Monday, June 1, 2015

Big Boss Dah Bunyi...! Najib Kata Siapa Yang TAK Bersama Dia Sila Letak Jawatan.... Ada Menteri Sudah Panas..?

Tentu anda semua sebagai rakyat Malaysia masih ingat filem Seniman Bujang Lapok yang sentiasa evergreen...!

Ada salah satu adegan filem itu menghidangkan aksi marah Ahmad Nisfu dengan bait bait skrip berbunyi "Kau nampak itu pintu besar tidak..? Dengan perintahku, GET OUT !".

Sebagai Big Boss dalam jemaah menteri, nampaknya YAB Datuk Sri Najib sudah bunyi.... Memang wajar pun tindakan Najib mengingatkan barisan kabinetnya yang tak sehaluan dan tak mahu menyokongnya untuk berambus !

Apa perlunya juak juak JEMUAN yang pakai baju Menteri atau Timbalan Menteri ini masih mahu duduk dalam saf kepimpinan Najib jika hanya mahu jadi gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut...?

Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.

Kata dua Perdana Menteri itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu tetapi difahamkan, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Menurut sumber Kabinet, Perdana Menteri menyatakan pendirian tegasnya itu sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Hal sama yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet itu turut dilaporkan portal berita, Malaysia-today.net. “Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Selasa lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, menggesa menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan kolektif Kabinet dalam isu 1MDB perlu meletakkan jawatan.

Shahrir yang bersetuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah agar seluruh anggota Kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam isu 1MDB ketika membuat gesaan itu berkata, prinsip Kabinet ialah tanggungjawab bersama.

Pada Jumaat pula, Ahmad Husni ketika mengumumkan pelan rasionalisasi 1MDB memberitahu, syarikat pelaburan strategik kerajaan itu akan menerima pembayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) selepas memeterai perjanjian dengan firma dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

Jelas Menteri Kewangan II itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian terbabit, IPIC akan membuat bayaran RM3.6 bilion itu pada atau sebelum 4 Jun dan dana itu akan digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjamannya berjumlah RM3.5 bilion lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan kumpulan bank antarabangsa.

7 comments:

Anonymous said...

Najib bibir merah yang dah panas..kalau tak takkan sanggup berabis duit wat tour tagih sokongan..kenapa dia wat salah orang lain lak kena letak jawatan...

Anonymous said...

video mahyuddin ada terdengar suara sack the presiden ini lah suara malaun tu..senang nak cari apa

Anonymous said...

Sokong bersyarat. Jika ternyata bersih berdasarkan laporan PAC, terus sokong, jika tidak bagaimana nak sokong. Bolehkah sokong membabi buta? Amar makruf nahi munkar bukankah seharusnya begitu? Undipun seharusnya begitu juga bukan membabi buta.

Anonymous said...

semua perniagaan atau busniness ada turun naik..ada masalah...

Tapi, sebab dah banyak taik taik yg di laporkan dlm internet, seolah olah masalah 1MDB satu masalah yg tak boleh diselasaikan...

Padahal, 1MDB satu syarikat pelaburan berjangka panjang dan pada masa yg sama memberikan peluang yg banyak untuk bumiputra....

Tapi, biasalah. Ada yg dengki. Yg melayu pun jadi pencacai kepada golongan mata sepet yg sememangnya tak nak org melayu/bumiputra berjaya


Anonymous said...

apa punya bacul..Ah jib gor la patut pecat org2 tu..xda siapa kata pn xsokong PM?diam n kritik PM xbleh ke??klu rasa ada menteri kabinet xsokong kasi pecat la..kemon jibby strawberry tunjuk brtelor sikit..

I LOVE PM

Anonymous said...

Bodoh punya PM. Perangai macam musibat. Kau yg failed,mana pi 42 Billion kau x mau jawab. Org suruh kau letak jawatan la bahalol. Bukan org kena letak jawatan pasal kebangangan kau,stupid PM.

Anonymous said...

Masa 1MDB buat keputusan melabur sana sini dgn wang jutaan RM tu ada mintak sokongan jemaah menteri ke?. Najib, menteri2 tu semua kecut perut sbb bayangkan slps PRU14 mereka hilang segala2nya sbb pertahan PM yg kuat dgn slogan 1 segala 1 ni.