Thursday, July 9, 2015

Semoga Wall Street Journal Boleh Viralkan Gambar Semalam Kisah Rosmah Mansor Dengan Kasut....

Ngam ngam seminggu yang lepas kecoh bukan main kepalang lagi video yang diviralkan oleh spesis juak juak pengidap penyakit hati sebar merata rakaman Pembantu Datin Seri Rosmah Mansor menghulurkan sandal di kaki isteri PM selepas solat....

Jahatnya sungguh juak juak ini memberikan 'caption' ada orang tolong pakaikan kasut dikaki Rosmah !

Insiden yang dirakam sewaktu majlis berbuka puasa yang kini disebut IFTAR Ramadhan YAB PM Datuk Sri Najib bersama penggiat media di Pejabat Sinar Harian Shah Alam.....

Nampak...? Nampak tak apa yang tertulis pada screen capture diatas..? Begitulah juak juak pemfitnah yang sangat berahi mengikuti apa sahaja yang ada pada Rosmah Mansor.

Iya ! Itu semua memang fitnah belaka kerana setelah video itu diviralkan mujurlah muncul seorang penggiat laman sosial di facebook membuat penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. Tak ada pun acara memakaikan kasut untuk Rosmah tetapi hanya dibantu sahaja kerana keadaan kesihatan isteri PM ketika itu....

Bacalah dibawah ini;

Berbalik kepada gambar paling atas paling awal tadi..... Itulah sifat kasih sayang Rosmah Mansor sebenarnya. Hatinya dekat dengan rakyat apatah lagi mereka yang tidak bernasib baik mahu menyambut kehadiran Syawal tak lama lagi.

Semalam telah berlangsungnya satu program sumbangan Hari Raya kepada para pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Ayer Keroh, Melaka. Seperti biasalah, apabila membabitkan persiapan Hari Raya, sudah tentulah golongan teristimewa adalah kanak-kanak.

Biarpun dihina, biarpun dikeji, biarpun menjadi bahan fitnah... Namun itu semua tidak pernah menjadi batu penghalang untuk Rosmah meneruskan tanggungjawabnya sebagai insan penyayang melaksanakan apa yang dituntut oleh agama, "Hablum Minnallah, Hablum Minna Nas".

Biarlah gambar ini berbicara....


2 comments:

Anonymous said...

ALLAHHUAKKBAR....CEPATNYA TUHAN TUNJUKKAN KEBENARAN....MOGA-MOGA HATI YG BERIMAN DAPAT MELIHATNYA.

Anonymous said...

Buruknya mereka yg kerjanya mencari kelemahan dan kesalahan orang lain dan lebih buruk niatnya bila menjaja pula berita tersebut.