Monday, November 2, 2015

Tindakan Bijak Najib Sebab Utama Tony Pua Kecut Telor Untuk Berdepan Dengan Arul Kanda ! Nasi Kandar Satuuuuuu

Hanya Jauhari Kenal Manikam....  Peribahasa melayu lama yang sudah berkurun ini membawa maksud, hanya orang yang pakar dalam sesuatu bidang itu lebih tahu tentang kelebihan sesuatu.

Secara umum malah seantero Malaya pun dah tahu bahawa 1MDB ini berkait rapat sungguh dengan batang tubuh YAB Datuk Sri Najib Tun Razak. Sangat sinonim....

Hari ini bukan main riuh rendah lagi semua orang nak bersembang pasal 1MDB. Pakcik berkopiah kerja bawak karung derma ceramah PAS pun bukan main galak lagi bercerita seolah-olah dia graduan bidang ekonomi. Makcik kerja bawak van sekolah pun sembang kencang bagaikan dia faham apa maksud short term cash flow, property free from encumbrances dan sebagainya....

Begitulah kisahnya dengan nama Arul Kanda Kandasamy, Executive Chairman 1MDB. Seorang anak muda yang dipilih oleh Najib sendiri mengendali syarikat milik sepenuhnya Kementerian Kewangan. Arul Kanda telah dilantik pada tanggal 5 Januari 2015 menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman.

Memang bijak sungguh keputusan yang dibuat oleh Najib.... Dikala ada pimpinan atasan UMNO yang meragui tentang keupayaan 1MDB untuk menyelesaikan masalah, lihatlah betapa tenangnya wajah Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri kita ini.

Anda juga pasti akan lebih faham kedudukan sebenar mengenai 1MDB sekiranya anda ikhlas untuk menyaksikan video klip dibawah ini. Video klip berdurasi hampi 33 minit sangat jelas, terang dan nyata membolehkan anda faham. Penjelasan yang sangat baik oleh Arul  Kanda !


No comments: