Wednesday, September 30, 2015

Masih Belum Habis Lagi FITNAH Terhadap Rosmah...!

Isteri YAB PM, Datin Seri Rosmah Mansor tetap unggul dan sentiasa menjadi center of attraction untuk juak juak yang suka menabur fitnah....!

Dah habis modal, dah tak ada bahan cerita maka kisah yang berlaku sewaktu Persidangan Bangsa Bangsa Bersatu pula dijadikan peluang untuk juak juak ini menabur fitnah terhadap Rosmah.

Tersebar luar dilaman sosial kununnya sewaktu YAB PM berucap disana beliau hanya bercakap depan dewan yang kosong dan hanya ada ialah isterinya serta beberapa kerat perwakilan....

Selepas itu, dimainkan pula satu lagi fitnah untuk sebaran laman sosial Rosmah tak sepatutnya duduk sebaris dengan Menteri dari Malaysia. Tak selesai dengan fitnah itu, juak juak ini melahirkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan acara rasmi menyaksikan Rosmah dijemput menyampaikan ucapannya.

PELIK ! Iya memang pelik melihatkan sifat hasad dengki mereka mereka ini yang suka membuat adu dumba menyebarkan fitnah fitnah jahat terhadap isteri Perdana Menteri kita.

Oleh itu janganlah kita mudah terpedaya dengan semua kata kata fitnah yang menjadi viral semata mata mahu memburuk-burukkan pemimpin negara kita.

Ayuh ! Kita baca kesemua penjelasan yang ada di SINI dan SINI

No comments: