Wednesday, July 29, 2015

Najib Dah Buktikan Kejantanan Pendekar Bugis...!

‎Semalam seantero Malaya termasuklah di Sabah, Sarawak dan seluruh dunia menyaksikan kejantanan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.....

Sebelum ini terlalu ramai orang termasuklah segelintir pimpinan UMNO-BN sendiri menganggap Najib seorang yang 'soft', seorang yang tidak tegas maka tidak hairanlah jika selama beberapa tahun pentadbirannya terlalu banyak insiden insiden yang agak keterlaluan cara YAB PM diserang, difitnah, dihina dan dicaci.

Ini semua ibarat bagi petis nak peha. Juak juak yang berani main main dengan Najib berpendapat PM ini tak akan bertindak balas.... buatlah apa pun. Nak maki, nak hina, nak fitnah, nak ugut, pada anggapan mereka Najib akan diam dan tak melawan!

Semenjak Najib masih di jawatan Timbalan Perdana lagi pelbagai fitnah dan adu dumba telah dilemparkan kepadanya termasuklah isteri beliau Rosmah Mansor. Proses kerja jahat itu beterusan sampailah ke hari ini.

Apabila meletupnya kisah 1MDB virus menyerang, memfitnah dan memburuk-burukan nama Najib semakin menular ke dalam kain selimut UMNO itu sendiri !

Sudah  ada dikalangan pimpinan UMNO yang 50;50 semakin susut tahap kepercayaan mereka terhadap YAB PM Datuk Sri Najib... Malah ada juga yang sudah 30;70 dan tidak mustahil ada yang 100 peratus percaya Najib bersalah.

Disinilah bermulanya ujian getir untuk Najib menduga sendiri siapakah dikalangan pimpinan parti dan ahli jemaah menteri yang ada nilai "setiakawan", ada sifat kejujuran serta keikhlasan dan ukhwah team spirit yang jitu. 

Istilah 'kawan ketawa memang ramai, kawan menangis sukar dicari' pada saat itu memang relevan dengan Najib kerana meletupnya kisah 1MDB ini tidak dinafikan meletakkan YAB PM dalam keadaan getir. Sudah pasti beliau mahukan 'solid support' dari team member dan bukannya soldadu yang pengecut lari dari pertempuran dan pengkhianat yang tikam belakang.....

Tidak dinafikan dalam isu 1MDB suhunya sangat panas dan boleh membuatkan kita berpeluh kerana yang galak dan ghairah membawa isu ini adalah Tun Dr Mahathir.... 

Walaubagaimana pun suhu panas itu semakin dingin setelah pihak polis Thailand telah mendapat pengesahan dari Director of International Cooperation Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo, Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Claire Brown di Hotel Fullerton Singapura.

Pendedahan pihak polis Thai itu membuktikan ada konspirasi diantara Pembangkang, The Edge, dan Sarawak Report. Semakin kelam kepercayaan rakyat terhadap Tun Dr Mahathir yang selama ini mempercayai isi kandungn Sarawak Report

Najib telus dan tiada selindung apa apa sesama jemaah menteri dimana senaskah Fact Sheet 1MDB berstatus RAHSIA diberikan kepada kesemua mereka. Ini disahkan oleh YB Abdul Rahman Dahlan.....

Sehubungan dengan itu juga selaku Perdana Menteri, Datuk Sri Najib mengarahkan ditubuhkan Task Force yang terdiri dari Peguam Negara, SPRM, PDRM, Gabenor Bank Negara menyiasat secara terperinci 1MDB. Padahal sebelum itu isu 1MDB sudah berada didalam tangan PAC dan Akauntan Negara. 

Rakyat pasti nampak jelas kesemua tindakan ini memang kearah menyiasat 1MDB secara telus ! Najib tak pernah gentar dengan segala macam tuduhan kerana beliau yakin berada dipihak yang benar.

Malang sekali keikhlasan Najib itu dicemari tindakan khianat oleh Timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika membuat ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Cheras beberapa malam yang lalu.....

Muhyiddin dengan sengaja mengundang keresahan rakyat apabila masih mahu memperkotak-katikan isu 1MDB dengan menyebut beberapa perkara pelik seperti masih tak faham dan perlu rujuk kepada The Edge... mungkin senaskah Facts Sheet 1MDB untuk semua jemaah menteri miliknya hilang agaknya !

Untuk rekod ini bukan kali pertama Timbalan PM itu bermain api dengan isu 1MBD, setelah ramai yang sudah menyaksikan sendiri video klip petikan ucapannya di ILMU Janda Baik tidak lama dulu.

Muhyiddin tak pernah nafikan apa yang diucapkan itu, malah dia tahu ada berderet tersusun microphone media dihadapannya termasuklah banyak kamera video rakaman... 

Apakah Muhyiddin sengaja mencari jalan untuk "mufarakah" dengan Najib...? Dalam petikan ucapannya di Mesyuarat Agung UMNO Cheras beliau juga tidak yakin UMNO-BN boleh pertahankan Putrajaya pada PRU ke 14. Maka dengan itu,  apakah tindakan untuk "mufarakah" ini nanti bermakna dalam lipatan sejarah politik tanahair nama Muhyiddin tidak berada dalam senarai jemaah menteri yang tewas pada PRU ke 14 ? 

Pantang Pendekar Bugis dicabar...., kalau Muhyiddin berani menjual maka Najib pasti berani membelinya !  Apalah diharap pada orang yang tak sudi. Maka YAB PM tiada pilihan dan beliau mahukan team member yang komited dan mahu bekerjasama dengannya sebagai satu team yang kuat dan jitu.

Akhirnya Najib bangkit semalam sebagai Pendekar Bugis yang berani ! Selama ini ramai yang mengejek beliau lembik, lembut, penakut tetapi semalam "You Really Walk Tall Sir !"

Tanpa menoleh kebelakang, Najib dengan GAH umum Muhyiddin bersama 4 Menteri digugurkan dan senarai rombakan kabinet menyaksikan 7 Menteri dan 9 Timbalan Menteri baru.

Najib memilih bekas Setiausaha Politiknya iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru dan kekal sebagai Menteri Dalam Negeri. 

Kini YAB Perdana Menteri sudah ada team baru untuk bekerja dengannya.... Semoga semangat baru akan lahir dikalangan ahli ahli jemaah menteri untuk bertugas dengan lebih baik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan UMNO-BN.

Kesimpulannya Najib telah membuktikan dia ada keberanian untuk bertindak. Lihatlah sendiri mana mana Menteri dan Timbakan Menteri yang menjadi beban untuk PM seperti Hasan Malek kini digugurkan ! Ini secara tak langsung membuka ruang untuk rakyat ada rasa konfiden terhadap Menteri yang akan bertugas....

Tahniah YAB Perdana Menteri kerana berani membuat keputusan yang baik untuk rakyat dan negara kita ini. Semoga Allah swt permudahkan dan lindungi kesejahteraan negara ini dibawah kepimpinan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak...... AMIN.

  Selamat Bertugas Boss  !!

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Monday, July 27, 2015

Benarkah Muhyiddin Nak Langgar Najib Atau Sekadar Beri Wake Up Call Untuk Jentera UMNO Kerja Lebih Kuat...?

KECOH ! Riuh rendah...!! Hingar bingar.... Huru hara.....

Pelbagai macam gambaran boleh kita ungkapkan dalam media sosial berkaitan dengan laporan persada politik tanahair sejak malam tadi sehinggalah tengahari ini.

Sudah pasti sejak lewat malam tadi smart phone kita akan sentiasa memekak dengan notification yang bertalu talu menandakan ada banyak message yang masuk kedalam sistem pesanan Whatsapp. Berita panas tersebar mengenai "petikan ucapan" Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Cheras.

Iya, petikan ucapan bukannya ucapan penuh yang disebarkan...! Tempoh durasi hampir 5 minit sahaja,  menyiarkan apa yang disebutkan oleh Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO. Petikan ucapan yang disebarkan oleh portal Malaysian Insider yang pernah kantoi meenyebar berita aplsu seperti pengundi hantu Bangla 40,000 menyokong BN pada PRU 13. Ulasannya di SINI.


Inti ucapan Timbalan Presiden UMNO semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Cheras.

 1. Rakyat meluat dan gelisah melihat melihat isu-isu dalam negara yg masih tidak selesai oleh pemimpin.

 2. Kita tidak boleh berbohong pada rakyat. Kita perlu terima hakikat rakyat dibawah ingin tahu isu 1MDB dgn segera. Mereka ingin tahu hutang 1MDB RM42b, lapuran AWSJ terhadap wang yang masuk dalam akaun Presiden, mengapa tindakan tidak diambil keatas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat yg telah menyebabkan 1MDB berhutang sehingga RM42b.

 3. Isu ekonomi menjadi masalah utama. Isu kos sara hidup, GST, masalah perumahan, penganguran, jenayah dan lain lain. Isu2 ini masih tidak ditangani ditambah lagi pula dgn bebanan hutang 1MDB.

 4. Kita tidak manage persepsi dengan baik. Kita blame rakyat menuduh pemimpin sedangkan pemimpin tidak buat apa2 utk meredakan persepsi buruk ini. Pemimpin cakap sahaja tetapi tiada tindakan.

 5. UMNO kehilangan WOW Factor. UMNO sudah tidak dihormati oleh ahli n rakyat seperti dulu. Pemimpin tertinggi umno sudah hilang kepercayaan. Trust deficit parti bertambah besar. Ahli2 UMNO sendiri tidak yakin kita boleh meyakinkan rakyat untuk PRU14.

 6. Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula kepangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jangan kita masih penidakkan apa yang benar.

Manakala dibawah ini pula petikan apa yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider;
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kekeliruan mengenai skandal 1MDB bertambah rumit apabila sehingga kini kerajaan masih gagal menerangkan situasi sebenar kepada rakyat. "Saya pun sukar nak faham.. saya tak nafi saya ada baca The Edge sampai ditegur dalam Kabinet kata itu daripada The Edge (laporan) tidak betul. Kalau tak betul tolong bagi tahu apa yang betul.
"Tapi (kita) tidak juga diberitahu sampai sekarang jadi anda tidak boleh salahkan orang yang begitu dahagakan maklumat dan mencari sumber mana saja kerana tidak ada satu kenyataan yang kita keluarkan menjelaskan situasi sebenar," katanya semasa merasmikan Majlis Perwakilan Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur malam ini.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tanggungjawab tersebut dengan tampil memberi penjelasan kepada rakyat tentang keadaan sebenar dan punca masalah membabitkan syarikat sarat hutang itu.
Apakah benar apa yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider...? Ahli UMNO kecoh sesama sendiri setelah mempercayai apa yang dilaporkan oleh TMI....

Baiklah, andaikata apa yang dilaporkan oleh TMI itu tepat dan benar, persoalan seterusnya adalah kita mahu tahu apakah tujuan dan nawaitu Muhyiddin membuat kenyataan yang sedemikian rupa?

Apakah Timbalan Presiden UMNO ini mahukan Najib untuk undur dan melepaskan kerusi nombor satu negara ini supaya UMNO tidak tewas pada PRU 14?

Benarkah selaku Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin langsung tak faham apa sebenarnya berlaku dalam isu 1MDB sedangkan setiap ahli jemaah menteri kabinet telah dibekalkan senaskah 1MDB Fact Sheet [kategori RAHSIA]...?

Sekiranya Mahyiddin bertujuan mahu membuat satu WAKE UP Call untuk seluruh jentera UMNO supaya kembali GAH dan kerja kuat memandangkan masyarakat dah meluat dengan UMNO, bukankah itu merupakan tugas dan tanggungjawab Timbalan Presiden merangkap Pengarah Jentera Pilihanraya untuk tunjukkan cara dan kaedahnya...?

Pada salah satu perenggan yang diucapkan oleh Muhyiddin sperti diatas itu yang berbunyi;
Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula kepangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jangan kita masih penidakkan apa yang benar...,
semoga ia membawa maksud Timbalan Presiden UMNO ini bakal mengetuai satu gerak kerja untuk kembali pulihkan imej UMNO dan membantu YAB Datuk Sri Najib untuk kuatkan parti dan melakarkan kemenangan pada PRU ke 14.

Blogger MIK mahu bersangka baik sempena bulan Syawal yang mulia ini kerana percaya Najib pasti tahu apa yang Timbalannya lakukan....

Atau anda anda ada pandangan yang berbeza...? Komenlah....

Thursday, July 23, 2015

Kisah Masuk Parti Baru GHB - Bai'ah Pimpinan PAS "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, Sekiranya Saya Tinggalkan Atau Lompat Ke Parti Lain, Akan Tertalaklah Isteri Dengan 3 Talak

Ini Kes Berani Mati...!

Sedang sibuk segala bagai persiapan dibuat oleh juak juak pimpinan PAS kumpulan Anwarinas yang kalah teruk sewaktu pemilihan Muktamar PAS untuk menubuhkan sebuah parti politik baru Gerakan Harapan Baru [HARU] mereka mungkin terlupa dengan BAI'AH yang telah mereka lafaz dan tandatangan sebelum PRU 13.

Ketika ini pemerhati politik tanahair sedang menonton aksi aksi kesemua team Anwarinas dalam PAS yang kecewa dan kalah teruk setelah akar umbi perwakilan parti itu tidak lagi mahu memilih mereka sebagai pucuk pimpinan PAS.

Pada pemilihan tersebut terbukti akar umbi perwakilan lebih percaya untuk memilih golongan Ulama' dan menyingkirkan juak juak Anwarinas yang dilihat menjadi barua dan tukang basuh berak DAP !

Sehubungan dengan kekecewaan dan kehampaan itu, juak juak ini yang diketuai oleh  calon Timbalan Presiden PAS yang kalah teruk, Mat Sabu telah membuat pelancaran Gerakan Harapan Baru [HARU] sebagai platform politik menghalalkan hubungan mereka dengan DAP setelah pada Muktamar PAS membuat keputusan 'mufarakah' dengan parti chauvanist itu....

Dalam keghairahan Mat Sabu dan kuncu kuncunya mencari jalan untuk menghalalkan semula hubungan dengan DAP, agaknya mereka terlupa dengan ucap lafaz BAI'AH. JOM kita sama sama baca apa isi kandungan BAI'AH yang mereka lafazkan dan tandatangan ;
Saya berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya dan patuh pada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran islam.
Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi, wabillahi, watallahi, sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat maka akan tertalaklah isteri atau isteri-isteri saya dengan tiga talak dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah haram.
Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi, watallahi untuk meletak jawatan dari menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.
Saya yang bertandatangan dibawah ini :

Nampak jelas...?

Tak keterlaluan kalau kita namakan pimpinan PAS adalah haiwan politik kerana sanggup memperdagangkan isteri mereka demi kelangsungan politik !

Apakah nanti Mat Sabu bersama-sama dengan kuncu-kuncunya seperti Salahudin Ayub, Khalid Gereja Samad, Dr Hatta Ramli, Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Hanipah Tongkang Maideen akan menjadi "mangsa" kepada BAI'AH ini sekaligus membuatkan isteri atau isteri isteri mereka akan dijatuhkan talak tiga...?

Utusan Online
KOTA BHARU 22 Julai - Setiap wakil rakyat Pas di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004. Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar mengingatkan mana-mana pemimpin Pas Kelantan yang bercadang melompat parti supaya sedar tentang kesan jangka panjang yang bakal berlaku sekiranya melanggar bai’ah yang dipersetujui di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Apabila perkara ini berlaku dalam hukum Islam (bai’ah), sekali kita sebut akan berpanjangan. Bukan bergantung hari ini dan esok sahaja. “Seperti mana Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad pernah berkata, jangan kita memandang ringan perkara ini kerana kesannya berpanjangan,” katanya selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Mahasiswa Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita mengenai kandungan bai’ah dan sumpah wakil rakyat di negeri ini yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti tanpa melepaskan jawatan yang disandang. Ahad lalu, bekas
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad mengumumkan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mening­galkan Pas secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September depan.


Enam wakil rakyat Pas di negeri ini iaitu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim dan ADUN Tendong, Rozi Mohamad antara yang di­jangka menyertai GHB.
Ahmad mengakui lafaz bai’ah menjatuhkan talak tiga ke atas isteri jika meninggalkan atau melompat parti selepas terpilih menjadi wakil rakyat Pas telah lama diamalkan di negeri itu sejak 2004. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung isi kandungan bai’ah tersebut, namun mengesahkan kesahihannya. 

Wednesday, July 22, 2015

Sangat MERBAHAYA..! Kisah Sekor Betina Warga Singapura Dan Rahsia Keselamatan Negara Kita....

Bahaya Beb ! Iya, ini kes sangat merbahaya la Bro....

Agak sukar juga untuk mepercayai apa yang telah didedahkan dan dilondehkan oleh sahabat Blogger mengenai kisah sekor betina warganegara Singapura boleh diberikan kepercayaan dan tugasan berkait rapat dengan hal hal KERAHSIAAN negara kita !

Bacalah kisahnya di SINI

WAJIB Baca ! Pendedahan Panas Mengenai Pimpinan DAP

Memang panas jika anda baca sepenuhnya pendedahan yang telah dibuat ini....!!

Anda anda semua, tolonglah jangan seseakli menganggap pimpinan Pakatan Pembangkang ini sebagai malaikat dan mendewa-dewakan mereka hanya kerana kejayaan juak juak ini sentiasa melabelkan pimpinan UMNO-BN sebagai korup.

Nah..! Dibawah ini nanti anda bacalah, kemudian firkir-fikirkanlah apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam persada politik tanahair, betapa bahayanya kerja kerja jahat spesis mata sepet untuk menghancurkan kaum melayu !

Dipetik dari sumber di SINI
Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) menjelaskan bagaimana strategi licik DAP menguasai PKR dan PAS sebagai modus operandi untuk memecahkan undi Melayu/Islam di Malaysia. 
Menurutnya, dengan perpecahan undi Melayu/Islam kepada UMNO, PAS, PKR dan parti Islam baharu, ia bakal menguntungkan DAP sebagai ‘King Maker’ politik di negara ini. 
SYA adalah bekas Setiusaha DAP, Taman Gembira, Klang, Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan. Agenda DAP Menguasai PKR dan PAS 
1. Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan protes membebaskan Anwar Ibrahim ketika Anwar disabitkan secara sah dan benar bersalah oleh mahkamah. Keadaan ini melenyapkan perjuangan aura dan karisma Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan jambatan dalam Pakatan Pembangkang. Tiada sambutan dalam beberapa protes yang dianjurkan untuk menyokong Anwar Ibrahim. 
2. DAP memberi sokongan penuh terhadap Wan Azizah dalam PKR untuk menjadi MB (Selangor) dalam pertembungan MB Selangor pada suatu ketika dahulu. Hal ini disebabkan Wan Azizah dilihat sebagai seorang individu yang mudah untuk dikawal. DAP tidak perlu lagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Mereka hanya perlu berhadapan dengan seorang pemimpin patung yang lemah dan lembab. 
3. Kekayaan, kekuatan dan pengaruh DAP semakin kuat selepas mereka menguasai negeri Pulau Pinang yang kaya selama 2 penggal. Kekuatan ini memberi banyak ruang dan peluang untuk mereka untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka. 
4. DAP sangat marah terhadap PAS dan Hadi Awang kerana mengagalkan rancangan mereka untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Tanpa PAS dan Hadi Awang, Azmin Ali tidak akan sesekali menjadi MB Selangor. Peliknya, Azmin Ali tidak mengenang budi PAS dan ibaratkan kacang lupakan kulit apabila tidak berani berhadapan dengan DAP untuk memberi sokongan kepada Hadi Awang dan PAS yang suatu ketika dahulu menjadi kunci utama beliau menjadi MB. Keadaan ini hanya menandakan DAP begitu kuat sehingga Azmin Ali yang hebat juga tidak berani berhadapan dengan mereka. 
5. Menurut Ketua Pemuda PAS Kuantan DAP telah memberi dana sokongan sebanyak RM 1.5 juta setahun kepada PASMA untuk memecahbelahkan PAS. Perjudian politik DAP adalah sekirannya PASMA mampu menggulingkan kesemua ulama dalam PAS maka DAP akan mampu menguasai parti PAS. Malangnya, rancangan DAP tidak kesampaian apabila kesemua mereka yang ditaja oleh DAP disingkirkan dalam pemilihan PAS yang terbaharu. 
6. Namun begitu, LGE dan DAP bukanlah calang – calang orang. Mereka sudah menyedari bahawa perjudian ini bukanlah merupakan satu perjudian yang mudah. Oleh itu, semasa kempen dan pemilihan PAS, LGE dan DAP sengaja menyerang Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam PAS. Hal ini disebabkan Lim Guan Eng (LGE) dan DAP sememangnya mahu kesemua pemimpin dan kumpulan yang ditaja oleh mereka ditewaskan dalam pemilihan tersebut. Serangan terhadap ulama hanya akan menyatukan ahli PAS untuk menyingkirkan pemimpin – pemimpin tajaan DAP. 
7. Mengapa DAP/LGE mahu mereka disingkirkan ? Keadaan ini akan memberi peluang untuk mereka untuk menamatkan kerjasaman dengan PAS dan menyingkirkan PAS daripada Pakatan pembangkang. Seterusnya , individu dan kumpulan yang ditaja oleh mereka akan terus disuntik dana untuk menubuhkan parti dan blok politik baharu untuk menjadi rakan komponen mereka. Dengan ini, DAP akan dapat menguasai dan mengawal kepimpinan Melayu dalam Pakatan Pembangkang. 
8. Sekirannya Pembangkang berjaya merampas Putrajaya dan calon Perdana Menteri Melayu daripada Pakatan tersebut juga adalah alat kawalan dan boneka DAP. Dengan ini DAP akan menjadi lebih berkuasa seperti mana pihak Yahudi menguasai kesemua Presiden Amerika Syarikat. 
9. Keadaan ini juga membuka ruang untuk memecahbelahkan undi masyarakat Melayu. Sekirannya terhadap parti politik Melayu/Islam baharu dalam Pakatan Rakyat maka kebarangkalian untuk pertembungan 3 pihak akan berlaku ( PAS VS UMNO VS Parti Baharu Melayu/Islam Pembangkang ). Keadaan ini akan memberi kelebihan lebih kepada DAP untuk terus memenangi kerusi terbanyak dan selepas ini mungkin lebih banyak dalam pakatan pembangkang mereka. 
10. Ketika PAS vs UMNO undi Melayu sudah berpecah kepada 50% 50%. Bayangkan kini ada puak ketiga? 
Berapakah lagi peratusan pengaruh Melayu dalam arena politik di negara kita? 
lama mencari dlm internet apakah agama Lim Guan Eng ni. Payah sungguh nak cari. Kebanyakkn link tak nyatakan agama dia & ayahnya. Satu blog yang jelas katakan agamanya kristian dan nama penuh Joseph Lim Guan Eng.Pemimpin DAP kebanyakknnya kristian tapi bukan sebarang kristian tapi "well fund christian". 
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2012/12/thats-no-way-to-celebrate-christmas.html?m=1

Timbalan Menteri UMNO Pasir Salak Terlalu "CERDIK" Apabila Nak Komen Mengenai Rosmah Mansor...? Itu Kata Seorang Blogger...

Blogger MIK ingin berkongsi sebuah penulisan, artikel yang ditulis oleh seorang sahabat Blogger mengenai seorang Timbalan Menteri UMNO.....

Peribahasa melayu lama ada menyebut " Seperti Tikus Membaiki Labu " yang membawa maksud merosakkan lagi barang yang sedang dibaiki. Agaknya itulah perumpaan yang tepat untuk mengulas mengenai apa yang diceritakan mengenai Datuk Tajuddin Rahman, Timbalan Menteri .

Niat dan nawaitu Tajuddin memang ikhlas mahu mempertahankan isteri YAB PM, itu nyata dan jelas! Tetapi beliau haruslah berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan agar tidak menjadi bahan lawak jenaka....

Mana mana pimpinan politik sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian masyarakat sekeliling. Keterampilannya, keperibadiannya, kesopanannya, begitulah juga tutur kata-katanya yang boleh mencerminkan tahap pemikiran dan IQ seseorang !

JOM kita baca sepenuhnya apa yang ditulis oleh sahabat Blogger itu mengenai "kecerdikan dan kebijaksaan" Timbalan Menteri UMNO, di SINI

Tuesday, July 21, 2015

Anwar Mohon Hentikan Serangan Fitnah Najib Dengan 1MDB... Dokumen Ubah Suai Dari Sarawak Report Tak Boleh Pakai !

Serangan bertali arus juak juak Yahudi Laknatullah keatas umat islam di negara Arab sering kita saksikan berlaku sepanjang bulan Ramadhan, mereka BOM untuk menghancurkan umat islam...!

Sebenarnya kita terlepas pandang, sepanjang bulan Ramadhan ini juak juak yang berkaitan dengan Yahudi Laknatullah juga telah menyerang YAB Datuk Sri Najib secara sangat halus menerusi fitnah dengan menunggang sebuah portal Sarawak Report yang berkait rapat dengan "tangan tangan ghaib" berbangsa Yahudi....

Serangan secara halus keatas YAB PM kita ini galak dan sakan dilakukan seperti seorang perogol bersiri yang saban hari menelan pil VIAGRA. Tersangat berahi menyerang dengan niat mahu menjahanamkan nama baik Datuk Sri Najib dimata dunia dan dikalangan rakyat negara ini....

Akhirnya kebenaran itu dibuktikan !

"Wama Karu Wama Karullah, Wallahu Khairun Makireen"
Kita merancang, Allah juga merancang, yang sebaik-baiknya merancang hanyalah Allah....

Kerja jahat memfitnah dan memutarbelitkan fakta mengenai 1MDB kini semakin membuktikan bahawa memang ada tangan tangan ghaib yang bertanggungjawab mengubah suai dokumen dokumen dan memperdayakan ramai pihak untuk mempercayai kununnya Najib ada melakukan penyelewengan.

Pemfitnah pemfitnah ini semakin terbelit leher mereka....! Baca seterusnya di SINI

Kita Masih Di Bulan Syawal... Bila Rafizi Nak Mohon Maaf Pada Rosmah Setelah KANTOI Sengaja Fitnah Isu Cincin Berlian ?

Bermaaf-maafan di bulan Syawal yang mulia ini adalah suatu perbuatan yang terpuji... Apatah lagi sekiranya seseorang itu terbukti memang ada melakukan kesalahan dosa memfitnah dengan sengaja !

Rafizi Ramli nak tunggu apa lagi...? Nak tunggu bila lagi...? Nak tunggu raya tahun depan...? Apakah Rafizi yang pernah menunaikan ibadah Haji pada tahun 2013 tak kenal maksud dosa dan pahala...?

Tentu masih segar dalam ingatan anda semua dengan kisah cincin berlian RM24 Juta Rosmah Mansor... Gegak gempita, huru hara dan kecoh persada politik tanahair sekitar tahun 2012 sebelum berlangsungnya PRU 13 tahun 2013.

Ketika itu heboh cerita Datin Seri Rosmah Mansor membeli sebentuk cincin berlian bernilai RM24 Juta yang dilaungkan oleh juak juak pimpinan Pakatan Pembangkang.

Pelbagai kata caci hina yang dilemparkan kepada isteri YAB Perdana Menteri dengan cuba menggambarkan Rosmah sebagai seorang wanita yang boros berbelanja untuk dirinya sendiri....

Tidak cukup dengan cubaan memfitnah kisah cincin berlian itu, pada satu program bertarikh 22 November 2014 yang dihadiri oleh Rafizi beliau telah berkata, "kenaikan harga petrol akan membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian...."

Sehubungan dengan itu, YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib dan isteri, Datin Sri Rosmah Mansor telah memfailkan saman terhadap kata kata berunsur fitnah Rafizi pada 16 Mac 2015.

Panik dan ketakutan telah membuatkan Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR ini membuat kenyataan dan membuat pengakuan bahawa segala apa yang dia sebut mengenai cincin berlian Rosmah itu bukanlah kisah benar, sebaliknya ia hanyalah "gurauan' sahaja....

Inilah dia standard salah satu pimpinan Pakatan Pembangkang yang mahu memimpin negara kita !

Monday, July 13, 2015

Kecoh Plaza Low Yat - Azeez Turun Padang Awal Subuh Tadi. Steady Bro !

Bravo DSP Azeez !

Walaupun Datuk Seri Panglima [DSP] Azeez Rahim terlalu sibuk dengan pelbagai program begerak dari satu negeri ke satu negeri yang lain demi tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, namun setelah mendapat khabar berita berlaku kekecohan yang boleh membawa kepada rusuhan kaum, beliau segera ke Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Pagi semalam Azeez di Baling Kedah, tengahari di Bandar Tun Razak Cheras, petang dan malamnya pula di Melaka memenuhi undangan program. Begitulah komitednya seorang pemimpin UMNO.


Berita dibawah ini dipetik dari MStar Online;

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan terhadap dua kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini, Ahad.

 Beliau turut menafikan dakwaan dalam media sosial kononnya pergaduhan itu tercetus akibat isu perkauman, sebaliknya hanya melibatkan pergaduhan dua pihak.

"PDRMsia telah tangkap sebahagian mereka yang terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yang lain. Biar polis ambil tindakan," katanya melalui akaun Twitter beliau awal pagi Isnin.

Khalid juga mengesahkan keadaan di pusat perniagaan peralatan elektronik itu tenang dan terkawal malam ini.

 "Tiada pergaduhan atau rusuhan. Jangan percaya khabar angin. Polis berkawal," katanya.

 Sementara itu, menurut wartawan Bernama yang membuat tinjauan di plaza tersebut malam ini, dianggarkan beratus orang berkumpul di hadapan plaza itu sejak 8 malam tadi, dipercayai rakan kepada individu yang ditahan polis selepas insiden pergaduhan di plaza itu, semalam.

 Semalam, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

 Kejadian pada 7.38 malam itu, dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek yang ditahan pegawai keselamatan Plaza Low Yat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa ketika ditemui pemberita malam ini, berkata polis menahan tiga lagi individu malam ini di plaza berkenaan.

 Mereka yang ditahan berusia 22 hingga 25 tahun.

Beliau berkata mereka ditahan selepas cuba melakukan provokasi dalam perhimpunan di luar plaza berkenaan.

"Saya bagi jaminan, pihak polis akan menjalankan siasatan yang telus dan adil terhadap kedua-dua pihak.

 "Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendengar, percaya atau menyebarkan khabar angin dalam media sosial yang tidak ada pengesahan daripada polis," katanya

Sunday, July 12, 2015

Niat Ahli Ahli UMNO Spesis Jemuan Mahu Najib Masuk Penjara Isu 1MDB Semakin Padam.... Wall Street Journal Dan Sarawak Report Dah Jadi Ayam Percik !

‎Berita Terkini 12/7/2015:

Pihak Polis Thai telah dapat pengesahan dari 'Director of International Cooperation' Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo, Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Claire Brown di hotel Fullerton, Singapura. 

Polis Thai akui bahawa mereka semua terlibat dalam jenayah mencuri, memalsu dan mengubah suaikan dokumen PetroSaudi. 

Ternyata agenda politik DAP amat halus dan sangat berkesan sehingga mampu memecah belah UMNO melalui media sosial. 

DAP pula pergiatkan usaha untuk tarik remaja melayu sertai parti tersebut. UMNO pula ragui sama sendiri.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Thursday, July 9, 2015

Agaknya Kalau Si Gay Boy PKR Jadi Pengerusi MARA Dia Tak Nak Untung Bila Berniaga Dan Buat Pelaburan.... BODOH !!

Mulot kalau dah jenis longkang..., apa sahaja yang mahu dia cakap dah pasti bersifat sampah sarap yang tak berguna !

Itulah perumpaan dan persamaan yang boleh kita kaitkan dengan segala apa pertuturan yang dibuat oleh Rafizi Ramli. Akibat terlalu ghairah untuk mencari salah MARA Inc, beliau boleh dengan tidak sengaja memperlihatkan kebodohannya dikhalayak ramai....

Apabila kita menilai prestasi agensi kerajaan, sudah pastilah bila masuk bab perniagaan dan pelaburan kita mahu tahu apakah nilai keuntungannya ? Agak pelik pula dengan Rafizi...

Apa yang pelik ? Baca di SINI

Ziarah Ramadhan Mangsa Gempa Sabah Oleh Biro Kebajikan UMNO Bukti Azeez Bukan Sembang Kosong...!

Lembu pegang pada tali....
Manusia pegang pada janji....

Pada tanggal 11 Jun 2015, Datuk Panglima Azeez Rahim selaku Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia telah turun padang mendekati mangsa mangsa gempa bumi di Ranau Sabah. Beliau pergi sendiri ke beberapa tempat tumpuan khususnya menghulurkan bantuan kepada waris waris famili yang terkorban.
[lapuran ada di SINI dan SINI]

Pada kunjungan Azeez ketika itu beliau mahu mempastikan mangsa mangsa bencana itu mendapat bantuan dan sejak kelmarin selama dua hari berturut, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO ini telah pergi sekali lagi untuk melunaskan janjinya untuk bersama mereka ketika Ramadhan....

Azeez sepertimana biasa seorang pemimpin yang Lead By Example dan tahu istilah Walk The Talk. Merasai denyut nadi rakyat yang dihimpit kepayahan setelah harta benda mereka rosak akibat bencana yang tidak diingini itu, maka Azeez meluangkan masa untuk bersama-sama mereka.

Bantuan dihulurkan oleh Biro Kebajikan UMNO bagi meringankan beban. Begitulah juga dengan sumbangan kepada Malim Malim Gunung Kinabalu yang kini hilang mata pencarian buat sementara waktu.

Kehadiran Azeez membuktikan beliau adalah insan yang berpegang teguh pada janjinya, malah sanggup turun padang sekali lagi untuk bersama mereka yang ditimpa nasib malang ini mengharungi ibadah puasa dibulan Ramadahan yang mulia ini.

Azeez juga mahu menyaksikan sendiri progres pembaikan masjid di Kampung Mesilau yang perlu dibaiki setelah mengalami kerosakan akibat gempa tempoh hari. Sewaktu kunjungan Azeez pada 11 Jun 2015, beliau telah memberikan komitmen untuk membantu pembaikan masjid ini.

Diantara program yang dijalankan selama dua hari Azeez disini, menyerahkan bantuan bekalan buah kurma, air zamzam dan kain baju melayu sumbangan Biro Kebajikan UMNO Malaysia.


Semoga Wall Street Journal Boleh Viralkan Gambar Semalam Kisah Rosmah Mansor Dengan Kasut....

Ngam ngam seminggu yang lepas kecoh bukan main kepalang lagi video yang diviralkan oleh spesis juak juak pengidap penyakit hati sebar merata rakaman Pembantu Datin Seri Rosmah Mansor menghulurkan sandal di kaki isteri PM selepas solat....

Jahatnya sungguh juak juak ini memberikan 'caption' ada orang tolong pakaikan kasut dikaki Rosmah !

Insiden yang dirakam sewaktu majlis berbuka puasa yang kini disebut IFTAR Ramadhan YAB PM Datuk Sri Najib bersama penggiat media di Pejabat Sinar Harian Shah Alam.....

Nampak...? Nampak tak apa yang tertulis pada screen capture diatas..? Begitulah juak juak pemfitnah yang sangat berahi mengikuti apa sahaja yang ada pada Rosmah Mansor.

Iya ! Itu semua memang fitnah belaka kerana setelah video itu diviralkan mujurlah muncul seorang penggiat laman sosial di facebook membuat penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. Tak ada pun acara memakaikan kasut untuk Rosmah tetapi hanya dibantu sahaja kerana keadaan kesihatan isteri PM ketika itu....

Bacalah dibawah ini;

Berbalik kepada gambar paling atas paling awal tadi..... Itulah sifat kasih sayang Rosmah Mansor sebenarnya. Hatinya dekat dengan rakyat apatah lagi mereka yang tidak bernasib baik mahu menyambut kehadiran Syawal tak lama lagi.

Semalam telah berlangsungnya satu program sumbangan Hari Raya kepada para pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Ayer Keroh, Melaka. Seperti biasalah, apabila membabitkan persiapan Hari Raya, sudah tentulah golongan teristimewa adalah kanak-kanak.

Biarpun dihina, biarpun dikeji, biarpun menjadi bahan fitnah... Namun itu semua tidak pernah menjadi batu penghalang untuk Rosmah meneruskan tanggungjawabnya sebagai insan penyayang melaksanakan apa yang dituntut oleh agama, "Hablum Minnallah, Hablum Minna Nas".

Biarlah gambar ini berbicara....


Wednesday, July 8, 2015

Keupayaan MARA Inc Catat Untung RM80 Juta Dalam Tempoh 6 Tahun Sudah Bikin Gay Boy PKR Terkedu...

Ada kalanya perangai manusia itu boleh menjadi pelik jika tidak mampu untuk mengawal emosi diri sendiri....

Pernah kita dengar kisah seseorang itu akan habis-habisan memburukkan seseorang yang lain atas sebab cemburu dan iri hati. Iya, itu senario yang sangat biasa dan kita tidak pelik !

Apabila persada politik tanahair menyaksikan gelagat Rafizi sudah mula berbicara, dah pasti ada sahaja cerita yang tidak baik mengenai kerajaan BN. Buruk belaka..., hodoh sahaja...., jahat sokmoh !!

Begitulah sifat dan naluri dirinya yang memang membara rasa hasad dengki dan iri hati terhadap pucuk pimpinan kerajaan BN.

Namun begitu, sudah beberapa kali juga apa sahaja yang dikemukakan dan dihebohkan oleh Rafizi tidak pernah sahih dan terbukti berniat jahat. Niat dan nawaitu yang tersembunyi disudut hatinya yang hitam legam itu mempunyai agenda yang tidak baik, semata mata mahu menabur fitnah.

Dalam isu pelaburan hartanah MARA diluar negara, sekali lagi Blue Eyed Boy Anwar Ibrahim ini mahu muncul sebagai hero. Lagaknya memang memburu populariti untuk 'personal glory'. Spesis seperti ini tahu sekiranya beliau berjaya menghangatkan isu yang berkaitan dengan melayu, ianya dengan senang akan menjadi kecoh dan huru hara....

Tetapi langit tidak selalu cerah !  Baca pendedahannya di SINI

Dokumen Transaksi Bank Milik Najib Pendedahan Wall Street Journal KANTOI Menipu..... Kesian !

Dibulan Ramadhan yang mulia ini umat islam seharusnya memperbanyakkan ibadah untuk melipatgandakan pahala kerana inilah peluang untuk merebut sebaik mungkin ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt....

Sekaligus apabila pahala yang kita kejarkan dan rebutkan itu menjadi fokus utama bermakna dosa dosa dan sebarang kerja jahat yang mendekatkan diri dengan sebarang dosa hendaklah dijauhkan!

Mernyerbar fitnah berita palsu sudah pasti mengundang pertambahan nilai nilai dosa yang bakal membuka peluang luas untuk menerima azab siksa dari Allah Azzawajalla, Na'uzubillah....

Sejak semalam sudah tersebar dilaman laman sosial dan rangkaian pesanan mesej Whatsapp kununnya sudah ada bukti sahih berlaku transaksi urusan bank dimana ada pindahan wang besar kepada YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.

Tanpa usul periksa, juak juak anti Najib mendabik dada mula menyalak sakan melalak dan berkompang riuh rendah menyerbarkannya. Pada kiraan mereka, sudah pasti rakyat akan percaya dan dokumen dokumen tersebut menjadi bukti kukuh memang benar berlakunya penyelewengan dana besar berkait rapat dengan 1MDB dan Najib Razak.

Imej dokumen dokumen bank yang didedahkan oleh Wall Street Journal[WSJ]. Mungkin mereka yang "taksub" dengan pendedahan ini berada dalam keadaan 'hilang ingatan' siapakah sebenarnya dibelakang WSJ.... Suatu masa dahulu pun WSJ cuba memfitnah mantan PM, Tun Dr Mahathir.

Sungguh malang nasib juak juak yang anti Najib petang semalam apabila terbukti dokumen dokumen yang didedahkan oleh WSJ bukanlah sahih dan bertujuan untuk MENIPU rakyat Malaysia dan diwaktu yang sama MEMFITNAH Najib.

Mari Blog MIK kongsikan bersama anda anda semua, kita baca pendedahan oleh sahabat sahabat Blogger di SINI  dan  SINI

Tuesday, July 7, 2015

Mohon Pihak MARA Jangan Biarkan Gay Boy PKR Yang Tak Faham Fakta Hentam Keromo Sesuka Hati Mak Dia...

Kalau tak tahu hujung pangkal, tak faham duduk perkara sebenar eloklah diam ! Tak usahlah nak memandai-mandai seperti tikus membaiki labunya....

Itulah sebenarnya apa yang boleh kita lihat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh "ayam" tambatan PKR cuba nak melalak menyalak perihal MARA Inc.

Sayang seribu kali sayang... "ayam" tambatan PKR ini akhirnya tak ubah seperti 'kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan tahi'.

Lagak gaya bila bercakap macamlah pandai sangat. Kunuunnya nak jadi Juara Rakyat, nak jadi hero berbuih mulut mengatur ayat. Cubaan nak menjatuhkan dan memburukkan nama MARA agar rakyat terus membenci kerajaan, itulah nawaitu si Rafizi....

Pernah dalam satu kenyataan rasmi media si Rafizi berkata Mara Inc telah menggunakan syarikat berlapis membeli hartanah di Australia.  Memetik laporan media pro-pakatan Selangorku;
Rafizi Ramli, berkata, MARA Inc menubuhkan satu syarikat milik penuh di luar pesisir pantai yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) bagi dua hartanah, 746 Swanston Street dan Dudley International House."
Merujuk kepada kenyataan Rafizi itu, syarikat yang dimaksudkan ialah Thrushcross Land Holdings .

Benarkah apa yang cuba diputarbelitkan oleh si Rafzi ini…?  Melalui siasatan yang dibuat syarikat Thrushcross Land Holdings telah didaftarkan pada  2010 . Manakala pembelian hartanah pada nilai AUD22.6 juta oleh Mara Inc melalui Thrushcross adalah pada 2013.

JOM anda semua saksikan carta dibawah ini;


Penjelasan sepenuhnya di SINI  dan di SINI

Friday, July 3, 2015

Benarkah Tindakan Menggantung Pengerusi Dan CEO MARA Inc Dilihat Annuar Musa Lebih Efisyen Dari Najib Yang Tidak Pecat Board Members 1MDB...?

Panaaas.... Panaasss...!!

Pagi ini setelah melusuri beberapa updates mengenai tuduhan terhadap MARA Inc yang "over spent" dana kerana pembelian hartanah di Australia, Blog MIK memberikan perhatian kepada posting dan penulisan yang dimuat naik oleh dua Bloggers....

Kedua-dua bloggers ini mempersoalkan atas asas apakah terbitnya "sikap terburu-buru" pihak Majlis MARA yang dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan 'merehatkan dari tugas' Pengerusi dan CEO mereka....? Dalam bahasa mudah faham istilah 'merehatkan dari tugas' samalah dengan maksud digantung dari tugas! Padahal siasatan pihak berkuasa belum pun bermula

Senario tersebut jelas agak kontra dengan kisah 1MDB. Sekaligus mengundang persoalan apakah tindakan ini seperti mahu menunjukkan Annuar Musa jauh lebih efisyen dari Najib Razak...? JOM mari kita baca kedua-dua posting tersebut dibawah ini;
[double click pada tajuk]



Thursday, July 2, 2015

Sembahyang Tak Tinggal Tapi Jadi Batu Api, Fitnah, Adu Dumba, Hancurkan Perpaduan, Tak Jamin Jadi Ahli Syurga

Memang tepat sungguh apa yang disebut oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak semalam.....

Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan, kata Najib.


Perdana Menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturrahim.

Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas....!

Wednesday, July 1, 2015

Anwar Berlakun Lagi...? Mula Mula Keracunan Arsenik, Selepas Itu Mahu Pembedahan Di Jerman, Sekarang Ada Ketumbuhan 4cm

Anwar dengan lakunan dan sandiwara cukup sinonim, berpisah tiada ibarat lagu dan irama.....!

Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu

Andai dipisah
Lagu dan irama

Lemah tiada berjiwa

Begitulah diantara bait bait senikata lagu Getaran Jiwa ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia... Maka begitulah juga masih segar dalam ingatan kita dengan segala sandiwara lakunan makhluk bernama Anwar Ibrahim !

Kalau Anwar mahu klentong, dia boleh buat dengan wajah yang selamba.... Lakunannya cukup class. Sesiapa yang menyaksikannya pasti akan terpukau dan terpesona.

Sejak semalam tersebar khabar berita kununnya Anwar semakin tidak sihat sejak bermastautin di Penjara Sungai Buloh. Kununnya berat badan beliau susut 6 kilogram. Kununnya pihak perubatan mengesahkan Anwar mengalami tumor [ketumbuhan] 4cm di buah pinggang, otot bahunya terkoyak serta masalah artritis kronik.

WOW! Sungguh menakutkan..., boleh menitis airmata serta apa sahaja air dibadan kita jika mendengar kisah penderitaan Anwar ini !

Sebenarnya drama dan sandiwara untuk Anwar lakonkan kununnya beliau sakit dan menderita di Penjara Sungai Buloh memang sudah dijangkakan. Lihat diatas sana, bait bait senikata lagu P Ramlee, Anwar dengan lakunan sandiwara mana boleh dipisahkan....

Sewaktu tahun 1998 ketika Anwar dipenjarakan, sandiwara yang sama ini digunakan. Kununnya Anwar mengalami keracunan Arsenik dan boleh membawa maut..

Riuh rendah penjilat penjilat tegar Anwar membuat huru hara demonstrasi jalanan sehingga ada yang sanggup makan penyepak pihak FRU serta ramai barua barua Anwar rela mandi air Water Canon saban minggu di Kuala Lumpur.

Akhirnya KANTOI....!

Siasatan awal pihak HUKM mendapati tidak terdapat langsung sebarang tanda tanda jelas yang menununjukkan Anwar mengalami keracunan Arsenik. Itu semua klentong sahaja, lakunan untuk meraih simpati rakyat.

Tak lama selepas itu terciptalah satu lagi sandiwara drama untuk Anwar klentong rakyat Malaysia. Kisah kununnya Anwar menderita sakit tulang belakang, tak boleh tahan... Nak kena segera terbang ke negara Jerman menjalani pembedahan....

Permintaan yang sangat sangat luar biasa ! Seorang banduan yang masih menjalani hukuman penjara mohon untuk dibenarkan terbang keluar negara bagi membolehkan dirinya membuat pembedahan pada sakit tulang belakangnya. Hebat.... 

Iya memang hebat, ketika itu kes permohonan Anwar mahu dapatkan rawatan luar negara ini telah berjaya mengundang seramai 140 Duta dan Pegawai Kedutaan menerima penerangan daripada Dr S Jeyaindran dari HKL mengenai perkembangan tahap kesihatan Anwar.

Sementara itu Dr Kazem Djavadkhani pula memberikan taklimat tentang jenis-jenis pembedahan yang boleh dijalankan untuk merawat anjakan cakera tulang belakang. Selain itu, pihak Kementerian Kesihatan juga menunjukkan gambar-gambar bilik kelas satu dan tandas Anwar serta kemudahan pembedahan hospital dimana beliau menerima rawatan ketika itu. [Anda boleh baca sepenuhnya di SINI]

Sehubungan dengan kisah yang tersebar Anwar kini mengalami  tumor [ketumbuhan] 4cm di buah pinggang, otot bahunya terkoyak serta masalah artritis kronik dan ditambah pula dengan reaksi dan respon YAB Datuk Sri Perdana Menteri yang mahu pihak berkenaan memastikan Anwar menerima rawatan sewajarnya, maka gerombolan Peguam Anwar menggesa pihak berkuasa untuk menempatkan Ketua Umum PKR itu dibawah tahanan rumah bagi membolehkannya mendapat rawatan kesihatan.

Nampak sudah...., jelas kelihatan taktik mainan Anwar yang mahukan "house arrest" dan tidak mahu lagi bermastautin di Penjara Sungai Buloh.

JOM kita saksikan kesudahan episod sandiwara lakunan Anwar Ibrahim kali ini. Mari kita lihat siapa yang kena...? Apakah sandiwara Anwar ini akan beroleh kejayaan....?

KITA JANGAN MUDAH LUPA..... SAKSIKAN BUKTI DIBAWAH INI;

LIHAT SANDIWARA ANWAR, SAKIT BELAKANG PERLU DIPIMPIN APABILA KE MAHKAMAH UNTUK MENGUNDANG SIMPATI PENJILAT PENJILAT TEGARNYA....

HAKIKATNYA... ANWAR MAMPU BERJOGET SAKAN MENARI DIATAS PENTAS, HILANG TERUS SEMUA SAKIT BELAKANG !


LU FIKIRLAH SENDIRI...!!