Tuesday, September 1, 2015

Timbalan Ketua AMK PKR Sambut Kehadiran Tun Dr M Di Bersih 4 Dengan Cacian... Bukan Pujian !

Acara kemuncak pada perhimpunan haram jadah BERSIH 4.0 bukanlah ucapan dari pimpinan Pakatan Pembangkang, bukan juga kehadiran pimpinan Pakatan Pembangkang.....

Sebaliknya acara kemuncak dikalangan peserta perhimpunan haram jadah BERSIH 4 adalah kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Heboh dan kecoh sehingga bertalu-talu masuk pelbagai message notification khususnya buat pengguna pengguna smart phone menerima whatsapp dan gambar gambar serta video klip kemunculan Tun M di BERSIH 4.

Ramai yang melahirkan rasa kecewa melihat tindak tanduk mantan PM yang masih lagi secara sah seorang ahli UMNO, dimana borang keahliannya yang diserahkan sendiri kepada Datuk Sri Najib Tun Razak pada tahun 2009 telah turut sama menyertai perhimpunan haram jadah....

Rata rata pimpinan UMNO melahirkan rasa kecewa dan menganggap insiden itu sesuatu yang diluar jangkaan kerana Tun M pernah mengecam hebat perhimpunan haram jadah BERSIH sebelum ini.....

Namun begitu, kehadiran dan kemunculan Tun Dr M ini tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh juak juak Pakatan Pembangkang ! Mereka sendiri tidak pernah lupa segala "dosa dosa" dan "kezaliman" Tun M terhadap perjuangan mereka sebelum ini.... Nah lihatlah bukti bukti dibawah ini;

Timbalan Ketua AMK PKR yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dr Afif Bahardin sendiri tidak mengalu-alukan pemyertaan Tun M dalam perhimpunan harama jadah BERSIH 4.

Belaiu tetap melabelkan Tun M sebagai MAHAFIRAUN dan menganggap kehadiran Tun M sebagai satu proses untuk mencuci dosa-dosanya terhadap juak juak Pakatan Pembangkang....

Itulah nilai dan value yang Tun M terima setelah membuat keputusan menyertai BERSIH 4 yang bertujuan mahu menggulingkan Najib Razak dari jawatan Perdana Menteri !

No comments: