun Dr Mahathir yang mewakili suara rakyat dahulu. Jika lupa apa soalan2nya sila rujuk blog chedet.cc

Anonymous said...


Golongan Mamak Haramjaddaj yang didokong kuat oleh Mamak Boss Mahathir Mohammed, ini berterusan menabur onar dan fitnah supaya Orang-Orang Melayu membenci Para Pemimpin dari Kalangan Orang-Orang Melayu khususnya PM Najib dan TS Muhyiddin.

Golongan Mamak ini disokong kuat oleh Blogger Kuat PemFitnah spt:

1. Syed - Outsidethe box.
2. Din Turtle.
3. Apanama
4. A Kadir Jasin
5. Zainuddin Maiden
6. Celah Gelegar
7. Putra Merdeka
8. Just Read
9. Minaq Jinggo- Jinggo Photos
10. Mummy Rokiah
11. Another Bricks of The Wall
12. Kluang Diamond - Blogger Binggung yang mencari Identity menumpang Isu-isu utama.
13. Just My Thoughts

Ada juga Blogger-Blogger Melayu di atas yang Banggang, Bebal, Bahalul, Bodoh, Binggung yang tercocok hidung dalam mengikuti dakyah, fitnah yang dipelopori oleh golongan Mamak.

Melayu harus waspada pada Blogger Golongan Mamak yang setiap Hari cuba Melemahkan dan Menjatuhkan Usaha-Usaha yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN yang majoritinya Orang-Orang Melayu.

Kerajaan Melayu Melaka jatoh ketangan Portugis, bermula era Penjajahan Asing disebabkan Golongan Istana dikuasai dan dikawal oleh Golongan Mamak.

Hari ini, Golongan Mamak menguasai seluruh Pentadbiran Kerajaan Malaysia - Ketua Setiausaha Negara, Ketua Perbendaharaan Negara, Ketua Polis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Tabung Haji, waimma 1MDB semuanya diterajui oleh Mamak.

Lemahkah Orang Melayu bila mana Semua Jawatan Tinggi Kerajaan diterajui oleh Mamak? Bila lagi Orang Melayu Hendak INSAF???

Ini bukan seruan dan isu perkauman, tapi marilah kita sama-sama berfikir sejenak, wahai bangsa ku orang-orang Melayu.

Melayu bergaduh, menang sorak, kampung tergadai???