Tuesday, June 16, 2015

Dulu PAS Doakan Mohon Allah Hancurkan UMNO... Sekarang PASMA Dilahirkan Untuk Hancurkan PAS...??

Penubuhan parti baharu seperti yang diumumkan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi selepas Hari Raya Aidilfitri ini langsung tidak akan menggugat kedudukan PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, beliau yakin PAS akan tetap berdiri kukuh walaupun terdapat kemungkinan segelintir ahli parti tersebut akan berhijrah ke parti baharu berkenaan.

“Saya tak risau (penghijrahan ahli PAS), dalam perjuangan Islam, kita yakin bahawa seorang keluar, berpuluh lagi datang kepada kita.

“Allah akan hantar satu puak lain yang mereka sayangkan Allah, dan Allah sayangkan mereka. Itu biasa dalam perjuangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan Phahrolrazi yang mahu menubuhkan sebuah parti politik baharu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sejarah pernah menunjukkan bahawa PAS tidak pernah terjejas dengan kemunculan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) yang merupakan serpihan daripada parti itu pada 1977.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, penubuhan parti baharu itu sudah dijangka kerana ada ura-ura sebelum ini.

5 comments:

Anonymous said...

Dulu masa saya sekolah , guru agama saya sering bercerita tentang adab adab berdoa . Salah satu adab adalah berdoa untuk perkara yang positif saja . Tidak boleh berdoa benda yang negatif kerana takut benda yang negatif tu akan kembali kepada kita . Contoh nya kalau kita berdoa untuk pencuri yang mencuri . Tidak boleh berdoa untuk Tuhan musnahkan pencuri itu tapi berdoa lah supaya pencuri itu insaf .

Anonymous said...

Nak diaminkan doa bodoh itu buat apa. PAS sendiri dah hancur. Itu roket boleh bawa pi sorga kah?

Anonymous said...

Peh..ngaku pulak tu Allah sayangkan puak depa.umno he steady..pas hampas

Anonymous said...

Bila yg dituduh tak spt tuduhan, mk tuduhan kembali kpd yg menuduh. Sbb tu jgn angkuh, jgn celupar.

Anonymous said...

Allah dah tunjukkan bukti bahawa perjuangan mu terhadap UMNO tu dah salah, lagi nak cakap Allah sayang kan puak2 depa juga ke. Lagi bukti Allah bahawa Pakatan juga akan di musnahkan, pun masih nak melawan lagi ke.