Thursday, November 12, 2015

Kes Anwar Saman Nalla.... Kenapa Nalla Dibiarkan 'Walk Alone' ?

‎Dua berhari berturut sambungan perbicaraan kes saman Anwar Ibrahim keatas YB Senator Datuk Sri Nallakaruppan tidak dapat dijalankan kerana Peguam yang mewakili Nalla iaitu Tan Sri Shafee Abdullah tidak sihat.

Hakim tengahari tadi memutuskan agar esok bersamaan 13hb November 2015 proses perbicaraan ini mesti diteruskan kerana kes ini sudah terlalu lama masih belum lagi menemui garis penamat dan kesudahannya.

Kes ini berpunca dari isi kandungan ucapan ceramah Nalla sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tahun 2008. Sudah mencecah usia 7 tahun kes ini dan yang paling penting adalah ‎Nalla ketika itu sedang berkempen membantu BN calon UMNO.

Keberanian Nalla mendedahkan Anwar pernah terima wang jutaan ringgit daripada Magnum Corporation sewaktu mantan Menteri Kewangan itu masih bersama UMNO..... Semestinya Nalla berani kerana benar.

Malah tindakan Anwar mengemukakan saman adalah semata-mata mahu menakut-nakutkan Nalla agar tidak lagi mengulangi pendedahan tersebut secara terbuka! Itulah kisahnya....

Berbalik kepada tajuk posting Blog MIK adalah mengambil kira pandangan seorang sahabat petugas media yang memaklumkan senario di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak semalam. Menurutnya k‎ehadiran Anwar disambut oleh penyokong penyokongnya yang masih setia. Sebaliknya Nalla tiba di Mahkamah dengan beberapa orang sahaja pimpinan partinya sendiri MIUP.

Tak pernah ada kelihatan kelibat mana mana pimpinan UMNO langsung! Sedangkan kes ini berpunca dari tindakan Nalla membuat pendedahan sewaktu membantu calon UMNO pada PRK Permatang Pauh...

Kesian Nalla.., kenapa dia dibiarkan 'Walk Alone' ? Perlu jugalah diambil kira keselamatannya dimana kita tahu ada segelintir penyokong penyokong tegar Anwar yang agak agresif!
‎ 
Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: