Wednesday, April 29, 2015

PRK P044 Permatang Pauh - Relax Bro..! Pemuda PAS Pulau Pinang Hanya Berlakon U Turn Sokong, Imej Screen Capture Whatsapp Ini Bukti

Pagi tadi meriah sungguh tersebar berita mengenai sidang akhbar Mohd Yusni Md Piah Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang bersama barisan pimpinannya diperingkat negeri mengumumkan komitmen untuk kembali membantu PKR di PRK Permatang Pauh.

Mereka diberitakan mendapat arahan daripada pimpinan pusat untuk buat U Turn dan tidak memboikot jentera PKR di Permatang Pauh, Senyum sampai ke telinga pimpinan PKR setelah menyaksikan acara yang berlangsung itu. Mereka menarik nafas lega kerana masih boleh menunggang keldai keldai PAS.

Namun begitu, Blogger MIK dimaklumkan bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata ! Pemuda PAS Pulau Pinang terpaksa berlakon untuk meredakan keadaan dan bermain wayang dengan PKR.

Api dan bahang kemarahan Pemuda PAS Pulau Pinang yang mempertahankan maruh Haji Hadi daripada dipijak pijak oleh AMK tetap membara... Tak semudah itu boleh selesai selagi mana AMK PKR tidak mahu memohon maaf.

Maka, apa yang anda semua saksikan dan tontoni di majlis yang kunuuunnya Pemuda PAS buat U Turn sebenarnya adalah sandiwara sepertimana KETUM selalu berlakon....

Cuba kita baca perbualan dalam whatsapp chat group pimpinan PAS dibawah ini ;



PRK P044 Permatang Pauh - Kipas Cap Ikan Sepat Kering Konfiden Ustaz Dan Imam PAS Tak Kisah Pun Dia Main Lilin Upacara Ritual Roh Karpal Singh

Dah terdesak...!

Sanggup lakukan apa sahaja walaupun perbuatan mendekatkan diri dengan syirik, tetapi itu bukan halangan asalkan nak dapat undi. Begitulah kisahnya dengan calon PKR untuk PRK P044 Permatang Pauh, Wan Azizah isteri KETUM.

Kepada umat islam di bumi Permatang Pauh boleh saksikan sendiri dan buatlah penilaian mengikut akal fikiran yang waras. Apakah ini jenis wakil rakyat beragama islam yang anda mahukan ?

Sedang berlangsung kempen PRK di Permatang Pauh, semakin banyak pulak pekung famili KETUM yang didedahkan sendiri oleh pengundi pengundi yang telah petugas jentera BN temui....

Memang buruk sungguh tingkah laku kelakuan famili KETUM termasuklah calon recycle Kipas Cap Ikan Sepat Kering ini !

Segala bukti bukti anda boleh baca di SINI



Video Klip Najib Berjoget Di Kazakhstan Sebenarnya NO ISSUE Kata KETUM Dan Janda Lembah Pantai.... [video clip inside]

Sedang kita sibuk menumpukan perhatian kepada gerak kerja mendepani dua PRK di Parlimen Rompin dan Parlimen Permatang Pauh, muncul pula juak juak murahan yang mahu menangguk di air yang keruh....!

Spesis bangsat sememangnya begitu tingkah laku mereka..., sudah tak ada kerja lain dan tumpuan hanya membuat adu dumba! Lebih menyedihkan lagi, ada dikalangan juak juak ini pakai baju UMNO, pernah mentekedarah atas tapak tangan pimpinan UMNO...

Apa nak dibesar-besarkan sangat kisah video yang menjadi viral menunjukkan YAB Datuk Sri Najib menari dalam majlis yang hanya membabitkan ahli familinya sahaja..? Majlis perkahwinan anak Najib sendiri bukan majlis perkahwinan anak Tun Dr Mahathir.....

Ayah mana yang tidak berasa gembira melihat anak anaknya bahagia...?

Suka Blogger MIK mengingatkan kepada semua, bahawa bab joget kita janganlah sesekali membesar-besarkan Najib lebih dari Anwar... jangan !!

Anwar pakar bab joget. Dia berjoget sejak dari dulu lagi. Lengguk tarinya memang hebat.... Susun langkah tarinya sentiasa mengikut irama cuma tak berpeluang menyertai rancangan Sehati Berdansa bersama Wan Kipas Cap Ikan Sepat Kering.

JOGET SEJAK DULU LAGI.... TAPI BILA NAK KE MAHKAMAH TIBA TIBA SAKIT PINGGANG BUKAN KEPALANG  !!

SAKSIKANLAH DUA VIDEO KLIP DIBAWAH INI.....

BEZAKANLAH SENDIRI SITUASI YAB DATUK SRI NAJIB DENGAN ANWAR. NAJIB TAK PERNAH BUAT GILA TERKINJA KINJA DEPAN KHALAYAK RAMAI.

ANWAR MEMANG KING ! BAB GELEK, BAB JOGET JANGAN LAWAN ANWAR, PENTAS CERAMAH PUN BOLEH PENTAS JOGET. TAPI BILA NAK KE MAHKAMAH SAKIT PINGGANG






Tuesday, April 28, 2015

PRK P044 Permatang Pauh - Anwar Sakit Kepala...?

‎Semakin berdenyut-denyut kepala KETUM kesakitan..!

Bagaimana Anwar‎ tak sakit kepala apabila sering mendapat perkhabaran buruk dan kurang enak berbanding menerima berita yang menggembirakan.

Kisah ketiadaan jentera PAS yang ramai dan kekurangan bendera PAS di bumi Permatang Pauh sehingga ke hari‎ ini, kisah 'Arm Wrestling' Pemuda PAS Pulau Pinang dengan AMK Pulau Pinang, respon pengundi yang mula bertanyakan komitmen Wan Azizah yang kini sudah menjadi ADUN di Kajang Selangor, pengesahan SPR bahawa sebagai banduan Anwar tak layak mengundi dan ada beberapa lagi perkara yang sedang diperkatakan boleh mengundang keresahan Anwar..

Oleh itu jentera UMNO perlu terus bekerja lebih gigih, tingkatkan prestasi‎ dan kurangkan kontrovesi. Insya allah ianya mampu menerbitkan peluang untuk mencipta keputusan yang mengejutkan !

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Monday, April 27, 2015

PRK P044 - HELLO Is It Me You're Looking For..? Trendy Dan Catchy Poster Abang Mie Di Permatang Pauh

Ini macam la Bro.... barulah trendy !

Syabas dan tahniah buat jentera UMNO Permatang Pauh yang melakukan 'transformasi' kepada kaedah cara cara berkempen menerusi poster, bunting, mini billboard. Nampaknya di PRK Permatang Pauh kali ini UMNO tidak lagi 'old school' dari segi metarial bahan kempen, bravo !

Selain daripada menawarkan seorang calon anak tempatan yang masih muda dan juga seorang graduan, UMNO Permatang Pauh semakin bijak untuk mengikat minat pengundi memberikan perhatian kepada cara cara mempromosi calon BN.

Suhaimi Sabudin anak tempatan yang berusia 43 tahun tidak mustahil mampu meraih undi dikalangan Gen Y sekiranya sepanjang tempoh kempen sehingga 6hb Mei 2015 ini digunakan sebaik mungkin oleh jentera yang bertugas isini.

Dibahu jalan sekitar sini, Blogger MIK tertarik dengan TAGLINE dan cara poster calon UMNO ini dipamerkan...

SEKARANG LIHAT PULA DIBAWAH INI, MODAL LAPUK JUAK JUAK PKR YANG TAK HABIS HABIS MAINKAN ISU SIMPATI DAN MENANAMKAN KEBENCIAN RAKYAT....!


PRK P044 Permatang Pauh - Kak Ijat Sound Tepat Kak Wan Ibarat YB Touch n Go

Sudah sudah lah Kak Wan...!

Kajang pun tak mampu dia jaga inikan pula kawasan Parlimen Permatang Pauh yang sangat luas merangkumi tiga DUN Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diingatkan supaya melunaskan janji kepada penduduk Kajang terlebih dahulu agar tidak dilihat sebagai pemimpin ‘touch n go’.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ketika ini maklum balas yang diterima daripada pengundi di Kajang melihat Wan Azizah hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi apabila beralih pula ke Permatang Pauh setelah mendapat apa yang diinginkan di Kajang.
Katanya, justeru timbul persoalan adakah Wan Azizah akan mampu menunaikan janji baharu kepada penduduk Permatang Pauh sedangkan penduduk di Kajang masih menagih janji dalam manifesto pe­mimpin PKR itu sewaktu PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tahun lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-jadi-pemimpin-8216-touch-n-go-8217-8211-shahrizat-1.85028#sthash.Yz4sDs0F.dpuf
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diingatkan supaya melunaskan janji kepada penduduk Kajang terlebih dahulu agar tidak dilihat sebagai pemimpin ‘touch n go’.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ketika ini maklum balas yang diterima daripada pengundi di Kajang melihat Wan Azizah hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi apabila beralih pula ke Permatang Pauh setelah mendapat apa yang diinginkan di Kajang.
Katanya, justeru timbul persoalan adakah Wan Azizah akan mampu menunaikan janji baharu kepada penduduk Permatang Pauh sedangkan penduduk di Kajang masih menagih janji dalam manifesto pe­mimpin PKR itu sewaktu PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tahun lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-jadi-pemimpin-8216-touch-n-go-8217-8211-shahrizat-1.85028#sthash.Yz4sDs0F.dpuf

Sehubungan dengan itu, calon PKR bagi PRK Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diingatkan supaya melunaskan janji kepada penduduk Kajang terlebih dahulu agar tidak dilihat sebagai pemimpin ‘touch n go’.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ketika ini maklum balas yang diterima daripada pengundi di Kajang melihat Wan Azizah hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi apabila beralih pula ke Permatang Pauh setelah mendapat apa yang diinginkan di Kajang.

Katanya, justeru timbul persoalan adakah Wan Azizah akan mampu menunaikan janji baharu kepada penduduk Permatang Pauh sedangkan penduduk di Kajang masih menagih janji dalam manifesto pe­mimpin PKR itu sewaktu PRK DUN Kajang tahun lalu.

“Rakyat sudah muak dan letih dengan sikap pemimpin ‘touch n go’ ini. Sepatutnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Wan Azizah seharusnya memberikan tumpuan kepada kebajikan penduduk di kawasannya dan menunaikan segala janji yang pernah ditabur ketika PRK dahulu.

“Berhentilah dengan sandiwara politik ini. Penduduk Permatang Pauh mahukan perubahan dan sudah letih dengan sikap ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ Pembangkang yang telah mewakili kawasan itu selama lebih 17 tahun,” tambahnya lagi.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ketika ini maklum balas yang diterima daripada pengundi di Kajang melihat Wan Azizah hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi apabila beralih pula ke Permatang Pauh setelah mendapat apa yang diinginkan di Kajang.
Katanya, justeru timbul persoalan adakah Wan Azizah akan mampu menunaikan janji baharu kepada penduduk Permatang Pauh sedangkan penduduk di Kajang masih menagih janji dalam manifesto pe­mimpin PKR itu sewaktu PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tahun lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-jadi-pemimpin-8216-touch-n-go-8217-8211-shahrizat-1.85028#sthash.Yz4sDs0F.dpuf
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diingatkan supaya melunaskan janji kepada penduduk Kajang terlebih dahulu agar tidak dilihat sebagai pemimpin ‘touch n go’.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ketika ini maklum balas yang diterima daripada pengundi di Kajang melihat Wan Azizah hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi apabila beralih pula ke Permatang Pauh setelah mendapat apa yang diinginkan di Kajang.
Katanya, justeru timbul persoalan adakah Wan Azizah akan mampu menunaikan janji baharu kepada penduduk Permatang Pauh sedangkan penduduk di Kajang masih menagih janji dalam manifesto pe­mimpin PKR itu sewaktu PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tahun lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-jadi-pemimpin-8216-touch-n-go-8217-8211-shahrizat-1.85028#sthash.Yz4sDs0F.dpuf

Sunday, April 26, 2015

PRK P044 Permatang Pauh - Jentera Wanita Kak Ijat Akan Pastikan Pengundi Wanita Pilih Abang Mie !

Siapa berani menafikan kekuatan jentera Wanita UMNO setiap kali diadakan Pilihanraya Kecil...?

Kali ini dibumi bertuah Permatang Pauh jentera Wanita sudah pasti akan menjadi tulang belakang dan nadi penggerak kepada kempen UMNO. Menyedari bahawa 51% pengundi adalah pengundi Wanita, maka tiap detik dan saat sangat penting menjelang hari mengundi pada 7hb Mei 2015.

Rekod lampau membuktikan jentera Wanita tidak pernah mengecewakan dan pada PRK Permatang Pauh kita pasti akan menyaksikan semut merah memikul tugas mendapatkan sokongan kaum wanita undi mengundi calon BN, Suhaimi Sabudin atau kini dikenali dengan panggilan Abang Mie.

JOM kita saksikan sedutan rakaman video klip jaminan daripada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil ;



PRK P044 Permatang Pauh - Pengundi Diberikan Pilihan Kalau Masih Mahu Pilih Kipas Cap Ikan Sepat Kering Yang Tak Pernah Ada Masa Untuk Permatang Pauh

‎Pagi semalam sudah pun selesai proses penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) P044 Permatang Pauh yang berlangsung di IKBN Bukit Mertajam.

PRK Permatang Pauh kali ini akan menyaksikan pertembungan empat penjuru dimana UMNO mempertaruhkan seorang anak tempatan yang masih muda dan juga seorang graduan. Suhaimi Sabudin berusia 43 tahun lulusan Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia adalah Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Seperti yang dijangka, PKR tidak ada pilihan akan tetap menamakan calon Wan Azizah calon Recyle Kitar Semula semata mata meneruskan legasi famili KETUM.

Ada dua calon Bebas turut sama menyerahkan borang pencalonan demi memeriahkan pesta demokrasi yang akan memakan masa 12 hari berkempen.

Menjelang hari mengundi yang ditetapkan pada 7hb Mei 2015, hampir 71,000 pengundi Permatang Pauh kini berpeluang membuat pilihan. Inilah masa yang terbaik buat mereka "Melakar Sejarah Baru". 

Iya, maksud Melakar Sejarah Baru menghidangkan pengundi di sekitar tiga DUN Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya membuat pilihan untuk memilih seorang wakil rakyat yang 'ada masa' untuk rakyat dan BUKANNYA menjadikan kerusi Parlimen sebagai perkakas tunggangan peribadi !

Semoga kesemua pegundi di Permatang Pauh lebih bijak kali ini.... Sekilas pandang mereka seharusnya tahu yang mana intan yang mana kaca.

Nilaikanlah sendiri dengan bijaksana, apakah mereka mahukan Suhaimi seorang anak tempatan ataupun masih mahu mengulangi keputusan silam yang tidak bijak yakni memberikan undi kepada isteri KETUM yang menetap di Bukit Segambut Kuala Lumpur dan diwaktu yang sama menjadi ADUN Kajang di Selangor.‎..?

‎Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Friday, April 24, 2015

PRK P044 - UMNO Permatang Pauh Berani Melakar Sejarah. TRANSFORMASI ! PKR Masih Mahu Recycle Kipas Cap Ikan Sepat Kering...?

UMNO membuktikan bahawa parti keramat ini mampu menawarkan calon yang muda, anak tempatan yang berpendidikan tinggi sebagai calon untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh P044.

Baru berusia 43 tahun, lulusan Universiti Sains  Malaysia Sarjana Muda dengan kepujian dan pernah juga memiliki Diploma sewaktu di Universiti Teknoligi Malaysia Skudai.

Demikianlah kisahnya semalam secara rasmi YAB TPM Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan nama Suhaimi Hj Sabudin, Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh sebagai calon mewakili BN untuk PRK P044.


Thursday, April 23, 2015

Kalau Betul Naib Ketua Pemuda UMNO Azwan Bro TAK Terlibat Dengan Kerja Gila Nak Jatuhkan YAB Datuk Sri Najib... Tolong Buat Laporan Polis Bro !

Waaaahh....!!

Panas panas panas.... Hangit hangit hangit..... Meriah meriah meriah.....Kecoh kecoh kecoh....

Begitulah kisahnya meletop cerita mengenai Azwan Bro Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dilaporkan oleh portal mykmu.net telah mengetuai 'gerombolan' untuk menjatuhkan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak !

Memang kecoh, memang panas, memang meriah kisah ini berkumandang di laman sosial sejak pagi tadi. Pelbagai reaksi dan respon kerana sekiranya kisah yang bongkarkan ini benar dan sahih ini bermakna maksud perkataan JEMUAN yang pernah diungkapkan oleh YAB PM kita telah dikenal pasti....

Semestinya kisah ini mengundang rasa yang sangat kurang enak dalam kepimpinan UMNO kerana sayap Pemuda UMNO seharusnya menjadi benteng teguh kepada parti UMNO. Jika orang nombor dua dalam sayap ini terlibat dengan kerja gila, apakah ini membawa maksud akan berlaku gunting didalam lipatan...?

Seandainya ini suatu kisah benar, maka semakin mudahlah kerja Rafizi Ramli, Chegu Bard, Mahfuz Omar, Tony Pua kerana ada juak juak dalam UMNO yang sanggup menjadi tukang basuh berak mereka mereka ini !

Pendedahan oleh portal mykmu anda boleh baca sepenuhnya di SINI.

Blog MIK cabar Azwan Bro untuk buat laporan polis sekiranya apa yang didedahkan oleh portal mykmu ini tidak benar.... Come on Bro ! Bersihkan nama lu Bro...!!

PRK Permatang Pauh - PKR Bimbang Trend Kipas Nyonya Ikan Sepat Kering TAK Mampu Tandingi Bahan Kempen UMNO Yang Kini TRENDY

Bahang kempen Pilihanraya Kecil semakin dirasai di bumi Permatang Pauh.....

Syabas dan tahniah buat Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Cikgu Zaidi yang kini mengepalai gerak kerja penuh komitmen bagi mendepani PRK Permatang Pauh bakal berlangsung tak lama lagi...

Menyedari hakikat bahawa kaedah berkempen memainkan peranan penting untuk mengundang minat serta sokongan pengundi, maka beberapa TAGLINE yang bukan jenis OLD SCHOOL akan diperkenalkan oleh UMNO Permatang Pauh.

Gen Y yang minat kepada sesuatu yang trendy sudah pasti membuatkan jentera UMNO Permatang Pauh bekerja kearah memastikan sokongan kumpulan sasar ini memilih calon UMNO pada PRK ini.

Demikianlah diantara beberapa contoh contoh play card, poster dan bunting yang bakal menghujani bumi Permatang Pauh.....

Iya, memang trendy !

Tagline yang mudah, dan catchy penuh maksud tersirat. Inilah yang dimaksudkan dengan TRANSFORMASI.

Sekali tahniah Cikgu Zaidi !!

Wednesday, April 22, 2015

PKR Terpaksa Adakan Mesyuarat Tergempar Khuatir Jentera PAS Permatang Pauh Akan Boikot PRK Permatang Pauh...?

Nampak gayanya pucuk pimpinan PKR dah mula merasakan bahang kepansannya.....

