Tuesday, March 31, 2015

Cikgu Zaidi Sarankan PAS Buktikan Kekuatan Mereka Di PRK Permatang Pauh....!


Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Zaidi berkata PAS juga perlu segera bangkit membuktikan kepada DAP dan PKR, bahawa mereka bukanlah sebuah parti belasah gabungan itu sehingga tidak diberi satu tempat sebagai Exco dalam kerajaan DAP di Pulau Pinang.

DAP sering mengatakan PAS tidak mempunyai apa-apa faedah dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) sehingga DAP telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS minggu lalu, atas alasan PAS hanya mempergunakan tiket PR untuk melaksanakan dasar perjuangan parti Islam itu.

Oleh itu, PAS perlu membuktikannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang bakal diadakan, dengan menyokong parti Barisan Nasional (BN) bagi membuktikan bahawa PAS juga mempunyai pengundi di Permatang Pauh yang membantu PKR memenangi kerusi itu selama ini. 

Cikgu Zaidi berkata, ini adalah masa terbaik untuk PAS membuktikan bahawa kemenangan calon PKR selama disebabkan oleh sokongan pengundi PAS.

Tambah Zaidi, tanpa sokongan pengundi PAS selama ini, BN tidak dapat ditumbangkan oleh calon PKR di kerusi Parlimen itu.

"Saya amat yakin bahawa ini adalah masa terbaik bagi membuktikan bahawa kemenangan calon PKR selama ini di Permatang Pauh adalah disebabkan sokongan daripada pengundi PAS. PKR dan DAP tidak mempunyai pengaruh dan kekuatan yang mencukupi untuk menumbangkan BN tanpa sokongan ahli-ahli PAS," kata Zaidi ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Zaidi, jika PAS dapat memberi sokongan mereka kepada BN dalam PRK akan datang ini dan berjaya menumbangkan calon PKR, nescaya DAP dan PKR tidak akan lagi berani mencabar PAS selepas itu.

Selain itu, ianya akan mengubah senario politik di negara ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

"Sekiranya PAS dapat membuktikan pengaruh mereka sebagai penentu kemenangan BN di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil akan datang maka DAP dan PKR pasti tidak berani mencabar PAS yang dikatakan akan keluar meninggalkan Pakatan Pembangkang.

" Kekalahan di kubu kuat PKR (Permatang Pauh) ini akan mengubah senario politik dalam negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti dan ini juga dapat membuktikan peranan PAS dalam pakatan selama ini bukanlah sekadar melukut di tepi gantang," katanya.- UTARANEWS


KP Penjara Kena Bagi Pencerahan JIKA BENAR Petang Ini Ahli Parlimen Pembangkang Dibenarkan Jumpa Dan Bincang Isu Hudud Dengan Anwar Di Sungai Buloh

Sejak malam tadi sudah mula bertebaran pesanan message Whatsapp dikalangan pimpinan Pakatan Pembangkang dan ada juga yang dimuat naik ke laman sosial facebook dan twitter.

Notis pemakluman bahawa tengahari ini, semua Ahli Parlimen Pembangkang dijadualkan akan bertemu dengan Anwar Ibrahim untuk mendapat hala tuju dan 'game instruction' cara cara untuk mainkan isu Hudud agar ianya dapat menjerat dan perangkap YAB Datuk Sri Najib Razak....

Lihatlah...! Ini rakaman imej screen capture dari laman sosial Wan Azizah....

PERSOALANNYA sekarang!! Sekiranya ini benar, jika pertemuan ini akan berlaku hari ini, memang sah apa yang pernah disebut oleh Wan Azizah suatu masa dahulu..., ANWAR MANUSIA ISTIMEWA!

Mohon pencerahan daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar untuk mengesahkan samada berita ini palsu atau pun benar....?

Monday, March 30, 2015

CINABENG Punya Nga Kor Ming... Kalau Tak FITNAH Rosmah Hidupnya TAK Sempurna..?

Blog MIK pernah ungkapkan..., FITNAH dengan DAP berpisah tiada! Ibarat irama dan lagu, tak dapat dipisahkan... Jika dipisahkan, pincanglah lagu, rosaklah seni!

Sesiapa sahaja, tidaklah kiralah samada dari parti PKR, PAS dan DAP mereka seolah-olah begitu berahi untuk menggodam Rosmah Mansor. Maka kerja jahat FITNAH terhadap isteri kesayangan YAB Datuk Sri Perdana Menteri ini seperti sudah menjadi suatu rukun dalam hidup mereka....

Entah apa dosa Rosmah kepada mereka mereka juak juak murahan penganut fahaman Pakatan Pembangkang..? Saban hari ada sahaja yang tak kena dengan isteri PM ini dimata mereka.

Setiap rakaman gambar berkaitan Rosmah sentiasa diputarbelitkan semata mata mahu memuaskan nafsu serakah kerja jahat memFITNAH..!

Lihat sendiri imej screen capture apa yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming. Dengan bersahaja dan selamba menabut FITNAH!

Dimana letaknya logik untuk Rosmah berada dalam mesyuarat kabinet menteri...? Padahal gambar itu dirakam disebuah hotel ketika kunjungan rasmi YAB Datuk Sri Najib ke luar negara.

Yang peliknya pencacai pencacai tukang basuh berak ahlol ahlol tolol Pakatan Pembangkang terus percaya dan mereka sanggup memikul dosa untuk menyebarkan agar FITNAH ini menjadi viral...

Sebenarnya Ahli Parlimen DAP ini pernah kantoi kerana menyamun...., baca di SINI

Sunday, March 29, 2015

Foto Foto Kemalangan Jalanraya Awal Ashaari Pagi Tadi Di Lebuh Raya Utara Selatan

‎Kereta BMW X6 milik Awal Ashaari rosak teruk setelah terlibat dengan kemalangan jalanraya pagi tadi.

Kejadian berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh.

Awal dilaporkan kini dalam keadaan stabil dan Blogger MIK mendoakan agar beliau akan segera sembuh.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Friday, March 27, 2015

Penganjur Demo Haram SOGO Nak Ganggu Majlis Perkahwinan Anak Najib...? Jangan Sampai Terdedah Kisah Adik Penganjur Pernah Kena Tangkap Basah....

Dah semakin bangang dan biul nampaknya tahap pemikiran juak juak murahan pencacai Pakatan Pembangkang yang menganjurkan Demo Haram SOGO setiap petang Sabtu! Semakin melampau..!!

Rakyat ang tidak menyokong UMNO pun tak pernah kesah dengan gelagat mereka yang berhimpun secara haram jadah setiap petang Sabtu di depan SOGO untuk menyatakan bantahan terhadap hukuman penjara keatas Bapa Peliwat Negara.

TETAPI apabila kendengaran berita bahawa peserta peserta Demo Haram ini akan menuju ke Majlis Perkahwinan anak PM, maka ramai yang tidak bersetuju! Ini kerja gila....

Iya! Ini memang kerja gila... Ini jenis kerja orang yang tidak tahu adab. Ini jenis mak bapak tak pernah ajar erti kesopanan menghormati majlis.....

Sebagai orang melayu kita diajar adab dan sopan.... Lebih lebih lagi dalam konteks majlis perkahwinan, ianya sangat sensitif. Terjadi kisah sahabat handai atau saudara mara akan berkecil hati sekiranya tidak dijemput. Begitulah juga sebaliknya, akan terjadi kisah tuan rumah boleh berkecil hati sekiranya tetamu yang dijemput dengan sengaja tak mahu hadir ke majlisnya.

Sehubungan itu sekiranya ada niat dan perancangan mahu merosakkan dan menjahanamkan majlis orang lebih lebih lagi berkaitan dengan perkahwinan, ternyatalah ini memang kerja jahat yang gila..!

Hanya orang jahat dan gila sahaja tergamak melakukan perbuatan seperti ini.

Bercakap mengenai adab dan sopan, bukan sahaja tertaluk kepada orang melayu atau ianya adat ketimuran. Lihat bukti dibawah ini, warga negara luar yang mendapat tahu mengenai perancangan jahat ini juga TAK setuju dan mengutuk sekeras-kerasnya!

Jika ditanya kepada sesiapa pun yang waras akal fikiran, tidak kiralah samada menyokong BN-UMNO atau pun tidak, semestinya mereka tidak akan bersetuju dengan idea mengganggu majlis perkahwinan anak YAB Datuk Sri Najib di KLCC Sabtu ini.

Dengan itu diharap pihak yang mahu menganjurkan kerja jahat dan kerja gila ini dapat berfikir dengan waras agar tidak tergamak memalukan majlis orang lain....

Ada bukti-bukti dan beberapa saksi memaklumkan bahawa salah seorang penganjur untuk merosakkan majlis perkahwinan anak Najib ini pernah dibebani dengan kisah adik perempuannya menconteng arang di muka famili sendiri.... 

Adik perempuannya kena cekup tangkap basah dan majlis nikah "terpaksa" diadakan di salah sebuah rumah di Kota Damansara selepas jam 12 malam.

Kisah ini disaksikan sendiri oleh bekas Setiausaha AMK PKR Pusat yang sudah tidak lagi bersama parti pimpinan Bapa Peliwat Negara...

Thursday, March 26, 2015

Sungguh HINA Sekali...! Maruah Hadi Awang Dibawah Tapak Kaki Pimpinan DAP...?

Sejak kepanasan dengan khabar berita parti PAS akan menunaikan impian mereka mahu melaksanakan HUDUD, nampaknya pimpinan DAP semakin menggelupur...!

Sebut sahaja PAS mahu laksanakan HUDUD, maka pimpinan DAP menjadi sep[erti cacing kepanasan, ibarat sepasang ibu bapa berbangsa melayu beragama islam dapat dapat anak mereka makan babi dan minum arak.... Begitulah lebih kurang!

Kini, nama Hadi Awang semakin meniti dibibir pimpinan DAP dengan penuh rasa kebencian..

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah menyatakan permohonan maaf kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas membuat kenyataan mengkritik Presiden PAS itu, Ahad lalu.

Zairil berkata, dakwaan tersebut yang dikatakan dibuat selepas mendapat bantahan dari Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Muhammad Noor Muhammad adalah tidak benar dan beliau tetap kekal dengan kenyataannya.

Menurutnya, dalam surat bantahan yang diserahkan kepadanya oleh PAS Wilayah Persekutuan semalam, mereka menjelaskan bahawa calon Labuan bertanding (Pilihanraya Umum 13) menggunakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan bukannya Hadi.

“Saya bersedia untuk mengakui bahawa surat kebenaran itu mungkin belum ditandatangani Hadi, tapi ia tidak mengubah fakta bahawa Hadi telah membenarkan perlawanan tiga penjuru di tujuh kawasan melibatkan calon PAS menentang PKR, akhirnya BN memenangi kesemua tujuh kerusi itu

“Saya juga tidak akan memohon maaf kepada Hadi dan berdiri teguh dengan kenyataan saya bahawa kepimpinan beliau telah melakukan tindakan pengkhianatan yang mampu menggagalkan bukan saja Pakatan Rakyat tapi harapan serta aspirasi 52 peratus rakyat yang mengundi untuk perubahan dalam pilihanraya lalu.

“Perlawanan tiga penjuru itu iaitu enam kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen melibatkan PAS dan PKR dalam pilihanraya lalu berlaku di bawah kepimpinan Hadi,” katanya.

Selain perlawanan tiga penjuru di tujuh kawasan, dalam kenyataannya sebelum ini, Zairil turut berkata bahawa masa depan PR malap jika Hadi terus menerajui PAS.

Beliau menegaskan, ia berdasarkan banyak tindakan khianat yang dibuat selama ini, termasuk menentang keputusan kolektif mencalonkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor, kegagalan membincangkan butiran enakmen hudud di Kelantan sebelum ia dibentangkan dan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Parlimen.

SUMBER.

Wednesday, March 25, 2015

GST...? Relax.. Jangan Panik! Hasan Malek Ada...

Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang

Tinggal seminggu sahaja lagi negara kita akan melaksanakan sistem Goods Service Tax [GST] yang akan berkuatkuasa pada 1hb April 2015.

Isu GST nampaknya menjadi Talk Of The Day hampir setiap hari. Kumpulan makcik makcik yang diluar bandar pun sudah pandai bertanyakan kepada para peniaga setiap kali mereka membeli barangan, pertanyaan berbunyi,  "Selepas 1 April, barang ini kena GST tak...?"

Begitulah juga dengan group yang kaki lepak kedai Mamak secara berseloroh bertanya "Machaa, lepas 1 April nanti ini teh tarik ada GST kaa...?".

Secara jujur dan ikhlas kita harus tanya pada diri kita sendiri apakah kita benar benar faham dengan konsep perlaksanaan GST ini..? Adakah kos sara hidup akan naik..? Atau apakah rakyat akan 'mendapat faedah' daripada GST...?

Sejenak Blogger MIK menjadi agak lega seketika apabila membaca apa yang ditulis oleh sahabat Blogger Otai yang tersangat yakin bahawa ada seorang Menteri yang dapat menyelesaikan SEMUA persoalan mengenai GST!

Oleh itu, anda anda semua janganlah gundah gelana, janganlah PANIK! Mari kita sama sama fahami dengan jelas, baca di SINI


Tuesday, March 24, 2015

Kak Wan Heret Cucu Cucu Ke Mahkamah Syariah Pagi Tadi Untuk Anwar Berlakon Depan Kamera....

Pagi tadi Bapa Peliwat Negara Nombor Satu telah dibawa ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi proses kes Qazaf yang untuk mendakwa Saiful Bukhari kerana menuduh Anwar meliwat tanpa 4 orang saksi.

Apa yang menarik dan berlaku disana adalah kerja kuat Wan Azizah yang mengheret cucu cucunya untuk dijadikan pelakon pelakon tambahan [extras] supaya Anwar boleh menunjukkan aksi aksi Hero Tamilnya!

Modus operandi, akan dirakam seberapa banyak foto foto kemudian disebarkan menerusi laman sosial...  Ini semua sebagai usaha untuk menagih dan mengemis simpati rakyat sekaligus mahu meracuni pemikiran rakyat kunuuuuuuunnya kerajaan BN ini zalim terhadap si peliwat...!

Setelah Blogger MIK meneliti kesemua foto foto berkaitan dengan apa yang berlaku di Mahkamah Syariah pagi tadi, kesimpulannya ada dua perkara penting;
  1. Anwar kelihatan semakin sihat, segak dan badannya nampak berisi. Tidaklah kurus kering tak cukup makan dan tiada kesan kesan gigitan nyamuk sepertimana yang dikompangkan oleh anak anak dan para pencacainya...
  2. Anwar kelihatan sungguh ceria dan tidak ada gambaran hidupnya sengsara kerana dipenjara.
Dengan dua kesimpulan yang diatas itu, eloklah si peliwat ini merengkok dalam penjara dan kepada pencacai pencacai Anwar, hentikanlah segala protes dan demonstrasi haram yang tidak berfaedah itu, buang masa!!


TIUU NAA MAA KAAR HAI Ini MCA Punya Senator..! Lu BoLo Tak Tau Undang Undang Lagi Mau Ismail Sabri Keluar UMNO-BN

Apalah nasib YAB Datuk Sri Najib...?

Produk MCA yang jelas bodoh, baghal, dan bebal ini dilantik Senator...? Entah manalah letaknya maruah BN Melaka membuat pilihan untuk mencadangkan Setiausaha MCA Melaka ini dipilih menjadi Ahli Dewan Negara.

Koh Chin Han bercakap tidak menggunakan otak dan pemikiran yang waras...!

Rakan rakan BN seperti MCA janganlah melatah tak tentu pasal. Soal Hudud ini berkaitan terus dengan orang melayu beragama islam. Spesis bodoh dan baghal seperti Senator MCA harus faham keadaan yang sebenar.

Undang-undang Hudud yang hendak dibentangkan oleh PAS nanti, hanyalah penambahbaikan daripada undang-undang Takzir Syariah yang sudah pun wujud di Kelantan dan negeri-negeri lain di Malaysia. Mereka juga harus faham bahawa undang-undang Syariah hanya melibatkan orang Islam, manakala undang-undang Hudud yang didasarkan daripada Al Quran pula melibatkan keseluruhan penduduk dan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.

Dari awal lagi telah dinyatakan bahawa undang-undang yang hendak dibentangkan oleh PAS nanti hanya berdasarkan dalam lingkungan Syariah...  Oleh itu, MCA atau sesiapa sahaja yang bukan beragama Islam tidak akan terjejas langsung! Iya, mereka tidak akan terjejas sekiranya undang-undang tersebut wujud atau dikuatkuasakan.

Undang-undang Syariah yang dinamakan 'hudud' oleh PAS itu tidak mengatasi undang-undang sedia ada kerana kekangan Perlembagaan Persekutuan. Sekaligus tidak sepatutnya juga orang bukan Islam seperti Senator MCA yang bodoh dan baghal ini sibuk mahu campurtangan dalam hal ehwal orang Islam kerana undang-undang berkenaan khusus untuk umat Islam. [Baca seterusnya, di SINI]

Senator MCA yang bodoh dan baghal ini mungkin gagal matematik.... Hakikatnya jika dihitung jumlah kerusi UMNO dengan PAS, ia akan menghasilkan satu jumlah majoriti mudah dalam Parlimen. Disebaliknya, jika dihitung jumlah kerusi MCA dengan Gerakan dan MIC, jumlah yang terlalu kecil dan mereka tidak akan mendapat apa apa faedah daripada tindakan membuat sebarang keputusan menolak Hudud.

Mari kita lihat semula apa yang dikatakan oleh Senator MCA yang bodoh dan baghal ini;


Monday, March 23, 2015

GERSANG Ditinggal Suami Yang Masuk Penjara..., Ikan Sepat Kering Sanggup Jadi Tukang Kipas Promo FITNAH Gay Boy Di Laman Sosial

Tak habis habis lagi nampaknya usaha gigih kerja jahat juak juak Pembangkang mahu menabur FITNAH terhadap YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak....

Hari ini dilaman sosial, Presiden PKR sendiri, Wan Azizah telah memuat naik gambar serta kenyataan FITNAH Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. Kenyataan yang bertujuan membuat FITNAH mengenai Jet Peribadi milik kerajaan Malaysia!

KANTOI..! Gambar gambar yang dimuat naik oleh Rafizi dan disambut oleh Wan Azizah sebenarnya gambar yang telah mereka curi dari sebuah laman sesawang yang lain, ini dibuktikan oleh sahabat Blogger The Flying Kick [Klik SINI].



DAULAT TUANKU..! DIRGAHAYU Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Iskandar. Saksikan Foto Foto TERBAEEKK

DAULAT TUANKU..!
DAULAT TUANKU..!
DAULAT TUANKU..!

Hari ini berlangsung Majlis Istiadat Pertabalan Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Iskandar sebagai Sultan Johor Darul Takzim yang ke 5.

Semoga Allah swt memberkati Tuanku Sultan dan sentiasa mendapat rahmat dan baraqah dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia...

Sultan Ibrahim sangat disayangi rakyat Johor kerana sifatnya yang berjiwa rakyat. Blogger MIK pernah berpeluang menyaksikan sendiri reaksi dan respon rakyat di Johor apabila berpeluang bertemu dengan Tuanku Sultan. Berikut adalah diantara rakaman yang ada dalam simpanan;


Sunday, March 22, 2015

PANAAS....! Video Klip 01;36:00 Minit Seorang YB Ahli Parlimen Mabuk TODI. Wajib Tonton....

Setelah anda menonton video klip dibawah ini nanti, pasti anda akan menyampah dan meluat dengan gelagat seorang wakil rakyat yang bergelar Ahli Parlimen ini....

Apalah malangnya nasib pengundi pegundi dikawasan beliau yang membuat keputusan untuk memilihnya sebagai wakil rakyat! JOM tonton video klip dibawah ini;




Saturday, March 21, 2015

Si Peliwat Whatsapp Dari Penjara Sungai Buloh Marah Rafizi Sebab TEWAS Berhujah Dengan Azeez Rahim Di Parlimen

Tahniah buat Ahli Parlimen Baling YB Datuk Seri Panglima Azeez Rahim yang berjaya sekolahkan Rafizi dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin....

Malah pujian juga harus diberikan kepada Azeez yang begitu mudah mendepani "gangguan" oleh beberapa Ahli Parlimen Pembangkang seperti Khalid Gereja, Mahfuz Bean Omar yang cuba mengganggu sesi perbahasan Ahli Parlimen Baling itu.

Minggu lepas kita lihat bagaimana lumatnya Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman membelasah janda gersang anak sulung si Peliwat sehingga lunyai..! Inilah yang kita mahu. Wakil wakil dari BN boleh bodoh-bodohkan juak juak Pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen.

Cantik sungguh cara Azeez menjelaskan mengenai teguran Tun Dr M dalam isu 1MDB yang cuba ditunggang oleh barisan Ahli Parlimen Pembangkang. Azeez juga dengan kemas telah menjelaskan isu pembelian jet kerajaan yang cuba dijadikan bahan fitnah Rafizi....

Tahniah Azeez!  JOM kita saksikan dibawah ini, sedutan rakaman dalam sidang Dewan Rakyat bagaimana Azeez sekolahkan bangang bangang badut Pembangkang....





Apakah Sifat JEMUAN Ada Dikalangan Staff JAWI Yang Sanggup Jadi Pencacai Dan Tukang Basuh Berak Anwar...?

‎Gelagat manusia jahil akhir zaman....!

Ada kalanya pelik menyaksikan kelakuan penjilat penjilat Pakatan Pembangkang. Mereka kunyah dan telan terus apa jua bentuk bahan FITNAH yang dicipta ke atas pimpinan negara kita khususnya YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib seisi keluarga.

Apakah mungkin jika sehari mereka tidak memfitnah, hidup mereka ini akan jadi gundah gelana...? 

Kini keadaan semakin parah! Jika berita dan bahan fitnah ini datang dari juak juak yang secara terus terang mengakui mereka sokong Pembangkang dan benci kerajaan BN itu dianggap perkara biasa..

Mutakhir ini semakin membengkak JEMUAN JEMUAN dalam beberapa pejabat pejabat kerajaan yang semakin galak menjadi pencacai dan tukang basuh berak Pakatan Pembangkang.

Sememangnya dalam pejabat pejabat kerajaan, kementerian dan agensi agensi kerajaan sudah semakin besar bilangannya yang Anti Kerajaan dan menjadi Pro Pembangkang. Lihatlah gelagat guru guru di sekolah sekarang ini.... majoriti disebelah mana? 

Berbalik kepada tajuk posting Blog MIK, maka tidak hairanlah jika ada kakitangan staff JAWI yang sanggup jadi pencacai dan tukang basuh berak pimpinan Pembangkang semata mata mahu memfitnah famili Najib..!!

