Wednesday, June 17, 2015

Negara Mangsa Keganasan Perang... Tak Banyak Kemudahan Sukan Boleh Malukan Skuad Harimau Malaya ! Palestin Baham Harimau Kita 6 - 0

Memalukan...! Sangat sangat memalukan...!!

Dengan pelbagai kemewahan kemudahan yang sedia ada dalam negara kita yang aman damai ini, skuad bolasepak tanahair yang dikenali dengan nama Harimau Malaya telah "diayamkan" oleh skuad saudara islam kita yang hidup dalam serba kekurangan di negara mereka....

Sebut sahaja negara Palestin sudah pasti tidak ada gambaran yang akan mengundang mana mana manusia selain daripada membayangkan kesengsaraan rakyat disana hidup sebagai mangsa keganasan perang !

Bandar disana tidaklah seindah kota kota yang besar di negara kita seperti Ipoh, Johor Baru, Kuantan, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Alor Star, Subang Jaya, Petaling Jaya, Damansara, Seremban, Melaka dan lain lain lagi.

Bangunan di negara Palestin banyak yang telah musnah akibat menjadi mangsa keganasan perang yang seringkali dilancarkan oleh juak juak Zionist Yahudi. Sekaligus kita sedia maklum pelbagai kemudahan di negara itu jauh, dan tersangat jauh ketinggalan berbanding Malaysia.

Negara yang dirundung malang seperti ini apakah mereka mampu bermewah mewah dengan pelbagai kemudahan industri sukan tanahair...?

Apakah dinegara Palestin mampu mendirikan banyak stadium bolasepak berkelaskan atau taraf dunia..? Berbanding di Malaysia ini, kita ada Stadium Bukit Jalil, Stadium Shah Alam, Stadium di Kuantan, di Paroi, di Ipoh dan sebagainya...

Tiada apa lagi yang boleh diperkatakan tentang pasukan Harimau Malaya selepas di­belasah 0-6 oleh Palestin dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Kekalahan memalukan itu me­nimbulkan persoalan mengenai kemampuan skuad negara untuk mengharungi perlawanan seterusnya apabila berdepan lawan yang jauh lebih kuat.....

Skuad Harimau Malaya berada dalam kumpulan A bersama Timor Leste, Emiriah Arab Bersatu [UAE], Saudi Arabia dan Palestin. 

Kalau inilah sahaja tahap kemampuan anak buah Dollah Salleh, sekadar mampu seri dengan Timor Leste negara kecil yang baru merdeka dan selepas itu dibelasah pula oleh Palestin negara mangsa perang...., entah apalah nasib skuad ini bila berdepan dengan UAE dan Arab Saudi...?


NAK KOMEN...??

21 comments:

Anonymous said...

SALAM BRO,TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA MUTU BOLASEPAK KITA JAUH KE BAWAH ATAU MERUDUM.JANGAN TUDING JARI KEPADA SESIAPA.DARI PERSATUAN,PEGAWAI DAN PEMAIN SEMUA BERTANGGUNGJAWAB.BUAT KAJIAN TINDAKAN TERHADAP MASALAH MUTU BOLASEPAK DI NEGARA KITA DARI ATAS HUNGGA KE BAWAH.

Anonymous said...

Palastin berlatih dengan peluru dan bom..
Malaysia berlatih dengan bom asap, botol air mineral serta bunga air dan tisu..

Syah Redza030 said...

perlukan perubahan drastik,please Malaysia,

Anonymous said...

kah..kah..kah..padan muka..coach Dollah Salleh termasuk semua pegawai2 FAM, kalau malu letak jawatan..tapi aku rasa memang muka tak tahu malu..skuad muda Sea Games 2015 pun hancus. Senang cakaplah standard bolasepak kita setanding Nepal, Bhutan, Bangladesh Dlm banyak2 pemain yg ada sekarang baik dari skuad senior atau muda, tak ada seorang pun yg benar2 lincah & skilfull. Dengan segala kemudahan yg ada di negara ini begitu juga sumber kewangan yg agak baik, apa susah sangat ke nak majukan bolasepak Msia & melahirkan bakat muda.

Anonymous said...

Kedudukan ranking dunia dan Asia menjelaskan keadaan mutu bolasepak negara. Apakah kelas rating pemain sediada dalam kelas dunia atau Asia? Kelahiran pemain bintang atau setaraf dengan pemain antarabangsa bagai sebuah impian yang tiada kesudahan. Apa pun kecaman peminat terhadap persatuan FAM adalah semata luahan kekeciwaan atas harapan menggunung untuk melihat Malaysia layak ke Piala Dunia/ Asia. Pemain dan FAM perlu muhasabah diri.

Anonymous said...

Memang betul

Anonymous said...

Salam.
1. Apa lagi agaknya alasan yang akan diberikan oleh pemain, jurulatih, pengurus serta FAM.
2. Semua pihak (spt yg disebut diatas) tanpa pengecualian mesti meletakkan apa pun jawatan / tugas yang disandang tanpa sebarang alasan.
3. Kualiti pemain serta pelan permainan kita memualkan.

Anonymous said...

"Ayam4U" ganti Harimau Malaya.

Anonymous said...

saya rasa hanya TMJ yang boleh ubah mutu bolasepak di malaysia ni..tetapi pastinya akan mengambil masa untuk malaysia kembali gagah dalam bolasepak..ramai pemain muda harus ditampilkan dengan kelajuan dan mutu kawalan bola yang baik..

Bobby Charlton Kluang said...

MALAYSIA PERLU "thinking players".
TANAMKAN SEMANGAT BIJAK BERFIKIR APABILA DIATAS PADANG.
PEMAIN HARIMAU MALAYA TIDAK ROBUST, DAN KELIHATAN TAKING THINGS EASY.
PEMAIN LAAWAN BERKERJA KERAS DAN RAJIN MENGASAK UNTUK DAPATKAN BOLA.
TENGOK DAN BELAJAR DARI PERMAINAN VIETNAM, THAILAND, MYANMAR DAN PALESTINE.
MEREKA ALWAYS ON THE RUN, TETAPI PASUKAN NEGARA TIDAK SEBEGITU CERGAS.......
INSHALLAH MASIH ADA RUANG UNTUK PERBAIKI......
HIDUP HARIMAU MALAYA.!!

Shamsul Anuar Abdul Samat said...

Bubar je skuad tu..Memalukan!! Kalah ditempat sendiri di anggap sangat terror dan dasyat tu...

Rizal Zainal said...

Bkn bro , tp malaysia tk ada coral atau gaya bolasepak mereka sendri , gaya yg malaysia mainkn sekarang ni terlalu megikut gaya eropah yg suka pd hantaran jauh . Jd psukn lawan dh boleh baca dan agak

Anonymous said...

aku tak salahkan pemain.. dah yang melatih macam tu.. gitu lah jadinya.. rupa bentuk kuih tergantung pada acuan nya..

Anonymous said...

Memang negara kita kaya dan mewah berbanding dengan Palestin. Skuad Harimau kita tidak pernah terdedah dengan keganasan, kesengsaraan dan penderitaan seperti yang di alami oleh rakyat Palestin. Semangat berjuang yang kental sebagai mane ia berjuang menentang keganasan Israel, tidak ada dalam diri pemain2 skuad harimau kita. Macam mane nak menang.

Anonymous said...

Harimau lapar berbeza dgn harimau kenyang.

Anonymous said...

kalah melawan masih boleh diterima ..
tapi kalo tendang bola pun tak kena ... duk lari ikut bontot orang apa jadahnya
baru 30 minit main dah berjalan cekak pinggang ... waktu siang keje tebang balak kot .....

Anonymous said...

Dollah Salleh mesti berenti pasal dah kena aib. Janganlah ikut macam orang tu yg tak tau nak berenti lepas kena tangkap menipu ....

Anonymous said...

Buang masa ....buang duit.....

Anonymous said...

Buang masa ....buang duit.....

Ted Manoff said...

Banyak sangat makan belachan. .hilang fokus..saraf otak jadi rosak...tak boleh ingat bola hanya teringatkan belachan

Anonymous said...

Hantar dorang berlatih kat Palestin...ada insaf skit.