Friday, February 26, 2016

Kali Ini Salah Seorang Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM Pula Cuba FITNAH Najib....?

Nampak gayanya usaha jahat mahu meburuk-burukkan nama YAB Datuk Sri Najib semakin menggila dan kali ini melibatkan salah seorang daripada Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM !

Dua anggota SPRM-ORP bersetuju dengan konspirasi ini tetapi lima yang lain tidak bersetuju. Selain itu, menurut sumber, Lim Chee Wee adalah pro-Pakatan Harapan dan berharap beliau akan dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Lim Chee Wee cuba untuk meyakinkan ahli-ahli panel bahawa mereka tidak perlu membuat apa-apa tuduhan langsung terhadap Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Mereka hanya perlu membayangkan bahawa terdapat salah laku dan kemudian membiarkan media memutarkannya dan orang ramai akan membuat kesimpulan mereka sendiri.

Menurut sumber lagi, yang ingin kekal tanpa nama, berkata Lim Chee Wee cuba mempolitikkan isu ini dan beliau mahu menggunakan SPRM-ORP untuk melakukannya. Beliau memberitahu panel bahawa memandangkan ini adalah hari terakhir panel itu maka mereka tidak akan rugi apa pun. Dengan itu, mereka mungkin lepaskan satu serangan terhadap Najib sebelum mereka berlalu pergi.

Menurut sumber dalaman, selepas gagal mendapat sokongan sebulat suara SPRM-ORP dalam konspirasi tersebut,  Lim Chee Wee mengambil keputusan untuk menggunakan The Malaysian Insider untuk 'membocorkan rahsia' dengan syarat nama beliau tidak akan disebut atau identitinya didedahkan .



No comments: