Monday, June 29, 2015

Kisah Najib Dengan Putu Bambu Dan Penyokong Tun Dr M

Putu Bambu adalah sejenis kueh yang enak untuk dimakan.... Makanan yang tidak berminyak kerana disiapkan cara berkukus, baik untuk kesihatan.

Untuk mendapatkannya, kita perlulah ke pasar pasar malam dan diwaktu bulan Ramadhan ini, kueh jenis ini boleh kita dapati di Bazar Ramadhan.

Semalam sewaktu YAB Datuk Sri Najib berkunjung ke Bazar Ramadhan di Sitiawan Perak beliau turut sama membeli kueh Putu Bambu disamping beberapa jenis juadah yang lain seperti Roti John, Lempeng Pisang dan lain lain.

Sungguhpun sibuk dengan tugasan sebagai pemimpin nombor satu negara, sekiranya ada sedikit ruang waktu maka YAD Perdana Menteri tidak akan melepaskan peluang mendekati rakyat dan sepanjang bulan Ramadhan ini, sudah pastilah Bazar Ramadhan tempat yang sesuai untuk seorang pemimpin bertemu dengan rakyat.

Walau apa pun kata nista, caci hina sesetengah spesis manusia terhadap Najib, namun ianya tidak sekelumit pun membuatkan anak kelahiran Pekan Pahang ini mengalah....

Beliau tetap gagah mendepani oarang ramai biarpun ada juak juak JEMUAN dalam UMNO sudah mula melalak menyatakan Najib patut berundur kerana rakyat dah bencikan PM kita ini....

Setelah anda melihat imej diatas ini sekaligus membaca apa yang tertulis dalam kandungannya, sudah pasti kesimpulan yang boleh kita buat adalah mengenai sikap sebenar dan hati budi insan yang bernama Muhammad Najib Bin Tun Abdul Razak.....

Iya ! Itulah sebenarnya sikap dan baik hatinya beliau.... Najib yang tak pernah kenal maksud bermusuh-musuhan dan tidak pernah sesekali mempamerkan sikap pendendam beliau terhadap mana mana individu termasuklah mereka yang menyerang sebagai musuh!

Bacalah sendiri apa yang ditulis oleh Dr Asyraf Wajdi setelah beliau bertemu secara empat mata dengan Najib;
"Apabila saya bangkitkan isu dengan Tun Dr Mahathir bin Mohamad, ternyata beliau amat menghormati negarawan negara itu. Bahkan beliau beberapa kali menyebut bahawa dalam usaha menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Tun, jangan sesekali menyerang peribadi mahupun mengungkit kisah lama Tun, hanya fokus kepada fakta..."
Berbeza sungguh dengan kaedah dan modus operandi juak juak JEMUAN yang menyerang Najib..., apa yang mereka tak hina PM...? Habis-habisan...!

Semoga bulan Ramadhan yang Baraqah ini, Allah bukakanlah hati hati mereka yang membenci Najib ini untuk kembali ke pangkal jalan dan terbitlah keinsafan agar mahu usahakan perdamaian diantara Tun Dr M dengan Datuk Sri Najib Tun Razak... AMIN !

Friday, June 26, 2015

Telor Sudah Goyang.....! Xavier Andre Justo Dedah Nama Beberapa Rakyat Malaysia Minta Dia Manipulasi Fakta PetroSaudi,

Sejak dari awal lagi apabila meletopnya cerita skandal 1MDB, ramai juga yang terus percaya bulat bulat dan tanpa berfikir panjang terus menghukum pimpinan kerajaan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak....

Itulah dia sikap kebanyakan rakyat berdarah Malaysian.... Mereka tersangat tidak rasional diawal sesuatu insiden dan setelah beberapa lama mereka akan kembali 'slow down' dan mula berfikir dengan baik dan ujudlah sifar rasional dalam diri.

Begitulah ceritanya apabila sejak kelmarin sudah terdedah Kisah Sebenar bahawa dokumen dokumen yang kunuuunnya mendedahkan mengenai skandal 1MDB yang selama ini dipetik dari portal Sarawak Report memang tidak ada "value".

Ini semua gara gara tertangkapnya Xavier Andre Justo yang sedang disiasat kerana dakwaan manipulasi maklumat dan pengugutan terhadap syarikat minyak yang mempunyai urusniaga dengan 1MDB pada 2009.
Beberapa rakyat Malaysia terlibat dalam dakwaan memanipulasi dokumen dan emel daripada PetroSaudi International tentang urusniaganya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam laporan The Star Online hari ini.
Katanya, rakyat Malaysia tersebut boleh diekstradisi ke Bangkok.
The Star Online melaporkan Zahid sebagai berkata individu Malaysia yang dipercayai meminta Justo memanipulasi beberapa fakta sebelum membocorkan maklumat kepada Sarawak Report. Ini didedahkan Justo, seorang warga Swiss, semasa soal siasat dengan polis Thai.
"Semasa soal siasat, Justo mengatakan nama beberapa rakyat Malaysia yang dikatakannya meminta untuk memanipulasikan fakta daripada maklumat yang dimuat turun daripada sistem komunikasi PetroSaudi," Zahid berkata kepada wartawan di sebuah program di Melaka semalam.
Menteri itu berkata belum terdapat permintaan rasmi daripada Thailand untuk mengekstradisi rakyat Malaysia ini.
Tidak dapat dipastikan sama ada kerajaan Malaysia sedar secara siapakah individu-individu dimaksudkan ini. – 26 Jun, 2015.

Thursday, June 25, 2015

Najib Kantoi...? Atau Siapa Sebenarnya Yang Kantoi....?

Nampaknya usaha usaha jahat yang mahu menjahanamkan nama baik YAB Datuk Sri Najib semakin galak menjadi santapan juak juak yang sentiasa mempunyai niat tidak baik....

Kisahnya semalam apabila kecoh mengenai cerita pembelian hartanah di Australia, maka berbondong-bondonglah tiga buah portal yang sentiasa menjadi barua dan kuda tunggangan Pakatan Pembangkang membuat adu dumba dan fitnah terhadap Najib....

Baca seterusnya, di SINI

BRAVO Nalla...! Beliau Sanggup Jadi Driver Bawa Tun Dr M Ke Rumah Najib Selesaikan Pertelingkahan

Kalau UMNO berpecah orang melayu itu sendiri yang akan rugi...!

Demikianlah pandangan ikhlas dan bijak daripada Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S Nallakaruppan sewaktu beliau berbahas di Dewan Negara semalam.

"Di bulan Ramadan ini, Dr Mahathir sepatutnya ambiklah kesempatan ini berbaik ajak minum kopi di rumah.

"Saya sendiri boleh jadi pemandu beliau dan boleh bawa beliau ke rumah Najib, ini bukan kepentingan peribadi tapi atas kepentingan negara dan rakyat.

Nallakarupan turut menyeru kaum melayu untuk bersatu dan mengelakkan pertelingkahan. Begitulah murninya hati seorang pemimpin yang bukan beragama islam dan bukan berbangsa melayu... Beliau amat sayangkan perpaduan negara ini!

Baca seterusnya di SINI

Wednesday, June 24, 2015

Tak Lama Lagi Lebih Ramai Penyokong Tun M Akan U Turn Sokong Najib..... Xavier Andre Justo Tukang Sebar Info Palsu Petro Saudi-1MDB Dah Ditahan Polis Thailand

Gegak gempita bersahut-sahutan sakan sebelum ini juak juak yang mempercayai cerekarama 1MDB mengkiritik dan menghina YAB Datuk Sri Najib....!

Mereka semua sampai ke kemuncak ejakulasi hanya semata mata percaya dengan dokumen dokumen 1MDB yang disiarkan oleh sebuah portal Sarawak Report...

Malang sungguh nasib juak juak kumpulan yang sudah semakin hari semakin teruk "membenci" Najib. Mereka semua tergamak secara terbuka melabelkan Najib Penipu...

Iya, memang malang sungguh nasib juak juak ini apabila semalam tersiar khabar berita dari seberang tanahair. Rupa-rupanya dokumen yang selama ini mereka percaya mengenai "penyelewengan 1MDB" sebenarnya bukanlah sahih... Itu semua dokumen yang tak boleh pakai !

Kesian juak juak ini.... mereka percaya kepada penyamun dan penyangak untuk menuduh pemimpin mereka menipu.


BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang bekas pegawai PetroSaudi International Ltd dan mendakwanya atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan, lapor media Thailand.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang, berkata polis Bahagian Pencegahan Jenayah menahan warga Switzerland,  Xavier Andre Justo, susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Thailand.

Polis turut menggeledah kediamannya dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu

Menurut polis, Justo adalah seorang eksekutif di PetroSaudi sebelum melarikan diri ke Thailand. Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu, terkenal di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat dana pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dua tahun selepas dipecat daripada syarikat, Justo dikatakan cuba memeras ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta). Dia mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu jika permintaannya tidak dipenuhi.

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik, hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

Difahamkan, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok-tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan.

Sementara itu, PetroSaudi dalam kenyataan yang dikeluarkan di Riyadh, menyambut baik penahanan Justo dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Thailand. Selain itu, PetroSaudi mempertimbangkan tindakan undang-undang sewajarnya.

"Kami lega Justo akan berdepan tindakan mahkamah. Kami menjadi mangsa jenayah dan lebih mendukacitakan, ia dipolitikkan di Malaysia.

"Kami gembira kerana dapat memperbetulkan keadaan dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala kesulitan berikutan tindakan tidak bertanggungjawab bekas kakitangan kami," katanya.

Friday, June 19, 2015

Bulan Ramadhan Bulan Yang Mulia... Bilakah Akan BERAKHIR Sengketa Dua Tokoh Negara..?

Tiap kali hadir bulan yang sungguh mulia menjengah ummah islam setiap tahun, Ramadhan Kareem, Ramadhan Al Mubarak, pasti jiwa kita akan terasa mahu membersihkan rohani dalaman dengan melakukan semua kebaikan sebagai hambal Allah swt !

Pada bulan ini semua umat islam akan merebut peluang untuk mengerjakan ibadah sebaik mungkin dan sudah pasti mahu melaksanakan Hablum Minnallah dan juga Hablum Minnanas... buat semua yang baik baik demi hubungan manusia dengan Allah dan juga hubungan baik manusia sesama manusia....

Bulan yang penuh keberkatan, ganjaran istimewa kepada yang menunaikannya. Bukan sahaja soal ibadah yang merangkumi berpuasa, berjemaah taraweh, bertadarus, berqiamulai, berzakat tetapi umat islam juga digalakan bersedekah membantu umat yang lain dibulan yang mulia ini. Begitulah indahnya nikmat bulan Ramadhan yang hadir setahun sekali.

Mengambil berkat dan semangat bulan yang penuh kemuliaan ini, alangkah indahnya jika sebarang kemelut, persengketaan, perbalahan akan menemui jalan penyelesaian dan berakhir dengan perdamaian...!!

Bulan yang mulia ini kita biasa dengar kisah krisis famili berjaya menemui perdamaian demi rasa kasih sayang kekeluargaan. Kita juga pernah menyaksikan perbalahan sesama sahabat juga berjaya diselesaikan dibulan yang mulia ini... Asalkan ada keinsafan dan menjunjung tinggi nilai siratulrahim sesama sendiri.

Begitulah juga dengan kisah krisis Datuk Sri Najib dengan Tun Dr Mahathir. Besarlah harapan umat islam dalam negara kita ini khususnya yang menjadi ahli UMNO mahukan perdamaian diantara mereka berdua. Damailah hendaknya ! "Ya Allah kau satukanlah hati hati kedua dua pemimpin kami ini, dan kau padamkanlah api kebencian dan kemarahan sesama mereka... AMIN".

Janganlah ada diantara kita mahu menjadi bahan api membakar dan terus mahu menyalakan api perbalahan diantara Najib dengan Tun Dr M. Hentikanlah... Sudah-sudahlah ! Cukuplah.....

Negara kita perlu dibangunkan agar terus maju, banyak masalah rakyat perlu kita selesaikan. Janganlah nanti kesudahannya kita akan menyaksikan apa yang disebut oleh peribahasa yang berbunyi "Menang Sorak Kampung Tergadai".

Ayuhlah, kepada mana mana pihak yang berkaitan dan punyai kedudukan yang baik untuk menjadikan faktor perdamaian ini satu realiti, maka jadikanlah. Doa kita dan usaha kita kearah menjadi semuanya yang baik baik belaka.

Sewaktu program Majlis Penerangan Perdana yang diadakan di PWTC pada 14 Jun 2015, respon yang diberikan oleh peserta ketika itu mereka dengan tegas mahukan Najib berjumpa dengan Tun Dr M bagi menyelesaikan apa sahaja kemelut diantara mereka berdua. YAB Presiden UMNO menyatakan beliau bersetuju....

Bukan Ramadhan bulan yang mulia, penuh keberkatan, penuh kemuliaan, penuh keinsafan. Damailah wahai ummah !

Wednesday, June 17, 2015

Negara Mangsa Keganasan Perang... Tak Banyak Kemudahan Sukan Boleh Malukan Skuad Harimau Malaya ! Palestin Baham Harimau Kita 6 - 0

Memalukan...! Sangat sangat memalukan...!!

Dengan pelbagai kemewahan kemudahan yang sedia ada dalam negara kita yang aman damai ini, skuad bolasepak tanahair yang dikenali dengan nama Harimau Malaya telah "diayamkan" oleh skuad saudara islam kita yang hidup dalam serba kekurangan di negara mereka....

Sebut sahaja negara Palestin sudah pasti tidak ada gambaran yang akan mengundang mana mana manusia selain daripada membayangkan kesengsaraan rakyat disana hidup sebagai mangsa keganasan perang !

Bandar disana tidaklah seindah kota kota yang besar di negara kita seperti Ipoh, Johor Baru, Kuantan, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Alor Star, Subang Jaya, Petaling Jaya, Damansara, Seremban, Melaka dan lain lain lagi.

Bangunan di negara Palestin banyak yang telah musnah akibat menjadi mangsa keganasan perang yang seringkali dilancarkan oleh juak juak Zionist Yahudi. Sekaligus kita sedia maklum pelbagai kemudahan di negara itu jauh, dan tersangat jauh ketinggalan berbanding Malaysia.

Negara yang dirundung malang seperti ini apakah mereka mampu bermewah mewah dengan pelbagai kemudahan industri sukan tanahair...?

Apakah dinegara Palestin mampu mendirikan banyak stadium bolasepak berkelaskan atau taraf dunia..? Berbanding di Malaysia ini, kita ada Stadium Bukit Jalil, Stadium Shah Alam, Stadium di Kuantan, di Paroi, di Ipoh dan sebagainya...

Tiada apa lagi yang boleh diperkatakan tentang pasukan Harimau Malaya selepas di­belasah 0-6 oleh Palestin dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Kekalahan memalukan itu me­nimbulkan persoalan mengenai kemampuan skuad negara untuk mengharungi perlawanan seterusnya apabila berdepan lawan yang jauh lebih kuat.....

Skuad Harimau Malaya berada dalam kumpulan A bersama Timor Leste, Emiriah Arab Bersatu [UAE], Saudi Arabia dan Palestin. 

Kalau inilah sahaja tahap kemampuan anak buah Dollah Salleh, sekadar mampu seri dengan Timor Leste negara kecil yang baru merdeka dan selepas itu dibelasah pula oleh Palestin negara mangsa perang...., entah apalah nasib skuad ini bila berdepan dengan UAE dan Arab Saudi...?


NAK KOMEN...??

Tuesday, June 16, 2015

Dulu PAS Doakan Mohon Allah Hancurkan UMNO... Sekarang PASMA Dilahirkan Untuk Hancurkan PAS...??

Penubuhan parti baharu seperti yang diumumkan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi selepas Hari Raya Aidilfitri ini langsung tidak akan menggugat kedudukan PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, beliau yakin PAS akan tetap berdiri kukuh walaupun terdapat kemungkinan segelintir ahli parti tersebut akan berhijrah ke parti baharu berkenaan.

“Saya tak risau (penghijrahan ahli PAS), dalam perjuangan Islam, kita yakin bahawa seorang keluar, berpuluh lagi datang kepada kita.

“Allah akan hantar satu puak lain yang mereka sayangkan Allah, dan Allah sayangkan mereka. Itu biasa dalam perjuangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan Phahrolrazi yang mahu menubuhkan sebuah parti politik baharu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sejarah pernah menunjukkan bahawa PAS tidak pernah terjejas dengan kemunculan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) yang merupakan serpihan daripada parti itu pada 1977.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, penubuhan parti baharu itu sudah dijangka kerana ada ura-ura sebelum ini.

Monday, June 15, 2015

Penyokong Tun Dr M Lega... Najib Beri Jaminan Isu 1MDB Akan Diselesaikan.

Datuk Seri Najib meluangkan masa lebih sejam menerangkan pelbagai isu antaranya 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selain turut menjawab serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Najib memberi jaminan segala isu yang membelenggu kerajaan terutama yang melibatkan soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diselesaikan tahun ini.

Jaminan tersebut diberi Perdana Menteri semasa beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan jentera penerangan UMNO bahagian seluruh negara dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara. 

Ucapan YAB DSN di dalam Majlis Penerangan Perdana semlm lebih tertumpu kepada pencerahan mengenai beberapa isu semasa. Berikut adalah beberapa intipati dari ucapan beliau yang perlu difahami oleh seluruh warga Malaysia amnya dan orang UMNO khususnya.

1) UMNO tidak menghadapi banyak isu dalaman ketika ini.

2) UMNO berada di landasan yg betul namun perlu meningkatkan penjelasan mengenai beberapa isu semasa.

3) RMK11 merupakan salah satu agenda pemerkasaan Bumiputera dalam tempoh 5 tahun mendatang ini. Dan ianya akan menentukan apa yg akan dinikmati oleh rakyat.

4) Gunakanlah kebijaksanaan dalam menangani isu setempat supaya UMNO terus berkuasa.

5) Berdasarkan PRU yg lepas, UMNO telah menang lebih banyak kerusi berbanding sebelum ini.

6) Beberapa strategi telah digunakan antaranya kerusi milik Parti Komponen telah diambil alih oleh UMNO bagi memastikan kemenangan UMNO/BN.

7) Tiada salah mengenai polisi UMNO/BN. Agenda Pemerkasaan Bumiputera merupakan keutamaan UMNO sebagai dasar induknya. Sejajar dengan perlembagaan Negara dan UMNO itu sendiri. Dan selagi UMNO berkuasa konsep Malaysian Malaysia iaitu kesamarataan tidak akan diterima sama sekali.

8) Orang Melayu perlu bersatu dalam menyokong UMNO barulah UMNO akan kuat dan terus berkuasa dalam mentadbir negara.

9) UMNO mesti kuat. Melayu Islam perlu kuat supaya tiada yg boleh mencelah menganggu penguasaan ini.

10) Kini merupakan masa untuk bersatu. Jangan bergaduh sesama sendiri. Tiada apa yg tidak boleh dirundingkan. Dan kerana itu DSN musykil dengan tidakan Tun M.

11) Tiada kebaikan untuk berdebat kerana perkara itu tidak akan menguntungkan UMMO.

12) Presiden UMNO dipilih dengan perlembagaan paling demokratik dalam sejarah. Sistem kuota telah dihapuskan sama sekali. Pemilihan telah dilakukan secara demokratik dan sokongan ikhlas dari peringkat akar umbi. Nasib Presiden akan diserahkan secara bulat-bulat kepada perwakilan UMNO.

13) Perdana Menteri merupakan Presiden UMNO dan Presiden perlu dijaga dan dipertahankan kerana UMNO merupakan Parti berdaulat dan bermaruah. Ini soal prinsip.

14) Hanya UMNO yg membela Melayu dari dihina hingga jadi bermaruah.

15) Agenda Melayu dan Bumiputera masih panjang. Wawasan 2020 akan tetap direalisasikan. Kesinambungan agenda yg baik akan tetap diteruskan.

16) Isu Jambatan Bengkok telah dibatalkan di zaman pemerintahan Pak Lah lagi dan bukan keutamaan Negeri Johor. Kontraktor juga telah dibayar gantirugi. Tidak relevan memulakan kembali projek yg telah dibatalkan. Belanja 2 billion diperlukan untuk memulakan kembali Projek Jambatan Bengkok. Dgn RM2b adalah lebih baik dibina Perumahan Rakyat di Negeri Johor. Jambatan lurus dicadangkan untuk dibuat namun belum tiba masanya.

17) Spore ingin mengenakan caj pembangunan terhadap semua tanah Msia di negara tersebut. Namun DSN tidak bersetuju dan telah membawa perkara tersebut ke Mahkamah. Dan Msia telah menang kes tersebut. Sekiranya Msia tunduk dan takut kepada Spore, perkara tersebut akan didiamkan.

18) Dasar luar negara Msia bukan Pro Amerika. Kerana itu Msia berjuang mempertahankan Gaza dan menyokong Pergerakan Hamas yg dilabelkan pengganas oleh Amerika.

19) Msia ada pendirian. Ada masanya kita perlukan kerjasama Amerika dari segi pelaburan, teknologi dan pasaran demi kelangsungan perdagangan negara. Fahami dasar negara yg tidak pernah akur mengikut telunjuk sesiapa.


20) Isu 1MDB
 - Belum rugi lagi
- RM42b tidak hilang namun ianya adalah hutang.
- 1MDB mempunyai aset RM51b
- Aset BSI dan Cayman Island telah dipindahkan kepada sebuah syarikat yg diiktiraf "Double A" kepunyaan Abu Dhabi. Hasil perjanjian ini 1MDB telah berjaya menyelesaikan perjanjian dengan PetroSaudi sebanyak RM1b dan beroleh keuntungan RM488juta.

- Kerajaan akan umumkan dalam masa terdekat berkenaan lagi RM16.5b hutang 1MDB yg akan dilangsaikan.

- 1MDB punyai aset antaranya 15 buah powerplant termasuk di luar negara.
- Aset berupa Tanah TRX 70ekar yg akan dibina Terminal MRT terbesar di Msia nanti.

- Aset berupa Tanah Bandar Malaysia (TUDM Sg Besi)ada 500 ekar yg akan dibuat Terminal HighSpeed Rail ke Spore yg pastinya melonjakkan lg nilai hartanah tersebut. Secara tak langsung akan menambah kekuatan ekonomi setiap bandar- bandar kecil yg dilalui Keretapi Laju ini.

- Dalam beberapa bulan mendatang, Kerajaan akan buktikan hutang 1MDB dapat diatasi.

- 1MDB juga berperanan dalam membantu dari segi politik. Antaranya Program MyKasih, baikpulih rumah, Program Haji dan Umrah 1000 org setahun.

- Pembangkang jadikan ini isu dan senjata politik. Jangan UMNO turut ikut mainan pembangkang ini.

- Tunggu laporan audit negara dan dibentangkan kepada PAC. Kalau ada yg x betul tindakan akan diambil. Jangan jatuhkan hukuman awal melangkaui proses undang-undang. Jgn bersandarkan pada persepsi semata-mata. Kemukakan bukti.

  
21) Isu Altantuya
- Tiada kaitan langsung dengan DSN
- DSN telah 3 kali bersumpah mengenai isu Altantuya.
- Proses perundangan telah berlaku terhadap Sirul dan jangan diikutkan mainan politik Mahfuz Omar. Mahfuz pon ditolak dalam kepimpinan Pas. Takkan org UMNO nak percaya Mahfuz.

22) Hal peribadi terlalu banyak disentuh dan dikritik sesetengah org termasuk oleh bekas pemimpin negara. Antaranya:
- Isu perkahwinan anakanda DSN
- Isu isteri DSN

23) Semua perkara boleh dibincangkan namun setiap pihak perlu menghormati satu sama lain.

24) Kritikan sesama orang UMNO tidak langsung menguntungkan UMNO.

25) UMNO perlu dijaga kerana hanya UMNO terbukti satu-satunya Parti yg memperjuangkan dan menjaga Melayu dan Bumiputera.

26) UMNO perlu bersatu dalam memastikan kemenangan dalam PRU14.

-fowarded from whtspp group 

Thursday, June 11, 2015

BRAVO...! Azeez Di Ranau Berjaya Buktikan Biro Kebajikan UMNO Malaysia Walk The Talk...

This Is The Man...! Kalau dalam istilah sukan bolasepak, kita biasa dengan gelaran Man Of The Match. Tetapi apa yang berlaku semalam di bumi Ranau Sabah, Azeez adalah Man Of The Day...

YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Rahim sehari suntuk semalam dari pagi sampailah ke lewat petang meranjau ke beberapa tempat mendekati keluarga waris Malim Gunung Kinabalu, mengadakan pertemuan dengan Persatuan Malim Gunung Kinabalu dan sempat juga bertemu penduduk sebuah perkampungan untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang menjadi mangsa bencana gempa bumi di Sabah.

Dalam satu kunjungan yang singkat kerana masa yang sangat terhad, Azeez mempergunakan masa sepenuhnya satu hari semalam melunaskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Biro UMNO Malaysia.

Walaupun baru menjejakkan kakinya di tanahair setelah tiba dari Jeddah, tanpa melengahkan masa Azeez bergegas terbang ke negeri dibawah bayu yang ditimpa bencana gempa bumi.

Bermula seawal pagi Azeez telah pergi untuk bertemu dengan empat waris keluarga Malim Gunung Kinabalu. Beliau bertemu ahli famili untuk menghulurkan bantuan wang ringgit dan bantuan bekalan makanan asas. Diantaranya adalah ;

Keluarga mendiang Robbie Sapinggi di Kampung Nuluh Kota Belud
Keluarga mendiang Valerian Joanes di Kampung Bundu Tuhan, Ranau
Keluarga mendiang Joseph Solungin di Kampung Bundu Tuhan, Ranau
Keluarga mendiang Ricky Masrin di Kampung Kauluan, Kundasang

Sebuah pertemuan khas juga diadakan di Dewan Kampung Kinasaraban dengan Persatuan Malim Gunung Kinabalu yang diketuai oleh Richard Soebi.

Azeez juga berkesempatan untuk ziarah sebuah masjid yang retak di Kampung Mesilau dan menghulurkan bantuan RM300 dan bekalan makanan asas untuk 65 keluarga disana. Disamping itu beliau turut memberikan bantuan sebanyak RM3,000 kepada pihak masjid.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Azeez yang ditemani oleh ADUN Kundasang, YB Datuk Dr Joachim Gunsalam telah mengadakan sidang media khas. Selaku Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Azeez telah mengumumkan YAB Presiden UMNO Datuk Sri Najib Razak telah bersetuju untuk memberikan bantuan kepada 250 Ahli Malim Gunung Kinabalu yang berdaftar.

Bantuan tersebut berupa wang saku sebanyak RM800 setiap seorang ahli bagi tempoh 3 bulan iaitu sepanjang tempoh kawasan pendakian Gunung Kinabalu ditutup untuk kerja kerja pembaikan.

Syabas Azeez diatas lawatan kerja yang membanggakan ini !

Untuk menyaksikan semua rakaman foto foto Azeez, sila klik SINI

Sehari Suntuk Azeez Di Ranau Dekati Waris Keluarga Malim Gunung Kinabalu. Syabas Biro Kebajikan UMNO Malaysia...!


Tuesday, June 9, 2015

Sewaktu Berada Di Mekkah Najib Dapat Ilham Rombakan Kabinet....? Siapa Yang Akan Disingkirkan...?

Salah seorang blogger menulis mengenai rombakan kabinet yang bakal berlaku tak lama lagi....

Menariknya cerita mengenai rombakan kabinet ini dikaitkan dengan kunjungan rasmi YAB Datuk Sri Najib ke negara Arab Saudi minggu lepas, Atas urusan rasmi kerajaan Najib ke sana bertemu dengan Raja Salman membincang beberapa perkara penting seperti isu Rohingya, penambahan kuota jemaah haji tahun 2015, disamping itu Perdana Menteri turut menyaksikan kejayaan syarikat tempatan tanahair Prasarana Berhad dipilih sebagai pengendali Makkah-Metro.

Menurut blog tersebut, telah ada perbincangan sulit dan dijangkan Najib akan melepaskan Kementerian Kewangan dan akan mengambil alih Kementeria Dalam Negeri. Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak sehaluan akan digugurkan....

Baca seterusnya, di SINI

Kemana Hala Tuju Pimpinan PAS Kini Tanpa Barua DAP Dan PKR...?

Selesai sudah proses pemilihan pimpinan PAS yang melalui Muktamar PAS ke 61 minggu lepas berlangsung di Kuala Selangor.

Khalid Gereja yang turut sama tergolek menyifatkan apa yang telah berlaku merupakan satu 'Rombakan Menyeluruh' seperti apa yang beliau tulis di SINI. Beliau juga ada menyebut proses 'pembersihan' seolah-olah mengesahkan pimpinan PAS musim yang lepas disertai oleh juak juak barua DAP dan PKR......

RUYUP..!  Itu istilah sesuai buat team pro DAP dan PKR yang tewas kali ini. Mat Sabu gagal pertahankan jawatan Timbalan Presiden. Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa kecundang dalam perebutan 3 jawatan Naib Presiden. Manakala barua barua DAP yang lain tergolek dan gagal menempatkan diri dalam jawatan AJK PAS Pusat, mereka terdiri daripada ;
Dr Dzulkifli Ahmad
Ir AMiruddin Hamzah Kedah
Mujahid Yusof Rawa
Dr Siti Mariah
Dr Hatta Ramli
Khalid Samad @ Khalid Gereja
Hanipa Maidin
Dr Halimah Ali
Nizar Jamaluddin

Kemanakah hala tuju juak juak ini dalam politik mereka bersama PAS...? Kupasan yang sangat menarik untuk anda baca ada di SINI

Tak Kenal Erti Penat Najib Dah Bergegas Ke Ranau Sabah Ziarah Mangsa Gempa Bumi....

Malam tadi setelah pulang dari urusan rasmi kerajaan bersama negara Arab Saudi, pagi ini YAB Datuk Sri Najib terus bergegas ke Ranau Sabah untuk merasai sendiri denyut nadi rakyat yang ditimpa ujian besar Allah swt, mangsa gempa bumi.

Syabas Najib..! Inilah pemimpin rakyat yang mendahulukan rakyat sesuai dengan slogan Rakyat Didahulukan.


Wednesday, June 3, 2015

Benarkah Wang BESAARRR PASMA Di Muktamar PAS 2015...?

Benarkah apa yang diceritakan oleh sahabat Blogger ini...?

Kisah wang besar bertaburan, bukan jatuh dari langit. Diberitakan akan berlaku wang besar bertaburan sehari dua ini. Dimana...? Lapuran penuh klik SINI

Tuesday, June 2, 2015

Sepatutnya Ada Seorang Veteran UMNO Main Peranan Jadi "PENDAMAI" Krisis Najib vs Tun Dr M

Air dicincang tak akan putus...!

Sejak kita dibangku sekolah lagi, kita akan melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia yang terkandung didalamnya untuk mempelajari Peribahasa.

Maksud peribahasa diatas amat mudah untuk kita fahami, malah kita sendiri sudah pasti ada pengalaman dengan apa yang dimaksudkan serta terjemahannya. Perbalahan, persengketaan sesama sendiri perlulah ada noktah kesudahannya...

Hari ini jelas kita menyaksikan memang terbit apa yang dimaksudkan dengan persengketaan antara dua tokoh pemimpin tanahair. Tidak ada ruang untuk disembunyikan hakikat bahawa Tun Dr Mahathir kini berkrisis dengan YAB Datuk Sr Najib. Seantero Malaya tahu dan dunia juga sedang melihat...

Siapa berani menyangkal dakwaan sekiranya berlaku krisis kepimpinan dalam UMNO maka akan berlaku juga perpecahan. Cuma yang merisaukan kita ialah melihat samada perpecahan itu akan menjadi teruk dan membinasakan ataupun perpecahan yang tidak membahayakan, masih ada ruang untuk diselamatkan....

Kalau diberikan pilihan sudah pasti semua ahli UMNO yang sayangkan parti keramat ini akan memilih untuk Tun Dr M berdamai dengan Najib. Itu lebih baik..., itu lebih afdal !

Sekiranya ayah dan ibu kita berselisih pendapat, bersengketa apakah kita cepat cepat ambil posisi dan membuat keputusan untuk menyokong pihak yang mana...? Semestinya kita mahukan mereka berbaik semula demi kebahagian keluarga yang amat kita sayangi.

Barangkali mungkin kita tidak berupaya menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua dua ibu dan bapa kita... maka kita pun akan berusaha untuk mencari seseorang yang boleh menjalankan tugas berat ini.

Malang sekali dalam kisah krisis Najib vs Tun Dr M sangat sedih kita melihat ujudnya juak juak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi kekusutan yang berlaku ! Mereka iaitu ahli ahli UMNO sendiri yang isytihar menyokong Tun Dr M bukan main galak dan sangat berahi melanyak dan membalun Najib...

Kalau dibuat penilaian prestasi politik juak juak yang menyokong Tun Dr M ini sangat lemah dan lembik ketika mendepani pihak Pakatan Pembangkang ! Tak pandai pun untuk membuat posting dilaman sosial menghentam Pembangkang... Tak berani pun membuat kenyataan dilaman sosial menyerang Pembangkang.

TETAPI apabila masuk bab krisis kepimpinan UMNO, juak juak ini seperti seorang lelaki yang baru sahaja menelan pil Viagra dan memuncak syahwatnya untuk menjadi Perogol Bersiri....

Najib bukanlah insan ciptaaan Allah swt yang sempurna, begitulah juga Tun Dr M. Kedua dua mereka tetap ada kelemahan dan kekurangan masing masing....

Tun Dr M juga melalui liku liku perit sewaktu tempoh beliau mentadbir negara. Masih segar dalam ingatan kita tahun 1987 berlaku kekecohan dalam pemilihan UMNO ketika itu apabila jawatan Presiden Tun Dr M telah dicabar oleh Tengku Razaliegh Hamzah. Tun Dr M menang tipis..., malah Team A pro Tun Dr M hanya memenangi 19 daripada 25 jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Krisis kepimpinan UMNO 1987 berakhir dengan tragedi UMNO diharamkan... Team B memfailkan kes Mahkamah bahawa 78 orang perwakilan telah mewakili cawangan cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dimana status mereka tak layak mengundi. Terdapat juga bukti sekurang-kurangnya 30 cawangan yang tak berdaftar menghantar wakil wakil mereka ke pemilihan UMNO.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Harun Hashim mengisytiharkan bahawa UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah.

Tun Dr M menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada tahun 1981. Krisis terbesar kepimpinan UMNO itu berlaku tahun 1987. Enam tahun usia kepimpinan beliau ketika itu....

Tahun 2015 ini juga merupakan tahun yang ke 6 tempoh kepimpinan Najib Tun Razak. Mungkin ianya secara kebetulan sahaja...

Sewaktu era pemerintahan Tun Dr M ada juga berlaku pelbagai isu isu skandal hangat yang menelan wang ringgit yang besar nilainya seperti isu PERNAS, Renong, UMBC, Bakun, Perwaja, jet Skyhwak, Spanco dan beberapa lagi. Tetapi untung nasib Tun Dr M ketika itu TAK ADA media sosial seperti zaman pemerintahan Najib... Maka rakyat dan ahli ahli UMNO tak berpeluang mendapat pelbagai maklumat seperti hari ini!

Ada dikalangan juak juak pro Tun Dr M beria-ia sakan taksub dengan mempercayai bahawa jika Najib masih menjadi Presiden UMNO dan PM bermakna BN akan tewas pada PRU ke 14. Sedihnya apabila melihat kalangan pimpinan dan ahli UMNO yang terlebih yakin melebihi juak juak Pembangkang dalam hal ini...

Sekiranya benarlah juak juak ini sayangkan UMNO, sepatutnya mereka tidak payah menjadi batu api dan menambah hangatkan lagi keadaan yang sedang berlaku. Sepatutnya juak juak ini memainkan peranan untuk mencari titik persamaan dan penyelesaian krisis Najib vs Tun Dr M.

Sejarah membuktikan bahawa individu yang bernama Mahathir Bin Mohamed dua kali menyertai semula UMNO melalui keluarga Tun Abd Razak.... Setelah dipecat dari UMNO pada tahun 1969, Tun Dr M menyertai semula UMNO pada 7hb Mac 1972 dimana beliau menyerahkan borangnya kepada Tun Abd Razak.

Pada 19 Mei 2008, Tun Dr M umum keluar UMNO setelah kecewa dengan pemerintahan dan kepimpinan Tun Abdullah Badawi. Namun pada tanggal 4 April 2009 Tun Dr M sekali lagi menyertai UMNO dan menyerahkan borangnya kepada anak Tun Abd Razak, iaitu Najib Razak.

Ketika ditanya beliau pernah masuk semula UMNO di zaman PM kedua Tun Razak Hussein dan menyertai semula UMNO di zaman Najib, anak Tun Razak, Tun Dr M secara bergurau berkata: "Itu pakatan kekeluargaan yang tidak disengajakan".

Sementara itu ketika ditanya sama ada beliau akan tetap lantang mengkritik pentadbiran Najib sepertimana yang dilakukannya semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr berkata:

"Saya akan mengkritik setiap kali UMNO melakukan kesilapan dan saya yakin beliau mampu membawa UMNO ke tahap yang lebih baik seperti zaman ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak..."

Sebenarnya Najib adalah pilihan Tun Dr M untuk memimpin negara kita.....

Walaupun mutakhir ini Tun Dr M semakin ganas menyerang Najib sehingga masuk ke isu isu peribadi, namun jika diberikan secukupt ruang dan diberikan juga usaha sebaik mungkin tidak mustahil segala kekusutan dan kemelut ini boleh menemui jalan penyelesaian.

Juak juak pro Tun Dr M hentikanlah kerja kerja menjadi batu api... Sudah sudahlah ! Berilah tumpuan dan fokus kepada kerja kerja mendepani Pembangkang. Itu lebih berfaedah dan menguntungkan kita semua.

Janganlah nak memandai-mandai buat kerja pelik seperti tikus membaiki labu kelak nanti keadaan menjadi lebih buruk dan kita semua yang akan menerima padahnya ! Lihatlah dengan hati yang terbuka dan dibulan Sya'aban yang mulia ini ayuh kita terus memanjatkan doa kehadrat Allah swt agar hubungan siratulrahim Najib dan Tun Dr M ibarat ayah dan anak itu kembali pulih dan bertambah baik...

Kita janganlah seronok membuang masa untuk bertelagah sesama sendiri sedangkan dalam Pakatan Pembangkang mereka juga sedang bergolak dan berkecamuk. Kalau nak main bola mainlah dikawasan lawan janganlah main dalam kawasan sendiri, takut nanti masuk gol sendiri.

PAS akan menjalankan proses pemilihan parti mereka tak lama lagi, Ketika ini, mereka juga sedang mendepani krisis kepimpinan parti. Jawatan Presiden milik Hadi Awang kini dicabar oleh Ustaz Ahmad Awang.

Kepimpinan PAS memang jelas terbukti berpecah dua daintara team pro Ulama melawan team barua DAP. Tetapi dikalangan ahli ahli dan pimpinan UMNO pro Tun Dr M mereka lebih galak dan bernafsu menyerang Najib dilaman sosial.... Langsung tak ambil kesempatan untuk menyerang Pembangkang!

Nampak...? 

Kenapa juak juak ahli dan pimpinan UMNO yang pro Tun Dr M susah untuk kenal pasti yang mana satu lawan yang mana satu kawan...? Musuh politik bukan dalam UMNO.....

Krisis Najib vs Tun Dr M bukanlah tugas dan tanggungjawab wajib untuk mana mana ahli atau kepimpinan UMNO turut serta dan menambahkan beban parti. Sekiranya kita bersatu hati mahu selamatkan masa depan parti, berdepanlah dengan pihak musuh diluar parti. Jangan tembak kaki sendiri....

Semoga dibulan yang mulia ini akan lahirlah kesedaran dikalangan pimpinan tertinggi parti UMNO untuk memikirkan kaedah yang tebaik agar krisis Najib vs Tun Dr M tidak lagi berterusan. AMIN...