Thursday, July 9, 2015

Ziarah Ramadhan Mangsa Gempa Sabah Oleh Biro Kebajikan UMNO Bukti Azeez Bukan Sembang Kosong...!

Lembu pegang pada tali....
Manusia pegang pada janji....

Pada tanggal 11 Jun 2015, Datuk Panglima Azeez Rahim selaku Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia telah turun padang mendekati mangsa mangsa gempa bumi di Ranau Sabah. Beliau pergi sendiri ke beberapa tempat tumpuan khususnya menghulurkan bantuan kepada waris waris famili yang terkorban.
[lapuran ada di SINI dan SINI]

Pada kunjungan Azeez ketika itu beliau mahu mempastikan mangsa mangsa bencana itu mendapat bantuan dan sejak kelmarin selama dua hari berturut, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO ini telah pergi sekali lagi untuk melunaskan janjinya untuk bersama mereka ketika Ramadhan....

Azeez sepertimana biasa seorang pemimpin yang Lead By Example dan tahu istilah Walk The Talk. Merasai denyut nadi rakyat yang dihimpit kepayahan setelah harta benda mereka rosak akibat bencana yang tidak diingini itu, maka Azeez meluangkan masa untuk bersama-sama mereka.

Bantuan dihulurkan oleh Biro Kebajikan UMNO bagi meringankan beban. Begitulah juga dengan sumbangan kepada Malim Malim Gunung Kinabalu yang kini hilang mata pencarian buat sementara waktu.

Kehadiran Azeez membuktikan beliau adalah insan yang berpegang teguh pada janjinya, malah sanggup turun padang sekali lagi untuk bersama mereka yang ditimpa nasib malang ini mengharungi ibadah puasa dibulan Ramadahan yang mulia ini.

Azeez juga mahu menyaksikan sendiri progres pembaikan masjid di Kampung Mesilau yang perlu dibaiki setelah mengalami kerosakan akibat gempa tempoh hari. Sewaktu kunjungan Azeez pada 11 Jun 2015, beliau telah memberikan komitmen untuk membantu pembaikan masjid ini.

Diantara program yang dijalankan selama dua hari Azeez disini, menyerahkan bantuan bekalan buah kurma, air zamzam dan kain baju melayu sumbangan Biro Kebajikan UMNO Malaysia.


No comments: