Wednesday, June 24, 2015

Tak Lama Lagi Lebih Ramai Penyokong Tun M Akan U Turn Sokong Najib..... Xavier Andre Justo Tukang Sebar Info Palsu Petro Saudi-1MDB Dah Ditahan Polis Thailand

Gegak gempita bersahut-sahutan sakan sebelum ini juak juak yang mempercayai cerekarama 1MDB mengkiritik dan menghina YAB Datuk Sri Najib....!

Mereka semua sampai ke kemuncak ejakulasi hanya semata mata percaya dengan dokumen dokumen 1MDB yang disiarkan oleh sebuah portal Sarawak Report...

Malang sungguh nasib juak juak kumpulan yang sudah semakin hari semakin teruk "membenci" Najib. Mereka semua tergamak secara terbuka melabelkan Najib Penipu...

Iya, memang malang sungguh nasib juak juak ini apabila semalam tersiar khabar berita dari seberang tanahair. Rupa-rupanya dokumen yang selama ini mereka percaya mengenai "penyelewengan 1MDB" sebenarnya bukanlah sahih... Itu semua dokumen yang tak boleh pakai !

Kesian juak juak ini.... mereka percaya kepada penyamun dan penyangak untuk menuduh pemimpin mereka menipu.


BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang bekas pegawai PetroSaudi International Ltd dan mendakwanya atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan, lapor media Thailand.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang, berkata polis Bahagian Pencegahan Jenayah menahan warga Switzerland,  Xavier Andre Justo, susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Thailand.

Polis turut menggeledah kediamannya dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu

Menurut polis, Justo adalah seorang eksekutif di PetroSaudi sebelum melarikan diri ke Thailand. Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu, terkenal di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat dana pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dua tahun selepas dipecat daripada syarikat, Justo dikatakan cuba memeras ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta). Dia mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu jika permintaannya tidak dipenuhi.

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik, hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

Difahamkan, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok-tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan.

Sementara itu, PetroSaudi dalam kenyataan yang dikeluarkan di Riyadh, menyambut baik penahanan Justo dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Thailand. Selain itu, PetroSaudi mempertimbangkan tindakan undang-undang sewajarnya.

"Kami lega Justo akan berdepan tindakan mahkamah. Kami menjadi mangsa jenayah dan lebih mendukacitakan, ia dipolitikkan di Malaysia.

"Kami gembira kerana dapat memperbetulkan keadaan dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala kesulitan berikutan tindakan tidak bertanggungjawab bekas kakitangan kami," katanya.

No comments: