Monday, October 12, 2015

Najib Dah Letih Laaaa....!! Cina Cina MCA Faham Atau Tak Faham ?

Siapa yang waras berfikir politik dan bijak membaca sifir politik berani menyatakan bahawa masyarakat kaum cina masih mahu menyokonng Barisan Nasional [BN] yang dipimpin oleh UMNO...?

Ada berann ?

Sejak daripada diumumkan keputusan PRU 13 bulan Mei tahun 2013, memang jelas dan nyata kita sedia maklum masyarakat kaum cina di Malaysia sudah benci BN, sudah tak mahu sokong BN !! Itu fakta bukan auta....

Malah pada perhimpunan harama BERSIH 4 yang terbaru ini, rakyat seluruh negara dapat menyaksikan bagaiman ghairah dan berahinya kaum cina secara All Out menyertai perhimpunan haram ini.

Perhimpunan yang bertujuan mahu gulingkan Najib..., gulingkan seorang Presiden parti melayu !

Semalam sewaktu YAB Datuk Sri Najib merasmikan Mesyuarat Agung MCA, beliau scara sinis ada menegur..., dah letih katanya!

Sepatutnya MCA yang mengakui sebuah parti untuk kaum cina dinegara ini punyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar untuk kembalikan sokongan kaum itu kepada kerajaan BN.

Mampukah keseluruhan pimpinan parti MCA serta ahli ahli akar umbinya melakukan tugas dan tanggungjawab ini...?

Berjayakah mereka kembalikan sokongan pengundi pengundi cina untuk menyokong BN pada PRU ke 14 ?

No comments: