Wednesday, September 30, 2015

Masih Belum Habis Lagi FITNAH Terhadap Rosmah...!

Isteri YAB PM, Datin Seri Rosmah Mansor tetap unggul dan sentiasa menjadi center of attraction untuk juak juak yang suka menabur fitnah....!

Dah habis modal, dah tak ada bahan cerita maka kisah yang berlaku sewaktu Persidangan Bangsa Bangsa Bersatu pula dijadikan peluang untuk juak juak ini menabur fitnah terhadap Rosmah.

Tersebar luar dilaman sosial kununnya sewaktu YAB PM berucap disana beliau hanya bercakap depan dewan yang kosong dan hanya ada ialah isterinya serta beberapa kerat perwakilan....

Selepas itu, dimainkan pula satu lagi fitnah untuk sebaran laman sosial Rosmah tak sepatutnya duduk sebaris dengan Menteri dari Malaysia. Tak selesai dengan fitnah itu, juak juak ini melahirkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan acara rasmi menyaksikan Rosmah dijemput menyampaikan ucapannya.

PELIK ! Iya memang pelik melihatkan sifat hasad dengki mereka mereka ini yang suka membuat adu dumba menyebarkan fitnah fitnah jahat terhadap isteri Perdana Menteri kita.

Oleh itu janganlah kita mudah terpedaya dengan semua kata kata fitnah yang menjadi viral semata mata mahu memburuk-burukkan pemimpin negara kita.

Ayuh ! Kita baca kesemua penjelasan yang ada di SINI dan SINI

Tuesday, September 29, 2015

Catatan Di Belakang Tirai Besi Dr Khir Toyo

‎Catatan Di Belakang Tirai Besi – Dr Khir Toyo

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]
The Sun

16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal "good governance", kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri "Anugerah Penyapu" kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]

26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.
Dr Mohamad Khir Toyo

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Tuesday, September 22, 2015

Bravo KJ...! Apabila Rakyat Sihat, Negara Makmur Dan Sejahtera

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air.

Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju.

Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

SUMBER

Tuesday, September 8, 2015

Agak Agak You All Tahu Apa Kerja Nurul Izzah Yang Sebenar...?

Kalau kita saksikan kisah benar hidup seorang wanita, jarang sekali kita akan bertemu dengan seorang GRO pusat hiburan mengaku dirinya Ustazah....

Al maklumlah tugas dan kerja sebagai penyedap dan pemuas nafsu lelaki perlulah berpakaian seksi dan menjolok mata, tidak ada dikalangan mereka akan berpurdah serta berhijab ! Sedar diri sesuai dengan kerja dan tanggungjawab.

Disebaliknya senario yang digambarkan diatas, maka untuk kita saksikan gelagat hipokrit kelas murahan hidup dengan penuh kepura-puraan khususnya seorang ahli politik Pembangkang memang menjelekkan.., memualkan!

Lagak kononnya dirinya bersih..., suka mengata orang lain jahat, kotor, korupsi dan pelbagai lagi kata hina caci. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Kisahnya di SINI 

Monday, September 7, 2015

Cikgu Zaidi UMNO Permatang Pauh Bikin Kak Wan Sakit Kepala...!

Setinggi tinggi ucapan tahniah diucapkan buat Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said...! Syabas....

Cikgu Zaidi berjaya bikin PKR Permatang Pauh kecut perut, ramai dikalangan mereka tak senang duduk. Ceritanya ada di SINI

FLIP FLOP Mantan Timbalan Pengarah Cawangan Khas...? Sekejap Salahkan Rosmah, Sekejap Salahkan Zahid Hamidi

Semalam menerusi portal Free Malaysia Today [FMT], mantan Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Abdul Hamid Bador cuba mengaitkan isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor dalam isu beliau ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri [JPM].

Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyangkal keras tuduhan bahawa Rosmah Mansor hadir sama dalam mesyuarat yang diadakan untuk menukar  Datuk Abdul Hamid Bador. Kata beliau yang dipetik Free Malaysia Today, di sini, apa yang didakwa itu adalah pembohongan.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa Rosmah antara salah seorang yang hadir dalam 'mesyuarat tergempar' yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Abdul Hamid mendakwa ia berlangsung untuk membincangkan pemecatan beberapa pegawai kerajaan termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Pendedahan berkenaan dibuat beliau dalam menuntut penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung alasan pertukarannya daripada PDRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sementara itu,  Zahid Hamidi pula dalam maklumbalas ringkas pula mengatakan bahawa, "kepala dia dah masuk air" ketika merujuk kepada kenyataan Abdul Hamid. Baca di sini.

Friday, September 4, 2015

Cubaan Bodoh President Transparency International Malukan Najib Gagal Kerana Terpedaya Dengan Dua Ekor Monyet....

Datang berkunjung ke rumah orang sebagai tetamu, selepas itu cuba untuk memalukan tuan rumah...!

Begitulah bangangnya Presiden Transparency International dari negara Peru, salah sebuah negara di tangga tercorot dalam Corruption Perceptions Index seluruh dunia.

Jose Ugaz hadir dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa [IACC] telah mengkritik YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Jose Ugaz menyalak mengenai isu 1MDB dan dana RM2.6 Bilion yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Benarkah segala tindak tanduk dan perbuatan Jose Ugaz yang mahu malukan Najib sememangnya telah dirancang....? Siapakah dalang disebalik semua rancangan berniat jahat ini...?

Mujurlah kesemua perancangan tidak baik ini telah dapat dihidu lebih awal.

Kesian sungguh juak juak yang masih bersusah payah bekerja keras mahu menjatuhkan Perdana Menteri kita. Tergamak bekerjasama dengan orang dari luar negara !

Baca kupasannya disini dan disini

Thursday, September 3, 2015

Siapa Nak Jadi Cina Buta...? Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan Sahkan Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli Dan Isterinya, Sah Gugur Talak 3 Lepas Langgar BAI'AH

Terlajak perahu boleh diundur..., tapi kalau dah terbabas lafaz BAI'AH sehingga sanggup memperjudikan talak terhadap isteri, Lu Pikirlah Sendiri...!

Itulah nasib isteri isteri wakil rakyat parti PAS di negeri Kelantan akibat dari nafsu kebinatangan ahli politik PAS yang kemaruk mahu bertanding Pilihanraya Umum sehingga tergamak menjadikan matlamat menghalalkan cara....

Soal talak bukan soal yang boleh dipandang remeh, bukan soal yang boleh dibuat main main. Ianya termaktub dalam hukum syriah agama islam, suatu perkara yang amat serius.

KOTA BHARU: Perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad.
Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai.
"Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka.
"Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.
Talak tiga...? Sekiranya Dr Hatta Ramli ingin rujuk ianya adalah suatu proses yang 'bersyarat'.

Dalam istilah melayu dipanggil CINA BUTA !

Jika suami sudah menceraikan isterinya dengan talak tiga, kemudian jika suami itu mahu kembali semula kepada isterinya, maka Islam meletakkan beberapa syarat:

1) Bekas isteri mestilah berkahwin dengan lelaki lain dengan akad nikah yang sempurna, selepas selesai tempoh iddahnya.

2) Bekas isteri sudah disetubuhi oleh suami baharunya.

3) Bekas isteri itu diceraikan oleh suami baharunya, sama ada suaminya itu meninggal dunia atau suaminya itu menceraikan wanita tersebut.

Apabila cukup tiga syarat tersebut dan sudah habis tempoh waktu iddah wanita itu, maka barulah suami pertamanya (yang menceraikan wanita itu dengan talak tiga) boleh bernikah semula dengan bekas isterinya itu. Dengan syarat wanita itu bersetuju untuk bernikah semula dengan bekas suami pertamanya itu.

Semalam  Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengesahkan perkahwinan Dr Hatta Ramli dengan isterinya bercerai talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam BAI'AH parti PAS negeri itu.

Dalam BAI'AH tersebut, setiap wakil rakyat PAS di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga....!

Perkara itu terkandung dalam lafaz BAI'AH atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat PAS di negeri ini sejak 2004. Keahlian Dr Hatta Ramli dalam PAS terlucut secara automatik kelmarin apabila beliau menyertai Parti Amanah Negara [PAN] yang dipimpin oleh mantan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Semalam, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta wakil rakyat PAS di negeri ini yang menyertai Parti PAN supaya merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat BAI'AH cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.

Tuesday, September 1, 2015

Pijak Gambar Perdana Menteri Satu Kesalahan Jenayah...? Mohon Pencerahan Menteri KDN Dan Ketua Polis Negara Please......

Tidak kiralah samada kita berbangsa melayu, atau cina, atau pun india malah lain lain suku bangsa ditanahair ini sekalipun, sudah pastinya sejak turun temurun datuk nenek kita akan mengajar erti sopan santun dan budaya hormat menghormati......

Sebaliknya dalam menterjemahkan kemarahan kita sudah pastilah ada had dan batasannya juga. Tak perlulah berlebih-lebih sehingga terlepas pandang dan terlanjur kebiaDAPannya !

Rakyat yang diberikan peluang untuk berhimpun secara aman telah memilih untuk menyertai perhimpunan haram semata mata mahu meluahkan rasa marah mereka terhadap pemimpin nombor satu negara kita sewaktu menyertai BERSIH 4.

YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi PRIME TARGET hampir keseluruhan peserta peserta BERSIH 4 kali ini. Kalau dulu sewaktu BERSIH 1, 2 dan 3 mereka menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya [SPR] sebagai punching bag, tetapi kelmarin ianya sangat berbeza sama sekali.

Pelbagai aksi aksi menjengkelkan dan biadap dipersembahkan oleh juak juak peserta perhimpunan haram jadah kali ini yang menzahirkan kebencian mereka terhadap Najib Razak, begitulah juga dengan pelbagai sepanduk dan kata kata nista dan cacian diberikan...

Tindak tanduk keterlaluan mereka ini akhirnya melihatkan aksi aksi biaDAP yang melampau ! Untuk sesetengah mereka tidak menyukai Najib itu adalah hak peribadi masing masing sepertimana ada ramai juga yang membenci Kit Siang, Anwar dan mendiang Karpal Singh....

Tetapi bertindak diluar batas dan keterlauan sehingga tergamak menjadikan matlamat menghalalkan cara, itu sesuatu kesalahan yang amat serius dan tidak boleh kita pandang ringan !

Tindakan memijak gambar YAB Datuk Sri PM bersama Presiden PAS adalah perbuatan yang tersangat melampau. Isunya bukan nama Najib Bin Tun Razak.... tetapi jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jawatan yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, dimana perlantikan jawatan ini perlu melalui upacara mengangkat sumpah dihadapan Yang Dipertuan Agong didalam Istana Negara.

Ini bukan soal batang tubuh seseorang individu, tetapi jawatan rasminya yang menjadi isu. Biarlah suatu masa nanti sekiranya ada dikalangan pimpina  Pakatan Pembangkang yang dipilih menjadi Perdana Menteri, maka ianya tetap menjadi satu kesalahan untuk sesiapa yang bertindak memijak gambarnya dikhalayak ramai.....

Oleh itu, janganlah kita menganggap perbuatan terlampau ini satu isu yang remeh dan tidak kesalahan tersebut tidak serius !

Mohonlah agar Menteri KDN dan Ketua Polis Negara kita mengambil serius kesalahan ini agar tidak akan berulang lagi kebiaDAPan yang terlampau dan hilang rasa hormat terhadap pemimpin negara...

Kesalahan serius seperti ini janganlah dibiarkan begitu sahaja kelak nanti akan berlaku lebih teruk dan dikhuatiri akan menjadi lebih huru hara sekiranya tidak tidak dibendung dari awal lagi.

Menteri KDN dan Ketua Polis Negara perlu lebih tegas dan serius dalam menangani gejala gejala yang tidak sihat dan boleh menjahanamkan keharmonian negara kita.

Mana Yang Sebenarnya..? Rakyat Mahukan Keamanan Lebih Ramai Sertai Perbarisan Sambutan MERDEKA Atau Keldai Sepet Sertai BERSIH 4 Lebih Ramai ?

Ini adalah rakaman foto menunjukkan rakyat yang cintakan tanahair, marhaen yang hargai nilai sambutan kemerdekaan telah turun menyaksikan dan menyertai sambutan perbarisan Hari Merdeka semalam !

Mereka tidak turun dengan nawaitu jahat tetapi sebaliknya mereka mahu merasakan kemeriahan sebagai warga negara di negara tercinta ini meraikan ulangtahun negara kita bebas dari cengkaman penjajah, lafaz katanya ialah MERDEKA !

Lihatlah lautan manusia membanjiri upacara gilang gemilang, acara tahunan yang sentiasa dalam ingatan tarikh keramat 31 Ogos 1957. Mereka hadir tanpa baju kuning dan tanpa sebarang sepanduk yang menggambarkan kebencian....

Siapa bilang kehadiran juak juak keldai sepet tunggangan BERSIH 4 lebih hebat..? Juak juak yang telah dibayar dengan upah wang ringgit untuk menghuru-harakan keamanan negara kita...

Timbalan Ketua AMK PKR Sambut Kehadiran Tun Dr M Di Bersih 4 Dengan Cacian... Bukan Pujian !

Acara kemuncak pada perhimpunan haram jadah BERSIH 4.0 bukanlah ucapan dari pimpinan Pakatan Pembangkang, bukan juga kehadiran pimpinan Pakatan Pembangkang.....

Sebaliknya acara kemuncak dikalangan peserta perhimpunan haram jadah BERSIH 4 adalah kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Heboh dan kecoh sehingga bertalu-talu masuk pelbagai message notification khususnya buat pengguna pengguna smart phone menerima whatsapp dan gambar gambar serta video klip kemunculan Tun M di BERSIH 4.

Ramai yang melahirkan rasa kecewa melihat tindak tanduk mantan PM yang masih lagi secara sah seorang ahli UMNO, dimana borang keahliannya yang diserahkan sendiri kepada Datuk Sri Najib Tun Razak pada tahun 2009 telah turut sama menyertai perhimpunan haram jadah....

Rata rata pimpinan UMNO melahirkan rasa kecewa dan menganggap insiden itu sesuatu yang diluar jangkaan kerana Tun M pernah mengecam hebat perhimpunan haram jadah BERSIH sebelum ini.....

Namun begitu, kehadiran dan kemunculan Tun Dr M ini tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh juak juak Pakatan Pembangkang ! Mereka sendiri tidak pernah lupa segala "dosa dosa" dan "kezaliman" Tun M terhadap perjuangan mereka sebelum ini.... Nah lihatlah bukti bukti dibawah ini;

Timbalan Ketua AMK PKR yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dr Afif Bahardin sendiri tidak mengalu-alukan pemyertaan Tun M dalam perhimpunan harama jadah BERSIH 4.

Belaiu tetap melabelkan Tun M sebagai MAHAFIRAUN dan menganggap kehadiran Tun M sebagai satu proses untuk mencuci dosa-dosanya terhadap juak juak Pakatan Pembangkang....

Itulah nilai dan value yang Tun M terima setelah membuat keputusan menyertai BERSIH 4 yang bertujuan mahu menggulingkan Najib Razak dari jawatan Perdana Menteri !