Monday, September 7, 2015

FLIP FLOP Mantan Timbalan Pengarah Cawangan Khas...? Sekejap Salahkan Rosmah, Sekejap Salahkan Zahid Hamidi

Semalam menerusi portal Free Malaysia Today [FMT], mantan Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Abdul Hamid Bador cuba mengaitkan isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor dalam isu beliau ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri [JPM].

Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyangkal keras tuduhan bahawa Rosmah Mansor hadir sama dalam mesyuarat yang diadakan untuk menukar  Datuk Abdul Hamid Bador. Kata beliau yang dipetik Free Malaysia Today, di sini, apa yang didakwa itu adalah pembohongan.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa Rosmah antara salah seorang yang hadir dalam 'mesyuarat tergempar' yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Abdul Hamid mendakwa ia berlangsung untuk membincangkan pemecatan beberapa pegawai kerajaan termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Pendedahan berkenaan dibuat beliau dalam menuntut penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung alasan pertukarannya daripada PDRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sementara itu,  Zahid Hamidi pula dalam maklumbalas ringkas pula mengatakan bahawa, "kepala dia dah masuk air" ketika merujuk kepada kenyataan Abdul Hamid. Baca di sini.

No comments: