Monday, August 10, 2015

Anwar Respect Najib Berani Bertandang Ke Johor.....

Pelbagai ramalan dibuat dan dicanangkan oleh beberapa spesis Mbah Dukun tak bertauliah setelah YAB Perdana Menteri tidak lagi menyenaraikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana pada pengumuman rombakan kabinet beberapa minggu yang lalu.....

Diantara ramalannya ialah Najib tidak akan diterima oleh UMNO Johor sepanjang musim Mesyuarat Agung Tahunan UMNO. Kononnya UMNO di Johor bakal mezahirkan protes mereka terhadap batang tubuh Najib !

Adat pendekar sememangnya berani turun dimana sahaja gelanggang yang disediakan.... kalau menceritakan kehebatan seseorang pendekar itu, dah pasti naluri beraninya itu tiada batas! Walaupun bertandang ke galanggang lawan.

Dalam konteks ini bukanlah bermaksud Muhyiddin itu lawan kepada Najib, tetapi hakikatnya mantan TPM itu berasal dari negeri Johor... Maka pemerhati politik juga mahu lihat bagaimana reaksi anak anak tempatan senegeri dengan Muhiyiddin menerima kehadiran Najib disana.

Biar pun ada yang menghitung dan berkira-kira dengan sifir politik keadaan akan menjadi panas buat YAB PM merangkap Presiden UMNO jika menjejakkan kakinya di bumi Johor, namun itu semua bukan menjadi penghalang buat Pendekar Bugis bernama Najib Tun Razak !

Semalam YAB Presiden UMNO itu dengan gagah dan berani bertandang ke UMNO Pasir Gudang tempat Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Khaled Nordin untuk berdepan dengan akar umbi parti..

Memperjelaskan tindakan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini, Najib mengakui terpaksa membuat keputusan yang amat sukar, namun sesuatu perlu dilakukan setelah mengambil kira kepentingan politik.

“Ia merupakan keputusan yang amat sukar, tetapi atas sebab tertentu sesuatu perlu dibuat atas kepentingan politik...bukan untuk guris hati orang Johor."

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dana politik yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau bukan untuk kepentingan diri, tetapi bagi membiayai aktiviti parti dan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap masyarakat.

Beliau berkata, usaha untuk mencari dana bagi keperluan parti dan masyarakat merupakan sebahagian daripada tugasnya sebagai Presiden UMNO dan tidak pernah dipertikai oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Malah menurut Perdana Menteri, penerimaan dana politik merupakan amalan dalam parti sejak dahulu dan beliau hanya meneruskan perkara tersebut.

“Sewaktu menjadi Timbalan Presiden, saya tidak pernah persoal mengenai dana parti. Itu kerja Presiden. (Perkara itu) juga berlaku pada zaman Tun (Dr. Mahathir Mohamad)...saya hanya meneruskan amalan,” katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Md. Jais Sarday dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Mohamad Aziz. Najib mengakui bukan tugas mudah menjadi Presiden kerana perlu berusaha keras untuk mencari dana bagi parti, namun pada masa sama memastikan tindakan tersebut tidak bertentangan dengan undang-undang.

“Ramai yang minta (kepada Presiden)...jentera tak boleh gerak sebab duit tak turun, Menteri Besar pun boleh minta daripada saya, tapi saya nak minta dengan siapa...sebab itu saya kena usaha.

“Sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dah kata apa yang saya terima bukan daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan bukan rasuah, tetapi untuk sumbangan kepada parti dan tanggungjawab sosial korporat...bukan untuk kepentingan saya sendiri,” katanya sambil menempelak parti Pembangkang yang menolak cadangan untuk mengumumkan sumber dana politik seper­ti yang disarankan beliau empat tahun lalu.

“Saya yakin dan percaya berdasarkan pengalaman dulu (termasuk) ketika ada Semangat 46, Johor masih positif dan membina untuk kembali kepada UMNO. “

“Saya yakin dalam keadaan hari ini UMNO Johor akan terus memainkan peranan membina...sama-sama kita bukan sahaja berdoa tetapi berusaha,” katanya. Najib turut mengakui Johor bukan sahaja negeri tempat kelahiran UMNO, malah kekuatan parti terbesar Melayu itu di peringkat nasional banyak bergantung kepada sokongan dari negeri ini.

“Amat penting untuk teruskan perjuangan supaya jika mahu UMNO kuat dan dihormati, maka kubu kita, iaitu UMNO Johor mesti dipertahankan,” katanya 

No comments: