Tuesday, August 11, 2015

Kak Wan Akui Pahala Rosmah Dan Najib Bertambah Sejak Ramadhan Sehinggalah Syawal... Dua Das Cubaan FITNAH Rosmah Dan Najib Gagal Lagi !!

Kemunculan Datin Seri Rosmah Mansor apabila menemani suaminya YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak sentiasa menjadi center of attraction buat penggiat laman sosial yang berkiblatkan ajaran Pembangkang !

Mereka spesis juak juak pemfitnah tegar ini akan melihat dimanakah ruang yang ada untuk menabur fitnah dengan pelbagai rekayasa cerita bohong asalkan nawaitu untuk memburuk-burukan nama Rosmah dan Najib akan tercapai...

Begitulah manusia akhir zaman yang sudah tidak pernah takut dan gerun dengan dosa dosa memfitnah, tambah teruk lagi ramai yang menerima berita palsu ini akan menyerbarkannya dengan hanya menggunakan jari dan kecanggihan smart phone.

Sejak kelmarin pemfitnah pemfitnah tegar ini seperti kerasukan syaitan iblis dah mula memainkan gambar YAB PM Datuk Sri Najib dan Datin Seri Rosmah hadir ke Majlis Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Singapura.

Berdendanglah fitnah kunuuuuuuuunnya hanya Najib sahaja yang membawa isteri sedangkan pemimpin negara-negara lain tidak bawa.... Mereka kata Perdana Menteri kita takutkan isteri dan terpaksa bawa bersama.

Gambar-gambar dibawah ini nanti  menjawab segala pembohongan mereka.

Selain Datuk Seri Najib, beberapa PM lain turut membawa isteri masing-masing. Antaranya PM New Zealand, John Key. PM Vietnam Nguyen Tan Dung dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang turut membawa isteri bersama. Kehadiran mereka pasangan suami isteri adalah atas jemputan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Singapura.

Jika dilihat gambar-gambar di atas, barisan bawah paling hujung berbaju kuning adalah PM New Zealand dan isteri, di sebalahnya isteri dan PM Vietnam dan disebelah kanan suaminya dan di belakang Najib adalah Naib Presiden Indonesia dan isterinya.

Sebelum itu, juak juak pemfitnah tegar telah mencuba tembakan das pertama untuk fitnah Najib.....

Ianya dilakukan oleh pengguna laman sosial yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk melaga-lagakan beliau dengan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Melalui laman sosial Facebook, pengguna berkenaan telah memuatnaik status mendakwa kapal terbang yang dinaiki Perdana Menteri tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai atas titah Sultan Johor.
Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menafikan dakwaan di media sosial itu dan menegaskan dakwaan itu merupakan fitnah untuk mencemarkan imej Perdana Menteri. Menurut beliau Perdana Menteri sememangnya telah dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur terus ke Lapangan Terbang Changi, Singapura.
Beliau ke Singapura atas undangan kerajaan negara itu menyertai sambutan Hari Kebangsaan dan kereta yang digunakan Perdana Menteri juga disediakan kerajaan Singapura untuk masuk semula ke Johor bagi merasmikan Persidangan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang. Beliau kembali ke Singapura untuk acara rasmi di sana. Datuk Rizal turut menjelaskan hubungan mesra DS Najib dan Sultan Johor dibuktikan melalui satu gambar yang dimuatnaik dalam akaun Facebook Perdana Menteri itu.

No comments: