Sunday, November 29, 2015

Blog MIK Pilih Samada Farahdhiya Atau Siti Nordiana Sebagai Bakal Juara GEGAR VAGANZAA 2015

Malam ini nanti akan masuk ke minggu ke 7 musim kedua Gegar Vaganza yang menyaksikan pertandingan nyanyian dikalangan artis artis yang 'pernah' diraikan sebagai penyanyi tanahair satu ketika dahulu....

Buat peminat dan penyokong rancangan Astro ini, sudah pasti mereka akan berada didepan kaca tv setiap malam Ahad dari jam 9.00 untuk menonton persembahan artis artis pilihan mereka.

Untuk musim kali ini, saingan memang sangat sengit dan hanya tinggal tujuh sahaja artis yang masih meneruskan perjuangan; Nassier Wahab, Ezad Exist, Acong Sweet Child, Haiza Dag Dig Dug, Azian Mazwan Safuan, Siti Nordiana, dan Farah Dhiya.

Sebelum ini bila berbicara sahaja bidang nyanyian dikalangan yang masih lagi berjuang, nama nama seperti Nassier Wahab dan Ezad Exist lebih menonjol kerana agak konsisten berada dipasaran seni suara menghasilkan beberapa album dan melahirkan lagu lagu yang popular.

Namun begitu, setelah konsert mingguan masuk ke minggu ke 6, pada penilaian Blog MIK nampaknya Siti Nordiana (Nana) dan Farahdhiya lebih mempamerkan kualiti vokal yang sangat baik... Persembahan kedua-dua mereka begitu konsisten dan menurut Juri Professional, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, mereka tidak menafikan prestasi yang menegak naik dari Nana dan Farahdhiya.

Nana pernah popular dengan lagu Paling Comel berjaya membawa dengan baik tugasan mingguan pada musim kali ini walaupun cabaran berat dengan membawa lagu lagu bukan genre dirinya seperti Kasihnya Laila dan pada minggu ke 5 artis berusia 31 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan ini berjaya membawa dengan begitu baik sekali lagu Nirmala nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza.

Sewaktu memberikan komen pada konsert minggu lepas, Datuk Ramli MS menyifatkan Nana sebagai seorang 'contestant' yang akan berjaya rempuh apa saja ujian dan tugasan dengan baik.....


Seorang lagi artis pilihan atau pun favorite artist Blog MIK iaitu Farahdhiya juga begitu konsisten memberikan persembahan yang baik setiap kali konsert ini diadakan. Sama seperti Nana, kedua dua Juri Profesional sentiasa memberikan komen yang baik dan positif buat Farahdhiya....

Penyanyi asal lagu Bertahta Di Hati ini tidak pernah sekalipun menghampakan penyokong penyokongnya apabila membuat persembahan...

Namun begitu, untuk konsert malam ini, diberitakan Farahdhiya sedang mengalami masalah kesihatan.  Beliau mengalami masalah sakit tekak yang sangat teruk.

Blogger MIK mendoakan agar Farahdhiya cepat sembuh dan akan mampu melakukan yang terbaik kerana tugasan malam ini sangat mencabar untuknya membawa lagu Rock ala ala Head Banging. Malam nanti Farahdhiya ditugaskan membawa lagu Enter Sandman nyanyian kumpulan Rock Antarabangsa Metallica.

No comments: