Tuesday, November 24, 2015

Come On Zahid...! You Can Do It.... INI KALI LAH !! Tangkap Izzah....

 Apa yang dianggap ancaman di bawah SOSMA?
  • menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
  • membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
  • memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
  • mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;
  • Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan.
Beberapa hari yang lalu semakin jelas dapat disaksikan tingkah laku yang jelek dari seorang Ahli Parlimen PKR yang merupakan anak kepada mantan Ketua Pembangkang yang kini sedang menjalani hukuman penjara akibat dari kesalahan meliwat.

Tindakan Nurul Izzah sedikit pun tidak langsung memperdulikan perasaan rakyat Sabah apabila anak Anwar Ibrahim ini tergamak mahu bekerjasama dengan musuh negara....

Sudah pastilah sentiasa segar dalam ingatan rakyat dari Negeri Dibawah Bayu tragedi hitam yang berlaku di Lahad Datu sekitar awal tahun 2013.

Samada dalam keadan sedar atau pun tidak, Nurul Izzah telah pun melayakkan dirinya di gelar Pengkhianat Negara ! Kini sudah mula berbunyi desakan demi desakan minta agar tindakan tegas diambil keatas Izzah....

Persoalannya sekarang ialah siapakah yang benar benar perlu memainkan peranan sesuai dengan tugas dan tanggungjawab untuk mempastikan kali ini Izzah tak akan terlepas dari hukuman...?

Siapa Menteri Dalam Negeri....? Mampukah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melaksanakan tugasan ini..? Apakah ada keberanian pada batah tubuh Zahid Hamidi untuk tegas terhadap Nurul Izzah...?

JOM kita tonton video klip dibawah ini ;




Sesudah menonton video klip diatas ini, sudah pasti anda kagum dan kaget dengan sikap tegas seorang Menteri KDN... Berikut adalah rakaman perbualan Zahid Hamidi sepertimana yang sakiskan pada video klip atas
 
"You dari mana?"


"Malaysiakini..."

"Patutlah tanya pelik-pelik. Tanya kos apa semua… nanti you spin. Rm3 jadi RM30. Jangan spin ma.. tulis betul-betul. You bagus, you punya bosses tak bagus."


"Macam mana Malaysiakini boleh dijemput ni? Saya tak nak jawab soalan. Selalu spin saya punya cerita. Recorded tapi tulis lain."


"You boleh tulis saya tak percaya Malaysiakini langsung. Tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN. Malulah datang."


"You tulis betul, you punya editor tak betul. Saya tak percaya langsung Malaysiakini, saya cakap banyak kali."


"Tulis betul-betul, jangan main-main sama saya.. I monitor."

Beberapa bulan setelah secara terbuka Zahid kata Malaysiakini TAK boleh dipercayai, tiba tiba dia sendiri telah menyampaikan Anugerah Best Social Media Award 2014 kepada Malaysiakini.....

Menyalaklah beramai ramai mahukan tindakan undang undang yang tegas dikenakan terhadap Nurul Izzah...!  Namun jika Menteri KDN tak tegas, maka jadilah kita semua bermimpi disiang hari !

Natijahnya, rakyat di Sabah sudah terguris perasaan mereka dengan tindakan bodoh anak sulung Anwar Ibrahim yang bermesra dengan Jacel Kiram!

Mereka tidak akan simpati dengan Izzah sekiranya Naib Presiden PKR ini disumbat dan dihumban kedalam penjara. Itulah hukuman setimpal, bekerjasama dengan kumpulan yang mahu meruntuhkan keamanan di Sabah, mengakibatkan banyak nyawa perajurit kita terkorban....

Sekali lagi berbalik kepada persoalan pokok.... Mampukah Zahid Hamidi bertindak tegas ?

Zahid Boleh...! U Can Do It !  Jangan ulangi kesilapan yang lampau... Blogger MIK amat yakin dengan ketegasan Zahid sebagai Menteri KDN.

Kesimpulannya; kita akan saksikan samada Nurul Izzah akan ditahan dan selepas itu dihukum atau pun tidak, semuanya terserah kepada KPI seorang Menteri KDN bernama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia ! 

2 comments:

Anonymous said...

Dari dulu lagi Zahid hanya bercakap macam garang tetapi tiada tindakan yang diambil.
Sekarang semua orang dah tahu cara Zahid. So, tiada apa yang boleh diharapkan.

Anonymous said...

Wal hasil balik asal juga..Tak percaya tenguk saja nanti...bolih kata semua tak de telor..selepas Tun M...Tak sokong melayu, sokong lagi kecewa..SOSMA dah ada..derhaka terhadap DYMM SPA Agong..tapi telor temelang aje...tambah meluat dgn menteri KDN .