Thursday, August 27, 2015

JOM Kita Sokong Kempen Undi Tak Percaya Terhadap Najib...! Tak Payah Sertai BERSIH 4.0

Jangan buang masa dan jadikan diri anda lembu atau jadikan diri anda keldai untuk pihak pihak yang mengambil kesempatan....!

Tak payah sertai kerja bodoh berhimpun secara haram jadah tetapi bertopengkan tuntutan yang kununnya menggambarkan praktis demokrasi. Jika kita lihat tujuan perhimpunan haram jadah menunggang nama BERSIH 4.0 seolah-olah mahu menjadi pendesak untuk membetulkan sistem pentadbiran kerajaan BN.

Hakikatnya mereka yakni juak juak penganjur sudah beberapa kali terbukti pada perhimpunan haram sebelum ini atas nama BERSIH 2.0 dan 3.0 hanyalah mahu menimbulkan keadaan tidak tenang dalam negara agar dunia diluar sana melihat dan dijadikan bahan kritikan, itu sahaja !

Kalau iya benar juak juak bangang ini mahu gulingkan YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak, jom kita pakat ramai ramai sokong kempen UNDI TIDAK PERCAYA terhadap Najib kerana beliau hanya boleh diturunkan atau dipecat dengan proses ini !

Ayuh....., marilah kita gesa agar proses ini dibenarkan dan dijalankan.  Kenapa kita mesti sokong kempen ini..? Anda mahu tahu jawapannya, baca seterusnya di SINI 

Wednesday, August 26, 2015

Ringgit Tak Laku Di Mekah Dan Madinah Adalah Berita PALSU Berniat JAHAT...!

Pagi tadi bertempat di perumahan FELDA Gelanggi 04 Jerantut Pahang, Pengerusi Tabung Haji, YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez Rahim dengan tegas menafikan khabar angin kununnya matawang ringgit negara kita tidak laku di tanah suci....

Dikala waktu ini sedang berlangsungnya musim ibadah Haji, tiba-tiba muncul juak juak yang tidak bertanggungjawab membawa perkhabaran palsu bernilai FITNAH menyebarkan berita menakut-nakutkan jemaah yang masih belum berangkat untuk mendepani kepayahan jika mahu berbelanja sewaktu berada di Mekah dan Madinah.

Viral semakin teruk di laman laman sosial dan mesej Whatsapp Group cuba memburuk-burukan imej negara yang sedang bergelut dengan krisis nilai matawang ringgit yang sedang susut sedikit sekarang ini.

Azeez Rahim agak kecewa dengan fitnah jahat ini kerana menurutnya keadaan kesemua jemaah dibawah seliaan Tabung Haji memang sangat teratur dan dijaga dengan baik.

Sebenarnya tidak timbul langsung isu jemaah haji membawa matawang ringgit ke tanah suci kerana setiap Maktab [iaitu hotel penginapan] memang tersedia ada pusat khidmat kewangan Tabung Haji.

Pusat khidmat ini lengkap dengan kaunter kaunter pengeluaran wang yang akan membayar dalam bentuk matawang Riyal buat setiap jemaah haji. Malah semua jemaah mendapat kesitimewaan kerana tidak pelu langsung membawa buku simpanan untuk urusan pengeluaran wang.

Cukup sekadar menunjukkan kad pengenalan Haji yang sentiasa digantungkan sepanjang tempoh berada disana, dan pihak Tabung Haji juga membenarkan pengeluaran walaupun hanya menunjukkan gelang tangan jemaah.

Maka disini jelas terbukti tidak ada logik kenapa harus mana mana jemaah kita bersusah payah mahu pergi merayau pergi mencari penukar wang asing dan membawa matawang ringgit...? Tidak masuk akal langsung !

Perkhidmatan dah disediakan di lobi tempat penginapan, kenapa pula jemaah mahu pergi berjalan jauh jauh mencari pusat kaunter penukar wang asing ?

Menurut Azeez lagi, setiap jemaah tidak perlu risau memikirkan masalah membawa wang tunai yang banyak kerana pengeluaran boleh dibuat di Maktab masing masing dan jumlah had pengeluaran dibenarkan sehingga 10,000 sehari.

Malah buat mana mana jemaah yang ingin berbelanja lebih mereka boleh menyuruh ahli ahli keluarga di Malaysia mendepositkan wang disini dan selepas itu mereka akan membuat pengeluaran disana.

Sementara itu pada jam 9.15 pagi tadi, Datuk Seri Panglima Azeez selamat tiba di No 189 Felda Gelanggi 04, Jerantut rumah Allahyarhamah Zaleha Bt Yasin, 63 jemaah yang meninggal dunia di Madinah.

Beliau disambut oleh waris keluarga, anak anak Allahyarhamah. Majlis tahlil diadakan sebentar tadi dipimpin oleh Imam masjid Felda Gelanggi.

Azeez turut memaklumkan bahawa segala urusan jenazah telah selamat diuruskan oleh kakitangan TH di Madinah. Allahyarhamah selamat disembahyangkan di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Baqe' Masjid Nabawi.

Pihak TH turut menghulurkan sumbangan dan derma seperti air zamzam dan wang bejumlah RM1,500.

Turut sama hadir untuk mengiringi Azeez pagi tadi adalah Ahli Parlimen Jerantut, YB Ahmad Nazlan Bin Idris dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Prof Emeritus Tan Sri Dato' Abdul Shukor Husin.

Tuesday, August 25, 2015

Rayuan Suara Dari Bawah Yang Dah Letih..! Mohon Najib, Muhyiddin, Hisham, Zahid, Shafie, Kak Ijat, KJ Dan Mas Ermieyati Tonton Video Klip Ini.

Sekarang ini UMNO sedang berada dalam musim Mesyuarat Agung Tahunan. Seantero Malaya dari Perlis sampailah ke Sabah, saban minggu sememangnya sibuk dengan aturcara tahunan parti keramat ini....

Dalam majlis sebeginilah kita akan menanti-nantikan apakah peristiwa menarik menjadi rakaman dan rujukan tatkala negara sedang dilanda dengan krisis politik dan tekanan ekonomi yang merisaukan seluruh rakyat Malaysia.

Pelbagai peristiwa pastinya menjadi bahan bualan, apatah lagi jika ianya melahirkan adegan adegan yang panas. Maklumlah dipentas seperti inilah peluang untuk ahli perwakilan mewakili suara dibawah ini menyuarakan pandangan mereka terhadap pimpinan yang berada diatas sana....

Kali ini Blog MIK sangat terkesan dengan satu sedutan rakaman video klip, sedikit intipati ucapan yang datang dari bumi bertuah politik tanahair, iaitu di Permatang Pauh. Tempat bermastautinnya Raja nombor satu Pembangkang Negara kita.

Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Permatang Pauh yang berlangsung kelmarin, dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Amat menarik petikan ucapan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang lebih dikenali dengan panggilan "Cikgu Zaidi".

JOM saksikan video klip dibawah ini;


Wednesday, August 19, 2015

Izzah Akui Lakonan Ikan Sepat Kering Cap Kipas Udang Gagal.... Rosmah Lebih Baik !

Bila nak bercerita pasal manusia ciptaan Allah swt yang bernama Rosmah Mansor, semua yang buruk itulah dia Rosmah ! Yang busuk itulah Rosmah...!! Yang jahat itulah Rosmah...!!

Demikianlah lafaz kata kata zikir dari mulut juak juak penjilat tegar Pembangkang. Mereka tersangat membenci Rosmah Mansor... entah kenapa, hanya Allah sahaja yang tahu. Dimata mereka tak ada yang baik pasal Rosmah, isteri YAB Perdana Menteri.

Namun itu semua bukan pengahalang buat wanita yang berjiwa murni ini. Segala macam cemuhan, kata kata hina dan cacian bukan penghalang untuk isteri kepada Datuk Sri Najib ini terus menabur bakti kepada rakyat yang beliau kasihi.

