Tuesday, May 19, 2015

Semoga Yang Sokong Najib Betul Betul Faham Dan Bantu Berikan Penerangan.... Jangan Tikam Belakang !

Petang semalam YAB Datuk Sri Najib Tun Razak meneruskan sesi pertemuan dengan kumpulan yang menjanjikan sokongan mereka terhadap Presiden UMNO... Giliran Veteran UMNO.

Adalah amat pelik seandainya kita menerima berita program sebegini berakhir dengan tragedi hitam, kecoh dengan insiden yang tidak diingini. Semestinya tak akan berlaku secara zahir atau terang-terangan!

Apa yang pasti segala berita yang baik baik belaka.... Diantara bait bait petikan laporan menyatakan mendapat sokongan penuh untuk menyokong Najib;
Veteran UMNO melaungkan kata semangat menyokong Najib Tun Razak !

Oleh yang demikian, secara logik akal kita mengharapkan buat semua Veteran yang berada di majlis ini semalam ikhlas hendaknya dan jalankanlah tugas untuk menggalas tanggungjawab beri penerangan kepada akar umbi dan rakyat. Sifirnya mudah ! Kalau sokong maknanya dah faham.....

Janganlah jadi gunting dalam lipatan yang hanya tahu baling batu sembunyi tangan. Mohon penggendali laman sosial bagi pihak pejabat PM rajin-rajinlah membuat tinjauan dan semakan di laman sosial.

Cuba gali,korek dan periksa jika ada mana mana laman sosial milik Veteran UMNO yang hadir semalam telah memberikan gambaran negatif terhadap program semalam...

Iya ! Memang ada.... kununnya Najib dok ulang skrip sama, majlis satu satu hala sahaja no two way communications, tak terangkan isu 1MDB dan GST, asyik cerita pasal BR1M yang mana pendapatan negara dikongsikan dengan rakyat....

Kalau nak sokong sokonglah betul betul. Janganlah sokong membawa rebah !

12 comments:

Anonymous said...

Aku sokong Najib dan betul2 faham.

AKu nak tolong bantu beri penerangan.

Bersungguh-sungguh aku nak jadi macai Najib.

Tolong ajar MAcamana cara nya nak jadi macai terbaik ?

Pen Kendi said...

Kalau dah salah nak sokong lagi ke....

Anonymous said...

Kalau macam ni punya gaya, mmg boleh rebah!!! Lihat kenyataan Pandikar Amin hari ini!!

Anonymous said...

Najib pun mesti terus segera jawab persoalan dan fitnah yg timbul, jangan asyik berdiam diri.

Nasib baik Tun M wake Najib up from his slumber.

Weak Gandus said...

AKu memang sokong NAJIB.
Tetapi selepas membaca SARAWAKREPORT aku mula was was..
This is a very serious problem indeed..... Hmmmph

Cherok To' Kun said...

Yg mengaku sokong tu bukannya faham isu sebenar 42b 1MDB. Macamana nak bagi penerangan kpd ahli2 umno & rakyat? Datang taklimat pun asyik sibuk berselfie sana sini. Aku pun dah fed-up & penat nak menjawab dgn puak2 PR isu per isu yg timbul

Anonymous said...

Orgbpencen yg dtg tu dgr aja..padahal dana pencen meka pun da kena guna oleh 1mdb..lagi satu Oenerangan Ahjibgoh hanya oneway trafic..no question n answer..dgr cakap dia aja...

Anonymous said...

marilah kita sokong najib, i love PM, i love PM. tapi rakyat tak sokong najib dah , macam mana pulak tu...ah tak kesah lah, yang penting kita sokong jugak..i love PM, i love PM.

Anonymous said...

tk yah belajar...ko mmg dilahirkan utk jadi macai.. mati pun jadi hidangan ulat.

Anonymous said...

sarawak report tu sape punya???

Anonymous said...

berapa byk dana pencen yg kena songlap. bole bg tau ke ..alahai bebelnya aku

Anonymous said...

mari lah kita sokong keturunan mamak bendara melaka yg diiktiraf mendiang yowtai kuan yew. antara kejayaannya; mengambil alih sime darby dgn bantuan yahudi. membina klcc dgn ananda krishna.bla.....bla...