Monday, May 11, 2015

WILL NEVER SURRENDER ! Cantek... Najib Mulakan Langkah Di Sabah. Pimpinan UMNO Yang Nak Najib Undur Dah Mula Panas......

YAB Datuk Seri Najib dah mulakan paluan gendang untuk mempertahakan haknya sebagai ketua kerajaan yang sah !

Mutakhir ini pelbagai kemelut yang dicipta dari dalam UMNO sendiri seolah-olah mahukan Najib undur dari jawatannya sebagai Perdana Menteri. Serangan demi serangan oleh mantan PM Tun Dr Mahathir disambut pula dengan tukang bakar dari UMNO sendiri mereka bergandingan mahu memberikan tekanan kepada Najib untuk "surrender".

NO WAY !

Semalam dihadapan puluhan ribuan rakyat di bumi dibawah bayu, sokongan hampir 40,000 hadirin membakar semangat Najib untuk terus lawan apa sahaja rintangan demi amanah dan mandat yang telah diberikan kepadanya sebagai Orang Nombor Satu Negara.


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau berkata, selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana menteri dan ahli UMNO terus teguh menyokongnya sebagai Presiden parti maka beliau tidak akan berganjak daripada jawatan yang di­sandangnya sekarang.

“Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini hari ini.

Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.

Beliau menegaskan, jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan ahli UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Najib yang ingin mendengar sen­diri suara sokongan hadirin dengan melaungkan “rakyat Sabah sokong” sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, “Najib, Najib, Najib”. 

Menegaskan pendirian kukuh­nya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi ‘Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan’.

Najib berkata, beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadirin pada majlis di sini dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah ber­kenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepada­nya untuk memerintah negara.

“Takkan satu suara (Dr. Mahathir) lebih besar daripada suara yang dide­ngari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara,” katanya.
Katanya, setiap pemimpin terma­suk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr. Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

“Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr. Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, ‘walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri’. Oh hebat dia jawab.

“1987, saya antara yang menyo­kong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr. Mahathir ti­dak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri”, yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.

“Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi Perdana Menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)),” katanya.

Najib berkata, kenyataan Dr. Mahathir berhubung 1MDB kebelaka­ngan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.

Beliau menegaskan, kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.
Perdana Menteri menjelaskan, ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya ‘bailout’ 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun dise­babkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.

“Tetapi kerana isu sudah dipu­sing sebagai isu yang panas, orang kata ‘you are shooting yourself at your foot’, tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional. Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya.

Perdana Menteri berkata, selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.


17 comments:

Anonymous said...

40 ribu ke..hehe. nak kencing pun berhengat2 lah bro.

AnakJohor

Labu8455 said...

Yang Najib palu tu gendang Melayu atau gendang Bugis ?

Anonymous said...

Penyokong Madeay semakin tak keruan, gila kot reka cipta isu 1mdb lepsstu suruh desak Najib letak jawatan..

Ingat ni negara koboi ke.. ikut telunjuk kaki Madeay jer... lantaklah janji Najib jgn bg muka mcm Pak Lah kena.. melampau sgt!

Anonymous said...

Baru mamak tu tersengap sat.Dia ingat dia lah PM yg paling baik dan berjaya.Pi dah, kalu kami tak sokong wahai mamak, dah lama hang pi. Hidup Najib !!

Anonymous said...

Apa lagi yang Mahathir mau? He had picked up the wrong target. Najib has a strong support Mahathir has passed his time. He should keep quiet or shut up. All his challenges will fall back on him.He is wasting his time. Semasa umur masih ade tumpulah kepada meningkatkan ibadah. Jangan lah buat perkara yg sia sia nnti memakan diri dan orang yg pernah menghormati nye dulu akan memaki seranahnye pulak. You have got nothing to prove except making moe people to hate you.

Anonymous said...

Yang ku takutkan pepatah bugis itu lupa menyatakan, perahu yang dipimpin akan melewati laut gelap yang berpusar yg bakal menjanjikan kehancuran yang tiada jalan kembali lagi.. Memang lagak berani tapi kalau nak menempuh maut baik YB Najib sekeluarga aje yang naik perahu itu... Perkara mudah untuk memperjelaskan perkara yang kabur pun masih tak mampu nak buat. cam mano nak jadi pemimpin, balik2 kata beri masa.. dulu dia kata zaman Pemimpin tahu segala dah berakhir, namun kini dia buat perangai "serba pandai lagi mengetahui" mengalahkann zaman Mahathir dulu. YB Najib nak menegak benang basah apa lagi, dia buat hal besar sampai cabinet, TPM sendiri pun tak mengerti bbagaimana nak kasi rakyat faham. Boleh ke YB Najib nak kemudi kapal ke tempat selamat.

Sampai masa pasti Najib akan keseorangan dalam perahu bugisnya.

Anonymous said...

Najib cakap pasal mempertahankan haknya di Sabah boleh la bro..kubu kuat BN..next pilihanraya belum tentu orang semenanjung sokong najib..aku sokong UNMO tapi bukan Najib..

Anonymous said...

Jangan lupa PRU 13 dulu berduyon-doyon cina kangkong pasang poster "we love PM" tiba masa mereka langsung tak beri undi kat BN. Rasa2 orang kat Sabah nie belum tentu jujur sokong beliau, mungkin seronok nak tengok kecomelan Rosmah je tak. Najib jangan lupa Tun Mahathir bapa projek IC, kalau beliau turun ke Sabah, jauh lebih besar sokongan buat beliau. Tak yah sesiapa menaja pun...

Najib kena berubah dari sekarang. Andai tidak mahu keseorangan.. di penjara nanti.. Tun Mahathir dah bagi ingatan skandal 1MDB ni boleh buat beliau menrengkok dalam penjara. Orang keliling beliau semuanya jenis manusia lintah yang tahu mengcekik aje...

Anonymous said...

cukup bulan gaji masyukkkkk..
cantikkkkkkkkk..

Anonymous said...

Itu pun dia. Pemimpin be end sudah mula mengungkit cerita sesama sendiri. Tunggulah nanti keluar semua rahsia biar rakyat sedar betapa penipunya mereka.

Idup Najib...

Anonymous said...

KHAIRY JAMALUDDIN - KETUA PEMUDA UMNO SILA LETAK JAWATAN.

Seluruh Gerakan & Ahli Pemuda UMNO telah tertipu dengan usaha Ketuanya si HaramJaddah Khairy dan Timbalannya Azwan Bro memberi tekanan kpd pucuk pimpinan UMNO, Presiden & Perdana Menteri di dalam hal berkaitan 1MDB dan Urusan Tabung Haji.

Rupa-rupanya Iblis/Syaitan Kecil Khairy tertekan keranan desakan Nori supaya mempertahankan Kontrak MAS selama 25 tahun. Pihak Mas (Kerajaan) telah memendekkan Kontrak Bapak Saudara Nori..Berahim kpd 5 tahun dan MAS boleh mengantikan mana2 Katering jika MAS tak berpuashati pd Berahim.

Jadi Khairy telah menggunakan kedudukkannya sebagai Ketua Pemuda memberi tekanan pd PM Najib supaya meletak jawatan. Usaha Khairy ini mendapat restu TS Muhyiddin Yassin yang dah kelalut dengan desakan Iblis/Syaitan Besar Mahathir Mamakkutty Haramjaddah MahaZalim, MahaLanun, MahaPerompak, MahaCilako, MahaPukimak...Semoga Dipendekkan Umur dan Mampois cepat2.

Banyak daah ditulis tentang Kezaliman, Penipuan, Penyelewengan dan KECURIAN yg dilakukan oleh Regim Mahathir Laknatullah. Hanya Blogger SIAL PUKIMAK MAKAN HARTA FITNAH RASUAH.. Outsidethebox, Din Turtle, ApaNama, Zam Maiden Mamak Pukimak, A J Kadir... Semunya terdiri drp Mamak Haramjaddah yg nak melaga-laga, melemahkan kepimpinan Orang Melayu.

Orang Melayu UMNO, jangan Sokong Mukhriz PONDAN, kaki betina, OPCOM yg dapat kontrak sediakan fibre optik seluruh Malaysia, Mohon Najib CANCELkan Kontrak Opcom. Ini kerana Mamakkutty Dah lama Merompak, Melanun dan Mencuri Wang Rakyat. Inilah sebab apa2 pon bisness yg Anak-Anak Pukimak Mahathir Mohkzani (Penipu), Mirzan (Penyangak) Mukhriz (Pondan) buat, semuanya GAGAL, kerana duit Mamakkuty Mahathir bagi hasil drp usaha Haram Wang Rakyat.

Anonymous said...

najib kena pelok erat orang sabah
bukan lagi setakat salam tangan je

Anonymous said...

najib patut pelok erat orang sabah
bukan takat salam tangan

Anonymous said...

Jauhnya nak mula attack Tun ... di Sabah!

Anonymous said...

positive energy yang PM dapat dari orang Sabah InsyaAllah akan mampu menaikkan semula semangatnya selepas di tekan dan di tikam banyak kali.. harap semangat itu akan beri kekuatan dan keberanian jitu dan kembalikan semula keyakinan beliau bahawasanya silent supporter beliau ada di mana-mana di seluruh pelusuk tanah malaysia ini.

dear PM, ketahuilah anda tidak keseorangan! jawablah soalan dan pertanyaan rakyat dan Tun M dengan berani dan tertib. dapatkan semula keyakinan rakyat marhaen. niat ikhlas PM pasti Allah balas.

Anonymous said...

bagus pon mereka bercakaran sesama sendiri, selama ini rakyat upahan yg menjunjung palycard I love PM,dtg dari jauh ,diberi makan.
kumpul org cina kasi makan depa makan. undi jgn harap la.

pak hasan

Anonymous said...

Dulu azam baru kau nak tegur kalau najib buat salah. Lps dpt duit dah ampu habis najib !!!