Sunday, October 18, 2015

Esok Di Parlimen Ada Usul Undi TAK Percaya Terhadap Najib...? Siapa Ahli Parlimen UMNO dan BN Yang Akan Sokong...?

Adat pendekar kalau berdepan dengan musuh sememangnya sudah siap sedia, siap siaga pada bila bila masa dalam apa jua keadaan sekalipun...

Tetapi masalah berat buat seorang pendekar ialah berdepan dengan mush dalam selimut ! Tikaman dari belakang oleh rakan rakan sendiri, itu lebih perit, lebih pedih dan boleh membawa maut....

Dapatkah anda anda semua membaca dengan jelas apa yang cuba dimainkan oleh juak juak wakil rakyat Pakatan Pembangkang ?

Iya, mereka masih berusaha keras untuk menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh YAB Datuk Sri Najib Razak... Tetapi kali ini dengan menggunakan sidang Dewan Rakyat maka nampaklah agak bersopan sedikit caranya untuk menggugurkan jawatan Perdana Menteri yang menjadi milik mutlak dan sah Najib Tun Razak.

Jika anda teliti apa yang cuba dinyatakan sebagai alasan oleh wakil rakyat Pembangkang, kesemua isu isu itu adalah serupa dan sama modal sembang kedai kopi dan coffee house beberapa pimpinan UMNO sendiri. Mereka seiring dan senada rentak serangan terhadap Najib..

Adakah akan ada beberapa kerat pimpinan UMNO dan wakil BN yang duduk dalam sidang Dewan Rakyat esok sudah memasang niat akan menyokong Undi Tak Percaya terhadap Najib...?

No comments: