Tuesday, August 25, 2015

Rayuan Suara Dari Bawah Yang Dah Letih..! Mohon Najib, Muhyiddin, Hisham, Zahid, Shafie, Kak Ijat, KJ Dan Mas Ermieyati Tonton Video Klip Ini.

Sekarang ini UMNO sedang berada dalam musim Mesyuarat Agung Tahunan. Seantero Malaya dari Perlis sampailah ke Sabah, saban minggu sememangnya sibuk dengan aturcara tahunan parti keramat ini....

Dalam majlis sebeginilah kita akan menanti-nantikan apakah peristiwa menarik menjadi rakaman dan rujukan tatkala negara sedang dilanda dengan krisis politik dan tekanan ekonomi yang merisaukan seluruh rakyat Malaysia.

Pelbagai peristiwa pastinya menjadi bahan bualan, apatah lagi jika ianya melahirkan adegan adegan yang panas. Maklumlah dipentas seperti inilah peluang untuk ahli perwakilan mewakili suara dibawah ini menyuarakan pandangan mereka terhadap pimpinan yang berada diatas sana....

Kali ini Blog MIK sangat terkesan dengan satu sedutan rakaman video klip, sedikit intipati ucapan yang datang dari bumi bertuah politik tanahair, iaitu di Permatang Pauh. Tempat bermastautinnya Raja nombor satu Pembangkang Negara kita.

Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Permatang Pauh yang berlangsung kelmarin, dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Amat menarik petikan ucapan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang lebih dikenali dengan panggilan "Cikgu Zaidi".

JOM saksikan video klip dibawah ini;


3 comments:

Anonymous said...

Terharu sungguh!!!
Penuhilah tuntutan beliau tu demi bangsa, agama dan negara.Berhentilah bercakap hal 1mdb dan rm2.6b tu!!!!Berhentilah melayan karenah bekas2 MT dan mantan president umno.Kita yg diberi tggungjwb dan amanah wajib jalankan tugasan kita utk rakyat dan bukan kutuk mengutuk dan kata mengata hanya berebutkan jwtn dan nama.Tinggalkan segala ego krn kami dah cukup bosan dgn segala apa yg berlaku.

Anonymous said...

Duduk lah bersama untuk berdamai.. terharu dengar video ini.

Anonymous said...

Sokong 100%