Wednesday, January 13, 2016

Tahun 2016 Masih Adakah Grand Design Untuk Jatuhkan Najib...?

Tahun 2016 sudah mencecah usia hampir dua minggu....

Sepertimana lazimnya, apabila mucul sahaja tirai tahun yang baru, pelbagai azam akan dibuat oleh setiap individu. Inilah masanya untuk memasang niat dan perancangan memenuhi cita cita dan impian masing masing.

Apa pula kisahnya dalam kisah politik tanahair...?

Kita semua menyaksikan beberapa bulan sebelum tahun 2015 melabuhkan tirainya, YAB Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib menjadi 'punching bag' oleh musuh musuh politiknya samada dari dalam parti sendiri mahu pun juga dari luar !

Sebenarnya kalau kita perhatikan betul betul dan kita perhalusi, Najib memang menjadi bahan serangan sejak dari beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi walaupun pada ketika itu Perdana Menteri adalah Tun Abdullah Badawi.

Cuma yang ketara ialah sebelum berakhirnya tahun 2015,  serangan demi serangan terhadap Najib semakin menggila, lebih teruk dari gila babi dan babi yang gila pun tak seteruk itu....! Istilah teruk ini mengambil kira serangan dari dalam parti UMNO itu sendiri.

Hamba Allah swt yang bernama Haji Mohammad Najib Bin Tun Abd Razak bukanlah manusia yang sempurna. Dia juga memiliki kelemahan pada dirinya dan seperti manusia yang lain, pasti ada melakukan kesilapan.

Besar sungguh ujian dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh Najib. Sebagai orang nombor satu dalam parti dan kabinet kerajaan pimpinannya beliau turut diuji apabila timbalannya sendiri tidak mahu mendokongnya malah memilih untuk menentang arus !

Namun begitu Najib pada penutup ucapan penggulungan Persidangan Agung UMNO [PAU] 2015 secara terang menyebut bahawa beliau memilih untuk menjadi 'pemimpin yang berjiwa besar'.
 
Dengan semangat mendahulukan kepentingan parti dan bukan kepentingan peribadi, Najib memberikan ruang dan membuat 'offer' kepada mana mana seterunya didalam parti untuk kembali bersatu, dan sama sama bekerja untuk mengukuhkan parti demi mendepani PRU ke14.

Namun begitu beliau tegas dan bertekad sekiranya masih ada lagi unsur unsur dan kerja kerja jahat untuk menjatuhkan beliau, maka dirinya tidak akan tetagak-agak akan lawan dengan ungkapan kata kata 'No Retreat No Surrender!'

Ramai juga yang menjangkakan cerita 1MDB dan dana RM2.6 Billion sudah tak panas lagi dan semakin sejuk... Sesi penjelasan dan penerangan yang giat diadakan membongkar dan membuktikan kerja jahat portal Sarawak Report memang selama ini telah berbohong dan memutarbelitkan fakta dalam isu 1MDB. Kesian sungguh menyaksikan gelagat juak juak dalam parti UMNO yang anti Najib !
 
Mereka mati matian percaya dengan berkumandangnya cereka fitnah 1MDB ini, Najib akan letak jawatan dan berundur sebagai PM dan Presiden UMNO.

Sebelum dinobatkan sebagai Perdana Menteri, kerja kerja fitnah dahsyat terhadap Najib mainan kotor juak juak Pembangkang sudah pun bermula dengan 'menjaja' kisah pembunuhan Altantuya. Habis modal..., Najib gagal dibuktikan bersalah !

Setelah bergelar PM Malaysia, isteri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor pula menjadi 'punching bag' Pembangkang dengan kisah cincin. Selepas itu, segala gerak langkah Rosmah menjadi tumpuan juak juak jahat ini semata mata mahu meneruskan agenda fitnah mereka.....

Berakhir tahun 2015, bermulanya tahun 2016 Najib masih Perdana Menteri. Itu natijahnya ! Apakah akan ada lagi Grand Design cereka fitnah dan adu dumba mahu menjatuhkan Najib...?

/bersambung......

1 comment:

Anonymous said...

SPRM dah buat submission kertas siasatan kepada AG. Maknanya ada cadangan utk tindakan AG. Tindakan selanjutnya daripada AG menentukan kredibiliti peguam negara. Masalah sekarang masa yang diambil panjang dan telah menimbulkan pelbagai persoalan.
Jadi mengadakan cerita 'grand design' untuk jatuhkan Najib tidak masuk akal melainkan sekarang DSN yang gagal meyakinkan dunia bahawa wang yang masuk dalam akaun peribadi beliau adalah 'wang halal'. Itu aje.