Sent from my BlackBerry Z30 martphone.

Friday, March 20, 2015

Anwar Sahkan Wang Hantaran USD500,000 Perkahwinan Anak Najib Itu Benar... Bukan FITNAH

‎Anda bacalah pengesahan oleh pihak JAWI bahawa sebaran catatan pernikahan Nooryana Najwa Binti Datuk Sri Najib dengan Daniyar Kessibayev yang diviralkan tertera jumlah USD500,000 sebagai hantaran sebenarnya adalah FITNAH semata-mata. Ibarat irama dan lagu berpisah tiada, begitulah juga Pembangkang dengan FITNAH..!!

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Disebalik Kisah Kereta AUDI Q5 Milik Hishamuddin.... Tinjau Kisah Rafizi Baru Berusia 37 Tahun Mampu Beli 3 Kereta HONDA, Condo RM1.34 Juta

Siapa kata pemimpin Pembangkang tidak bermewah-mewah...?

Pelik juga menyaksikan ada dikalangan ahli ahli UMNO yang kecoh bagai nak rak apabila juak juak murahan Pakatan Pembangkang sejak pagi semalam spin dokumen pembelian sebuah kereta AUDI Q5 oleh salah seorang Menteri UMNO.

Blogger MIK pernah ungkapkan di penulisan yang lalu, buat mana mana jurucakap UMNO di kedai kedai kopi, coffee house, "keyboard warrior" pro BN gunakanlah sebaik mungkin kaedah menyerang Pakatan Pembangkang dan jangan dok ternganga melopong mendengar serangan mereka... The Best Way To Defend Is To ATTACK!

Untuk respon kepada apa yang juak juak Pembangkang jaja mengenai dokumen pembelian kereta AUDI Q5, kenapa tidak kita juga persoalkan kekayaan dan kemewahan juak juak pimpinan Pembangkang...?


Apakah tidak ada dikalangan pimpinan Pembangkang hidup bermewah mewah...? Blogger MIK sokong penuh persoalan oleh salah seorang Keyboard Warrior UMNO sepertimana anda boleh saksikan dan baca pada imej screen capture diatas.

Janganlah terlalu mudah melatah apabila pimpinan UMNO diserang padahal juak juak pimpinan Pembangkang lebih parah dan mereka juga patut diserang dengan beberapa soalan CEPUMAS seperti yang dibuat oleh Keyboard Warrior ini....

Kupasan seterusnya, di SINI

Wednesday, March 18, 2015

Ini Bangkai Jangan Terbiar Lama... Nanti Baunya Busuk!

Pernah jadi Ahli Parlimen BN kununnya mahu jadi HERO...!

Entah apalah malanya nasib YAB Datuk Sri Najib apabila ada spesis spesis seperti ini dalam pimpinan UMNO...? Kununnya mahu pertahankan Nurul Izzah dengan menyebutkan tentang IMUINITI dalam Parlimen....

Apakah seseorang Ahli Parlimen boleh bercakap apa sahaja di Parlimen?

Imuniti atau keistimewaan yang diberi kepada seseorang ahli Parlimen di bawah Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak, total dan bebas sepenuhnya sebaliknya masih mempunyai sekatan dan batasan tertentu.

Berdasarkan Artikel 63 (4) Perlembagaan yang menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah ke atas apa yang dicakapkan ketika prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat adalah tertakluk pada empat perkara.

Empat perkara tersebut ialah :

a) berhubung Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu,

b) Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,

c) Artikel 181 tentang raja-raja Melayu dan keempat,

d) perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.

‘‘Maknanya jika yang dibangkitkan Ahli Parlimen itu menyentuh soal Artikel 153, 152, 181 dan hasutan di bawah Akta Hasutan, maka seseorang ahli parlimen itu boleh diambil tindakan di mahkamah atas apa yang mereka cakap dalam Parlimen.

