Thursday, January 14, 2016

PRU 14 Tinggal Lagi 28 Bulan Sahaja Lagi..... UMNO Selangor Dah Ready Ker ?


Memang jelas terbukti komponen yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS sudah berpecah.......

Persoalannya sekarang, apakah dipihak UMNO Selangor yang mengetuai Barisan Nasional di negeri ini mampu untuk merampas kerajaan negeri pada PRU ke 14 ? Masa dah suntuk, hanya tinggal 28 bulan sahaja lagi.....

Sehingga ke saat ini, apakah dapat dirasai bahang kekuatan UMNO Selangor untuk menumbangkan PKR, PAS, DAP dan Amanah ? Kalau kita bertemu dengan mana mana pimpinan UMNO di Selangor dan bertanyakan soalan CEPUMAS ini mereka hanya tersenyum, buat buat senyum, dan malu nak senyum. Tidak ada ramai dikalangan mereka yang 'berani dan konfiden' berkata "Ya ! UMNO akan menang di Selangor ! ".

Dibawah ini petikan dari Berita Harian Online;

SHAH ALAM: Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, mengisytiharkan pendirian parti itu yang menyifatkan PAS sebagai musuh utama.
 
Katanya, ia susulan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, semalam yang menganggap DAP sebagai musuh parti berkenaan.
 
"Dia (PAS) dah isytihar (sebagai musuh), kita sahut kerana kita pantang dicabar.
 
"Dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita bersikap profesional. Untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita tetap menempatkan calon DAP bagi kerusi ditandingi PAS," katanya.
 
Beliau ditemui di Istiadat Angkat Sumpah dan Pengurniaan Watikah Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Daerah Kuala Langat, Timbalan Mufti, Ketua Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian dan Rujuk Orang Islam di Istana Kayangan di sini, pagi tadi.
 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyempurnakan majlis berkenaan.
 
Sementara itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata PAS akan menjadikan DAP sebagai musuh pada PRU akan datang.
 
"Buat masa ini, kita akan tetap bekerjasama dan meneruskan kerjasama parti sehingga PRU akan datang," katanya.
 
Pada Ijtimak Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam, PAS menganggap DAP musuh terbaharu mereka.
 
Ia berikutan tindakan DAP yang mahu meletakkan lapan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang PAS di Selangor pada PRU akan datang.

No comments: