Saturday, December 12, 2015

PAU 2015 - Apakah Najib Akan Lipat Sewaktu Penggulungan Petang Nanti...?

‎Tanggal 10 Disember 2015 bertempat di Dewan Merdeka PWTC, YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya membuat kejutan.....

Sebelum berlangsungnya acara ucapan dasar dan ucapan perasmian Persidangan Agung UMNO (PAU) 2015, pelbagai andaian, bermacam macam spekulasi telah dibuat.

Ramai yang melahirkan rasa risau bimbang apakah akan berlaku kacau bilau oleh juak juak yang anti Najib apatah lagi beberapa malam sebelum itu Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin telah memilih pentas yang salah dan berucap menentang arus....

Tetapi apabila berakhirnya‎ ucapan Perasmian Presiden, hampir kesemua yang berada didalam dewan, diluar dewan dan dirumah yang menonton telivisyen telah menyaksikan ketegasan Najib... Presiden UMNO ini bangkit ! Presiden UMNO ini telah mengaum...

Seantero Malaya sebelum ini menyaksikan Najib dibentes, disenggol, dihina, difitnah, dibalun siang malam, atas bawah, kiri kanan dan depan belakang. Ramai yang menyifatkan Najib tidak melawan, tidak ganas, dan tidak kurang juga ada yang menyatakan Presiden UMNO ini lembik !

Natijahnya respon yang diterima sesudah mendengar ucapan Najib, ramai tidak menyangka Najib berjaya menterjemahkan dengan begitu baik sekali akan maksud No Retreat, No Surrender. 

Ketika beliau berucap, Tun Dr Mahathir duduk didepannya, Muhyiddin dan Shafie Apdal berada disisinya. Namun begitu, Najib dengan selamba, slow and steady dia melepaskan berdas-das tembakan tepat kearah mereka bertiga....

Kesan daripada intipati ucapan Najib, maka Tun Dr M pun membidas balik diluar pentas UMNO pada sebelah petang hari yang sama. Manakala Muhyiddin pula sudah memberikan "jawapan balas" yang diviralkan melalui media sosial dan aplikasi Whatsap Group. Ada yang membisik, sebelum Najib membuat penggulungan petang ini, penyokong penyokong Muhyiddin akan mengedarkan buku Muhyiddin yang dikira sebagai ucapan penangguhannya.

Adat PAU setiap tahun sememangnya akan diakhiri dengan ucapan penggulungan Presiden UMNO. Dia yang menutup majlis... Ucapannya sebagai pengakhir kata, he has the Final Say !

Apakah Najib akan lipat menggulung ? Kita nantikan.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

Tuesday, December 8, 2015

Menjelang PAU 2015. Peluang Mengenali Siapa Muhyiddin Yasin....

‎Menang sorak kampung tergadai....!

Bahang Persidangan Agung UMNO (PAU) 2015 kini sudah semakin terasa. Bermula esok sehingglah ke tanggal 12hb Disember nanti bertempat di PWTC sememangnya menjadi destinasi keramat buat pimpinan dan perwakilan UMNO untuk bermesyuarat dan berbahas.

Tumpuan dan perhatian keseluruhan ahli ahli UMNO kali ini tertumpu kepada kemelut dan perang dingin pimpinan atasan UMNO setelah Timbalan Presiden tidak lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan salah seorang Naib Presiden tidak lagi berjawatan Menteri.

Pada awalnya ramai membuat jangkaan pada PAU 2015 inilah akan menjadi medan untuk Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal melepaskan geram dan tidak mustahil untuk mereka mencipta huru hara dan menjadi titik hitam buat UMNO dalam majlisnya sendiri....

Namun begitu setelah Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan untuk diadakan perubahan dan pindaan aturcara serta perjalanan mesyuarat, maka dipersetujui bahawa tidak ada lagi majlis perasmian tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Seterusnya MT UMNO berkeputusan hanya Pr‎esiden akan membuat ucapan penggulungan, tidak ada lagi ucapan dari Naib Naib dan Timbalan Presiden.

Reaksi Muhyidin beliau secara sinis menyatakan dirinya ibarat tunggul kayu kerana hanyalah boleh hadir PAU 2015 tetapi hanya "senyum..., tak perlu kata apa apa".

Sehubungan dengan situasi tersebut, tiba tiba berdendanglah pula akan berlangsung sebuah program untuk meraikan Timbalan Presiden UMNO menyampaikan amanatnya yang disifatkan telah 'tidak kesampaian' akibat dari keputusan MT UMNO. 

Bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi maka berpeluanglah Muhyidin berucap...  kononnya akan ada ledakan! Katanya....

Tetapi setelah berakhir program, nampaknya seperti anti klimaks. Tidak ada WOW Factor. Tak ada langsung desas desus atau sok-sek dikalangan ahli ahli UMNO yang memperlihatkan tekanan keatas YAB Presiden UMNO mencecah tahap kritikal...

Mungkin ucapan Muhyidin hanya sekadar mengulangi skrip lama. Cerita sama yang diulang-ulang, tak ubah seperti menyaksikan filem filem seniman Agung Allhyarham Tan Sri P Ramlee dikaca tv. 

Tidak keterlaluan kalau kita katakan ketika ini ‎jika kita berasa simpati dan kasihan menyaksikan tingkah laku dan kelakuan Muhyidin bukanlah sesuatu yang pelik. Apa yang dilakukan oleh Muhyidin bukanlah perangai dia yang sebenar. 

Keghairahan seorang yang masih berjawatan Timbalan Presiden UMNO yang semakin berahi menyerang Presidennya sendiri diluar pentas parti bukanlah satu tindakan yang bijak! Sayang seribu kali sayang apabila akar umbi kini melihat tingkah laku Timbalan Presiden yang meraban dan meminta simpati....

Ada seorang sahabat penggiat media sosial melontarkan soalan 'apakah kelakuan Muhyidin yang kita saksikan saat ini adalah Muhyidin yang sebenar? '. Sahabat itu terus bertanya 'benarkah tingkah laku Muhyidin ini atas dorongan dan wrong advise dari individu yang mahu menjahanamkan parti UMNO ?'.

Merujuk kepada kedua dua persoalan itu, tidak hairanlah kalau kita merasa pelik dengan perangai Muhyidin mutakhir ini.... Beliau yang memilih untuk meletakkan dirinya berada pada tahap yang dipandang rendah oleh ahli UMNO. Itulah pilihannya....

Berbalik kepada awal pembuka ayat diatas tadi, jika perbalahan dalam UMNO akan merosakkan parti keramat ini‎, siapakah yang menjadi punca kepada semua sejarah hitam ini? 

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.