Tuesday, September 1, 2015

Pijak Gambar Perdana Menteri Satu Kesalahan Jenayah...? Mohon Pencerahan Menteri KDN Dan Ketua Polis Negara Please......

Tidak kiralah samada kita berbangsa melayu, atau cina, atau pun india malah lain lain suku bangsa ditanahair ini sekalipun, sudah pastinya sejak turun temurun datuk nenek kita akan mengajar erti sopan santun dan budaya hormat menghormati......

Sebaliknya dalam menterjemahkan kemarahan kita sudah pastilah ada had dan batasannya juga. Tak perlulah berlebih-lebih sehingga terlepas pandang dan terlanjur kebiaDAPannya !

Rakyat yang diberikan peluang untuk berhimpun secara aman telah memilih untuk menyertai perhimpunan haram semata mata mahu meluahkan rasa marah mereka terhadap pemimpin nombor satu negara kita sewaktu menyertai BERSIH 4.

YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi PRIME TARGET hampir keseluruhan peserta peserta BERSIH 4 kali ini. Kalau dulu sewaktu BERSIH 1, 2 dan 3 mereka menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya [SPR] sebagai punching bag, tetapi kelmarin ianya sangat berbeza sama sekali.

Pelbagai aksi aksi menjengkelkan dan biadap dipersembahkan oleh juak juak peserta perhimpunan haram jadah kali ini yang menzahirkan kebencian mereka terhadap Najib Razak, begitulah juga dengan pelbagai sepanduk dan kata kata nista dan cacian diberikan...

Tindak tanduk keterlaluan mereka ini akhirnya melihatkan aksi aksi biaDAP yang melampau ! Untuk sesetengah mereka tidak menyukai Najib itu adalah hak peribadi masing masing sepertimana ada ramai juga yang membenci Kit Siang, Anwar dan mendiang Karpal Singh....

Tetapi bertindak diluar batas dan keterlauan sehingga tergamak menjadikan matlamat menghalalkan cara, itu sesuatu kesalahan yang amat serius dan tidak boleh kita pandang ringan !

Tindakan memijak gambar YAB Datuk Sri PM bersama Presiden PAS adalah perbuatan yang tersangat melampau. Isunya bukan nama Najib Bin Tun Razak.... tetapi jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jawatan yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, dimana perlantikan jawatan ini perlu melalui upacara mengangkat sumpah dihadapan Yang Dipertuan Agong didalam Istana Negara.

Ini bukan soal batang tubuh seseorang individu, tetapi jawatan rasminya yang menjadi isu. Biarlah suatu masa nanti sekiranya ada dikalangan pimpina  Pakatan Pembangkang yang dipilih menjadi Perdana Menteri, maka ianya tetap menjadi satu kesalahan untuk sesiapa yang bertindak memijak gambarnya dikhalayak ramai.....

Oleh itu, janganlah kita menganggap perbuatan terlampau ini satu isu yang remeh dan tidak kesalahan tersebut tidak serius !

Mohonlah agar Menteri KDN dan Ketua Polis Negara kita mengambil serius kesalahan ini agar tidak akan berulang lagi kebiaDAPan yang terlampau dan hilang rasa hormat terhadap pemimpin negara...

Kesalahan serius seperti ini janganlah dibiarkan begitu sahaja kelak nanti akan berlaku lebih teruk dan dikhuatiri akan menjadi lebih huru hara sekiranya tidak tidak dibendung dari awal lagi.

Menteri KDN dan Ketua Polis Negara perlu lebih tegas dan serius dalam menangani gejala gejala yang tidak sihat dan boleh menjahanamkan keharmonian negara kita.

No comments: