Wednesday, November 25, 2015

Menantu Najib Tuntut Permohonan Maaf Dari Ahli Parlimen DAP !

Ibarat Lagu Dan Irama...., Berpisah Tiada !

Begitulah gambarannya buat juak juak pimpinan Pakatan Pembangkang yang sangat sinonim dengan kerja jahat menfitnah, adu dumba dan menjual pembohongan....

Ahli Parlimen dari DAP yang berbangsa melayu, Ariff Sabri bakal menerima padah apabila dengan sengaja dan berniat jahat memfitnah menantu kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Bercakap ikut suka hati mak bapak dia..., menuduh tanpa sebarang bukti ! Itulah kisahnya....

Menantu Datuk Sri Najib, Daniyar Kesikbayev telah menuntut permohonan maaf daripada Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri berkaitan dengan artikel yang diterbitkan di blog beliau semalam. Daniyar juga menuntut bahawa artikel itu diturunkan serta-merta.

Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh peguam Daniyar, Tetuan Noorhajran Mohd Noor, menyatakan bahawa artikel yang bertajuk "Son-in-law Daniyar to be Najib’s new ‘Jho Low'" dianggap sebagai mempunyai dakwaan terdiri yang tidak benar, berniat jahat dan tidak berasas.

Daniyar menuntut permohonan maaf daripada Ariff Sabri dalam masa 48 jam.



1 comment:

Anonymous said...

Kita tengok menantu ni cakap serupa bikin atau tidak, ada lebih telor dari pak mertua