Kisahnya ada di SINI

Thursday, August 13, 2015

Kalau Iya Pun Wan Azizah Nak Tunjuk Dia Marhaen.... Belajarlah Dari Ismail Sabri

Sekelip mata sahaja kita dapat menyaksikan sendiri perbezaan antara seorang pemimpin yang bodoh bangang berbanding dengan pemimpin yang jujur ikhlas....!

Sejak malam tadi di beberapa laman blog dan laman sosial facebook sudah mula viral foto foto yang mempamerkan kebodohan seorang Presiden parti politik dalam negara ini.

Kununnya foto foto Wan Azizah makan nasi lemak bungkus dalam komuter mahu meraih simpati rakyat. Malang seribu kali sayang, sebaliknya mendapat kecaman hebat !!

Kecaman dan kritikan bertalu-talu kepada kebodohan Wan Azizah yang terang terang melakukan kesalahan. Melakukan perbuatan yang tak dibenarkan, iaitu larangan untuk makan dan minum didalam pengangkutan awam....

Bodoh ! Itulah tafsiran yang sebaik-baiknya untuk seorang Ahli Parlimen dan juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri bernama Wan Azizah Wan Ismail.

Dua foto foto ini pula dirakam awal pagi tadi, aksi bersahaja Menteri di Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakop.

Rakaman di Lapangan Terbang Skypak Subang sewaktu beliau mahu berangkat untuk urusan rasmi ke utara tanahair... Tak perlu layanan VIP walaupun beliau layak. Lebih selesa berada bersama rakyat marhaen. Tahniah Datuk Seri  !!

Wednesday, August 12, 2015

Ismail Sabri Contoh Menteri UMNO Berjiwa Melayu Yang Kental...! Tahniah

Kalau bukan melayu yang tolong bangsanya sendiri siapa lagi....?

Cukup cukuplah bangsa melayu menjadi penyumbang kepada kekayaan peniaga peniaga spesis mata sepet yang tak basuh berak ! Bantulah bangsamu sendiri..., bantulah bangsa melayu !!

KUALA LUMPUR: Low Yat 2, sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dicadangkan dibuka di Jalan Raja Laut.
Pembukaan pusat itu akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mengikut pelan yang dicadangkan Ismail Sabri, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.
"Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya.
"Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MARA di ibu negara pada Selasa.
Pengumuman cadangan Low Yat 2 itu dibuat Ismail Sabri selepas melakukan lawatan ringkas di bangunan MARA sempena majlis tersebut.
"Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan MARA, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.
"Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya.
Pada majlis tersebut, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari sekitar ibu negara.

Tuesday, August 11, 2015

Kak Wan Akui Pahala Rosmah Dan Najib Bertambah Sejak Ramadhan Sehinggalah Syawal... Dua Das Cubaan FITNAH Rosmah Dan Najib Gagal Lagi !!

Kemunculan Datin Seri Rosmah Mansor apabila menemani suaminya YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak sentiasa menjadi center of attraction buat penggiat laman sosial yang berkiblatkan ajaran Pembangkang !

Mereka spesis juak juak pemfitnah tegar ini akan melihat dimanakah ruang yang ada untuk menabur fitnah dengan pelbagai rekayasa cerita bohong asalkan nawaitu untuk memburuk-burukan nama Rosmah dan Najib akan tercapai...

Begitulah manusia akhir zaman yang sudah tidak pernah takut dan gerun dengan dosa dosa memfitnah, tambah teruk lagi ramai yang menerima berita palsu ini akan menyerbarkannya dengan hanya menggunakan jari dan kecanggihan smart phone.

Sejak kelmarin pemfitnah pemfitnah tegar ini seperti kerasukan syaitan iblis dah mula memainkan gambar YAB PM Datuk Sri Najib dan Datin Seri Rosmah hadir ke Majlis Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Singapura.

Berdendanglah fitnah kunuuuuuuuunnya hanya Najib sahaja yang membawa isteri sedangkan pemimpin negara-negara lain tidak bawa.... Mereka kata Perdana Menteri kita takutkan isteri dan terpaksa bawa bersama.

Gambar-gambar dibawah ini nanti  menjawab segala pembohongan mereka.

Selain Datuk Seri Najib, beberapa PM lain turut membawa isteri masing-masing. Antaranya PM New Zealand, John Key. PM Vietnam Nguyen Tan Dung dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang turut membawa isteri bersama. Kehadiran mereka pasangan suami isteri adalah atas jemputan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Singapura.

Jika dilihat gambar-gambar di atas, barisan bawah paling hujung berbaju kuning adalah PM New Zealand dan isteri, di sebalahnya isteri dan PM Vietnam dan disebelah kanan suaminya dan di belakang Najib adalah Naib Presiden Indonesia dan isterinya.

Sebelum itu, juak juak pemfitnah tegar telah mencuba tembakan das pertama untuk fitnah Najib.....

Ianya dilakukan oleh pengguna laman sosial yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk melaga-lagakan beliau dengan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Melalui laman sosial Facebook, pengguna berkenaan telah memuatnaik status mendakwa kapal terbang yang dinaiki Perdana Menteri tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai atas titah Sultan Johor.
Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menafikan dakwaan di media sosial itu dan menegaskan dakwaan itu merupakan fitnah untuk mencemarkan imej Perdana Menteri. Menurut beliau Perdana Menteri sememangnya telah dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur terus ke Lapangan Terbang Changi, Singapura.
Beliau ke Singapura atas undangan kerajaan negara itu menyertai sambutan Hari Kebangsaan dan kereta yang digunakan Perdana Menteri juga disediakan kerajaan Singapura untuk masuk semula ke Johor bagi merasmikan Persidangan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang. Beliau kembali ke Singapura untuk acara rasmi di sana. Datuk Rizal turut menjelaskan hubungan mesra DS Najib dan Sultan Johor dibuktikan melalui satu gambar yang dimuatnaik dalam akaun Facebook Perdana Menteri itu.

Monday, August 10, 2015

Anwar Respect Najib Berani Bertandang Ke Johor.....

Pelbagai ramalan dibuat dan dicanangkan oleh beberapa spesis Mbah Dukun tak bertauliah setelah YAB Perdana Menteri tidak lagi menyenaraikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana pada pengumuman rombakan kabinet beberapa minggu yang lalu.....

Diantara ramalannya ialah Najib tidak akan diterima oleh UMNO Johor sepanjang musim Mesyuarat Agung Tahunan UMNO. Kononnya UMNO di Johor bakal mezahirkan protes mereka terhadap batang tubuh Najib !

Adat pendekar sememangnya berani turun dimana sahaja gelanggang yang disediakan.... kalau menceritakan kehebatan seseorang pendekar itu, dah pasti naluri beraninya itu tiada batas! Walaupun bertandang ke galanggang lawan.

Dalam konteks ini bukanlah bermaksud Muhyiddin itu lawan kepada Najib, tetapi hakikatnya mantan TPM itu berasal dari negeri Johor... Maka pemerhati politik juga mahu lihat bagaimana reaksi anak anak tempatan senegeri dengan Muhiyiddin menerima kehadiran Najib disana.

Biar pun ada yang menghitung dan berkira-kira dengan sifir politik keadaan akan menjadi panas buat YAB PM merangkap Presiden UMNO jika menjejakkan kakinya di bumi Johor, namun itu semua bukan menjadi penghalang buat Pendekar Bugis bernama Najib Tun Razak !

Semalam YAB Presiden UMNO itu dengan gagah dan berani bertandang ke UMNO Pasir Gudang tempat Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Khaled Nordin untuk berdepan dengan akar umbi parti..

Memperjelaskan tindakan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet baru-baru ini, Najib mengakui terpaksa membuat keputusan yang amat sukar, namun sesuatu perlu dilakukan setelah mengambil kira kepentingan politik.

“Ia merupakan keputusan yang amat sukar, tetapi atas sebab tertentu sesuatu perlu dibuat atas kepentingan politik...bukan untuk guris hati orang Johor."

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dana politik yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau bukan untuk kepentingan diri, tetapi bagi membiayai aktiviti parti dan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap masyarakat.

Beliau berkata, usaha untuk mencari dana bagi keperluan parti dan masyarakat merupakan sebahagian daripada tugasnya sebagai Presiden UMNO dan tidak pernah dipertikai oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Malah menurut Perdana Menteri, penerimaan dana politik merupakan amalan dalam parti sejak dahulu dan beliau hanya meneruskan perkara tersebut.

“Sewaktu menjadi Timbalan Presiden, saya tidak pernah persoal mengenai dana parti. Itu kerja Presiden. (Perkara itu) juga berlaku pada zaman Tun (Dr. Mahathir Mohamad)...saya hanya meneruskan amalan,” katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Md. Jais Sarday dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Mohamad Aziz. Najib mengakui bukan tugas mudah menjadi Presiden kerana perlu berusaha keras untuk mencari dana bagi parti, namun pada masa sama memastikan tindakan tersebut tidak bertentangan dengan undang-undang.

“Ramai yang minta (kepada Presiden)...jentera tak boleh gerak sebab duit tak turun, Menteri Besar pun boleh minta daripada saya, tapi saya nak minta dengan siapa...sebab itu saya kena usaha.

“Sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dah kata apa yang saya terima bukan daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan bukan rasuah, tetapi untuk sumbangan kepada parti dan tanggungjawab sosial korporat...bukan untuk kepentingan saya sendiri,” katanya sambil menempelak parti Pembangkang yang menolak cadangan untuk mengumumkan sumber dana politik seper­ti yang disarankan beliau empat tahun lalu.

“Saya yakin dan percaya berdasarkan pengalaman dulu (termasuk) ketika ada Semangat 46, Johor masih positif dan membina untuk kembali kepada UMNO. “

“Saya yakin dalam keadaan hari ini UMNO Johor akan terus memainkan peranan membina...sama-sama kita bukan sahaja berdoa tetapi berusaha,” katanya. Najib turut mengakui Johor bukan sahaja negeri tempat kelahiran UMNO, malah kekuatan parti terbesar Melayu itu di peringkat nasional banyak bergantung kepada sokongan dari negeri ini.

“Amat penting untuk teruskan perjuangan supaya jika mahu UMNO kuat dan dihormati, maka kubu kita, iaitu UMNO Johor mesti dipertahankan,” katanya 

Saturday, August 8, 2015

Then Siaw Lian Finalis Bukan Melayu PABM Bukti Konsep 1Malaysia Najib Cipta Kejayaan Negara

Kehebatan dan fasihnya berbahasa melayu itulah dia salah seorang wakil negara dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015, penuntut Universiti Malaya (UM), Janise Then Siaw Lian, 23.

Beliau bersama mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Akmal Aizat Umar, 23, berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir selepas muncul antara tiga peserta terbaik dalam kategori Alam Melayu pada peringkat separuh akhir hari ini.

Lebih manis, Siaw Lian yang berasal dari Kota Samarahan, Sarawak mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai peserta bukan Me­layu pertama mewakili negara yang layak ke peringkat akhir pertandi­ngan pidato berprestij itu.

Pada peringkat separuh akhir, Siaw Lian menyampaikan pidato bertajuk Makna Sebuah Perpaduan manakala Mohd. Akmal Izzat memilih tajuk Sengsara Dunia: Di Mana Silapnya?
Dua wakil negara itu bakal dibe­rikan saingan hebat oleh wakil Thailand, Awabeen Samsuding yang tu­rut melepasi halangan di peringkat separuh akhir menerusi pidato bertajuk Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

Kategori Antarabangsa pula me­nyaksikan pertandingan tiga penjuru antara wakil Australia, Emma Cecilia Roberts; wakil Amerika Syarikat (AS), Wyatt Evan Gordon dan pemidato United Kingdom, Joshua Parfitt.

Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) pula bakal menampilkan persaingan antara Mah­moud Abdel Fattah Ibrahim Essa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pemidato Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Maher G.M Abdolrasol dan wakil Universiti Putra Malaysia (UPM), Waleed Basil Mohammed Ali. 

PABM 2015 yang berlangsung selama lima hari bermula kelmarin disertai 71 peserta dari serata dunia dalam tiga kategori iaitu Alam Me­layu, Antarabangsa dan PAM. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri pertandingan akhir PABM 2015 yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu ini.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Tuesday, August 4, 2015

Kemaluan BESAR Bernilai RM2.6Bilion Pimpinan Pembangkang....?

Akhirnya setelah selesai pihak yang bewerwajb menjalani siasatan terhadap kes akaun persendirian Datuk Sri Najib kini ada juak juak yang terdiam dan terkedu....!

HASIL SIASATAN BERKAITAN DANA RM2.6 BILION

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh.

Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.
  

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

3 OGOS 2015

Monday, August 3, 2015

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu - Akramov Shukhrat, Dari Tajikistan Berharap Mampu Meraih Sebarang Tempat Dalam Penyertaannya Kali Kedua

Rata-rata peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015 mengakui penglibatan mereka dalam pertandingan tersebut menjadi batu loncatan untuk menyertai bidang kerjaya profesional kelak.

Peserta dari Rusia, Pavel Naidenov, 19, berkata, pertandingan itu juga bakal menjadi platform untuk melihat kemampuan dirinya dalam menguasai bahasa Melayu selepas dua tahun mempelajari bahasa tersebut di Moscow State University.

Katanya, minat mempelajari bahasa asing telah dipupuk oleh ibu dan ayahnya sejak di bangku sekolah malah selain bahasa Melayu, dia turut menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Perancis dengan baik.

“Walaupun agak sukar untuk saya menguasai bahasa Melayu kerana lenggok bahasa ini lebih lembut berbanding bahasa lain namun saya akan berusaha me­lakukan terbaik dalam pertan­dingan pidato Selasa nanti.

“Sekiranya saya menang, sekurang-kurangnya ia dapat memberi nilai tambah untuk saya menjadi diplomat di mana-mana kementerian di negara saya satu hari nanti,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

PABM akan bermula Selasa ini melibatkan seramai 71 peserta dari seluruh dunia bagi menunjukkan kemampuan bangsa asing menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu Antarabangsa, Alam Melayu dan Peserta Antarabangsa di Malaysia dengan melibatkan 27 juri dari pelbagai agensi antaranya pegawai Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (Madum).

Sementara itu, peserta Belgium, Egide Van Der Heide, 24, berkata, bahasa Melayu tidak begitu sukar untuk dirinya kerana proses pembelajaran bagi penulisan dan pertuturan bahasa tersebut tidak jauh berbeza.

“Cabaran utama dalam menguasai bahasa Melayu adalah perbezaan antara bahasa negara ini dengan Indonesia, ada yang sama dan ada juga yang jauh berbeza misalnya perkataan susah juga turut disebut sukar atau sulit.

“Jadi saya perlu berfikir terlebih dahulu mengenai penggunaan perkataan sebelum bertutur kerana bimbang menjadi kebiasaan sehingga menjejaskan cara penyampaian pidato saya nanti,” katanya yang bercita-cita menjadi wartawan politik.

Dalam pada itu, Akramov Shukhrat, 29, dari Tajikistan pula berharap mampu meraih sebarang tempat dalam penyertaannya kali kedua selepas hanya memperoleh hadiah saguhati pada tahun lalu.

“Saya sebenarnya takut dan risau dengan tahap penguasaan bahasa Melayu saya ketika ini kerana telah hampir tiga tahun menamatkan pengajian bahasa di Universiti Telkom, Indonesia.

Saturday, August 1, 2015

Seluruh Negara Menantikan Upacara Telanjang Depan Parlimen Ghani Hasim....

Disebab pulut santan binasa, disebabkan mulot badan binasa ! Terlajak perahu boleh diundur tetapi kalau tak terbabas kata kata...?

Seorang pemilik akaun facebook dlilaman sosial atas nama Ghani Hasim dengan begitu konfiden dan yakion bahawa kerajaan BN akan menaikan harga petrol berkuatkuasa hari ini 1 Ogos 2015.

Dengan penuh sifat bodoh yang tawaduk dia pun membuat posting dilaman sosial fb miliknya bahawa dia akan telanjang di Parlimen kalau kerajaan BN tak turunkan harga petrol....


Apa macam bro...? Dah cukur ker...??