Tuesday, December 8, 2015

Menjelang PAU 2015. Peluang Mengenali Siapa Muhyiddin Yasin....

‎Menang sorak kampung tergadai....!

Bahang Persidangan Agung UMNO (PAU) 2015 kini sudah semakin terasa. Bermula esok sehingglah ke tanggal 12hb Disember nanti bertempat di PWTC sememangnya menjadi destinasi keramat buat pimpinan dan perwakilan UMNO untuk bermesyuarat dan berbahas.

Tumpuan dan perhatian keseluruhan ahli ahli UMNO kali ini tertumpu kepada kemelut dan perang dingin pimpinan atasan UMNO setelah Timbalan Presiden tidak lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan salah seorang Naib Presiden tidak lagi berjawatan Menteri.

Pada awalnya ramai membuat jangkaan pada PAU 2015 inilah akan menjadi medan untuk Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal melepaskan geram dan tidak mustahil untuk mereka mencipta huru hara dan menjadi titik hitam buat UMNO dalam majlisnya sendiri....

Namun begitu setelah Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan untuk diadakan perubahan dan pindaan aturcara serta perjalanan mesyuarat, maka dipersetujui bahawa tidak ada lagi majlis perasmian tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Seterusnya MT UMNO berkeputusan hanya Pr‎esiden akan membuat ucapan penggulungan, tidak ada lagi ucapan dari Naib Naib dan Timbalan Presiden.

Reaksi Muhyidin beliau secara sinis menyatakan dirinya ibarat tunggul kayu kerana hanyalah boleh hadir PAU 2015 tetapi hanya "senyum..., tak perlu kata apa apa".

Sehubungan dengan situasi tersebut, tiba tiba berdendanglah pula akan berlangsung sebuah program untuk meraikan Timbalan Presiden UMNO menyampaikan amanatnya yang disifatkan telah 'tidak kesampaian' akibat dari keputusan MT UMNO. 

Bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi maka berpeluanglah Muhyidin berucap...  kononnya akan ada ledakan! Katanya....

Tetapi setelah berakhir program, nampaknya seperti anti klimaks. Tidak ada WOW Factor. Tak ada langsung desas desus atau sok-sek dikalangan ahli ahli UMNO yang memperlihatkan tekanan keatas YAB Presiden UMNO mencecah tahap kritikal...

Mungkin ucapan Muhyidin hanya sekadar mengulangi skrip lama. Cerita sama yang diulang-ulang, tak ubah seperti menyaksikan filem filem seniman Agung Allhyarham Tan Sri P Ramlee dikaca tv. 

Tidak keterlaluan kalau kita katakan ketika ini ‎jika kita berasa simpati dan kasihan menyaksikan tingkah laku dan kelakuan Muhyidin bukanlah sesuatu yang pelik. Apa yang dilakukan oleh Muhyidin bukanlah perangai dia yang sebenar. 

Keghairahan seorang yang masih berjawatan Timbalan Presiden UMNO yang semakin berahi menyerang Presidennya sendiri diluar pentas parti bukanlah satu tindakan yang bijak! Sayang seribu kali sayang apabila akar umbi kini melihat tingkah laku Timbalan Presiden yang meraban dan meminta simpati....

Ada seorang sahabat penggiat media sosial melontarkan soalan 'apakah kelakuan Muhyidin yang kita saksikan saat ini adalah Muhyidin yang sebenar? '. Sahabat itu terus bertanya 'benarkah tingkah laku Muhyidin ini atas dorongan dan wrong advise dari individu yang mahu menjahanamkan parti UMNO ?'.

Merujuk kepada kedua dua persoalan itu, tidak hairanlah kalau kita merasa pelik dengan perangai Muhyidin mutakhir ini.... Beliau yang memilih untuk meletakkan dirinya berada pada tahap yang dipandang rendah oleh ahli UMNO. Itulah pilihannya....

Berbalik kepada awal pembuka ayat diatas tadi, jika perbalahan dalam UMNO akan merosakkan parti keramat ini‎, siapakah yang menjadi punca kepada semua sejarah hitam ini? 

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

No comments: