Sunday, November 29, 2015

Blog MIK Pilih Samada Farahdhiya Atau Siti Nordiana Sebagai Bakal Juara GEGAR VAGANZAA 2015

Malam ini nanti akan masuk ke minggu ke 7 musim kedua Gegar Vaganza yang menyaksikan pertandingan nyanyian dikalangan artis artis yang 'pernah' diraikan sebagai penyanyi tanahair satu ketika dahulu....

Buat peminat dan penyokong rancangan Astro ini, sudah pasti mereka akan berada didepan kaca tv setiap malam Ahad dari jam 9.00 untuk menonton persembahan artis artis pilihan mereka.

Untuk musim kali ini, saingan memang sangat sengit dan hanya tinggal tujuh sahaja artis yang masih meneruskan perjuangan; Nassier Wahab, Ezad Exist, Acong Sweet Child, Haiza Dag Dig Dug, Azian Mazwan Safuan, Siti Nordiana, dan Farah Dhiya.

Sebelum ini bila berbicara sahaja bidang nyanyian dikalangan yang masih lagi berjuang, nama nama seperti Nassier Wahab dan Ezad Exist lebih menonjol kerana agak konsisten berada dipasaran seni suara menghasilkan beberapa album dan melahirkan lagu lagu yang popular.

Namun begitu, setelah konsert mingguan masuk ke minggu ke 6, pada penilaian Blog MIK nampaknya Siti Nordiana (Nana) dan Farahdhiya lebih mempamerkan kualiti vokal yang sangat baik... Persembahan kedua-dua mereka begitu konsisten dan menurut Juri Professional, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, mereka tidak menafikan prestasi yang menegak naik dari Nana dan Farahdhiya.

Nana pernah popular dengan lagu Paling Comel berjaya membawa dengan baik tugasan mingguan pada musim kali ini walaupun cabaran berat dengan membawa lagu lagu bukan genre dirinya seperti Kasihnya Laila dan pada minggu ke 5 artis berusia 31 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan ini berjaya membawa dengan begitu baik sekali lagu Nirmala nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza.

Sewaktu memberikan komen pada konsert minggu lepas, Datuk Ramli MS menyifatkan Nana sebagai seorang 'contestant' yang akan berjaya rempuh apa saja ujian dan tugasan dengan baik.....


Seorang lagi artis pilihan atau pun favorite artist Blog MIK iaitu Farahdhiya juga begitu konsisten memberikan persembahan yang baik setiap kali konsert ini diadakan. Sama seperti Nana, kedua dua Juri Profesional sentiasa memberikan komen yang baik dan positif buat Farahdhiya....

Penyanyi asal lagu Bertahta Di Hati ini tidak pernah sekalipun menghampakan penyokong penyokongnya apabila membuat persembahan...

Namun begitu, untuk konsert malam ini, diberitakan Farahdhiya sedang mengalami masalah kesihatan.  Beliau mengalami masalah sakit tekak yang sangat teruk.

Blogger MIK mendoakan agar Farahdhiya cepat sembuh dan akan mampu melakukan yang terbaik kerana tugasan malam ini sangat mencabar untuknya membawa lagu Rock ala ala Head Banging. Malam nanti Farahdhiya ditugaskan membawa lagu Enter Sandman nyanyian kumpulan Rock Antarabangsa Metallica.

Saturday, November 28, 2015

AISEYMEN...!! Tun Dr Mahathir Dah Score Gol Sendiri Lah Pulak....

Sekejap boleh, sekejap lagi tak boleh....
Sekejep puji, sekejap lagi kritik....
Sekejap marah, sekejap lagi dah sayang pulak....
Sekejap ketawa, sekejap lagi dah menangis pulak....

Kisahnya semalam..., apabila Tun Dr Mahathir menyeru agar juak juak Pembangkang perlulah mengimbangi kekuatan kerajaan BN pimpinan YAB Datuk Sri Najib, sekaligus kenyataan mantan PM itu memberikan pengiktirafan kepada BN.

Ini berbeza sekali dengan apa yang pernah Tun Dr M ungkapkan beberapa bulan yang lalu. Katanya ketika itu, kerajaan pimpinan Najib sangat lemah ! Malah Tun Dr M meramalkan kerajaan BN pimpinan Najib akan tumbang pada PRU ke 14.




Friday, November 27, 2015

Sekali Menantu Datuk Sri Najib Bersin.... Telor Ahli Parlimen DAP Terus Jadi Separuh Masak !!

Disebab Pulut Santan Binasa
Disebabkan Mulut Badan Binasa

Akibat dari tindakan bangang AHli Parlimen DAP yang berbangsa melayu dengan tanpa usul periksa membuat tuduhan melulu melalui fitnah jahat yang membabitkan Daniyar Kesikbayev, menantu kepada YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak, hari ini tuan punya badan dah menggelabah !!

Apabila ada beberapa bloggers mendedahkan mengenai fitnah jahat tersebut dan menyiarkan surat daripada peguam Daniyar, tiba tiba hari ini tuan punya badan sudah mula berdolak dalih dan cuba menggunakan seni "tai-chi" sepertimana biasa dilakukan oleh pimpinan Pakatan Pembangkang....

Baca seterusnya di SINI.



Wednesday, November 25, 2015

Menantu Najib Tuntut Permohonan Maaf Dari Ahli Parlimen DAP !

Ibarat Lagu Dan Irama...., Berpisah Tiada !

Begitulah gambarannya buat juak juak pimpinan Pakatan Pembangkang yang sangat sinonim dengan kerja jahat menfitnah, adu dumba dan menjual pembohongan....

Ahli Parlimen dari DAP yang berbangsa melayu, Ariff Sabri bakal menerima padah apabila dengan sengaja dan berniat jahat memfitnah menantu kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Bercakap ikut suka hati mak bapak dia..., menuduh tanpa sebarang bukti ! Itulah kisahnya....

Menantu Datuk Sri Najib, Daniyar Kesikbayev telah menuntut permohonan maaf daripada Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri berkaitan dengan artikel yang diterbitkan di blog beliau semalam. Daniyar juga menuntut bahawa artikel itu diturunkan serta-merta.

Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh peguam Daniyar, Tetuan Noorhajran Mohd Noor, menyatakan bahawa artikel yang bertajuk "Son-in-law Daniyar to be Najib’s new ‘Jho Low'" dianggap sebagai mempunyai dakwaan terdiri yang tidak benar, berniat jahat dan tidak berasas.

Daniyar menuntut permohonan maaf daripada Ariff Sabri dalam masa 48 jam.



Tuesday, November 24, 2015

Come On Zahid...! You Can Do It.... INI KALI LAH !! Tangkap Izzah....

 Apa yang dianggap ancaman di bawah SOSMA?
  • menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
  • membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
  • memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
  • mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;
  • Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan.
Beberapa hari yang lalu semakin jelas dapat disaksikan tingkah laku yang jelek dari seorang Ahli Parlimen PKR yang merupakan anak kepada mantan Ketua Pembangkang yang kini sedang menjalani hukuman penjara akibat dari kesalahan meliwat.

Tindakan Nurul Izzah sedikit pun tidak langsung memperdulikan perasaan rakyat Sabah apabila anak Anwar Ibrahim ini tergamak mahu bekerjasama dengan musuh negara....

Sudah pastilah sentiasa segar dalam ingatan rakyat dari Negeri Dibawah Bayu tragedi hitam yang berlaku di Lahad Datu sekitar awal tahun 2013.

Samada dalam keadan sedar atau pun tidak, Nurul Izzah telah pun melayakkan dirinya di gelar Pengkhianat Negara ! Kini sudah mula berbunyi desakan demi desakan minta agar tindakan tegas diambil keatas Izzah....

Persoalannya sekarang ialah siapakah yang benar benar perlu memainkan peranan sesuai dengan tugas dan tanggungjawab untuk mempastikan kali ini Izzah tak akan terlepas dari hukuman...?

Siapa Menteri Dalam Negeri....? Mampukah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melaksanakan tugasan ini..? Apakah ada keberanian pada batah tubuh Zahid Hamidi untuk tegas terhadap Nurul Izzah...?

JOM kita tonton video klip dibawah ini ;




Sesudah menonton video klip diatas ini, sudah pasti anda kagum dan kaget dengan sikap tegas seorang Menteri KDN... Berikut adalah rakaman perbualan Zahid Hamidi sepertimana yang sakiskan pada video klip atas
 
"You dari mana?"


"Malaysiakini..."

"Patutlah tanya pelik-pelik. Tanya kos apa semua… nanti you spin. Rm3 jadi RM30. Jangan spin ma.. tulis betul-betul. You bagus, you punya bosses tak bagus."


"Macam mana Malaysiakini boleh dijemput ni? Saya tak nak jawab soalan. Selalu spin saya punya cerita. Recorded tapi tulis lain."


"You boleh tulis saya tak percaya Malaysiakini langsung. Tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN. Malulah datang."


"You tulis betul, you punya editor tak betul. Saya tak percaya langsung Malaysiakini, saya cakap banyak kali."


"Tulis betul-betul, jangan main-main sama saya.. I monitor."

Beberapa bulan setelah secara terbuka Zahid kata Malaysiakini TAK boleh dipercayai, tiba tiba dia sendiri telah menyampaikan Anugerah Best Social Media Award 2014 kepada Malaysiakini.....

Menyalaklah beramai ramai mahukan tindakan undang undang yang tegas dikenakan terhadap Nurul Izzah...!  Namun jika Menteri KDN tak tegas, maka jadilah kita semua bermimpi disiang hari !

Natijahnya, rakyat di Sabah sudah terguris perasaan mereka dengan tindakan bodoh anak sulung Anwar Ibrahim yang bermesra dengan Jacel Kiram!

Mereka tidak akan simpati dengan Izzah sekiranya Naib Presiden PKR ini disumbat dan dihumban kedalam penjara. Itulah hukuman setimpal, bekerjasama dengan kumpulan yang mahu meruntuhkan keamanan di Sabah, mengakibatkan banyak nyawa perajurit kita terkorban....

Sekali lagi berbalik kepada persoalan pokok.... Mampukah Zahid Hamidi bertindak tegas ?

Zahid Boleh...! U Can Do It !  Jangan ulangi kesilapan yang lampau... Blogger MIK amat yakin dengan ketegasan Zahid sebagai Menteri KDN.

Kesimpulannya; kita akan saksikan samada Nurul Izzah akan ditahan dan selepas itu dihukum atau pun tidak, semuanya terserah kepada KPI seorang Menteri KDN bernama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia ! 

Friday, November 20, 2015

Kisah Air Mata Dr Norlela Ariffin Boleh Jadi Panduan Untuk BN Ciplak Cara Tokong Guan Eng...?

Apakah tangisan dan air mata ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin sewaktu sidang DUN Pulau Pinang sebenarnya satu lakunan dan sandiwara...?

Sekiranya yang menangis, merintih dan meraung itu wakil rakyat Pembangkang iaitu dari UMNO maka wajarlah untuk menggambarkan kezaliman dan kekejaman pentadbiran Tokong Guan Eng yang diangkat sebagai Ketua Menteri.

Tetapi apabila yang menjual tangisan airmata datangnya dari wakil rakyat PKR yang sama sama berkongsi kuasa, apakah sebenarnya tujuan tersebut...? Insiden yang tak pernah berlaku dalam mana mana sidang DUN sebelum ini. Pelik Tapi Benar !

Ulasannya di SINI

Thursday, November 19, 2015

Izzah Jumpa Jacel Kiram... Ketum Pernah Jumpa Nur Misuari.... Pengundi Sabah Pikirlah Sendiri !

Sebut sahaja Tragedi Lahad Datu yang berlaku sekitar awal tahun 2013, masih segar dalam ingatan kita ramai sungguh anggota keselamatan yang gugur dan terkorban.....!!

Tindakan ganas bala tentera Kiram tak akan mudah kita lupakan.... Sejak semalam tersebar sudah foto foto anak Anwar yang sulung, Nurul Izzah bermesra dengan Jacel Kiram. Kisahnya di SINI

Berita Sungai Buloh - Nuwar Tonton Video Klip Parlimen Penjelasan Isu YaPEIM....!

Terjawab sudah isu isu yang berkaitan dengan YaPEIM menerusi penjelasan oleh Senator Dr Asyraf Wajdi Dusuki.  JOM kita tonton video klip dibawah ini ;



Thursday, November 12, 2015

Kes Anwar Saman Nalla.... Kenapa Nalla Dibiarkan 'Walk Alone' ?

‎Dua berhari berturut sambungan perbicaraan kes saman Anwar Ibrahim keatas YB Senator Datuk Sri Nallakaruppan tidak dapat dijalankan kerana Peguam yang mewakili Nalla iaitu Tan Sri Shafee Abdullah tidak sihat.

Hakim tengahari tadi memutuskan agar esok bersamaan 13hb November 2015 proses perbicaraan ini mesti diteruskan kerana kes ini sudah terlalu lama masih belum lagi menemui garis penamat dan kesudahannya.

Kes ini berpunca dari isi kandungan ucapan ceramah Nalla sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tahun 2008. Sudah mencecah usia 7 tahun kes ini dan yang paling penting adalah ‎Nalla ketika itu sedang berkempen membantu BN calon UMNO.

Keberanian Nalla mendedahkan Anwar pernah terima wang jutaan ringgit daripada Magnum Corporation sewaktu mantan Menteri Kewangan itu masih bersama UMNO..... Semestinya Nalla berani kerana benar.

Malah tindakan Anwar mengemukakan saman adalah semata-mata mahu menakut-nakutkan Nalla agar tidak lagi mengulangi pendedahan tersebut secara terbuka! Itulah kisahnya....

Berbalik kepada tajuk posting Blog MIK adalah mengambil kira pandangan seorang sahabat petugas media yang memaklumkan senario di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak semalam. Menurutnya k‎ehadiran Anwar disambut oleh penyokong penyokongnya yang masih setia. Sebaliknya Nalla tiba di Mahkamah dengan beberapa orang sahaja pimpinan partinya sendiri MIUP.

Tak pernah ada kelihatan kelibat mana mana pimpinan UMNO langsung! Sedangkan kes ini berpunca dari tindakan Nalla membuat pendedahan sewaktu membantu calon UMNO pada PRK Permatang Pauh...

Kesian Nalla.., kenapa dia dibiarkan 'Walk Alone' ? Perlu jugalah diambil kira keselamatannya dimana kita tahu ada segelintir penyokong penyokong tegar Anwar yang agak agresif!
‎ 
Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Monday, November 2, 2015

Tindakan Bijak Najib Sebab Utama Tony Pua Kecut Telor Untuk Berdepan Dengan Arul Kanda ! Nasi Kandar Satuuuuuu

Hanya Jauhari Kenal Manikam....  Peribahasa melayu lama yang sudah berkurun ini membawa maksud, hanya orang yang pakar dalam sesuatu bidang itu lebih tahu tentang kelebihan sesuatu.

Secara umum malah seantero Malaya pun dah tahu bahawa 1MDB ini berkait rapat sungguh dengan batang tubuh YAB Datuk Sri Najib Tun Razak. Sangat sinonim....

Hari ini bukan main riuh rendah lagi semua orang nak bersembang pasal 1MDB. Pakcik berkopiah kerja bawak karung derma ceramah PAS pun bukan main galak lagi bercerita seolah-olah dia graduan bidang ekonomi. Makcik kerja bawak van sekolah pun sembang kencang bagaikan dia faham apa maksud short term cash flow, property free from encumbrances dan sebagainya....

Begitulah kisahnya dengan nama Arul Kanda Kandasamy, Executive Chairman 1MDB. Seorang anak muda yang dipilih oleh Najib sendiri mengendali syarikat milik sepenuhnya Kementerian Kewangan. Arul Kanda telah dilantik pada tanggal 5 Januari 2015 menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman.

Memang bijak sungguh keputusan yang dibuat oleh Najib.... Dikala ada pimpinan atasan UMNO yang meragui tentang keupayaan 1MDB untuk menyelesaikan masalah, lihatlah betapa tenangnya wajah Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri kita ini.

Anda juga pasti akan lebih faham kedudukan sebenar mengenai 1MDB sekiranya anda ikhlas untuk menyaksikan video klip dibawah ini. Video klip berdurasi hampi 33 minit sangat jelas, terang dan nyata membolehkan anda faham. Penjelasan yang sangat baik oleh Arul  Kanda !