Persiapan juak juak Pakatan Pembangkang mendepani PRK Permatang Pauh kali ini dilihat seolah-olah kurang kemeriahan dan tidak terselah ukhwah dikalangan jentera PKR dan PAS. Sedang para pemerhati politik menklasifikasikan PRK Permatang Pauh sebagai 'an event to watch', namun 'kedinginan' sikap jentera PAS di Permatang Pauh boleh melahirkan kebimbangan dikalangan pimpinan tertinggi PKR.

Ini semua gara gara kenyataan yang agak pedas dikeluarkan oleh Ketua Urusan Ulama, PAS Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman secara terbuuka menyebut hukumnya adalah haram dan berdosa mengundi calon yang menolak Hudud !

Seantero Malaya sediak maklum penganut penganut fahaman PKR adalah spesis tegar menolak Hudud.

Menurutnya, ia bertepatan maksud Surah an-Nisa ayat 85 iaitu “Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

Beliau berkata, membantah dan mempertikaikan hudud akan merosakkan akidah umat Islam.

“Hudud perkara dharuri dalam Islam. Maksudnya secara asas, umat Islam yang mempelajari asas agama akan memahami bahawa ia syariat (perintah) ALLAH yang wajib hukumnya untuk dilaksanakan ke atas umat Islam.

“Islam yang mencakupi seluruh perkara dalam kehidupan, sudah tentu soal politik dan memilih pemimpin sudah digariskan oleh Islam,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Sehubungan itu, demi menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh terus kekal menjadi milik PKR dalam PRK 7 Mei ini, PAS Permatang Pauh mendesak PKR dan pemimpinnya yang menolak dan menghina hudud, menarik balik semua bantahan dan penghinaan itu.

Beliau berkata, kenyataan Yang Dipertua PAS Kawasan itu, Omar Hassan adalah mewakili suara akar umbi kawasan dan bukan pendirian peribadinya.

Menurutnya, ia adalah usul oleh Pemuda PAS kawasan yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Permatang Pauh Ahad lalu.

“Usul dan kenyataan media itu bermaksud ahli dan mesyuarat agung kawasan sayang Pakatan Rakyat dan mahu kerusi Parlimen Permatang Pauh kekal milik Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat berisiko kehilangan undi ahli PAS dan pengundi atas pagar kerana Permatang Pauh adalah bumi yang subur dengan kuliah pengajian maka penduduknya juga dari kalangan mereka yang kuat fahaman agama,” katanya.

Menurutnya, itu adalah hasil yang diperoleh berdasarkan luahan ahli dan pengundi atas pagar yang ditemui dalam beberapa siri turun padang oleh PAS kawasan dan cawangan.

“Malah ia juga disuarakan semasa perbahasan usul dalam mesyuarat agung itu,” katanya.

Ahad lalu, PAS Permatang Pauh meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Omar berkata, PKR diberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.

Menurutnya, jika PKR bersetuju dan meminta maaf secara terbuka pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan parti itu dalam PRK Permatang Pauh kelak.

Beliau berkata, pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi pada mesyuarat agung kerana ahli PAS di Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK nanti.

Dalam satu majlis lain pada hari sama, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilapor melahirkan rasa kehairanan dengan tuntutan Omar kerana sebelum ini pernah bertemunya ketika pelancaran jentera PKR Jumaat minggu lalu.

Beliau berkata, dalam pertemuan yang turut disertai beberapa pimpinan PAS Pusat, Omar menyatakan sokongan terhadap PKR bagi menghadapi PRK Permatang Pauh.

“Sebelum ini Omar sendiri menyatakan sokongan mahu membantu Pakatan Rakyat dalam PRK Permatang Pauh,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata, PKR akan berjumpa kepimpinan PAS Permatang Pauh bagi mendapat penjelasan mengenai tuntutan mereka supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Tuesday, April 21, 2015

PRK Permatang Pauh - Izzah Akui Cikgu Zaidi Buat Kenyataan Yang Sangat Bijak....

Tahniah buat Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Zaidi Mohd Said yang lebih mera dengan panggilan Cikgu Zaidi....

Inilah contoh terbaik bercakap bukan semborono dan hentam keromo! Cikgu bijak dalam mendepani soalan soalan yang diberikan kepadanya berkaitan hal PRK Permatang Pauh.



UTUSAN: Sejauh manakah perse­diaan jentera UMNO menjelang PRK Parlimen Permatang Pauh?

MOHD. ZAIDI: Jentera di semua peringkat sudah cukup bersedia. Jika melihat kepada maklum balas daripada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turun padang baru-baru ini pun, mereka menilai ini pertama kali UMNO Bahagian membuat persiapan pada tahap terbaik dalam berdepan PRK. Saya sendiri pun melihat tidak banyak lagi tugas yang perlu kita laksanakan sebaliknya hanya menunggu masa untuk turun berkempen mulai 25 April ini.

Adakah UMNO Bahagian berani menjanjikan kemenangan di kerusi itu nanti?

Parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR. Jadi saya perlu mengakui sangat sukar untuk kita menang di kerusi ini. Tetapi ada beberapa faktor yang menambah serta meningkatkan keyakinan ahli-ahli UMNO bahawa kita boleh melakukan kejutan.

Ia termasuklah dari segi ge­rak kerja membantu rakyat tanpa mengira latar belakang agama atau kaum. Bantuan sama ada dalam aspek pendidikan atau kebajikan itu kita usahakan secara berterusan.

Kejayaan paling besar kita setakat ini adalah mendapatkan peruntukan sebanyak RM2.2 juta untuk membina 11 buah dewan terbuka di sekolah-sekolah sekitar Parlimen ini seperti diumumkan Muhyiddin baru-baru ini. Selain itu kita juga memberi sumba­ngan kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Parlimen ini antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap tahun. Sebelum ini, PIBG tidak pernah menerima sumbangan secara tetap daripada UMNO Bahagian.

Kita juga berjaya mendapatkan peruntukan bagi meningkatkan infrastruktur dan membantu golo­ngan miskin.

Ada yang beranggapan UMNO tidak mempunyai peluang jika PKR mencalonkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi? Apa pandangan Datuk?

Saya yakin jika PKR mencalonkan Wan Azizah sekali lagi kali ini, ia akan memberi bonus kepada UMNO. Sebab penduduk di sini sudah mengetahui tentang rekod Wan Azizah mengosongkan kerusi yang ditandinginya untuk memberi laluan kepada orang lain. Apatah lagi sekarang Wan Azizah juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang. Jadi bagaimana beliau dapat memberi tumpuan kepada permasalahan penduduk di Parlimen ini?

Apa pula yang boleh diharapkan daripada calon UMNO nanti?

Saya boleh beri jaminan semua pihak akan terkejut sebaik sahaja kita mengumumkan calon UMNO bagi kerusi ini yang dijangka pada Khamis ini. Malah, pembangkang terutama PKR pun akan terkejut dengan calon kita.

Ini kerana calon kita jauh lebih muda selari dengan proses peremajaan parti yang sedang kita lakukan. Selain itu, calon itu juga merupakan anak tempatan selain mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.

Apa kebimbangan utama UMNO menjelang PRK berkenaan?

Kebimbangan kita adalah kemampuan parti-parti komponen BN membantu menarik pengundi. Dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh terdapat kira-kira 30 peratus pengundi Cina dan India. Dari segi pengundi India, kita mempunyai keyakinan mampu menarik kira-kira 50 peratus undi mereka. Tetapi situasi agak sukar bagi pengundi Cina kerana kita memahami sentimen politik mereka. 

Sebab itu meskipun kita menyasarkan menarik 30 peratus undi masyarakat Cina, namun bagi saya angka itu juga sebenarnya agak sukar. Sebab itu kita mengharapkan parti-parti komponen BN dapat menyusun strategi yang benar-benar berkesan dalam menarik sokongan masyarakat Cina.