Monday, July 27, 2015

Benarkah Muhyiddin Nak Langgar Najib Atau Sekadar Beri Wake Up Call Untuk Jentera UMNO Kerja Lebih Kuat...?

KECOH ! Riuh rendah...!! Hingar bingar.... Huru hara.....

Pelbagai macam gambaran boleh kita ungkapkan dalam media sosial berkaitan dengan laporan persada politik tanahair sejak malam tadi sehinggalah tengahari ini.

Sudah pasti sejak lewat malam tadi smart phone kita akan sentiasa memekak dengan notification yang bertalu talu menandakan ada banyak message yang masuk kedalam sistem pesanan Whatsapp. Berita panas tersebar mengenai "petikan ucapan" Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Cheras.

Iya, petikan ucapan bukannya ucapan penuh yang disebarkan...! Tempoh durasi hampir 5 minit sahaja,  menyiarkan apa yang disebutkan oleh Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO. Petikan ucapan yang disebarkan oleh portal Malaysian Insider yang pernah kantoi meenyebar berita aplsu seperti pengundi hantu Bangla 40,000 menyokong BN pada PRU 13. Ulasannya di SINI.


Inti ucapan Timbalan Presiden UMNO semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Cheras.

 1. Rakyat meluat dan gelisah melihat melihat isu-isu dalam negara yg masih tidak selesai oleh pemimpin.

 2. Kita tidak boleh berbohong pada rakyat. Kita perlu terima hakikat rakyat dibawah ingin tahu isu 1MDB dgn segera. Mereka ingin tahu hutang 1MDB RM42b, lapuran AWSJ terhadap wang yang masuk dalam akaun Presiden, mengapa tindakan tidak diambil keatas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat yg telah menyebabkan 1MDB berhutang sehingga RM42b.

 3. Isu ekonomi menjadi masalah utama. Isu kos sara hidup, GST, masalah perumahan, penganguran, jenayah dan lain lain. Isu2 ini masih tidak ditangani ditambah lagi pula dgn bebanan hutang 1MDB.

 4. Kita tidak manage persepsi dengan baik. Kita blame rakyat menuduh pemimpin sedangkan pemimpin tidak buat apa2 utk meredakan persepsi buruk ini. Pemimpin cakap sahaja tetapi tiada tindakan.

 5. UMNO kehilangan WOW Factor. UMNO sudah tidak dihormati oleh ahli n rakyat seperti dulu. Pemimpin tertinggi umno sudah hilang kepercayaan. Trust deficit parti bertambah besar. Ahli2 UMNO sendiri tidak yakin kita boleh meyakinkan rakyat untuk PRU14.

 6. Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula kepangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jangan kita masih penidakkan apa yang benar.

Manakala dibawah ini pula petikan apa yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider;
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kekeliruan mengenai skandal 1MDB bertambah rumit apabila sehingga kini kerajaan masih gagal menerangkan situasi sebenar kepada rakyat. "Saya pun sukar nak faham.. saya tak nafi saya ada baca The Edge sampai ditegur dalam Kabinet kata itu daripada The Edge (laporan) tidak betul. Kalau tak betul tolong bagi tahu apa yang betul.
"Tapi (kita) tidak juga diberitahu sampai sekarang jadi anda tidak boleh salahkan orang yang begitu dahagakan maklumat dan mencari sumber mana saja kerana tidak ada satu kenyataan yang kita keluarkan menjelaskan situasi sebenar," katanya semasa merasmikan Majlis Perwakilan Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur malam ini.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tanggungjawab tersebut dengan tampil memberi penjelasan kepada rakyat tentang keadaan sebenar dan punca masalah membabitkan syarikat sarat hutang itu.
Apakah benar apa yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider...? Ahli UMNO kecoh sesama sendiri setelah mempercayai apa yang dilaporkan oleh TMI....

Baiklah, andaikata apa yang dilaporkan oleh TMI itu tepat dan benar, persoalan seterusnya adalah kita mahu tahu apakah tujuan dan nawaitu Muhyiddin membuat kenyataan yang sedemikian rupa?

Apakah Timbalan Presiden UMNO ini mahukan Najib untuk undur dan melepaskan kerusi nombor satu negara ini supaya UMNO tidak tewas pada PRU 14?

Benarkah selaku Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin langsung tak faham apa sebenarnya berlaku dalam isu 1MDB sedangkan setiap ahli jemaah menteri kabinet telah dibekalkan senaskah 1MDB Fact Sheet [kategori RAHSIA]...?

Sekiranya Mahyiddin bertujuan mahu membuat satu WAKE UP Call untuk seluruh jentera UMNO supaya kembali GAH dan kerja kuat memandangkan masyarakat dah meluat dengan UMNO, bukankah itu merupakan tugas dan tanggungjawab Timbalan Presiden merangkap Pengarah Jentera Pilihanraya untuk tunjukkan cara dan kaedahnya...?

Pada salah satu perenggan yang diucapkan oleh Muhyiddin sperti diatas itu yang berbunyi;
Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula kepangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jangan kita masih penidakkan apa yang benar...,
semoga ia membawa maksud Timbalan Presiden UMNO ini bakal mengetuai satu gerak kerja untuk kembali pulihkan imej UMNO dan membantu YAB Datuk Sri Najib untuk kuatkan parti dan melakarkan kemenangan pada PRU ke 14.

Blogger MIK mahu bersangka baik sempena bulan Syawal yang mulia ini kerana percaya Najib pasti tahu apa yang Timbalannya lakukan....

Atau anda anda ada pandangan yang berbeza...? Komenlah....

No comments: