Friday, June 19, 2015

Bulan Ramadhan Bulan Yang Mulia... Bilakah Akan BERAKHIR Sengketa Dua Tokoh Negara..?

Tiap kali hadir bulan yang sungguh mulia menjengah ummah islam setiap tahun, Ramadhan Kareem, Ramadhan Al Mubarak, pasti jiwa kita akan terasa mahu membersihkan rohani dalaman dengan melakukan semua kebaikan sebagai hambal Allah swt !

Pada bulan ini semua umat islam akan merebut peluang untuk mengerjakan ibadah sebaik mungkin dan sudah pasti mahu melaksanakan Hablum Minnallah dan juga Hablum Minnanas... buat semua yang baik baik demi hubungan manusia dengan Allah dan juga hubungan baik manusia sesama manusia....

Bulan yang penuh keberkatan, ganjaran istimewa kepada yang menunaikannya. Bukan sahaja soal ibadah yang merangkumi berpuasa, berjemaah taraweh, bertadarus, berqiamulai, berzakat tetapi umat islam juga digalakan bersedekah membantu umat yang lain dibulan yang mulia ini. Begitulah indahnya nikmat bulan Ramadhan yang hadir setahun sekali.

Mengambil berkat dan semangat bulan yang penuh kemuliaan ini, alangkah indahnya jika sebarang kemelut, persengketaan, perbalahan akan menemui jalan penyelesaian dan berakhir dengan perdamaian...!!

Bulan yang mulia ini kita biasa dengar kisah krisis famili berjaya menemui perdamaian demi rasa kasih sayang kekeluargaan. Kita juga pernah menyaksikan perbalahan sesama sahabat juga berjaya diselesaikan dibulan yang mulia ini... Asalkan ada keinsafan dan menjunjung tinggi nilai siratulrahim sesama sendiri.

Begitulah juga dengan kisah krisis Datuk Sri Najib dengan Tun Dr Mahathir. Besarlah harapan umat islam dalam negara kita ini khususnya yang menjadi ahli UMNO mahukan perdamaian diantara mereka berdua. Damailah hendaknya ! "Ya Allah kau satukanlah hati hati kedua dua pemimpin kami ini, dan kau padamkanlah api kebencian dan kemarahan sesama mereka... AMIN".

Janganlah ada diantara kita mahu menjadi bahan api membakar dan terus mahu menyalakan api perbalahan diantara Najib dengan Tun Dr M. Hentikanlah... Sudah-sudahlah ! Cukuplah.....

Negara kita perlu dibangunkan agar terus maju, banyak masalah rakyat perlu kita selesaikan. Janganlah nanti kesudahannya kita akan menyaksikan apa yang disebut oleh peribahasa yang berbunyi "Menang Sorak Kampung Tergadai".

Ayuhlah, kepada mana mana pihak yang berkaitan dan punyai kedudukan yang baik untuk menjadikan faktor perdamaian ini satu realiti, maka jadikanlah. Doa kita dan usaha kita kearah menjadi semuanya yang baik baik belaka.

Sewaktu program Majlis Penerangan Perdana yang diadakan di PWTC pada 14 Jun 2015, respon yang diberikan oleh peserta ketika itu mereka dengan tegas mahukan Najib berjumpa dengan Tun Dr M bagi menyelesaikan apa sahaja kemelut diantara mereka berdua. YAB Presiden UMNO menyatakan beliau bersetuju....

Bukan Ramadhan bulan yang mulia, penuh keberkatan, penuh kemuliaan, penuh keinsafan. Damailah wahai ummah !

10 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

skang pakai kucing kurap PKR..klu xbleh tumbangkan tun dah ada gerakan nak bawa Anwar masuk UMNO semula tuk bantu Najib..Tahniah Umno..Najib+Anwar lawan Tun

#iloveAhJibGor

Anonymous said...

Tuan blog.
tajuk bg tepat.. siapa yg membuat sengketa?
Najib ke atau Mamak Madey?
Najib bertahan tanpa menyerang melawan atau mengutuk Tun Mamak walaupun Mamak Tun sudha melampau batas..

sehingga media pro-Israel New York Times pun Mamak Madeay sanggup bersekutu untuk kutuk dan jatuhkan sesama Muslim..

Apakah Mamak Tun rasa beliau tidak ada sokongan lagi di Malaysia sehingga terpaksa melutut pada media Yahudi Israel?

Tun sedang terima KARMA akibat kezalimannya 22 tahun jadi PM termasuk siri pembunuhan yang banyak seperti peristiwa Tragedi Memali-Kedah 1986

Anonymous said...

Najib bole saman TDM kerana mengelar kriminal kepada Najib tanpa bukti. TDM juga bole berhijrah jika x suka Malaysia. Ini lebih baik dari jatuhkan Malaysia kerana kepentingan kroninya dan jadi macam penderhaka. Dulu dia x suka barat, la ni dia berkiblat ke barat pulak?

Anonymous said...

Mulut you jaga sikit, pakai mamak 2 pulak, hina ka, nama mamak, yang hang dok pekena teh tarik kedai mamak hang tak sedar, mamak lah selalu nya pandai berniaga, hang Apa tau, mamak is King.

Anonymous said...

bagaimana persengketaan ini boleh berakhir;
1. najib berundur
2. tun mahathir meninggal
3. masing-masing beralah, bawa berbincang dan capai persepakatan. walaupun tun sudah tua, masih ada idea untuk bantu kerajaan bangunkan negara. selain rosakkan apa yang pernah tun sendiri bina.

Anonymous said...

nak berdamai konon puiii....dalam masa yg sama guna anjing kurap serang Tun M...nak debat tak berani

Anonymous said...

Why is it some Che Gu PAS that came to meet Tun M regarding memali and the attempt on his life openly asking for forgiveness from Tun....?

Bugis footlickers, this is not even about Tun M but the real potential of the country going down the drain all because of this 1MDB thing.

Footlickers and bootlickers on bugis payroll or not, you're are such bunch of goons not seeing the calamity Najib's taking the country and even worse making pawn of the survival of malay-muslims dominance in Tanah Melayu!

Understand the real issue and not attacking Tun M for the sake of degrading him which does not dent him a little bit. Tun M has had worse than what you guys are throwing at him at the moment and with the grace of Allah, he is still standing at the ripe age of 90 years!

Tun M's concerns is the people (the malay-muslims-bumiputeras) but bugis footlickers and bootlickers are defending that only 1 guy yet no attempt to explain to the rakyat that all is good with 1MDB.

UMNO and Bootlickers and Footlickers, if you guys are not going to come to your senses, then you can expect the wrath of the rakyat at GE14 where whatever will be will be....

Anonymous said...

Najib letak jawatan TAMAT semua sengketa!

Cari pengganti baru dan tak semestinya muhyidin.

Setel segala masalah bro. Selagi pemimpin baru tak buat taik!

Anonymous said...

SALAM BRO,BOLEH DENGAN PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PM OLEH NAJIB.BELIAU TIDAK LAYAK DUDUK SEBAGAI PM KERANA BANYAK MEMBOHONG DAN MENIPU.

Anonymous said...

Persengketaan apa? TDM dan ramai lagi rakyat ingin isu penipuan 1MDB diselesaikan. Tindakan mestilah diambil kepada sesiapa saja yang telah menyebabkan 1MDB menanggung bebanan hutang di atas urusniaga yang melibatkan penipuan dari mula lagi. Pleaburan PetroSaudi dirancang oleh Jho Low, kawan baik Rosmah. Najib menggunakan kuasanya sebagai penasihat 1MDB, Menteri Kewangan dan Perdana menteri bagi membolehkan penipuan ini berlaku. Hanya rakyat Malaysia yang buta akal saja masih tak nampak masalah dengan Najib dan 1MDB. Sekarang pun sudah nampak banyak usaha bail-out telah cuba dilakukan oleh Najib menggunakan Tabung Haji, FGV dan TNB. Jadi tak perlulah nak memburukkan TDM, tak ada kautan langsung dengan segala taik yang dilakukan oleh PM Malaysia yang paling bodoh ni.