Apabila anak sulung Anwar itu meroyan, meraban, melalak sewakyu berucap dalam Dewan Rakyat tempoh hari menghina Yang Arif Hakim Hakim dengan kata kata;
“…Dalam tunduk akur kehendak politik, para hakim jadi rakan jenayah pembunuhan, kebebasan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan,” ini ucapan Nurul Izzah di parlimen pada 10 Mac 2015.
Nurul Izzah telah menyentuh perkara yang berkaitan dengan perkara d) di atas bila menuduh hakim menjual diri mereka kepada syaitan.

‘‘Sebelum ini pun sudah ada beberapa kes salah laku ahli parlimen dalam dewan rakyat. Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4).

‘‘Sebelum ini pun sudah ada beberapa kes salah laku ahli parlimen dalam dewan rakyat.  Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4).
Mark-Koding
Pada tahun 1982, Ahli Parlimen Kinabalu atas tiket Barisan Nasional,  Mark Koding (gambar) pernah disabitkan kesalahan menghasut berikutan ucapannya di Dewan Rakyat, pada 11 Oktober 1978. Mark Koding mempersoalkan dasar kerajaan membenarkan sekolah Cina dan Tamil diteruskan di negara ini.
Mark Koding ketika itu menyokong penutupan sekolah-sekolah Cina dan Tamil serta menyatakan jika perkara tersebut melanggar Perkara 152 Perlembagaan, maka Perlembagaan perlu dipinda.
Ini ucapan yang telah disebut oleh Mark Koding :
Keadaan eksklusif dalam negara kita di masa ini adalah hasil daripada baik hati kaum bumiputra membiarkan sekolah-sekolah China dan India menggunakan bahasa mereka selepas Merdeka. Sekiranya tokoh-tokoh kita yang awal dapat meramalkan keadaan yang berlaku pada masa ini dan tidak bertolak ansur untuk menghapuskan pelajaran China dan Tamil sudah tentu kita tidak akan menghadapi masalah yang kita hadapi sekarang ini.
“Bagaimanapun, masih ada lagi masa untuk kita membaiki keadaan ini. Tindakan kita bukanlah mencerminkan tujuan dan kepercayaan tokoh-tokoh kita yang lalu oleh sebab mereka telah bertindak berdasarkan kepada keadaan yang wujud pada masa itu dan mereka dengan ikhlas mempercayai bahawa mereka telah dapat menyelesaikan isu tersebut. Mereka tidak dapat disalahkan dengan apa yang terjadi pada hari ini oleh sebab cabaran-cabaran yang kita terima hari ini bukanlah datang dari zaman mereka. Cabaran yang kita hadapi sekarang adalah tanggungjawab kita untuk mengatasinya”.
”Tuan Yang di-Pertua, masanya sudah tiba bagi Dewan yang mulia ini untuk memutuskan samada kita akan terus membenarkan sekolah-sekolah China dan Tamil dan bahasa-bahasa tersebut di papan-papan tanda di jalan-jalan raya di negeri itu. Saya, seratus peratus berpendapat bahawa kita harus menutup sekolah-sekolah jenis tersebut dan menyekat sama sekali penulisan papan-papan tanda dalam bahasa-bahasa itu.
“Sekiranya tindakan-tindakan ini kelak bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan maka kita harus merombak Perlembagaan tersebut demi kepentingan rakyat dan negara. Kalau kita gagal melakukan hakikat ini bermakna kita menghampakan amanah yang diamanatkan oleh rakyat dan juga melenyapkan harapan dan aspirasi generasi baru kita yang tidak mahu melihat negara mereka dicap oleh identiti orang asing. Adakah kita mahu mengwujudkan identiti kita atas asas kemelayuan, kechinaan atau keindiaan. Saya rasa sudah pasti kemelayuan atau kebumiputeraan kerana tidak ada alternatif yang lain demi survival negara kita”.

KONFIM You All Suka...! Mari Kita Berhibur....