Wednesday, July 29, 2015

Najib Dah Buktikan Kejantanan Pendekar Bugis...!

‎Semalam seantero Malaya termasuklah di Sabah, Sarawak dan seluruh dunia menyaksikan kejantanan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.....

Sebelum ini terlalu ramai orang termasuklah segelintir pimpinan UMNO-BN sendiri menganggap Najib seorang yang 'soft', seorang yang tidak tegas maka tidak hairanlah jika selama beberapa tahun pentadbirannya terlalu banyak insiden insiden yang agak keterlaluan cara YAB PM diserang, difitnah, dihina dan dicaci.

Ini semua ibarat bagi petis nak peha. Juak juak yang berani main main dengan Najib berpendapat PM ini tak akan bertindak balas.... buatlah apa pun. Nak maki, nak hina, nak fitnah, nak ugut, pada anggapan mereka Najib akan diam dan tak melawan!

Semenjak Najib masih di jawatan Timbalan Perdana lagi pelbagai fitnah dan adu dumba telah dilemparkan kepadanya termasuklah isteri beliau Rosmah Mansor. Proses kerja jahat itu beterusan sampailah ke hari ini.

Apabila meletupnya kisah 1MDB virus menyerang, memfitnah dan memburuk-burukan nama Najib semakin menular ke dalam kain selimut UMNO itu sendiri !

Sudah  ada dikalangan pimpinan UMNO yang 50;50 semakin susut tahap kepercayaan mereka terhadap YAB PM Datuk Sri Najib... Malah ada juga yang sudah 30;70 dan tidak mustahil ada yang 100 peratus percaya Najib bersalah.

Disinilah bermulanya ujian getir untuk Najib menduga sendiri siapakah dikalangan pimpinan parti dan ahli jemaah menteri yang ada nilai "setiakawan", ada sifat kejujuran serta keikhlasan dan ukhwah team spirit yang jitu. 

Istilah 'kawan ketawa memang ramai, kawan menangis sukar dicari' pada saat itu memang relevan dengan Najib kerana meletupnya kisah 1MDB ini tidak dinafikan meletakkan YAB PM dalam keadaan getir. Sudah pasti beliau mahukan 'solid support' dari team member dan bukannya soldadu yang pengecut lari dari pertempuran dan pengkhianat yang tikam belakang.....

Tidak dinafikan dalam isu 1MDB suhunya sangat panas dan boleh membuatkan kita berpeluh kerana yang galak dan ghairah membawa isu ini adalah Tun Dr Mahathir.... 

Walaubagaimana pun suhu panas itu semakin dingin setelah pihak polis Thailand telah mendapat pengesahan dari Director of International Cooperation Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo, Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Claire Brown di Hotel Fullerton Singapura.

Pendedahan pihak polis Thai itu membuktikan ada konspirasi diantara Pembangkang, The Edge, dan Sarawak Report. Semakin kelam kepercayaan rakyat terhadap Tun Dr Mahathir yang selama ini mempercayai isi kandungn Sarawak Report

Najib telus dan tiada selindung apa apa sesama jemaah menteri dimana senaskah Fact Sheet 1MDB berstatus RAHSIA diberikan kepada kesemua mereka. Ini disahkan oleh YB Abdul Rahman Dahlan.....

Sehubungan dengan itu juga selaku Perdana Menteri, Datuk Sri Najib mengarahkan ditubuhkan Task Force yang terdiri dari Peguam Negara, SPRM, PDRM, Gabenor Bank Negara menyiasat secara terperinci 1MDB. Padahal sebelum itu isu 1MDB sudah berada didalam tangan PAC dan Akauntan Negara. 

Rakyat pasti nampak jelas kesemua tindakan ini memang kearah menyiasat 1MDB secara telus ! Najib tak pernah gentar dengan segala macam tuduhan kerana beliau yakin berada dipihak yang benar.

Malang sekali keikhlasan Najib itu dicemari tindakan khianat oleh Timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika membuat ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Cheras beberapa malam yang lalu.....

Muhyiddin dengan sengaja mengundang keresahan rakyat apabila masih mahu memperkotak-katikan isu 1MDB dengan menyebut beberapa perkara pelik seperti masih tak faham dan perlu rujuk kepada The Edge... mungkin senaskah Facts Sheet 1MDB untuk semua jemaah menteri miliknya hilang agaknya !

Untuk rekod ini bukan kali pertama Timbalan PM itu bermain api dengan isu 1MBD, setelah ramai yang sudah menyaksikan sendiri video klip petikan ucapannya di ILMU Janda Baik tidak lama dulu.

Muhyiddin tak pernah nafikan apa yang diucapkan itu, malah dia tahu ada berderet tersusun microphone media dihadapannya termasuklah banyak kamera video rakaman... 

Apakah Muhyiddin sengaja mencari jalan untuk "mufarakah" dengan Najib...? Dalam petikan ucapannya di Mesyuarat Agung UMNO Cheras beliau juga tidak yakin UMNO-BN boleh pertahankan Putrajaya pada PRU ke 14. Maka dengan itu,  apakah tindakan untuk "mufarakah" ini nanti bermakna dalam lipatan sejarah politik tanahair nama Muhyiddin tidak berada dalam senarai jemaah menteri yang tewas pada PRU ke 14 ? 

Pantang Pendekar Bugis dicabar...., kalau Muhyiddin berani menjual maka Najib pasti berani membelinya !  Apalah diharap pada orang yang tak sudi. Maka YAB PM tiada pilihan dan beliau mahukan team member yang komited dan mahu bekerjasama dengannya sebagai satu team yang kuat dan jitu.

Akhirnya Najib bangkit semalam sebagai Pendekar Bugis yang berani ! Selama ini ramai yang mengejek beliau lembik, lembut, penakut tetapi semalam "You Really Walk Tall Sir !"

Tanpa menoleh kebelakang, Najib dengan GAH umum Muhyiddin bersama 4 Menteri digugurkan dan senarai rombakan kabinet menyaksikan 7 Menteri dan 9 Timbalan Menteri baru.

Najib memilih bekas Setiausaha Politiknya iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru dan kekal sebagai Menteri Dalam Negeri. 

Kini YAB Perdana Menteri sudah ada team baru untuk bekerja dengannya.... Semoga semangat baru akan lahir dikalangan ahli ahli jemaah menteri untuk bertugas dengan lebih baik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan UMNO-BN.

Kesimpulannya Najib telah membuktikan dia ada keberanian untuk bertindak. Lihatlah sendiri mana mana Menteri dan Timbakan Menteri yang menjadi beban untuk PM seperti Hasan Malek kini digugurkan ! Ini secara tak langsung membuka ruang untuk rakyat ada rasa konfiden terhadap Menteri yang akan bertugas....

Tahniah YAB Perdana Menteri kerana berani membuat keputusan yang baik untuk rakyat dan negara kita ini. Semoga Allah swt permudahkan dan lindungi kesejahteraan negara ini dibawah kepimpinan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak...... AMIN.

  Selamat Bertugas Boss  !!

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

21 comments:

Anonymous said...

Saya BUANG kalau tak sokong saya......... Scenario berbeza...
Takkkanlah rakan kits yang menipu dan mencuri pun Kita sokong.
Itu Bersubahat..... Entah mungkin dr Masitah lebih arif atau dr Maza bolih komen.

Anonymous said...

Secara jujur...sy kurang berpuashati dgn najib menangani isu 1mdb wlpun secara dasarnya ia adalah fitnah pihak tertentu.
Secara jujurnya juga...saya turut bersimpati dgn najib yg teruk dikutuk, dihina dan difitnah sejak dahulu lagi.
Sukar utk bekerja sbg pemimpin di zaman ict skrg ini jika gagal dan tidak mampu menangkis segala tohmahan.Yang benar2 sabar jer sanggup duduk di kerusi panas tersebut.
Secara jujur...politik di malaysia sgt menyedihkan krn tindakan 2 gabungan parti bn n pr saling menjatuhkan dan gagal menunjukkan kebolehan sebagai ketua atau bakal pm.
Nak pilih pr..tak ada yg berkaliber..tak ada yg betul2 berkebolehan.Ada yg berkebolehan...akhlak buruk dan suka memfitnah.Fitnah tu menipu utk jatuhkan seseorg...Rakyat tak nak kaki fitnah/penipu jadi pm.
Dlm bn...dh dipilih sbg menteri...jaga2lah keaiban parti dan jgn jadi boneka org lain.

Anonymous said...

Bukan berani tetapi bongok. Lain yg disuruh. Lain yg dibuatnya. Bila org tanya jawab lh bukan seligii org yg menanya. Apa punya tuuuur aaaar

Anonymous said...

Bukan berani tapi bongpk. Lain org suruh, lain yg dibuatnya. Bila tanya, jawab llh. Bkn seligi org yg menanya.

Anonymous said...

KEJANTANAN LAN PAH!!!

Anonymous said...

Saya setuju denagn tindakan yg dibuat oleh Najib

Muhyiddin memang kurang cerdik....

Dia tak faham apa tugas sebagai timbalan perdana menteri

Dia tak faham yg Boss dia adalah Naib bukannya Tun M

Bukan semua ulasan dan pendapat Tun boleh dipakai. Apalagi bila semua org dah tahu
Mahathir dapat info dari org suruhan dia yg dapat info dari Punto dan Claire Brown...

Anonymous said...

Tapi isu utama xberani nak jawab..mana pegi duit balance tu..ade tidak masuk akaun..ni org kampong yang tanye ..klu dh jawab dulu-dulu kat senann...xde telor..berani ape ...

Anonymous said...

Ini lah permainan politik, bugis lawan jawa , tidak ada siap pun menang sebab yang dikalahkan jawa dan digantikan oelh juga jawa ... Mungkin dalam fikiran mereka semua , kita semua datang dari seberang , tidak perlu gaduh besar !!!

Kita hanya mampu turut bersama mereka gelah bersama ...

Anonymous said...

haha... berani pecat nmpk kejantanan.. haha
berani berdepan dgn masalah baru jantan. bukan lari sana nyorok cn. datang nothing to hide baru jantan.. haha

kalau tau diri tu kena fitnah, jawab la. bkn duk lari kona baring sana sini..
bila nk saman WSJ.. penat tunggu ni
kata jantan

Anonymous said...

Saya memang menunggu saat PM Najib menunujukan kepanglimaan nya.

Anonymous said...

jantan dengan ahli umno sendiri..
dengan bangsa lain jadi pondan tua..piraaa

Anonymous said...

Berani dgn org melayu...
Dengan cina kecut... & terpelesok sampai tak kelihatan.

Anonymous said...

Pendekar ?????? takat main kuasa dan ..... siapa pun boleh, kena pula blogger diberi habuan lagi jilat tak habis.

Anonymous said...

Kalau dah berani samun duit ..apa ada hal pecat menteri sendiri ...sikit punya hal bro ..lepas tu main suruh org taip je statement ..dia takut nak berdepan ngan org. Pahlawan bugislah kot ..tapi kategori yg pondan tu ..

Anonymous said...

Najib cuma berani dgn orang UMNO je. Dgn puak pembangkang, beliau akan akur 200%.

Anwar maki Najib siang malam 24/7, x pernah pula ada pegawai polis dtg minta Anwar berhenti berucap.

Puak pembangkang kata ISA patut dihapuskan, Najib akur.

Anonymous said...

pahlawan kunun, takut pada bayang-2 sendiri la kamu ni

pak hasan

Anonymous said...

Bangga? Syok sendiri?

Anonymous said...

Admin pls jgn buat lawak bodoh boleh x? Kabinet baru ni langsung x dak kekuatan. Ianya cuma juak pencacai untuk menyelamatkan Najib semata mata dan bukan utk kebaikan masa depan negara. Tan Seri Muhyiddin lebih bersifat berani dari 'Pahlawan Bugis' ni. Sokongan terhadap BN makin sedikit. Parti komponen lain BN di semenanjung dah tenggelam zaman. So no point kalo memerintah negara dgn hanya berpaut atas majoriti kerusi UMNO saja. Skrg dah kedengaran akar umbi UMNO x puas hati dgn penyingkiran TSMY. Keresahan rakyat skrg boleh diatasi jika negara mempunyai pemimpin yg bijak mentadbir urus kerajaan. Dgn pelbagai masalah yg membebankan rakyat skrg ni, bijak kah Najib?

Anonymous said...

Sisa2 sepenggal lagi gunakanlah sebaik mungkin pakjid.. sy sebagai pengundi umno xkan turun mengundi dgn situasi sekarang..

Anonymous said...

Dulu kata nak jadi check n balance kpd pentadbiran Najib. Lps dpt RM terus hilang azam?. Lu contoh bukti blogger berbayar mudah dibeli

Anonymous said...

yg part hasan malek membebankan tu gua setujuu..