Tuesday, July 21, 2015

Kita Masih Di Bulan Syawal... Bila Rafizi Nak Mohon Maaf Pada Rosmah Setelah KANTOI Sengaja Fitnah Isu Cincin Berlian ?

Bermaaf-maafan di bulan Syawal yang mulia ini adalah suatu perbuatan yang terpuji... Apatah lagi sekiranya seseorang itu terbukti memang ada melakukan kesalahan dosa memfitnah dengan sengaja !

Rafizi Ramli nak tunggu apa lagi...? Nak tunggu bila lagi...? Nak tunggu raya tahun depan...? Apakah Rafizi yang pernah menunaikan ibadah Haji pada tahun 2013 tak kenal maksud dosa dan pahala...?

Tentu masih segar dalam ingatan anda semua dengan kisah cincin berlian RM24 Juta Rosmah Mansor... Gegak gempita, huru hara dan kecoh persada politik tanahair sekitar tahun 2012 sebelum berlangsungnya PRU 13 tahun 2013.

Ketika itu heboh cerita Datin Seri Rosmah Mansor membeli sebentuk cincin berlian bernilai RM24 Juta yang dilaungkan oleh juak juak pimpinan Pakatan Pembangkang.

Pelbagai kata caci hina yang dilemparkan kepada isteri YAB Perdana Menteri dengan cuba menggambarkan Rosmah sebagai seorang wanita yang boros berbelanja untuk dirinya sendiri....

Tidak cukup dengan cubaan memfitnah kisah cincin berlian itu, pada satu program bertarikh 22 November 2014 yang dihadiri oleh Rafizi beliau telah berkata, "kenaikan harga petrol akan membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian...."

Sehubungan dengan itu, YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib dan isteri, Datin Sri Rosmah Mansor telah memfailkan saman terhadap kata kata berunsur fitnah Rafizi pada 16 Mac 2015.

Panik dan ketakutan telah membuatkan Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR ini membuat kenyataan dan membuat pengakuan bahawa segala apa yang dia sebut mengenai cincin berlian Rosmah itu bukanlah kisah benar, sebaliknya ia hanyalah "gurauan' sahaja....

Inilah dia standard salah satu pimpinan Pakatan Pembangkang yang mahu memimpin negara kita !

No comments: