Thursday, September 3, 2015

Siapa Nak Jadi Cina Buta...? Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan Sahkan Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli Dan Isterinya, Sah Gugur Talak 3 Lepas Langgar BAI'AH

Terlajak perahu boleh diundur..., tapi kalau dah terbabas lafaz BAI'AH sehingga sanggup memperjudikan talak terhadap isteri, Lu Pikirlah Sendiri...!

Itulah nasib isteri isteri wakil rakyat parti PAS di negeri Kelantan akibat dari nafsu kebinatangan ahli politik PAS yang kemaruk mahu bertanding Pilihanraya Umum sehingga tergamak menjadikan matlamat menghalalkan cara....

Soal talak bukan soal yang boleh dipandang remeh, bukan soal yang boleh dibuat main main. Ianya termaktub dalam hukum syriah agama islam, suatu perkara yang amat serius.

KOTA BHARU: Perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad.
Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai.
"Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka.
"Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.
Talak tiga...? Sekiranya Dr Hatta Ramli ingin rujuk ianya adalah suatu proses yang 'bersyarat'.

Dalam istilah melayu dipanggil CINA BUTA !

Jika suami sudah menceraikan isterinya dengan talak tiga, kemudian jika suami itu mahu kembali semula kepada isterinya, maka Islam meletakkan beberapa syarat:

1) Bekas isteri mestilah berkahwin dengan lelaki lain dengan akad nikah yang sempurna, selepas selesai tempoh iddahnya.

2) Bekas isteri sudah disetubuhi oleh suami baharunya.

3) Bekas isteri itu diceraikan oleh suami baharunya, sama ada suaminya itu meninggal dunia atau suaminya itu menceraikan wanita tersebut.

Apabila cukup tiga syarat tersebut dan sudah habis tempoh waktu iddah wanita itu, maka barulah suami pertamanya (yang menceraikan wanita itu dengan talak tiga) boleh bernikah semula dengan bekas isterinya itu. Dengan syarat wanita itu bersetuju untuk bernikah semula dengan bekas suami pertamanya itu.

Semalam  Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengesahkan perkahwinan Dr Hatta Ramli dengan isterinya bercerai talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam BAI'AH parti PAS negeri itu.

Dalam BAI'AH tersebut, setiap wakil rakyat PAS di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga....!

Perkara itu terkandung dalam lafaz BAI'AH atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat PAS di negeri ini sejak 2004. Keahlian Dr Hatta Ramli dalam PAS terlucut secara automatik kelmarin apabila beliau menyertai Parti Amanah Negara [PAN] yang dipimpin oleh mantan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Semalam, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta wakil rakyat PAS di negeri ini yang menyertai Parti PAN supaya merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat BAI'AH cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.

11 comments:

Anonymous said...

Mungkin Mat Sapu boleh tolong dia.

Anonymous said...

Ketua Hakim dan juga mufti sepatutnya dari dulu lagi lantang beri nasihat jangan buat kerja bodoh ini. Nah, sekarang dah bercerai. Tragedy. nanti, sama2 lah jawab ye..

profit said...

Hatta nak berdalih apa lagi?Cuba kalau benda ni kena kat ahli PASyg lain dan dia masih setia ngan PAS,tentu cerita jadi lain.Hukum dipermainkan olih mereka yg berilmu dan kemaruk kuasa.

Anonymous said...

Lepas ni Admin boleh tolong poskan gambar2 isteri wakil rakyat tersebut.

Anonymous said...

Sudah tiba masanya PAS kaji semula adakah baiah ini sesuai. Islam itu indah dan adil... dan jelas baiah akan jadi bahan ketawa musuh2 Islam.

Deramae Lleh said...

Slm, hamba dgn rasa rendah hati ingin menawarkan diri bagi urusan 'Cina buta' tersebut. Berilah peluang kpd hamba utk berbulan madu, menyetubuhinya..dan apakala hamba sudah puas, akan hamba ceraikannya setelah genap tujuh kali jumaat..

Anonymous said...

Inilah balasan Allah SWT akibat politik gila dan nafsu ammarah. Selamatlah dengan parti UMNO dari dulu sampai skrg walaupun di cerca hina.. Aku tetap support parti UMNO dulu, kini dan masa depan.

Jijik rasanya melihat politik2 perusak2 atas nama Agama ini..akhirnya makan diri mereka sendiri dan bala Allah SWT

Anonymous said...

Mat sabu pula macamana?.dia dah keluar dari pas dan tubuh parti baru.dulu dia tak bersumpah bai,ah ke?.

Anonymous said...

pesal Mat Sabu suka semacam jer nih ....

Anonymous said...

Itulah PAS,dulu senang2 mengkafirkan UMNO,laki bini bercerai berai,anak beranak brparang2 bagai kerana politik .ingatkan AMANAT HADI AWANG.? Dah cakap ALLAH bayar cash kat dunia lagi.Sekarang ,ahli PAs sendiri bercerai berai kerana taksub kononnya masuk PAS masuk syurga ,sekarang syurgalah sangat2.Akhirnya satu persatu Allah buktikan PAS ni cuma parti politik yang mempergunakan Islam untuk menang .

amanasyanti said...

Saya rasa baiah itu sendiri adalah batil, lalu tidak boleh dipakai. Mana ada dalam Islam taraf perkahwinan ada kena mengena dengan ketaatan kepada suatu fahaman politik. Yang ada taklik berlandaskan kegagalan memberi nafkah, ingkar dan melanggar tatasulia berkahwin. Apa asas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan membuat rumusan begitu? Adakah taklik melalui baiah tersebut diwartakan sebagai sebahagaian dari undang undang syariah negeri Kelantan.
Pihak PAS telah mempermainkan ugama. Bukan sahaja ahli dewan yang membuat baiah ini malah seluruh kepimpinan PAS menunjukkan kedangkalan ilmu menegenai ugama tetapi juga bagaimana berpolitik berlandaskan Islam. Besar kemungkinan juga mereka arif tetapi berlagak bebal. Dr Hatta, perkahwinan awak masih sah, tetapi insaf dan bertaubatlah dan berbanyaklah memohon ampun kepada Allah taala, semoga mendapat keampunannya.