Saturday, May 30, 2015

Malang Sungguh...! Ada Segelintir Pimpinan Dan Ahli UMNO Yang Sombong Bodoh Tapi Berlagak Pandai

Siapa berani sangkal dan menafikan hakikat...? Merujuk kepada hakikat yang nyata keadaan semasa dan suhu politik tanahair sekarang ini, terasa riuh rendah semua orang nak bercakap pasal GST dan 1MDB....

Pergilah ke surau, pergilah ke masjid, bertandanglah ke majlis kenduri kendara, majlis kahwin, ziarah famili hujung minggu berhimpun adik beradik dan ipar duai, semuanya akan bersembang kisah GST dan 1MDB. Masing masing tayang skrin handpohone terima pelbagai "maklumat", mereka berkongsi demi mempercayai tagline Sharing Is Caring !

Seronok juga jika anda memilih untuk hanya menjadi pemerhati dan pura pura tak tahu menahu mengenai GST dan 1MDB. Sudah pasti ada dikalangan yang menjadi wakil cakap itu tak ubah seperti Tok Dalang Wayang Kulit dan Tukang Karut, kununnnya tahu macam macaaaaammm....

Ada kalanya kita boleh ketawa sendirian menyaksi gelagat gelagat kumpulan yang bersembang ini kerana pada dasarnya, isu 1MDB ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk difahami, bukanlah semudah merebus telor kerja rewang majlis kahwin...

Apabila ditanya kepada kaki sembang kedai kopi nilai Bilion itu sebesar mana..? Menggelabah juga juak juak kaki sembang ini mahu membuktikan yang mereka faham...

Tapi yang penting mereka hanya tahu wang 1MDB dah hilang, kerajaan kenakan GST sebab nak bayar hutang 1MDB. Kalau hutang 1MDB tak dibayar negara Malaysia akan bankrap.... Itu saja !

Masuk topik 1MDB sebenarnya ramai pimpinan UMNO itu sendiri tak faham sepenuhnya. Bukan pimpinan di peringkat bawahan sahaja TETAPI mereka yang mentekedarah gaji lumayan Menteri pun buat buat tak faham, atau pun sengaja TAK mahu nak faham...?

Bayangkanlah apa nak jadi pada untung nasib YAB Datuk Sri Najib dan UMNO apabila ada juak juak bertaraf Menteri sengaja tak nak faham pasal 1MDB....

Kupasannya, baca di SINI

Friday, May 29, 2015

Benarkah ROMBAKAN KABINET Ada Kejutan...? Khalid Ibrahim Menteri Kewangan Ke 2 Ganti Husni Hanadzlah....? Hasan Malek Tukar Ke Kementerian Luar Bandar...??

Khabar angin ataupun information from a reliable sources...?

Rombakan Kabinet yang bakal berlaku sedikit masa lagi dijangka akan memperlihatkan kesungguhan YAB Datuk Sri Najib membariskan Winning Team PRU 14. Itulah kata kata yang dibualkan sewaktu sembang coffee house ketika ini...

Najib perlu berani membuat perubahan drastik untuk mengundang kepercayaan rakyat secara total terhadap barisan kabinetnya. Inilah golden opportunity bagi dirinya selaku Kapten untuk menyusun team players bagi mendepani tugas sebagai jemaah menteri sekaligus melahirkan keyakinan rakyat untuk terus mempercayai kerajaan BN.

Sejarah menyaksikan Najib ambil alih tugas sebagai Perdana Menteri dan 'terpaksa kayuh' sehingga PRU 13 bersama barisan kabinet Pak Lah... Namun setelah menerima mandat PRU 13, Najib dilihat masih 'simpan' beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri yang dilabelkan sebagai 'orang orang Pak Lah'.

Kini..., mengambil kira situasi semasa yang dimana rakyat mahukan satu perubahan drastik oleh tangan Najib sendiri sebelum memecut sehingga garisan penamat di hari penentuan PRU 14 termasuklah hingar bingar kekecohan semasa dengan isu isu GST, serangan peribadi Tun Dr M yang mahu Najib undur, kekalutan beberapa Menteri yang menjadi bahan lawak rakyat, maka Rombakan Kabinet boleh menjadi satu 'benchmark' untuk rakyat melihat kekuatan Najib....

Menteri yang selama ini yang tidak berfungsi hanya menjadi 'passenger' dan badut rakyat perlulah diketepikan, begitulah buat mana mana individu yang 'liat' untuk bekerjasama dan menyokong Najib!

Melihatkan aura Tan Sri Khalid mendapat sokongan pengundi bukan melayu sewaktu beliau mentadbir dengan baik kerajaan negeri Selangor, apakah benar mantan MB Selangor ini Najib akan diumumkan sebagai Menteri Kewangan II menggantikan tempat Datuk Seri Husni Hanadzlah...? Jika ianya benar, maka pertama kali dalam sejarah , jawatan penting ini diberikan kepada Ahli Parlimen Bebas...

Nantikan sambungannya !

Thursday, May 28, 2015

28 Mei 2012 Lebuhraya Rakyat Dilancarkan... Dah 3 Tahun, Mana Pergi Wang Pungutan Derma ? Highway Pun Tak Nampak...

Majlis Pecah Tanh dah selamat dijalankan 3 tahun yang dulu.....

Kalau budak baru lahir pada tarikh 28 Mei 2012, umur 3 tahun dah boleh kenal mak, ayah. Dah boleh mintak adik...! Begitulah gambaran usia dan tempoh lamanya sesuatu peristiwa.

Apa pula kesahnya janji janji manis juak juak janggut sejemput yang bertopeng pemimpin ISLAM..? Merujuk sepenuhnya kepada janji manis PAS yang mahu membina Lebuhraya Rakyat, dimana kesudahannya...?


Adalah Salah Bagi Tun M Bersama Ahli UMNO Yang Bertindak Melemahkan Kepimpinan Najib Semata-mata Kerana Kehendak Peribadi Mereka TAK Dipenuhi.

Benarkah perjuangan mereka yang mahu YAB Datuk Sri Najib undur kerana A Ba Ta ? Kumpulan yang menyertai team Tun Dr M begitu galak di laman sosial masing masing menegaskan mereka sayangkan parti UMNO dan mahu selamatkan parti, maka Najib perlu undur!

Setelah selesai pusingan pertama Najib menjawab DISINI, kini masuk pusingan kedua...  Namun begitu setelah membaca jawapan jawapan Najib kepada semua serangan Tun Dr M terselit ayat sebegini;
Adalah salah bagi Tun dan mana-mana anggota parti yang bertindak melemahkan kepimpinan parti hari ini semata-mata kerana kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi.

Apakah maksudnya ayat "kehendak peribadi mereka tak dipenuhi" ?. Adakah ianya membawa maksud memang ada "permintaan dan kehendak" yang tidak mendapat kelulusan Najib...?


Ini merupakan sambungan kepada 13 Jawapan Najib yang telah diberikan sebelum ini:-

14. Kritikan Terhadap GST

a) Saya faham bahawa terdapat beberapa kebimbangan dinyatakan berkenaan pelaksanaan GST. Walau bagaimanapun, sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membuat keputusan yang tepat untuk semua rakyat Malaysia, walaupun ia kelihatan sukar.

b) Pada masa ini, hanya 1 dalam 10 rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan peribadi, dan ia adalah penting untuk memperluaskan asas cukai kita demi kebaikan jangka panjang ekonomi

c) Selain itu, ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa 23% daripada hasil kerajaan pada masa ini berasal dari minyak dan gas. Seperti yang kita lihat daripada kejatuhan mendadak harga minyak global baru-baru ini, Malaysia tidak boleh mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan dengan pendapatan ini sahaja. Inilah sebabnya mengapa kita mengumumkan pembaharuan sistem cukai, dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

d) Pengenalan GST dapat membantu kita membina ekonomi yang lebih kukuh, lebih mampan dan telus: ia akan membantu mengurangkan defisit kita, membantu kita melabur untuk masa depan kita dan membantu memacu pembangunan negara kita.

e) Malangnya, daripada mencari untuk memahami rasional ekonomi dan faedah jangka panjang kepada rakyat, beberapa ahli politik telah menyerang pelaksanaan GST, menggambarkan ia sebagai langkah luar biasa dan tidak perlu bagi sebuah negara sebesar Malaysia.

f) Walau bagaimanapun, GST bukan satu fenomena baru. Lebih daripada 160 negara telah pun melaksanakan ini dan di ASEAN, kejiranan kita, kita adalah negara ke-8 untuk memperkenalkannya. Kadar 6% Malaysia sebenarnya adalah salah satu yang paling rendah di dunia. Sebaliknya; Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos dan Indonesia semua mempunyai kadar GST sebanyak 10%.

g) Walaupun begitu, saya telah dimaklumkan bahawa terdapat sejumlah peniaga, besar dan kecil, yang tidak bertanggungjawab, cuba untuk mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST bagi menaikkan harga melebihi kadar 6%. Ini sangat tidak boleh diterima.

h) Saya telah mengarahkan jabatan-jabatan berkaitan untuk meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan bahawa sebarang kenaikan yang diperkenalkan oleh pekedai dan pemilik perniagaan adalah selaras dengan kadar GST 6%, dan penyalah gunaan sistem serta tindakan yang membebankan pengguna dihentikan segera.


15. Dakwaan Tun Mahathir

a) Saya sedia menerima sebarang kritikan dengan hati yang terbuka dan akan meneliti segala kebimbangan dan maklum balas secara berterusan.

b) Kita mesti juga sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita dan telah banyak berjasa kepada Malaysia. Walau bagaimanapun, saya yakin ramai yang percaya bahawa sudah tiba masanya mereka membenarkan generasi yang selepas mereka mentadbir negara, termasuk berusaha sendiri mengatasi masalah dan cabaran yag dihadapi.

c) Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Saya telah dipilih oleh UMNO, dan oleh rakyat negara ini untuk memimpin mereka. Dengan itu, saya mempunyai mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu. Pada pilihan raya dan pemilihan parti yang akan datang, tentu saja parti dan rakyat boleh sekali lagi menggunakan hak demokratik mereka melalui peti undi.

d) Apa lagi jika banyak di antara kritikan Tun adalah tidak adil dan memesongkan:

i. Beliau menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi yang berwibawa percaya tindakan meluaskan asas cukai kita adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Pendapatan yang diperolehi akan digunakan untuk kebajikan rakyat. Malah, idea ini diilhamkan semasa pentadbiran beliau.

ii. Tun mengulangi perkataan pembangkang yang berniat jahat mengenai isteri dan keluarga saya. Sebagai contoh, dalam satu ucapan baru-baru ini di Ipoh, beliau memetik satu kenyataan palsu yang dijaja oleh pembangkang melalui artikel Utusan yang telah direka. Beliau juga mengulangi fitnah yang dimulakan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lepas kononnya isteri saya memiliki cincin berharga RM24 juta. Ini adalah satu pembohongan dan syarikat yang memiliki cincin ini telah menjelaskan secara terperinci bahawa cincin seperti itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah. Amat dikesali apabila seseorang dengan kedudukan yang tinggi seperti Tun telah memanjangkan fitnah kepada rakyat.

iii. Beliau juga mengulangi kata-kata pembangkang apabila membangkitkan mengenai penggantian jet kerajaan, dengan mendakwa bahawa Yang Di-Pertuan Agong tidak menggunakan jet tersebut dan menggelar saya pembohong. Sekali lagi dakwaan ini adalah palsu - Seri Paduka Baginda sebenarnya penumpang VIP pertama yang menggunakan pesawat yang baru diterima ini untuk lawatan ke Langkawi, dan baginda akan terus berbuat demikian.

iv. Tun juga telah memperalatkan cabaran kewangan yang dihadapi oleh 1MDB sebagai sebab untuk menyerang saya. Memang benar bahawa 1MDB menghadapi cabaran, tetapi tidaklah sehingga ke peringkat yang didakwa. Malah, beberapa tuduhan yang telah dibuat ini tidak berasas, misalnya dakwaan Tun bahawa saya bertanggungjawab ke atas kerugian sebanyak RM42 bilion dalam imbangan kira-kira 1MDB. Jelas, ini adalah perbuatan sengaja memutar belitkan fakta kerana 1MDB tidak kerugian sebanyak itu. Itu adalah nilai hutangnya; hutang yang jauh lebih rendah berbanding nilai aset syarikat sebanyak RM51 bilion, yang telah diaudit dan disahkan oleh Deloitte. Kebanyakan syarikat-syarikat besar di seluruh dunia mempunyai nilai hutang yang tinggi, dan tidak ada apa-apa yang luar biasa mengenainya. Beliau juga mendakwa bahawa saya tidak menjawab isu-isu 1MDB, sedangkan saya telah melakukan lebih daripada itu dan telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit 1MDB. Keputusannya nanti akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira yang tidak berpihak. Ini bagi memastikan prosesnya telus, dan semua soalan mengenai syarikat dapat dijawab secara bebas oleh badan-badan yang sah dari segi undang-undang dan bukannya daripada sumber yang bermotifkan politik.

v. Tun sering mendakwa bahawa dia melakukan sesuatu berdasarkan apa yang diberitahu orang kepada beliau apabila mereka berjumpa dengan beliau. Bagaimanapun, beliau perlu menyiasat sama ada khabar angin dan dakwaan tersebut mempunyai bukti dan kebenaran sebelum bercakap mengenainya. Beliau juga tahu bahawa banyak dakwaan yang dibuat mengenai perkara yang berlaku di bawah pentadbiran beliau. Dan selalunya Tun bertanya: "Di manakah buktinya?" Beliau sepatutnya menggunakan cara yang sama terhadap perkara yang beliau dengar.

vi. Walaupun banyak yang telah dicapai dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran saya, semua kemajuan yang dicapai oleh negara dan BN tidak diambil peduli kerana lebih memihak kepada dakwaan yang tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan oleh pembangkang. Banyak yang Tun katakan tidak objektif dan salah. Soalan yang wajar ditanya - apakah motivasi Tun memilih masa ini untuk meluahkan fitnah yang dihasilkan oleh pembangkang beliau gelar sebagai pembohong dahulu?

vii. Sepanjang 22 tahun berkuasa, Tun sentiasa berkeras agar anggota parti menyokong kepimpinan, terutama pada masa yang mencabar. Kami telah melakukan peranan tersebut, dan saya menyokongnya ketika senang dan ketika susah. Saya berbuat demikian kerana saya percaya, pada ketika itu, sama seperti yang saya percaya pada hari ini, bahawa perpaduan parti adalah pra-syarat kepada apa sahaja yang ingin kita lakukan untuk negara ini. Sebahagian besar daripada ahli-ahli UMNO masih berpegang kepada hakikat bahawa kesetiaan sebenar bermakna bekerja bersama-sama bagi membina parti demi kebaikan rakyat. Adalah salah bagi Tun dan mana-mana anggota parti yang bertindak melemahkan kepimpinan parti hari ini semata-mata kerana kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi. Kepentingan rakyat dan parti jauh lebih penting daripada mana-mana individu.

viii. Saya telah dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan, memandangkan saya mempunyai mandat itu, saya akan menyempurnakan penggal saya sebagai Presiden dan Perdana Menteri. Keutamaan saya adalah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020 dan transformasi ekonomi, kerajaan dan politik yang pastinya akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.


Tuesday, May 26, 2015

Azmin MB Selangor Juga Sedang Berada Di Jepun Untuk Bawa Pelaburan Masuk...?

Nampak gayanya bukan YAB Datuk Sri Najib bersama delegasi kerajaan BN sahaja sedang berada di negara matahari terbit ketika ini.... ada delegasi dari kerajaan negeri Pakatan pun sedang berbincang disana.

Iya! Kita semua sedia maklum sejak kelmarin Najib sudah menjejakkan kakinya dinegara Jepun atas urusan rasmi kerajaan bertujuan menambahkan nilai pelaburan asing khususnya dari Jepun untuk menyertai sistem kewangan Islam dan industri halal.
Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke negara ini bermula semalam berkata, kini adalah masa yang sesuai untuk pelabur Jepun meningkatkan pelaburan mereka ke Malaysia ekoran dasar Malaysia yang mesra terhadap perdagangan dan pelabur luar.

Menurutnya, jumlah dagangan Malaysia berkembang dua peratus kepada RM1.6 trilion pada 2014 dan jumlah eksport pula meningkat kepada RM846 bilion, manakala import meningkat kepada RM756 bilion.

Khabarnya Menteri Besar Selangor juga turut sama berada di Jepun atas urusan rasmi juga... Sama sama mencari pelaburan bernilai bilion bilion untuk dibawa masuk....

Monday, May 25, 2015

Muktamar Dan Pemilihan PAS Dah Semakin Dekat...! Juak Juak DAP Mahu Team Hadi Awang Tewas...?

Nampak gayanya bahang pemilihan pimpinan PAS bagi Muktamar tahun 2015 semakin panas...!

Pertandingan kali ini sudah pasti mahu menyaksikan apakah team Anwarisma berjaya menguasai pengaruh mereka dalam saf kepimpinan parti PAS..? Atau sebaliknya, inilah masanya untuk team Hadi Awang memperkuatkan kedudukan pro Ulama dan menyingkirkan juak juak penjilat tegar Anwar yang akan menjulang DAP....

Mutakhir ini team pro Hadi Awang dilihat lebih mesra kepada memperbaiki hubungan dengan kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Datu Sri Najib. Malah keadaan sedemikian mengundang rasa gundah gelana dan risau resah juak juak chauvanist DAP!

Kedudukan terkini melihatkan Hadi Awang menerima pencalonan yang agak kuat bagi mempertahankan jawatan Presiden walaupun terdapat dua lagi calon yang bertanding jawatan nombor satu ini iaitu Ustaz Ahmad Awang dan Datuk Husam Musa.

Mampukah tangan tangan ghaib melakukan kerja untuk tumpaskan team Hadi pro Ulama..? Baca ulasannya di SINI

Friday, May 22, 2015

JEMUAN Nak Lagakan Najib Muhyiddin Gagal... Sebaran Video Klip Muhyiddin Desak Pecat Lembaga Pengarah Tak Jejas Hubungan PM Dan TPM

Ketika sedang berlangsungnya semalam pembentangan RMK 11yang menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak di Parlimen, diwaktu yang sama ada se ekor spesis JEMUAN tleah menyebar video klip berdurasi 7 minit di laman sosial.

Video klip rakaman secara sulit, petikan ucapan Tan Sri Muhyiddin dalam satu majlis tertutup UMNO di ILMU Janda Baik....

Muhyidin dengan tegas mahukan tindakan memecat Lembaga Pengarah 1MDB yang menjadi isu paling panas sehingga memaksa Najib memikul beban yang sangat besar!

Besar sungguh harapan JEMUAN itu agar akan tercetuslah perang diantara Najib - Muhyiddin setelah tersebar video klip ini, sekaligus JEMUAN itu mahu jahanamkan segala apa yang yang baik hendak disampaikan oleh Najib menerusi RMK 11 bernilai 260 Billion untuk rakyat mencapai matlamat tahun 2020.

Iya! Harapan setinggi gunung nampaknya si JEMUAN itu agar keadaan akan jadi kucar kacir... Namun begitu, kesemua yang dirancangkan oleh si JEMUAN itu tak kesampaian! Muhyidin tetap cool dan menyatakan bahawa apa yang disebutkannya seperti dalam rakaman tersebut adalah pandangan peribadinya.

Secara logik akal sudah pasti setiap apa sahaja program yang berlangsung atas nama parti UMNO seperti yang telah dirakam itu semestinya sebagai Presiden Najib akan tahu apa yang berlaku. Sangat mustahil dan tidak boleh diterima akal jika tujuan sebaran video klip itu mahu dijadikan bahan bukti ada komplot Muhyiddin mahu jatuhkan Najib...

Soalan yang cukup mudah..., apakah kesemua audience didepan Muhyiddin itu bukan 'orang Najib' ? Maka tak timbul isu ada cubaan sabotaj dan menjatuhkan Presiden parti. Malah apa yang disarankan oleh TPM pada rakaman video klip itu adalah satu desakan yang baik demi meringankan beban yang kini ditanggung oleh Najib... Begitulah indahnya sikap ambil berat oleh seorang TPM terhadap PM dan Bossnya!

Janganlah kita pula mahu menjadi batu api! Sudah sudahlah...., pergilah buat kerja lebih berfaedah lagi bagus daripada menambah dosa.

Thursday, May 21, 2015

Siap Sudah Senarai Kabinet Bayangan Kak Wan... Azmin Tak Dilantik TPM, Hanya Diberikan Menteri Kewangan

Perdana Menteri:
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL [PKR]

Timbalan Perdana Menteri:
TPM 1 :  LIM KIT SIANG [DAP]
TPM2 :   DATUK SERI HAJI HADI AWANG [PAS]

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
(1) R SIVARASA RASIAH  [PKR]
(2) N SURENDRAN  [PKR]
(3) LAKSAMANA [B] MOHAMAD IMRAN ABDUL HAMID [PKR]
(4) RAM KARPAL SINGH [DAP]
(5) ONG KIAN MING [DAP]
(6) CHONG CHIENG JEN [DAP]

Timbalan Menteri:
(1) DR MANSOR OTHMAN  [PKR]
(2) USTAZ HAJI NASRUDIN HASSAN @ TANTAWI  [PAS]

Kewangan
(1) MENTERI KEWANGAN I: MOHAMED AZMIN BIN ALI  [PKR ]
(2) MENTERI KEWANGAN II:   TONY PUA   [DAP]

TIMBALAN MENTERI:
(3) DATUK KAMARUDDIN JAAFAR [PAS]

Pelajaran & Pengajian Tinggi
(1) MENTERI I: ZAIRIL KHIR JOHARI  [DAP]
(2) MENTERI II: NGA KOR MING [DAP]

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MAHFUZ OMAR  [PAS]
(4) TIMBALAN MENTERI II:  DATO KAMARUL BAHARIN ABBAS [PKR]

Dalam Negeri
(1) MENTERI : GOBIND SINGH DEO [DAP]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :  MOHAMED HANIPA MAIDIN  [PAS]

Pertahanan:
(1) MENTERI : LIM KIT SIANG  [DAP]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATO’ RAJA KAMARUL BAHRAIN SHAH [PAS]

Pengangkutan
(1) MENTERI : TERESA KOK  [DAP]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HEE LOY SIAN [PKR]

Pelancongan & Kebudayaan
(1) MENTERI : NURUL IZZAH ANWAR [PKR]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : CHARLES ANTHONY SANTIAGO  [DAP]

Luar Negara
(1) MENTERI : RAFIZI RAMLI  [PKR]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : TEO NIE CHING [DAP]

Kerja Raya
1) MENTERI : : IR HJ KHALID SAMAD  [PAS]  

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : WILLIAM LEONG JEE KEEN [PKR]

Kesihatan
(1) MENTERI : DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL  [PKR]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DR SITI MARIAH MAHMUD [PAS]

Belia Dan Sukan
(1) MENTERI : SHAMSUL  ISKANDAR MAT AKIN  [PKR]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ  [PAS]

Sumber Manusia
(1) MENTERI : DATUK SERI HAJI HADI AWANG [PAS]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : ABDULLAH SANI ABDUL HAMID [PKR]

Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
(1) MENTERI : M KULASEGARAN [DAP]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DR HAJI MOHD HATTA MD RAMLI  [PAS]

Perdagangan Dan Industri
(1) MENTERI : WONG CHEN  [PKR]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : MOHD ARIFF SABRI ABD AZIZ  [DAP]

Pertanian Dan Industri Asas Tani
(1) MENTERI : DATO’ HAJI TAKIYUDDIN HASSAN  [PAS]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HAJJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF  [PAS]

Sains Teknologi Dan Innovasi
(1) MENTERI : CHE ROSLI CHE MAT [PAS]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK MOHD IDRIS BIN JUSI  [PKR]

Sumber Asli Dan Alam Sekitar
(1) MENTERI : LIM GUAN ENG  [DAP]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR MUJAHID HAJI YUSOF RAWA  [PAS]

Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
(1) MENTERI : DATO FAUZI ABDUL RAHMAN [PKR]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : SIM TONG HIN [DAP]

Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
(1) MENTERI : DATO JOHARI BIN ABDUL  [PKR]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD  [PAS]

Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
(1) MENTERI : NGEH HOO KAM  [DAP]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : SIM  TZE TZIN  [PKR]

Pembangunan Wanita, Keluarga
(1) MENTERI : ZURAIDAH KAMARUDDIN [PKR]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : FUZIAH BINTI SALLEH [PKR]

Komunikasi Multimedia
(1) MENTERI : CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA  [PKR]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI :   V SIVAKUMAR  [DAP]

Wilayah Persekutuan
(1) MENTERI : DATO DR TAN KEE KWONG [PKR]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : TAN KOK WAI [DAP]

Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
(1) MENTERI : DR LEE BOON CHYE  [PKR]

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DR NIK MAZIAN NIK MOHAMAD  [PAS]

Tuesday, May 19, 2015

Selepas Angkat Sumpah Sebagai Ketua Pembangkang Kak Wan Lantik Orang Khalid Ibrahim Sebagai Researcher. Azmin Setuju Tak..?

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru angkat sumpah di Dewan Rakyat Parlimen semalam tak tunggu lama.... Tindakan sulungnya seolah olah mengingatkan kita dengan lagu Tamparan Wanita yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Elite sekitar tahun 90an.
Akulah wanita
Di sini nokhtahnya, jangan kau cabarAku bukannya selemah yang kau sangkaAku tak rela diseksa, haa.. aaa!Beranikah lagi bersemukaRasakan kuasa, tamparan wanita
Begitulah bait bait senikata dan lirik lagu Tamparan Wanita..... Apakah tindakan yang dibuat oleh Dr Wan Azizah ini menggambarkan Azmin terkena Tamparan Wanita...?

Masih belum selesaikah dendam yang tercipta dari kemelut berebut jawatan Menteri Besar Selangor..? Tindakan Wan Azizah memilih seorang individu yang melekat stigma sebagai "orang Khalid Ibrahim" memegang jawatan penting dalam ofis Ketua Pembangkang adakah bertujuan untuk membuatkan Azmin beresa tidak selesa...?

Berkongsi sebuah penulisan yang ditulis oleh sahabat Blogger;


Zaman Gelap Pakatan Rakyat – Pegawai Penyelidik Khalid Ibrahim Diambil Semula Menjadi Researcher Ketua Pembangkang?

Ketika Kak Wan hadir di Parlimen pagi tadi, ada beberapa wakil rakyat PKR dan DAP mengadakan pertemuan singkat di tepi bangunan Parlimen. Mereka melahirkan rasa kecewa kerana PR akan kembali ke zaman gelap dan layu. Tak ada kemampuan untuk bersaing dengan BN.

Kebetulan, soalan YAB Azmin Ali keluar awal pagi tadi. Berbunyi ramai kalangan wakil rakyat, inilah contoh Ketua Pembangkang yang ada power dan berani. Bukan macam Kak Wan.

Apa nak jadi dengan PR selepas ini?

Balik ke zaman gelap dan tidak ada masa depan?

Semua keputusan parti akan dibuat di Segambut tanpa ada buah fikiran orang lain?

Siapa yang akan berada di belakang Kak Wan sepanjang masa, bagi memberi nasihat dan pandangan?
Apakah benar Rafizi akan mengambil peranan sebagai Chief Researcher Kak Wan, sedangkan dia sendiri tak mahu dan hendak tumpukan kepada kawasan sendiri?

Katanya, Kak Wan juga ada niat untuk menggunakan khidmat pihak luar. Tak mahu terlalu bergantung kepada Rafizi.

Soalnya siapa?

Tricia? Pakai balik Pegawai Khalid Ibrahim??? Dulu nak tikam.

Tricia Yeoh – Chief Operating Officer, Email: tricia@ideas.org.my
Tricia Yeoh is Chief Operating Officer of IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs).

She was formerly Research Officer to the Selangor Menteri Besar at the Selangor State Government and Director of the Centre for Public Policy StudiesASLI. She is a regular columnist at theSun.

She is qualified in Econometrics and Marketing from Monash University, and holds a MSc. in Research Methods in Psychology from the University of Warwick. She sits on the Monash University Business School Advisory Board. She is co-editor of the “The Spirit of Merdeka”, editor of “The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor” and author of “States of Reform: Governing Selangor and Penang”. Her documentary, “The Rights of the Dead”, about political aide Teoh Beng Hock who died in 2009 under the MACC’s watch, won the Justin Louis Award at the FreedomFilmFest 2012 and was selected for screening at the 2013 Aljazeera International Documentary Film Festival. She is recipient of the Meritorious Service Medal, conferred by the Selangor Sultan in 2011 (Pingat Jasa Kebaktian, PJK).

Semoga Yang Sokong Najib Betul Betul Faham Dan Bantu Berikan Penerangan.... Jangan Tikam Belakang !

Petang semalam YAB Datuk Sri Najib Tun Razak meneruskan sesi pertemuan dengan kumpulan yang menjanjikan sokongan mereka terhadap Presiden UMNO... Giliran Veteran UMNO.

Adalah amat pelik seandainya kita menerima berita program sebegini berakhir dengan tragedi hitam, kecoh dengan insiden yang tidak diingini. Semestinya tak akan berlaku secara zahir atau terang-terangan!

Apa yang pasti segala berita yang baik baik belaka.... Diantara bait bait petikan laporan menyatakan mendapat sokongan penuh untuk menyokong Najib;
Veteran UMNO melaungkan kata semangat menyokong Najib Tun Razak !

Oleh yang demikian, secara logik akal kita mengharapkan buat semua Veteran yang berada di majlis ini semalam ikhlas hendaknya dan jalankanlah tugas untuk menggalas tanggungjawab beri penerangan kepada akar umbi dan rakyat. Sifirnya mudah ! Kalau sokong maknanya dah faham.....

Janganlah jadi gunting dalam lipatan yang hanya tahu baling batu sembunyi tangan. Mohon penggendali laman sosial bagi pihak pejabat PM rajin-rajinlah membuat tinjauan dan semakan di laman sosial.

Cuba gali,korek dan periksa jika ada mana mana laman sosial milik Veteran UMNO yang hadir semalam telah memberikan gambaran negatif terhadap program semalam...

Iya ! Memang ada.... kununnya Najib dok ulang skrip sama, majlis satu satu hala sahaja no two way communications, tak terangkan isu 1MDB dan GST, asyik cerita pasal BR1M yang mana pendapatan negara dikongsikan dengan rakyat....

Kalau nak sokong sokonglah betul betul. Janganlah sokong membawa rebah !

Monday, May 18, 2015

Cantik Cara Najib Uruskan Soalan Soalan Tun Dr Mahathir.....

YAB Datuk Sri Najib tidak mendiamkan diri.....

Menerusi laman sosial miliknya sendiri beliau telah mengulas sekaligus menjawab 13 isu isu yang selama ini dimainkan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamed. [http://www.najibrazak.com/bm/faq-2/]

Semoga segala penjelasan yang telah dibuat akan membuat rakyat faham keadaan sebenar. Kini ayuhlah kita semua fokus pada tugas dan kerja masing masing. Tak perlulah ditambah rencah kepada sebarang kemelut dan persengkataan anak beranak diantara Najib dan Tun M.

Kupasan kepada semua penjelasan Datuk Sri Najib anda boleh baca di SINI dan di SINI.

Sunday, May 17, 2015

Tun Dr Siti Hasmah Doakan Najib Jangan Buat Sesuatu Yang Tak Baik Bagi Agama Islam... Marina Mahathir Dah Kembali Ke Pangkal Jalan..?

Dengan nada sebak, Dr Siti Hasmah berkata, selain berdoa untuk rakyat, beliau turut berdoa supaya Najib "tidak buat sesuatu yang tidak baik terhadap Islam".

Bagaimanapun, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak mengulas lanjut mengenai doanya itu.

"Saya fikir suami saya dan saya tak sampai (Mekah) tapi Alhamdulillah, Tuhan bagi masa, usia, kesihatan, dapat juga sampai.

"Saya berdoa depan Kaabah untuk keselamatan bagi semua. Saya sebagai ibu, saya juga doakan untuk Najib supaya dia jangan buat sesuatu yang tak baik bagi agama Islam," katanya sebak.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Siti Hasmah sempena Hari Ibu anjuran Yayasan Generasi Muda di Kuala Lumpur petang ini.


INI ANAK SIAPA...? ANAK SIAPA PULAK INI YANG KONFIUS MENGENAI ISU KALIMAH ALLAH ?

Alhamdulillah....!  Baguslah jika Tun Dr Siiti Hasmah doakan untuk YAB Datuk Sri Najib didepan Ka'bah... Tetapi diwaktu yang sama kita berharap Tun Dr Siti Hasmah janganlah terlepas pandang kelakuan anaknya sendiri...

Sudahkah Siti Hasmah dooakan agar anaknya juga kembali ke pangkal jalan..?





Thursday, May 14, 2015

Semoga Didepan Ka'bah Baitullah Tun Dr Mahathir Mendoakan Yang Baik Baik Untuk Najib... Doakan Najib Terus Kekal Sebagai PM

Berada didepan Baitullah rumah Allah swt Ka'bah yang maha suci, sebagai ummah dan hamba Allah kita mestilah mempunyai hati yang bersih...!

Sebagai mantan pemimpin negara sudah pasti Tun Dr Mahathir mahu negara kita terus aman, harmoni dan tidak kucar kacir dan huru hara. Keharmonian dikalangan ummah moga dipelihara dibawah kepimpinan pimpinan yang sedia ada sekarang ini, dibawah kerajaan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.

Sudah pasti Tun M sayangkan negara ini..., kita semua juga mahukan negara kita aman. Jauhkanlah daripada sebarang sengketa dan perbalahan !

Tujuan pergi mengadap Allah swt yang maha esa semestinya hati kita akan mendoakan perkara yang baik baik sahaja. Tidak ada walau sekelumit di sudut hati rasa benci, rasa iri, rasa dendam.....

Semoga Tun Dr M mendoakan yang baik baik untuk negara ini sekaligus doakan agar negara kita terus aman dibawah pimpinan Najib. Doakanlah Najib diberikan kekuatan untuk terus memimpin negara kita. AMIN...!

Tersebar dilaman sosial foto Tun Dr M kini sedang menjalankan ibadah umrah di tanah suci Mekah setelah selesai menghadiri forum di negara Kuwait. Syukurlah.... semoga Tun Dr M sekeluarga dapat menjalan ibadah ini dengan sempurna.

Kita mendokan agar Tun Dr M mendapat hidayah untuk tidak bersengketa dengan Najib, damailah segera demi kebaikan semua pihak. Insya allah....

Wednesday, May 13, 2015

Ketika Ada Beberapa Pimpinan Dan Ahli UMNO Beri Tekanan Mahu Najib Undur, Haji Hadi Sokong Najib Dikekalkan.

Sukar untuk kita membuat tafsiran dengan jelas mengenai POLITIK !

Tidak dinafikan mutakhir ini memang ada segelintir pimpinan dan ahli ahli yang 'menggatal' mahu menyahut seruan dari luar UMNO untuk YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib undur diri dan menyerahkan tampuk kuasa sebagai Orang Nombor Satu Negara.

Agak memeranjatkan pula apabila Presiden PAS Haji Hadi Awang berpendapat semua pihak termasuk rakyat perlu memberi Najib peluang untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara dan pertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Dengan menunggang beberapa isu isu panas seperti GST, 1MDB, penurunan angka undi majoriti di Parlimen Rompin, kegagalan memenangi PRK Permatang Pauh, pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji maka sorakan juak juak dalam UMNO yang menjadi gunting dalam lipatan agak kuat bergema...

Namun begitu sorakan itu sedikit menurun apabila Najib dengan tegas menyatakan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan. Selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri dan selagi rakyat memberi kepercayaan, beliau akan tetap meneruskan perjuangan katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau minggu lepas.

Menurut Hadi, YAB Perdana Menteri tak perlu tunduk dengan tekanan dan kita mesti biarkan Najib selesaikan masalah.

"Kita tengok macam mana dia selesaikan masalah itu dan kalau silap, betulkan kesilapan itu. Jangan kita gali lubang antara satu sama lain." kata Hadi,

Nampak..? Haji Hadi sebagai seorang yang bukan ahli UMNO pun tidak mahu melihat ada lubang yang digali untuk Najib, kenapa ada dikalangan pimpinan dan ahli UMNO tergamak untuk melakukan kerja kerja terkutuk dan kerja jahat ini...?

Baca sepenuhnya kenyataan Haji Hadi di SINI

30,316 Pengundi Permatang Pauh Terima HADIAH Bala Dari Allah Kerana Pilih Isteri Peliwat.....?

Mengikut keputusan rasmi yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya [SPR] sewaktu berlangsungnya PRK Permatang Pauh calon PKR Wan Azizah menang setelah berjaya memungut undi sebanyak 30,316 dari pengundi tegar Anwar !

30,316 pengundi yang telah hitam hati mereka..., buta hati !

Semalam dilaporkan banjir kilat berlaku di bumi bertuah Permatan Pauh sebagai hadiah menerima bala kerana menjulang isteri PELIWAT sebagai wakil rakyat mereka.

Dimanakah kelibat Wan Azizah semalam...? Hilang entah kemana, sudah pasti sedang berseronok di banglo mewah Bukit Segambut Kuala Lumpur...


Tuesday, May 12, 2015

Najib Dan Muhyidin Tak Bergaduh Pun.... Tukang Bakar Yang Sibuk Sakan !

Bukan main kuat lagi tukang bakar buat kerja...!

Kononnya TPM Tan Sri Muhyidin akan langgar YAB PM Najib Razak. Kononnya juga Datuk Sri Najib sudah tidak ada sokongan dikalangan pimpinan atasan UMNO....  macam macam punya konon !

Inilah sebenar-benarnya laksud JEMUAN yang pernah disebutkan oleh Najib... Spesis yang mahu menjahanamkan dari dalam rumah UMNO itu sendiri. Bebeapa bidalan lama melayu amat sesuai sengan juak juak jahat ini seperti musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan.

Ini semua spesis juak juak murahan yang mahu menangguk di air yang keruh.

Petang semalam berlangsungnya Majlis Mesyuarat Tertinggi UMNO. Selesai mesyuarat diadakan pula majlis olat maghrib berjemaah, bacaan yasin, tahlil, solat isya dan solat hajat sempena sambutan ulangtahun UMNO yang menjangkau usia 69 tahun. Tahniah diucapkan kepada YAB Presiden UMNO Datuk Sri Najib bersama keseluruhan saf kepimpinan parti melayu keramat ini di kesemua peringkat.

Petang semalam segerombolan wartawan menantikan apa kesudahan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Pelbagai spekulasi dan khabar angin mula disebarkan kununnya akan ada tekanan kepada Najib untuk berundur.....

Sebaliknya Najib terima sokongan padu dari keseluruhan MT UMNO !

Malah sewaktu sidang media, Najib memaklumkan bahawa pagi semalam beliau bertemu secara empat mata dan berlangsungnya 'heart to heart talk' diantara beliau dengan Muhyidin.

Mereka berdua bersetuju akan selalu bincang hati ke hati untuk pastikan bahawa kepemimpinan UMNO di peringkat pucuk pimpinan dalam keadaan selesa dan kukuh supaya tiada pihak akan pecah-belahkan kita terutama sekali saya dengan Timbalan Presiden.