Thursday, July 23, 2015

Kisah Masuk Parti Baru GHB - Bai'ah Pimpinan PAS "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, Sekiranya Saya Tinggalkan Atau Lompat Ke Parti Lain, Akan Tertalaklah Isteri Dengan 3 Talak

Ini Kes Berani Mati...!

Sedang sibuk segala bagai persiapan dibuat oleh juak juak pimpinan PAS kumpulan Anwarinas yang kalah teruk sewaktu pemilihan Muktamar PAS untuk menubuhkan sebuah parti politik baru Gerakan Harapan Baru [HARU] mereka mungkin terlupa dengan BAI'AH yang telah mereka lafaz dan tandatangan sebelum PRU 13.

Ketika ini pemerhati politik tanahair sedang menonton aksi aksi kesemua team Anwarinas dalam PAS yang kecewa dan kalah teruk setelah akar umbi perwakilan parti itu tidak lagi mahu memilih mereka sebagai pucuk pimpinan PAS.

Pada pemilihan tersebut terbukti akar umbi perwakilan lebih percaya untuk memilih golongan Ulama' dan menyingkirkan juak juak Anwarinas yang dilihat menjadi barua dan tukang basuh berak DAP !

Sehubungan dengan kekecewaan dan kehampaan itu, juak juak ini yang diketuai oleh  calon Timbalan Presiden PAS yang kalah teruk, Mat Sabu telah membuat pelancaran Gerakan Harapan Baru [HARU] sebagai platform politik menghalalkan hubungan mereka dengan DAP setelah pada Muktamar PAS membuat keputusan 'mufarakah' dengan parti chauvanist itu....

Dalam keghairahan Mat Sabu dan kuncu kuncunya mencari jalan untuk menghalalkan semula hubungan dengan DAP, agaknya mereka terlupa dengan ucap lafaz BAI'AH. JOM kita sama sama baca apa isi kandungan BAI'AH yang mereka lafazkan dan tandatangan ;
Saya berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya dan patuh pada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran islam.
Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, watallahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat maka akan tertalaklah isteri atau isteri-isteri saya dengan tiga talak dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah haram.
Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi, watallahi untuk meletak jawatan dari menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.
Saya yang bertandatangan dibawah ini :

Nampak jelas...?

Tak keterlaluan kalau kita namakan pimpinan PAS adalah haiwan politik kerana sanggup memperdagangkan isteri mereka demi kelangsungan politik !

Apakah nanti Mat Sabu bersama-sama dengan kuncu-kuncunya seperti Salahudin Ayub, Khalid Gereja Samad, Dr Hatta Ramli, Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Hanipah Tongkang Maideen akan menjadi "mangsa" kepada BAI'AH ini sekaligus membuatkan isteri atau isteri isteri mereka akan dijatuhkan talak tiga...?

Utusan Online
KOTA BHARU 22 Julai - Setiap wakil rakyat Pas di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004. Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar mengingatkan mana-mana pemimpin Pas Kelantan yang bercadang melompat parti supaya sedar tentang kesan jangka panjang yang bakal berlaku sekiranya melanggar bai’ah yang dipersetujui di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Apabila perkara ini berlaku dalam hukum Islam (bai’ah), sekali kita sebut akan berpanjangan. Bukan bergantung hari ini dan esok sahaja. “Seperti mana Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad pernah berkata, jangan kita memandang ringan perkara ini kerana kesannya berpanjangan,” katanya selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Mahasiswa Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita mengenai kandungan bai’ah dan sumpah wakil rakyat di negeri ini yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti tanpa melepaskan jawatan yang disandang. Ahad lalu, bekas
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad mengumumkan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mening­galkan Pas secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September depan.


Enam wakil rakyat Pas di negeri ini iaitu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim dan ADUN Tendong, Rozi Mohamad antara yang di­jangka menyertai GHB.
Ahmad mengakui lafaz bai’ah menjatuhkan talak tiga ke atas isteri jika meninggalkan atau melompat parti selepas terpilih menjadi wakil rakyat Pas telah lama diamalkan di negeri itu sejak 2004. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung isi kandungan bai’ah tersebut, namun mengesahkan kesahihannya. 

7 comments:

Anonymous said...

Siapa nak jadi "CINA BUTAAAAA"...sila daftar sekarang sebelum ditutup...

Fariz Bahadudin said...

suruh ank branak lim kawin janda korang
...pas2 gi cerai...leh kawin balik...maka betul perumpamaan " CINE BUTA"...wkwkwkwk

moral of story..jangan main2 dengan sumpah

Anonymous said...

Bai'ah dpn org kuat buat fitnah dan busuk hati sesama islam tdk jadi masalah pun...ibarat bai'ah blakang markas Pas lorong chowkit road ....

Anonymous said...

Adakah bai'ah sebegini menjadi amalan biasa politik di zaman Rasulullah @ khulafa arrasyiddin ....

Anonymous said...

kat atas tu.... muka2 duda2 talak tiga

Anonymous said...

kat atas tu.... muka2 duda2 talak tiga

Anonymous said...

Apa susah...macam engenier kata tompel.
lompat jer,tkper.cerai talak 3 jer kot.pastu,mat syabu kawin dgn bini khalid samad,khalid samad kawin bini mat syabutuh,normah.abis cerita.pastu klu tk ngam cerai kawin blk sama pasangan.
# mat syabutuh kaki jilat.