Saturday, October 24, 2015

Nuar Dari Sungai Buloh Akui BAJET 2016 Najib Memang CUN !!



Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia

Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.

Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps

Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.

RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara

Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah

Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.

Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP

Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.

Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.

Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.

Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.

 Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.

Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.

Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.

Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred

Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan

Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan

BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.

BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.

BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000

BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800

BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400

BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.


Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kpd RM1,000 sebulan bagi Semenanjung

Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah

Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016.

Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

Thursday, October 22, 2015

Ada 10 Ahlli Parlimen PAS Undi Sokong Kit Siang Digantung 6 Bulan....?

Keputusan untuk menggantung Ahli Parlimen DAP dari Gelang Patah, Lim Kit Siang tengahari terpaksa melalui proses pengundian di Dewan Rakyat....

Keputusannya undi yang menyokong 107 dan yang tidak menyokong pula 77 undi, sementara itu 1 undi berkecuali. Menurut rekod kehadiran siang tadi, jumlah Ahli Parlimen BN yang hadir ialah 97 orang sahaja....

Dari mana datangnya tambahan sebanyak 10 undi untuk menyokong Kit Siang digantung...??

Sunday, October 18, 2015

Esok Di Parlimen Ada Usul Undi TAK Percaya Terhadap Najib...? Siapa Ahli Parlimen UMNO dan BN Yang Akan Sokong...?

Adat pendekar kalau berdepan dengan musuh sememangnya sudah siap sedia, siap siaga pada bila bila masa dalam apa jua keadaan sekalipun...

Tetapi masalah berat buat seorang pendekar ialah berdepan dengan mush dalam selimut ! Tikaman dari belakang oleh rakan rakan sendiri, itu lebih perit, lebih pedih dan boleh membawa maut....

Dapatkah anda anda semua membaca dengan jelas apa yang cuba dimainkan oleh juak juak wakil rakyat Pakatan Pembangkang ?

Iya, mereka masih berusaha keras untuk menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh YAB Datuk Sri Najib Razak... Tetapi kali ini dengan menggunakan sidang Dewan Rakyat maka nampaklah agak bersopan sedikit caranya untuk menggugurkan jawatan Perdana Menteri yang menjadi milik mutlak dan sah Najib Tun Razak.

Jika anda teliti apa yang cuba dinyatakan sebagai alasan oleh wakil rakyat Pembangkang, kesemua isu isu itu adalah serupa dan sama modal sembang kedai kopi dan coffee house beberapa pimpinan UMNO sendiri. Mereka seiring dan senada rentak serangan terhadap Najib..

Adakah akan ada beberapa kerat pimpinan UMNO dan wakil BN yang duduk dalam sidang Dewan Rakyat esok sudah memasang niat akan menyokong Undi Tak Percaya terhadap Najib...?

Tuesday, October 13, 2015

Banduan Sungai Buloh Gelak BESAAR Lihat Mantan Mantan TERSILAP Langkah....!

Petang semalam dah tersebar dah viral menerusi aplikasi Whatsap bikin gempar kununnya hayat dan nyawa politik Datuk Sri Najib sudah tiba dipenghujungnya !

Ini semua angkara satu sidang media yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir dan diapit kiri dan kanan oleh Tengku Razaleigh, Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal, Ong Tee Keat dan Sanusi Junid.

Pada sidang media tersebut, mereka mengkritik tindakan kerajaan khususnya pihak Kementerian Dalam Negeri kerana menahan dua petualang iaitu Khairuddin Hassan dan Matthias Chang.

Bukan main marah dan mengajak rakyat turut sama mengecam tindakan kerajaan yang mereka tuduh telah menahan kedua dua petualang negara ini dibawah Akta SOSMA - The Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Malay: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Rupa-rupanya Tun Dr M bersama-sama dengan rakan rakannya yang lain tersilap langkah....

Sebentar tadi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengadakan sidang media untuk menjelaskan keadaan yang sebenar. Kedua dua petualang negara itu bukannya ditahan dibawah Akta SOSMA, tetapi sebaliknya mereka ditahan dan didakwa dibawah Seksyen 124L di bawah Penal Code, dan di baca bersama dengan Section 34 di atas usaha mereka untuk mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.

ATTORNEY GENERAL MEDIA STATEMENT
Charges Against Khairuddin Abu Hassan and Matthias Chang
On Monday, 12 October 2015, Khairuddin Abu Hassan and his lawyer, Matthias Chang were charged under section 124L of the Penal Code, read with Section 34 of the Penal Code for attempting to sabotage Malaysia’s banking and financial systems.
The action has been questioned by certain parties, including in the article published in the Star on 12 October 2015, titled ‘Dr M, Ku Li team up to slam Sosma detention of 1MDB critics,’ as being an abuse of the government powers.
The Attorney General’s Chambers clarifies that both Khairuddin Abu Hassan and his lawyer, Matthias Chang are charged under section 124L of the Penal Code and not the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA).
The Attorney General’s Chambers further clarifies that the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) is a procedural law that provides special measures to facilitate the investigation and prosecution ‘security offences”. The definition of ‘security offences’ makes it clear that the SOSMA is not limited to terrorism or terrorists.
The ‘security offences’ to which the Act applies are those listed in the First Schedule to the SOSMA. When SOSMA was enacted, the listed ‘security offences’ were offences under Chapter VII of the Penal Code (Offences against the State) and Chapter VIA of the
Penal Code (Offences related to terrorism).
In 2014, the list was extended to include Chapter VIB of the Penal Code (Organised Crime) as well as offences under Part IIIA of the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007. The list was further extended in June 2015 to include the Special Measures Against Terrorism in Foreign Countries Act 2015.
Section 124L, of the Penal Code is an offence under Chapter VI of the Penal Code. It was one of seven new offences introduced into Chapter VI of the Penal Code in 2012 through Penal Code (Amendment) Act 2012. It is therefore a ‘security offence’ to which SOSMA applies.
The seven new offences are namely:
Activities detrimental to parliamentary democracy (section 124B)
Attempt to commit activity detrimental to parliamentary democracy (section 124C)
Dissemination of information (section 124H)
Sabotage (section 124K)
Attempt to commit sabotage (section 124L)
Espionage (section 124M)
Attempt to commit espionage (section 124N)
These offences were in addition to the reenactment with modifications of certain offences which used to be in the Internal Security Act 1960, namely the new sections 124D, 124E, 124F, 124G, 124L and 124J. The above explanation can be seen in the Explanatory Statement to the Penal Code (Amendment) Bill 2012.
Section 124L, of the Penal Code provides that ‘Whoever attempts t commit sabotage or does any act preparatory thereto shall be punished with imprisonment for a term which extend to fifteen years.’
In this regard, section 130A of the Penal Code defines the term ‘sabotage’ to mean an act or omission intending to cause harm, among others, to the maintenance of ‘essential services’ while the term ‘essential services’ is defined to include banking and financial services.
The Attorney General’s Chambers provides this clarification on the provisions of law that have been applied in the case of Khairuddin Abu Hassan and Matthias Chang to prevent any further misleading statements, regarding the relevant provisions of law.
However, the Attorney General’s Chambers is not at liberty to divulge any facts pertaining to their cases as the matters are pending before the court.
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS MALAYSIA
13 October 2015

Monday, October 12, 2015

Najib Dah Letih Laaaa....!! Cina Cina MCA Faham Atau Tak Faham ?

Siapa yang waras berfikir politik dan bijak membaca sifir politik berani menyatakan bahawa masyarakat kaum cina masih mahu menyokonng Barisan Nasional [BN] yang dipimpin oleh UMNO...?

Ada berann ?

Sejak daripada diumumkan keputusan PRU 13 bulan Mei tahun 2013, memang jelas dan nyata kita sedia maklum masyarakat kaum cina di Malaysia sudah benci BN, sudah tak mahu sokong BN !! Itu fakta bukan auta....

Malah pada perhimpunan harama BERSIH 4 yang terbaru ini, rakyat seluruh negara dapat menyaksikan bagaiman ghairah dan berahinya kaum cina secara All Out menyertai perhimpunan haram ini.

Perhimpunan yang bertujuan mahu gulingkan Najib..., gulingkan seorang Presiden parti melayu !

Semalam sewaktu YAB Datuk Sri Najib merasmikan Mesyuarat Agung MCA, beliau scara sinis ada menegur..., dah letih katanya!

Sepatutnya MCA yang mengakui sebuah parti untuk kaum cina dinegara ini punyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar untuk kembalikan sokongan kaum itu kepada kerajaan BN.

Mampukah keseluruhan pimpinan parti MCA serta ahli ahli akar umbinya melakukan tugas dan tanggungjawab ini...?

Berjayakah mereka kembalikan sokongan pengundi pengundi cina untuk menyokong BN pada PRU ke 14 ?